Thursday, July 17, 2014

APPS DEPOP KHAS UNTUK PENIAGA ONLINE

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Buat seller online diluar sana tu, yang rasa nak luaskan lagi bisness korang, boleh la ringan-ringankan tangan korang untuk download apps Depop ni dekat Google Play atau App Store. Dalam tu, korang boleh jual semua barang yang korang nak jual. Shawl, baju, case, accessories etc. Nak jual preloved items pun boleh. 


 


Korang jugak boleh jumpa pelbagai seller dari serata dunia. Jangankan Malaysia je, London, China, Eropah semua ada. Tapi kalau korang nak beli barang, better dari Malaysia lah. Senang sikit nak uruskan payment, penghantaran semua kan? Kan kalau korang beli dari orang Eropah, kena daftar Paypal semua. Kena bayar penghantaran lagi. Makan hari semua. Tup tup dekat sebulan dua baru sampai. Lainlah kalau korang ada family yang duk sane. Boleh je mintak diaorang belikan. Hehe. 

Silakan tengok gambar di bawah. Kita explore sikit apa yang ada dekat apps Depop ni.




Dan ni pula antara contoh following wawa yang jual baju dia. Kak Farah Khairuddin. 


Dan engkorang jugak dialu-alukan untuk follow wawa dekat Depop ni. Hihi :*


Semoga bisness kitaorang bertambah ye dengn apps Depop ni. Muahh :*








Wednesday, July 9, 2014

[ENTRI MENCABAR IMAN] JANGAN MARAH

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.
















SELAMAT BERBUKA PUASA.

P/S : Semua gambar di kutip dekat google.com

Saturday, July 5, 2014

[REVIEW] QAISARA BLOUSE FROM WADI ADRA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Pejam celik pejam celik, hari ini dah pun masuk 7 Ramadhan. Mesti korang semua tengah sibuk prepare baju, kuih-kuih untuk raya kan? Tak lupa juga nak hias rumah sempena riang ria hari raya. 

Petang ni wawa nak kasi review sikit dekat korang. Review kali ni, SANGAT LIMITED EDITION. Kalau hati dah berkenang bila tengok baju-baju dekat Wadi Adra ni, lebih baik korang cepat-cepat order. Nanti sold out menangis korang tak boleh nak buat raya. Hehe. 

Wadi Adra ni ada banyak koleksi. Selain Qaisara Blouse diaorang yang sangat meletop dengan pelbagai pattern, Wadi Adra juga famous dengan menjual Numa Skirt yang comel dan sangat selesa bila memakainya. Dan tak lupa jugak dengan jubah Wadi Adra yang cun. Sangat limited. Kalau taknak kena sold out, korang kena follow instagram Wadi Adra. Follow segala aktiviti atau gambar yang dipost. Ini supaya korang boleh cepat-cepat grab baju/jubah/skirt yang korang idamkan. Jangan lupa save number phone Wadi Adra dalam handphone korang. Kalau boleh buat je shortcut dekat home screen handphone korang supaya lebih cepat dan laju nak grab. Barang Wadi Adra ni macam pisang goreng panas. Cepat habis.

Antara koleksi Qaisara Blouse dan Numa Skirt yang wawa pakai : 




Amacam? Lawa dak baju tu? Sangat berpuas hati bila pakai. Baju dan skirt yang tak panas dan tak jarang. Menutup aurat. Tak ketat. Sekali pakai rasa macam nak kumpul semua jenis Qaisara Blouse dengan Numa skirt ni. InsyaAllah lepas raya nanti nak order lagi. Boleh bawak pergi ke kelas nanti. Dan lepas ni, boleh slow-slow berhenti pakai seluar. :)




Dan bagi korang semua yang duk KL sana tu, jangan lupa set siap siap tarikh keramat dekat handphone korang. Kalau boleh kasi bunyi alarm kuat sikit pada 19 & 20 JULY 2014 jam 10 pagi - 10 malam di PWTC. Lebih 300 TOP vendors ada. Dah tak perlu tempah kain lagi. Terus je pergi cari baju raya mak ayah adik korang dekat sana. InsyaAllah mana yang nak raya sakan tu, boleh beli sakan dekat sana okey? Yang penting, Wadi Adra ada sekali. Boleh pilih terus je dekat sana. 




Bagi sesiapa yang rasa 19 & 20 JULY tu lambat lagi, rasa dah tak sabar nak beli dan pakai, korang semua boleh follow instagram Wadi Adra. Dan jangan lupa nantikan baju baru from Wadi Adra yang akan di update pada AHAD PAGI. Set tarikh tu ok. Kalau boleh sebelum Wadi Adra post baju terbaru, korang dah tunggu dekat instagram diaorang. Lepas tu tekan je refresh, nanti bila update terbaru keluar, korang boleh 1st like, 1st comment, 1st order.

Dan kalau yang nak buat raya tu, jangan lupa buat #rayabersamawadiadra.


Nak order? 
Instagram : Wadi Adra
WhatsApp : 017 242 7558