Friday, January 17, 2014

Giveaway Birthday Azhafizah




Pertama sekali wawa nak ucap Happy Birthday Azhafizah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Dan bahagia dengan keluarga tercinta. :)
Sesiapa yang join GA ni akan dapat calendar free tau untuk wallpaper desktop. Semua peserta dapat. Rugi tak join. Sementara peluang masih ada, meh la ramai-ramai join GA ni. InsyaAllah ada rezeki kita. :)

Pencarian Bloglist by Fiona Ellallynx




Malam ni wawa nok join segmen pertama yang dianjurkan oleh Fiona Ellallynx iaitu Pencarian Bloglist 2014. Memandangkan Cik Fiona ni baru pertama kali buat segmen, apa kata kita semua ramai-ramai support Cik Fiona ni supaya segmen dia mendapat sambutan meriah. Hip hip horayy. Haha. 
Ada 5 kategori bloglist yang akan korang dapat kalau join segmen ni tau. Antaranya : 

  • Bloglist sepanjang tahun 
  • Bloglist bulanan
  • Bloglist jejaka kacak
  • Bloglist cantik manis
  • Bloglist peserta


Korang apa tunggu lagi, meh cepat tekan [LINK] untuk masuk ke dunia Cik Fiona. Hee :)
Dalam banyak-banyak syarat yang diberikan, Cik Fiona minta ceritakan sedikit tentang diri dan impian kita. 


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Diri wawa, wawa manusia biasa. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan diri malah sering melakukan kesilapan. Lebih gemar orang memanggil diri ini sebagai wawa. Sebab dari kecik tuek lagi mak ayah dah start panggil wawa. Cuma cikgu cina dekat tusyen wawa je panggil wawa ni dihah. Nama penuh Wadhihah. Ringkas je. Tak ada Nur, Nurul, Wan atau apa-apa. Berasal dari Terengganu. Tak layak untuk dipanggil sebagai anak jati Terengganu even dah 17 tahun duduk sini sebab wawa tak pandai nak cakap loghat Terengganu yang pekat. Tahu sikit sikit je. Hihi. Umur wawa nak masuk 18 tahun, 18 Januari nanti genaplah umur wawa 18 tahun. Alhamdulillah. :) 
Masa sekolah dulu wawa amik aliran Lukisan Kejuruteraan. Cita-citanya nak jadi pereka landskap sebab wawa suka tengok bunga tetapi sejak habis sekolah ni minat memasak tu lebih-lebih pulak. Wawa suka makan. Cheese leleh oreo dengan blueberry cheese tart tu favourite wawa. Act, semua makanan yang sedap wawa suka telan. Dekat rumah, wawa bela 11 ekor kucing. Kucing tu dah jadi separuh dari hidup wawa. Dan rasa macam anak dah. Even kucing gaduh tengah malam pun wawa sanggup keluar. Kasih ibu orang kata. Haha. Bukan kucing rumah je, wawa juga ada bela kucing dekat sekolah. Setiap kali pergi sekolah mesti bawak makanan kucing. Sampai kucing tu berani tidur atas meja cikgu. Hm, korean and philipina drama favourite wawa. Dua-dua cerita ni boleh buat wawa meroyan kalau tak dapat tengok episod seterusnya. Haha. Running man lagi lahh. Drama melayu, matsalleh pun tengok. Pendek cerita, semua wawa tengok. Wawa start berblog dah lama tapi terpaksa delete, sekarang baru bangkit balik. Wawa harap dapat support dari blogger lain :) 





Okay. Kalau sebut je pasal impian, macam-macam keluar dalam benak fikiran kita. Kalau wawa lah, ada lah dalam 1001 impian tu. Tapi tak semua impian tu kita akan dapat. Manusia cuma merancang, yang tentukan tu Allah. Dengan berdoa, insyaAllah apa yang kita minta, dimakbulkan. Impian wawa nak berbakti kepada ibu bapa, keluarga. Wawa nak buat diaorang bangga dengan wawa suatu hari nanti. Yela, anak mana yang taknak tengok ibu bapa kita bangga dengan kita. Semua nak kan? 
Untuk jangka masa yang panjang, dah lama sangat wawa nak bina rumah kucing untuk kucing-kucing wawa. Haritu mak ada cakap nak buat lepas siap baiki rumah tapi masih tak tercapai lagi. Sibuk agaknya. Last sekali  wawa nak mintak supaya Allah panjangkan umur kami, murahkan rezeki kami, ampunkan kesalahan kami, kekalkan jodoh kami nak nak wawa dengan ehem ehem dan kuatkan iman kami seluruh umat Islam. :)


Thursday, January 16, 2014

BELAJAR BUAT DOODLE


Assalamualaikum.

Semalam wawa ada belajar buat doodle muslimah. Test buat kalau-kalau menjadikan. Wawa belajar atas pertolongan Youtube. Alhamdulillah menjadi juga tapi tak sempurna sangat. Kena usahakan lagi. Act, dah lama wawa ingin nak belajar buat doodle tapi tak berpeluang lagi. Semalam wawa search google, lawa gila doodle muslimah yang diaorang buat. Tapi wawa tak tau dia guna apps apa. Teringin nak buat doodle lawa macam diaorang. Dan kat bawah ni wawa buat doodle guna paint. Hihi.








Wednesday, January 15, 2014

CONTEST MAULIDUR RASUL




Alhamdulillah, tengah-tengah scroll tadi wawa jumpa lagi satu segmen sambutan Maulidur Rasul yang disertai oleh Abak. Wawa pun nak join sekali lah segmen ni. Bukan nak hadiah tapi untuk Nabi Muhammad SAW. 

Syarat-syarat segmen ni mudah je. Korang hanya perlu jawab 2 soalan je daripada pihak pengajur dan buat satu slogan yang melambangkan tanda cinta kita kepada Rasulullah SAW. 

1. Bilakah tarikh lahir kelahiran Nabi Muhammad SAW?
  • Subuh pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi yang dikenali sebagai Tahun Gajah sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah.
2. Berikan dua nama ibu susuan Nabi Muhammad SAW.

  • Thuwaibah ( hamba kepada Abu Jahal )
  • Halimah binti Abu Dhu'aib
SLOGAN


Rasulullah SAW ikutan kami dunia akhirat.
Kami rindu kepadamu ya Rasulullah semulia-mulia insan di dunia.