Wednesday, January 22, 2014

WALLPAPER DESKTOP DARIPADA AZHAFIZAH




Terima Kasih kak Azhafizah sebab bagi wallpaper desktop yang lawa sangat-sangat. Wawa suka dengan wallpaper desktop ni. Nampak unik je. Lepastu boleh letak nama yang kita nak sekali dengan link blog. Selain buat wallpaper desktop, wawa pun ada buat wallpaper handphone sekali tau. Tenang je hati ni bila tengok wallpaper dari kak Azhafizah. Kalau korang nak dapat wallpaper macam ni juga, boleh join GA daripada kak Azhafizah di sini ----> GA AZHAFIZAH


UPU 2014/2015



Pada 20 Januari lepas, nombor unik ID UPU 2014/2015 sudah boleh dibeli di seluruh cawangan BSN jam 12 tengah hari. Ada sumber mengatakan bahawa nombor unik ID UPU ni boleh dibeli melalui mesin ATM. Alhamdulillah ayah wawa sempat beli pada haritu. Wawa pun belum isi lagi borang permohonan dia dekat laman web rasmi. Tengok panduan dia, dia mintak cetak lepas isi permohonan, tapi printer rumah pula rosak. Kalau korang nak buat permohonan UPU, korang boleh rujuk sini http://upu.mohe.gov.my/ dan ikot step yang diberikan. 

Dibawah ni wawa ingin kongsikan tarikh-tarikh penting UPU 2014/2015 yang wawa dapat daripada kawan-kawan melalui whatsapp.


19/01/2014 :- Iklan permohonan upu dalam keratan akhbar
20/01/2014 :- Sistem permohonan upu lepasan spm,stpm setaraf dibuka
20/01/2014 :- Jualan no ID di seluruh BSN
09/03/2014 :- Iklan permohonan SPM,politeknik & Ilka,STPM & Diploma setara
7/04/2014 :- Permohonan tutup bagi sistem permohonan ke politeknik dan Ipta
14/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf
16/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf
14/04/2014 :- Tarikh akhir penghantaran salinan permohonan dan dokumen
16/04/2014 :- Semakan temuduga lepasan spm ke politeknik/Institut kemahiran
16/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf
28/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf
18/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/ Institut kemahiran lepasan spm setaraf
29/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/Institut kemahiran lepasan spm setaraf
04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm
10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm
04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm
10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm
11/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta
17/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta
16/05/2014 :- Semakan temuduga bukan pendidikan dan ujian medsi(STPM)
20/05/2014 :- Ujian medsi dijalankan di IPTA
25/05/2014 :- Ujian Medsi dijalankan di IPTA
22/05/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf
06/06/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf
25/05/2014 :- Pendaftaran Pelajar Baharu Asasi
02/06/2014 :- Pendaftaran pelajar baharu Diploma
03/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
09/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
08/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
14/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
16/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)
22/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)

Tuesday, January 21, 2014

PENGALAMAN BAWA KERETA


Baru-baru ni wawa ada praktikal 3 jam bawa kereta. First time nak bawak kereta, rasa macam berdebar sangat. Dalam kepala ni dah macam-macam perkara negatif keluar. Rasa macam nak SPM balik pun ada. Haha *melampau sangat ni* 
Wawa sampai dekat pusat memandu tu dalam pukul 8 pagi, then amik no giliran, tunggu dekat blok D, tunggu akak panggil nama dalam pukul 10 lebih baru boleh bawak. Lama gila kena tunggu sampai perut dah macam-macam ragam bunyi. Bila sampai giliran wawa untuk bawak tu, wawa rasa macam suka sangat-sangat haha tapi kaki tak pro lagi. Maklumlah baru pertama kali. Tapi Alhamdulillah boleh bawak even ada satu dua tika tu kereta mati tengah jalan. Waktu nak naik bukit tu over excitedd rasa macam turun gelongsor pun ada. Haha. Tapi time pakcik ajar berhenti dekat atas bukit tu ok lah jugak. Tapi ada satu part tu kereta mati tengah-tengah bukit. Hampir nak undur ke belakang. Haha. Nasib baik pakcik tu cepat bertindak. Kalau wawa rasanya tawakal je kot kereta undur belakang. Haha. 
Satu lagi part yang wawa tak boleh lupa, bila nak turunkan handbreak kereta. Wawa guna dua tangan nak turunkan handbreak. Pakcik yang ajar wawa tu gelak siap perli lagi. Haha. Kalau JPJ tengok ni, comfirm out. Tak merasalah lesen P. 

Monday, January 20, 2014

18 JANUARI



Hi. Dah dua hari wawa tak update blog. Hari ni baru ada masa sikit nak update 2 3 keping entry. Hihi. Bukannya apa, wawa sibuk buat lesen. Campur lagi buat biskut, pergi kenduri, layan rgam kucing. Dah tak terkira dah penat tu. Haha. 

18 Januari baru ni birthday wawa. Alhamdulillah sekarang wawa dah masuk 18 tahun. Pejam celik pejam celik dah besar panjang. Hihi. Sepatutnya, pada haritu juga wawa boleh buat lesen, tapi penuh. Terpaksa tangguh 19 Januari. Tapi Alhamdulillah masa 18 Januari haritu masjid kampung wawa ada buat sambutan maulidur rasul. Kira bertuah jugak la sebab buat time birthday wawa. Hihi.

Dan terimakasih dekat ehem ehem dan Bella sebab nyanyi lagu birthday yang paling sedap dalam dunia. Kepada kawan-kawan, family terimakasih wish birthday wawa dan doakan wawa selalu. Terharu sangat. Kawan-kawan fb,instagram terimakasihh. Semoga Allah murahkan rezeki korang dan balas jasa baik korang. Amin :)