Monday, April 7, 2014

[REVIEW] LIP BALM BOLEH DIMAKAN?

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.



Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah. Malam ni wawa nak review sikit instagram shop Lipsy Bipsy yang menjual kosmetik yang berunsurkan bahan organik. Yang paling penting, bahan ini tidak menggunakan bahan kimia. Haa. Amacam? Baguskan? 
Korang tak perlu rasa ragu ragu lagi kalau guna bahan ni. Sebab ingredients dia semuanya bahan organik dan boleh di makan. MAKAN. Tak percaya? Meh wawa senaraikan ingredients yang digunakan dalam lip balm dan lip scrub.



LIP SCRUB
Mesti korang semua tertanya-tanya kan apa fungsi lip scrub ni? Okay, tugas lip scrub ni adalah untuk : 

1. Menyingkirkan sel-sel mati pada permukaan bibir yang menyumbang kepada bibir gelap dan hitam.
2. Membersihkan kesan-kesan lipstick yang sebati di permukaan bibir. Kandungan kimia ini akan menyumbangkan kepada penyakit bibir seperti bibir gatal-gatal, kering, merekah dan berkedut. 
3. Merawat bibir yang bermasalah dengan cepat dengan penggunaan yang kerap (minimum sekali dalam 2 hari atau guna hari-hari lagi elok) dan membentuk bibir NATURALLY PINKISH (tak perlu guna lipstick tebal-tebal dah)
4. LELAKI pun boleh guna lip scrub ni. Terutama yang MEROKOK dimana bibir akan menjadi hitam dan nampak tak sihat. Guna as often as u can for a best result. 

Ingredients :
- Organic Olive Oil
- Organic Brown Sugar
- White Castor Sugar
- Natural Honey
- Organic Food Flavoring
- Coloring

Cara menggunakan Lip Scrub : 
- Ambil secubit lip scrub dan sapu rata kat atas bibir & bawah bibir. Gosok mengikut pusaran bulat. Massage gently.

- Biarkan selama 1-2 minit, then lap dengan tisu basah/air/boleh jilat je terus lip scrub yang ada dekat bibir korang. Sedap dan manis je rasanya. Semanis senyuman korang. Jamgam bimbang sebab bahan yang digunakan semuanya natural.

- Last sekali, letak lip balm/lipstick/apa-apa produk untuk melembapkan bibir. Nak biarkan macam tu pun ok. Lagi nampak semulajadi dan menawan. :)


LIP BALM 
Ingredients :
- Natural White Beeswax
- Shea Butter
- Organic Honey
- Natural Lip Balm Fragrance


Okay. Lip Scrub dan Lip Balm ni wawa dah guna. Sampai je barang terus wawa cuba pakai hari itu jugak. Memang betul-betul sedap dan bila pakai tu rasa macam nak makan je. First wawa guna lip scrub dulu, lepas tu baru guna lip balm. Pakai hari-hari pun tak apa. Nanti lagi menawan bibir korang. Tak dak lagi masalah bibir kering semua. 
Lip Scrub dan Lip Balm ni ada banyak perisa. Korang boleh pilih perisa dan warna kegemaran korang. Apple. Vanilla. Papermint. Mango. Coconut dll. Kalau rambang mata nak pilih, senang-senang korang pilih perisa mix fruits. Disitu korang boleh rasa macam-macam buahan yang telah dicampur.



BODY & HAND SCRUB
Ingredients :
- Natural Goat's Milk Concentrate
- White Castor Sugar
- Organic Brown Sugar
- Organic Honey
- Organic Jojoba Oil
- Organic Grape Seed Oil
- Organic Food Coloring & Flavoring 

Cara menggunakan body & hand scrub :
- Basahkan badan anda dengan air. Kalau nak pakai satu badan, basahkan satu badan.
- Letakkan body & hand scrub di atas tapak tangan dan gosok serta sapu dekat badan korang sehingga daki dekat badan hilang.
- Selepas siap, biarkan body & hand scrub tu dekat badan korang selama 1-2 minit dan bilas dengan air bersih.

*Body & hand scrub ni bukan sahaja boleh menanggalkan daki dekat badan malah boleh memutihkan badan korang sekiranya rajin guna. 

Kalau korang nak tahu, selepas korang pakai body & hand scrub ni korang dapat rasakan yang kulit korang akan jadi lembut macam baby je. Wawa dah try guna dekat tangan. Boleh bezakan rasa kulit selepas dan sebelum gunakan. Malah bau dia pun melekat. Rasa harum je jadinya. Sayang nak guna banyak banyak sebab sedap sangat sangatt. Dan, body & hand scrub ni boleh digunakan satu family tau. Tua muda lelaki perempuan boleh. Semua bahan yang digunakan pun organik. InsyaAllah boleh dapatkan hasil kulit yang comel molek dengan menggunakan body & hand scrub.


FOOT SCRUB
Ingredients :
- Natural Sea Salt
- Organic Brown Sugar
- Organic Honey
- Organic Sweet Almond Oil
- Organic Olive Oil
- Organic Food Coloring & Flavoring

Cara penggunaan foot scrub ni sama macam cara penggunaan body & hand scrub.

Foot scrub ni boleh membantu menanggalkan kulit kasar pada tumit dan tapak kaki anda serta dapat menjadikan kaki korang lembut & licin selalu. Mulai hari ini, korang tak perlu lagi risau dengan masalah rekahan pada kaki korang. Foot scrub ni dapat membantu menyelesaikan masalah anda. 



Untuk maklumat lanjut : Lipsy Bipsy


Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment