Friday, November 14, 2014

[RESEPI] CARAMEL CHOCOLATE BROWNIES

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Meleleh sekejap air liur bila tengok caramel hihi. Okay, hari ini wawa nak kongsikan resepi "Caramel Chocolate Brownies" yang memang sedap. Cara nak membuatnya mudah sahaja dan tak sampai 1 jam boleh dihidangkan kepada keluarga. 


BAHAN-BAHAN :

- 55 gram tepung gandum *wawa guna 5 1/2 sudu besar tepung (diayak)
- 175 gram gula perang *wawa guna 5 sudu besar gula biasa sebab tak ada gula perang 
- 150 gram marjerin 
- 200 gram dark chocolate, dicincang/potong dadu
- 2 biji telur 
- 1 sudu kecil baking powder
- 4/5 sudu besar caramel *wawa pakai Carnation Caramel. 


CARA MEMBUAT :

1. Panaskan oven terlebih dahulu. Anggaran 160'C-180'C.

2. Cairkan marjerin dan dark chocolate ke dalam microwave. *wawa pakai kaedah double boiler. Senang dan cepat.

3. Pukul telur dan gula dengan mixer sehingga adunan menjadi ringan dan gebu. Kemudian, masukkan tepung dan baking powder. Biarkan adunan sebati.

4. Kemudian, masukkan campuran coklat dan marjerin yang telah cair tadi ke dalam adunan tadi. Kacau sehingga sebati.

Wawa guna carnation caramel.

5. Pukul caramel dalam mangkuk kecil dan masukkan ke dalam adunan. *wawa cuma panaskan caramel dan masukkan ke dalam adunan.

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.


7. Curahkan sedikit caramel di atas brownies untuk dihidangkan bersama keluarga.



SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment