SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Tuesday, December 29, 2015

PENANGAN SHAWL SIMPLE HIJAB

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Korang pernah dengar tak shawl bukan long shawl je, instant shawl pun ada jenama Simple Hijab ni? Walaupun Simple Hijab baru je ditubuhkan pada tahun 2014, jangan pulak korang pandang rendah tau. Sebab segala jenis kain shawl dia semua high quality okay! Kebanyakkan customer yang order dengan wawa, ada yang repeat order lepas cuba beli sekali. Cassandra shawl dari Simple Hijab macam pisang goreng panas sekarang. Lambat sikit out of stock. Sampai wawa sendiri rasa serba salah nak bagitau dekat customer shawl yang diaorang nak tu takde stock. Ada juga yang sanggup menunggu sampai semua warna shawl restock. 

Kebanyakkan shawl Simple Hijab ni dijual bermula harga RM35 dan keatas. Nak beli shawl exclusive pun ada. Sesuai dibuat hantaran atau hadiah untuk kawan kawan. InsyaAllah nanti wawa update segala jenis shawl di Simple Hijab ni. 

Kalau korang jenis yang tak sabar nak tunggu wawa update, boleh pergi link ni SIMPLE HIJAB untuk tengok shawl. Dan boleh juga order melalui whatsapp tau. Lagi mudah dan cepat. Sebab wawa akan uruskan segala order anda. Tak perlu nak kena register dalam website dia tu. Segala shawl yang available, wawa akan sent gambar melalui whatsapp. Atau boleh juga follow instagram ni @SIMPLEHIJAB4U untuk melihat shawl Simple Hijab yang available. 

Website : SIMPLE HIJAB
Instagram : @SIMPLEHIJAB4U
Whatsapp : 014-536 2931

Monday, December 14, 2015

10 SOALAN DARIPADA STARLAVENDERLUNA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Hi gaiss. First, terima kasih kepada Starlavenderluna sebab tag wawa untuk menjawab 10 soalan daripadanya. Dalam fikiran, banyak perkara wawa nak buat dengan blog ni. Tapi tak berkesempatan nak buat dalam masa terdekat. Kena hold dulu la jawabnya. 

Okay, jom kita menjawab soalan dari saudari kita ni ye. 

1. Kenalkan diriAnda
Memandangkan dari awal wawa start menulis tak pernah nak bertaaruf, so harini wawa taaruf la sikit. Nama semua dah kenal kan? Wawa. Alhamdulillah sekarang 19 tahun. Next year naik angka 20. Menjadi blogger since 2013 (thefourofus.blogspot ke wawaabdulhadi.blogspot). Bukan mudah tau nak naikkan balik blog dari mula T.T Sekarang belajar di UiTM. Diploma in Culinary Arts. InsyaAllah nanti wawa turunkan segala resepi di sini dan kalau diberi peluang, InsyaAllah wawa akan cuba terbitkan buku masakan sendiri. 

2. Antara pulau atau bandar, mana satu pilihan? Kenapa?
Pulau. Sebab? Dari kecil sampai sekarang wawa membesar di pulau. Bagi wawa pulau lagi better kot dari bandar yang jam dan sesak dengan orang. Kalau kat pulau tu, sempoi sempoi je korang dapat angin. Lebih lebih lagi sekarang musim tengkujuh. Boleh sangat kau nak berdrama ala hindustan dengan angin. 

3. Pencapaian yang terbaik dalam kehidupan?
Sebenarnya banyak kot "pencapaian" yang terbaik. Berjaya menubuhkan blog, dapat bagi result gempak la juga dekat family. Lastly, sem ni belajar international cuisine. Cakap je nak resepi apa nanti i kongsi ok? French? America? Africa? China? Japan? Semua ada! :D

4. Antara beruang panda, kucing, hamster dan arnab, mana satu pilihan awak? Kenapa?
KUCING. Wawa bela kucing almost 15 ekor dan sekarang tengah tunggu ibu kucing lahir baby baruuu. Yang lain suka juga tapi lagi prefer bela kucing la sebab senang. Sebab kucing ni kalau dia nampak tikus ke ular ke atau benda lain, terus kita boleh detect. Even orang tak kenal datang rumah pun kita boleh tahu sebab kucing wawa kalau orang tak kenal dia terus sembur. 

5. Pendapat awak tentang jurnal saya? 
Sangat bagus sebab ada banyak carian. Baik dari segi resepi, sinopsis novel semua ada. Laju pun laju tak perlu tunggu lama. Satu lagi kita sama la orang Terengganu jugak!! Lepas ni boleh wawa usha usha selalu dan cuba resepi di blog awak :)

6. Warna kegemaran?
Merah, purple, pastel colour 

7. Apakah genre buku kegemaran awak dan kenapa awak suka genre tersebut?
Comic and graphic novel. Sebab bila baca takde rasa boring sangat dan mudah nak ingat. Kalau novel yang tulisan je memanjang memang wawa buat bed time story macam buku food cost sem ni. 

8. Siapakah idola awak dalam kehidupan? 
Setakat ni idola-idola wawa semuanya tukang masak. 

9. Barang yang wajib bawak semasa keluar dari rumah.
Handphone. Wifi. Powerbank. Tu semua peneman dikala sunyi.

10. Tempat percutian idaman.
Korea. Jepun. Turki.



Saturday, December 5, 2015

[RESEPI] PUDING CARAMEL 5 BAHAN




Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Tetiba terasa nak buat puding caramel hujung minggu ni, jadi gagahkan diri untuk balik rumah buat puding caramel. Semangat betul wawa ni kalau bab makan. Even gigi tengah sakit tapi nak jugak makan makanan manis. 

Semalam around pukul 10, dapur rumah start berasap sampai ke pagi. Kalau buat hari ni memang tak sempat sebab nak pergi klinik pastu nak balik kolej. Semalam boleh la buat dua loyang puding caramel ni. Tapi puding caramel wawa buat ni tak tebal macam dekat kedai tu. Wawa guna loyang nipis je sebab mula mula planning nak kukus tapi tak jumpa alat pengukus, jadi wawa buat kaedah waterbath. Nak pakai tupperware tapi bimbang dengan tupperware sekali cair. Nanti tak pasal-pasal mak marah. So, nak tak nak terpaksa guna loyang nipis ni. 

If orang nak buat puding caramel ikot resepi wawa bagi ni, korang jangan la tiru sampai ke loyang pun korang guna loyang nipis. Salah tu. Kalau rumah korang ada loyang tebal dan besar yang sesuai untuk buat puding caramel tu, pakai. Amik yang tu. Ok? Hehe.

Resepi Puding Caramel 

Bahan : 
* 1 tin susu pekat ( wawa guna 1/2 tin sahaja sebab tak suka manis)
* 7 biji telur ayam fresh
* 1 sudu kecil esen vanila 
* 1 cawan air
* 4 sudu besar gula + sedikit air

Cara-cara : 

1. Masukkan 7 biji telur ayam ke dalam bekas. Pukul sekejap untuk sebatikan telur kuning dan telur putih. 
2. Masukkan esen vanila dan susu pekat. Kacau sehingga rata dan masukkan air. Ketepikan.

Gula Hangus : 
Yang ni wawa guna tips yang wawa belajar dekat kolej.

* Dalam periuk kecil atau sauce pan, masukkan 4 sudu besar gula dengan api yang sederhana kecil. Jangan sesekali kacau gula tu kerana ia akan melambatkan proses caramelization. Nak tunggu gula ni caramelized memang lama. Jadi banyak bersabar. Sapukan air di sekeliling periuk/sauce pan menggunakan brush, kalau tak ada, boleh guna sudu. Sapu air sekeliling sampai gula tu mula menjadi kuning. Tak cukup air tambah. Jangan sesekali tinggal gula tu lama lama sebab bila dia start nak hangus, cepat je jadi. Make sure lepas gula tu dah nak hangus, cepat cepat slowkan api dan terus tuang dalam loyang. Sebab gula cepat keras. Dalam beberapa saat je dia keras. 




P/S : Kalau nak guna plastic food container macam bawah ni, wawa tak syorkan sangat even dia cakap tahan suhu 100'C dalam microwave sebab wawa pernah pakai. Bila letak gula yang tengah panas dia mencair. Suhu gula bila dia dipanaskan akan jadi 100'C, sebab tu tangan korang boleh melecur kalau tertumpah air gula atas tangan. 


Lepas masukkan gula dalam loyang, biarkan gula mengeras sekejap lepas tu baru tuang bahan yang kita ketepikan tadi. Nak kukus pun boleh nak guna kaedah waterbath pun boleh. Kalau kukus, kukus macam biasa selama 40minit atau sehingga masak. Kalau nak guna kaedah waterbath, masukkan air dalam bekas yang besar dari loyang yang korang guna sebab nanti korang akan letak loyang tu dalam bekas yang berisi air tu. Dan bakar dalam oven selama 50minit 160'C atau sehingga masak. Depends oven korang macam mana. 

Ni contoh macam mana kaedah waterbath! 


Bila puding tu dah sejuk, baru terlangkupkan ke dalam pinggan dan masukkan dalam peti sejuk. Sedap makan tengah tengah panas ni. 



Dan jangan lupa undi wawa  DISINI . Bantuan dari korang semua sangat dihargai. Terima kasih! Dan selamat mencuba resepi puding!

Sunday, November 29, 2015

ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.

Hi. Korang dah join ke belum mini giveaway Zyrroxxx's ni? Kalau belum lagi, elok sangat korang join sekrang sebelum 2 Disember (Rabu) ni. Karang menyesal tak dapat baca komik buasir otak. Dah la limited komik ni. Memandangkan wawa ni kaki komik, jadi peluang emas macam ni tak kan kita nak biarkan je dia mengalir kan? Memang kena grab awal awal la. 

Korang jangan pulak cakap "budak-budak je yang macam komik", tu salah! Sebab wawa umur dah nak cecah 20an pun still lagi beli komik Gempak Starz tu ok. Dah boleh buat koleksi dah. Lawak kampus, Lawak Pop Gang, Lawak Shabu-Shabu, Maid Maiden dan lain lain semua ada. Baca komik macam ni takde nak rasa emotional macam baca novel cinta. Korang boleh rilek santai santai je bil baca komik. Takperlu fikir apa jadi lepas ni, putus cinta ke apa ke. Betul tak? Sebab tu la wawa nak grab jugak buasir otak the komik ni ha. Stress stress study, boleh baca kejap komik ni release tension. 

Even komik ni nampak macam membazir kalau beli, tapi kita yang jadi penggemar komik ni tak rasa membazir sebab bagi wawa komik ni menghiburkan kita dengan lawak-lawak yang takleh blah. Baca tiga empat kali pun belum tentu puas. Kadang tu berkali kali baca. So, apa kata korang semua rajinkan diri join mini giveaway zyrazaroxx's ni. Mana tau rezeki korang dapat merasa baca komik limited ni. Siapa tau kan? 

Tamat pada 2 Disember 2015 bersamaan hari rabu pada jam 11.59 malam. Dan jangan lupa support wawa dalam contest lynk.my ni. Kalau korang nak menang RM4000 dari lynk.my, tekan link ni okeh >> DISINI 

Monday, November 23, 2015

CINTA PANDANG PERTAMA DENGAN YADAH

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Pernah tak korang dengar produk kecantikan jenama Yadah? Produk ni asalnya dari korea dan korang jangan risau sebab bahan bahan yang digunakan menggunakan bahan organik. Takda chemical. Dan wawa salah seorang pengguna setia Yadah ni. Even mahal sikit tapi berbaloi la. Rasa moist je kulit ni.

Harini wawa nak review sikit pasal Yadah. Tak banyak pun. Satu dua produk je wawa review harini. Next update wawa akan cerita balik produk Yadah yang lain. (Berdasarkan apa yang wawa pakai)


Yadah Quality Promise



Sekarang ni Yadah ada sale sebelum 30 November ni. Lagi banyak korang beli dekat Yadah lagi banyak korang akan dapat free gift! Tak percaya? Tengok sini apa yang wawa dah borong dengan Yadah kali ini. 


First try wawa dulu, wawa guna starter kit Yadah. Dalam tu ada brightening maskpack, toner, emulsion, sunblock, bb cream dan notes. Waktu mula cuba haritu, memang terus jatuh cinta dengan mask dia. Rasa lembab je kulit lepas pakai mask. Lepas habis je guna, terus order lagi buat kali kedua dan kali ni memang shopping gila-gila dekat Hermo.my. Percaya atau tak, korang akan dapat free gift Yadah starter kit sekiranya korang membeli produk Yadah RM100 keatas dan mendapat Yadah Sunblock sachet secara free dengan pembelian 12 packets maskpack. 

Kat bawah ni, wawa ada tunjuk cara nak pakai mask Yadah. Mask ni elok pakai selang sehari. Tapi sebab terlalu sedap mask dia, wawa rasa macam tak sabar nak tunggu hari seterusnya untuk pakai mask. Sebelum pakai mask, wawa akan cuci muka dengan cleanser (Yadah bubble deep cleanser) dulu, sapu toner then baru pakai mask. Lepas pakai mask dia, wawa akan sapu Yadah emulsion sikit. Liquid yang ada dalam mask tu, korang jangan buang tau. Amik then sapu sapu la dekat lengan atau leher korang. 



Yadah bubble deep Cleanser


Yadah bubble deep cleanser ni sangat famous dalam kalangan remaja. Isi kat dalam dia rasa ringan je tau macam korang whisk telur sampai kembang. Sekali picit je dah cukup untuk cuci muka sebab texture dia ringan dan gebu. 


Kalau korang jenis yang suka pakai makeup, elok sangat pakai Yadah bubble deep cleanser ni sebab produk ni berupaya untuk menanggalkan makeup korang. Kulit muka yang kering dan sensitif sangat elok guna produk ni sebab Yadah bubble deep cleanser ni boleh lembutkan kulit korang. Memang rasa yakin dan segar lepas guna produk Yadah ni. Wawa akan pakai Yadah cleanser ni sebelum pakai mask untuk hilangkan segala jenis barang yang ada kat muka macam lipstick, bedak etc. 


Kalau dulu, wawa guna produk Himalaya untuk hilangkan masalah jerawat. Tapi sekarang dah bertukar ke Yadah. Sebab Yadah sangat sesuai dengan kulit wawa berbanding produk Himalaya. Masalah jerawat tetap ada tapi sejak pakai Yadah, jerawat mula kering dan kulit pun lembab je. 

Next update kita borak pasal hilangkan blackheads dengan Yadah ok! 

Dan jangan lupa support wawa dalam contest lynk.my ni. Kalau korang nak menang RM4000 dari lynk.my, tekan link ni okeh >> DISINI 

Saturday, November 21, 2015

12 GAMBAR PERKAHWINAN SHUKRI YAHYA DAN TYA ADNAN

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.

Tahniah wawa ucapkan buat Shukri Yahya dan Tya Adnan yang baru melangsungkan perkahwinan mereka pada petang tadi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan wawa doakan semoga kekal hingga ke akhir hayat. Dari petang tadi  wawa duk scroll instagram mereka nak tengok update latest. Bak pinang dibelah dua mereka ni. Sweet comel je.















Instagram : @Tyaadnan
Instagram : @shukriyahaya

Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia ke anak cucu, Nak tengok short video perkahwinan Shukri Yahya & Tya Adnan? Boleh pergi ke instagram merek (link di atas) atau disini >> #SHUKTYA

Dan jangan lupa support wawa dalam contest lynk.my ni. Kalau korang nak menang RM4000 dari lynk.my, tekan link ni okeh >> DISINI 

[KEYWORDS HARI INI] CARA SEMAK RESULT UITM

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.

Result UITM, alhamdulillah dah keluar minggu lepas. Yang berjaya tahniah wawa ucapkan, mana yang result cendeng sikit, jangan putus asa. Masih ada peluang lagi untuk berjaya. Yakin pada diri,usaha sekuat hati dan ingat Allah selalu insyaAllah berjaya nanti.  

Since ada reader search macam mana nak baca result uitm, harini wawa nak bagitau macam mana nak tengok result uitm korang. Tak salah kita bagitau mereka yang tak tau ni kan? Orang tua tua cakap malu bertanya sesat jalan. 


Kalau korang student Uitm, korang tak perlu risau siang malam macam mana nak check result final exam korang sebab korang akan dapat result korang melalui email yang korang beri semasa register haritu. Memang diaorang akan sent automatik dekat email masing-masing. Cuma cepat atau lambat je. Kalau korang pakai gmail, cepat la tau result. Kalau macam wawa ni guna yahoo, memang lambat gila nak sampai. Selalu pukul 12 tengah malam dah boleh tau result. Contoh, haritu 13 Nov result keluar, pukul 12 tengah malam dah boleh tengok dah. Better korang guna gmail la kalau nak cepat. Kalau yahoo ni lambat sikit jadi bukan pukul 12 tengah malam tepat tepat korang boleh tahu. Habis habis pukul 3 4 pagi macam wawa kena baru-baru ni. Jangan lupa print result exam tau! Kalau sistem email, korang kena print dalam masa 7 hari je. Lebih pada tu, link yang dia bagi kat atas tu expired.  Korang print la sebagai rujukan ke mana tau tetiba dengan tengok result korang yang dean list ni muncul semangat yang kaw kaw nak study. Dan jangan lupa tunjuk dekat mak ayah korang slip exam ni. 

Cara lain nak check result? Dengan cara pergi check dekat istudent portal. Korang click je "SEE EXAM RESULT" dan masukkan id dan password korang. Dapatlah korang tengok result. Pastu print. Untuk check dekat student portal, korang tak boleh check terus pukul 12 tengah malam. Memang takde. Sebab sistem ni mula dibuka pada jam 9 pagi. Contoh, result keluar 13 Nov dan korang boleh mula check pada jam 9 pagi. Hanya melalui email sahaja korang boleh tahu awal result korang. Begitulah caranya nak check result. Mudah je kan? 
Adik adik yang baru masuk uitm ni boleh la tengok entri ni kalau tak tau macam mana nak check result. 

Apa-apa pun semoga berjaya untuk memulakan semester baru yang berbaki 7 hari lagi. ^^ Dan jangan lupa support wawa dalam contest lynk.my ni. Kalau korang nak menang RM4000 dari lynk.my, tekan link ni okeh? http://lynk.my/bx6 





Tuesday, November 17, 2015

KEPUTUSAN PENCARIAN BLOGLIST #BATCH1

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah tamat sudah pencarian bloglist kali ni. Sebenarnya tamat 12 tengah malam semalam. Memandangkan wawa pergi rumah tok wawa and malam ni baru dapat wifi, so wawa umumkan malam ni dan letakkan peserta di senarai bloglist wawa. Peserta ni akan stay di bloglist wawa sampai wawa cari batch baru pula. Maaf tau sebab lambat sikit umum. 

Tahniah dan terima kasih juga buat para peserta sebab support wawa even tak sampai 10 orang pun yang join tapi alhamdulillah ada yang join. Dan mereka yang kurang dari 10 orang join ni, wawa masukkan semua sekali dalam bloglist wawa tau sebagai tanda penghargaan dari wawa. Maaf juga sebab segmen ni tak seberapa dan tak se "hot" segmen blogger lain. ^^

Dan jangan lupa support wawa dalam contest lynk.my ni. Kalau korang nak menang RM4000 dari lynk.my, tekan link ni okeh? http://lynk.my/bx6 

Senarai peserta : 

Friday, November 13, 2015

PENCARIAN BLOGLIST MINGGUAN #BATCH1

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.

STICKY YEK POST! 



Sekarang wawa mencari seramai 6 orang blogger terkemuka di Malaysia untuk mengisi kekosongan bloglist di blog wawa. Anyone yang nak join boleh tengok syarat bawah nanti eh. Kenapa buat wawa buat mingguan? Sebab kalau boleh wawa nak semua blogger dapat masuk bloglist wawa. Ala, boleh la korang merasa sikit best ke tak jadi bloglist wawa ni kan? Even blog wawa ni tak terkenal macam Ji Hyo, at least wawa mencuba dan berusaha untuk naikkan nama blog sendiri. 

Pencarian ni berjalan selama 7 hari je tau. Lepas tu tutup. Bermula 7 eleven sehingga 14 eleven 12 tengah malam okeh? 15 eleven tu wawa akan umumkan 6 orang blogger bertuah dan mereka yang bertuah ni akan bertapa di blog wawa selama 7 hari bermula 16 eleven sehingga 23 eleven. 

Syaratnya : 

1. Follow blog wawa. (if dah follow sebelum ni, bagitau tau)
2. Buat satu entri simple mimple je dengan copy gambar di atas dan linkkan ke blog wawa. 

P/S : Cara nak copy, tengok bawah ni ok.

Buat macam gambar belah kiri, then tekan CTRL + C SERENTAK lepas tu baru paste dalam entri. ;)

3. Letakkan link anda di komen bawah ni ok untuk memudahkan wawa terjah blog korang.

Okay 3 tu je syaratnya. Mudah je kan? Pemilihan berdasarkan Incik Google. Jadi cepat cepat join sebelum 14 eleven nanti kalau terlambat korang kena tunggu #batch2 nanti. 

Dan jangan lupa support wawa dalam contest lynk.my ni. Kalau korang nak menang RM4000 dari lynk.my, tekan link ni okeh? http://lynk.my/bx6 

Terima kasih korang. Muah muah!


SELAMAT BERJAYA ^^


RESULT UITM

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Masih setia menunggu email dari UITM untuk tau result. Dup dap dup dap dia tu jangan disebut. Macam ular dipalu gelisahnya. :(

Doakan semoga result wawa sem ni tercapai sebagaimana yang ditarget. Amin.

Thursday, November 12, 2015

[WAJIB BACA SEBELUM 19 NOVEMBER 2015] PERMOHANAN KE UITM TERENGGANU

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Entri ni khas ditujukan buat anda semua yang ingin mengambil diploma atau pra diploma di UITM TERENGGANU. Tarikh tutup permohonan dah tak lama tu. Jadi cepat-cepat buat permohonan sebelum 19 November ini okay? Dan korang boleh baca gambar di atas macam mana nak mohon dan kalau ada sebarang pertanyaan, boleh rujuk nombor yang disediakan dalam gambar. 

Course apa yang ada? Haa, gambar dibawah ni ada dia bagitau course yang ada di UITM TERENGGANU. Korang boleh tengok sama ada course yang korang nak ni, cukup tak dengan result yang korang dapat. Anyone yang amik HM115 ni boleh la jumpa dengan wawa next semester. Ala, semua course yang ada label HM110 (hotel), HM115 (culinary), HM112 (food service) dan HM111 (tourism) ni semua course hotel and tourism management. 

Ada yang berminat? Mohon sekarang sebelum 19 November ini okay? 



Viralkan tau dekat adik akak dekat luar sana yang nak sambung diploma di UITM TERENGGANU! 

Dan jangan lupa support wawa dalam contest lynk.my ni. Kalau korang nak menang RM4000 dari lynk.my, tekan link ni okeh? http://lynk.my/bx6 


Friday, November 6, 2015

SEGMEN KEMBARA MISTERI BURUNG HANTU

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

P/S : Due date 7 HARI sahaja ok? Tamat pada 13.11.2015 jam 12 tengah malam tepatt. 

Meh kita join segmen misteri burung hantu pulak kali ni. Dekat dekat akhir tahun ni macam macam segmen, contest diadakan sehiggakan wawa sendiri pun tengah belah bahagi nak buat contest ke tak. first time tengok segmen ni, wawa ingat ni segmen yang Xpax buat tu. Alaa, internet burung hantu tu. Rupanya bukan. Hihi. 

Hadiah dia sangat menarik okay. Tak rugi pun korang join segmen, contest macam ni sebab secara tak langsung korang dapat berkenalan dengan ramai blogger. Eratkan silaturrahim. Syarat nak join segmen ni pun mudah. Tak perlu nak susah payah buat tu buat ni. Dah ramai tau yang join, korang jangan tak join pulak. Mana tau owner segmen ni nanti nak bagi kita burung hantu free seekor. 

Dan jangan lupa support wawa dalam contest lynk.my ni. Kalau korang nak menang RM4000 dari lynk.my, tekan link ni okeh? http://lynk.my/bx6 

Terima kasih korang. Muah muah!

Sunday, November 1, 2015

AISKRIM PASU MEREPEK

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Hi uols. Dah dua hari hakak tak update blog. Maklumlah sibuk pergi shopping dekat Mood Republik. Sakan tau! Mana taknya 3 kali pergi sana 3 kali tu jugak beli baju. Tergoda dengan jubah, blouse, shawl campur lagi sale yang memang mentah-mentah takleh tolak. Even Terengganu hujan, tapi degil jugak pergi. Nampak tak yang orang perempuan ni memang takleh terlepas kalau ada karnival yang jual jual baju. Sanggup menyelam dalam dewan tu dengan puluh ribu manusia yang datang. Last-last dapat jugak grab empat helai baju dekat Calaqisya. Next time wawa review Calaqisya ye uols. 

Memandangkan duit dah habis sebab shopping dekat Mood Republik, terpaksa la wawa tunda nak buat giveaway kali ni. Maybe next month or next year (yay birthday dah dekat!). Kumpul balik duit yang terbang tu. Hihi. InsyaAllah gilang gemilang ok. Takde hambar-hambar and yang mana nak jadi sponsor tu boleh la slow slow email wawa. Boleh prepare siap siap berserta dengan syarat. 

Semalam, balik je dari Mood Republik di Taman Tamadun Islam, wawa ada la stop kejap dekat satu gerai di tepi jalan. Yela, lepas penat menyelam dekat Mood Republik tu mesti rasa dahaga. So, berhenti la beli aiskrim pasu ni. RM5 satu bekas tu normal la kan. Dan banyak jugak dia letak dekat dalam aiskrim tu ada oreo, kacang, coklat,nestum,biskut,marshmallow, chocolate syrup, bunga dan macam-macam. Nak belek lama pun tak sempat sebab dah ngap. Cukup la nak kongsi 4 orang. Pasu dia pulak boleh la buat tanam pokok bunga kan? Aiskrim dia pun sedap uols. Siap boleh pilih lagi nak pasu mana. Pasu kecik pun ada tapi harga dia pun lain la. 

Wawa pun terfikir juga macam best je jual aiskrim pasu ni. Tapi takkan la nak jual aiskrim pasu jugak kan? At least kita ubah la bagi bentuk, rupa dan rasa dia tu lain dari lain kan? Nak berniaga ni kena ada kelainan dia sikit baru pelanggan tertarik. Make sure makanan kita jual tu kelainan dia ada, rasa ada, kebersihan dijaga, guna bahan halal baru la berbaloi dengan harga. Ni tidak,  durian crepe 3biji RM5 tapi letak durian secotek je. Bila makan, durian pun tak rasa mana cream je banyak. Kan dah rugi. 


Nah satu lagi gambar. Bagi korang mengidam sikit malam-malam macam ni. Hihi. 
Btw, terima kasih sudi memberi sokongan dan membaca blog wawa. 




Thursday, October 29, 2015

DOUBLE CHIN BOLEH DIRAWAT?

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Ramai orang mengalami masalah double chin sekarang. Wawa pun tidak ketinggalan mengalami masalah ni. Terfikir juga macam mana nak hilangkan double chin ni sebab setiap kali pakai tudung, mesti tersembur keluar double chin tu. Haih. Malu pulak rasanya. Mula tu, terfikir nak minum tea detox, skinny tea tapi bila fikir dua tiga kali rasa macam rugi pulak nak beli sebab dah slim melim. 

So, nak tak nak terpaksa la wawa rawat double chin ni dengan cara tersendiri. Jimat duit. Tapi kena amalkan selalu la. Takleh la hari ni buat dua tiga minggu lepas tu baru buat balik. Tak berkesan! Langsung tak. 

Orang cakap mencegah lebih baik dari merawat. Kalau korang tak nak double chin tersembur, korang kena praktikkan amalan ni setiap hari tau. EVERY DAY. Jangan skip walau sekali. Hokeh? Wawa pun praktikkan hari-hari sebab nak hilangkan double chin. 


 1. Bila berjalan, make sure korang berjalan mendada ke hadapan. Time duduk atas kerusi pun macam tu jugak. Jangan tunduk setunduk tunduknya kebawah sebab ini akan menyebabkan terhasilnya double chin. Dan ketahuilah bahawa sekiranya korang berjalan atau duduk mendada, korang dapat mengelakkan dari dagu berlapis dan secara tak langsung menghasilkan postur badan yang cantik. Korang untung 2 dalam 1 tau kalau buat teknik ni. 

2. Sebelum tidur, elakkan tidur menggunakan bantal yang terlalu tinggi sebab tidur dengan bantal tinggi boleh menyumbang kepada double chin jugak. Tapi, petua guna bantal tinggi ni sangat bagus buat korang yang terkena batuk dan hidung tersumbat. 

3. Selalu lah merajinkan diri korang untuk melakukan urutan dagu setiap hari secara konsisten dari bawah ke atas kerana urutan ini dapat membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah. Nanti wawa kongsi ye macam mana nak buat urutan dagu. 

4. Double chin takkan muncul kalau korang menggemar makan makanan yang banyak kan? Jadi, pada hari ini, korang kena berhenti makan makanan yang bergoreng, berlemak dan manis. Amalkan makan makanan yang sihat ikot piramid makanan. OK? 

Bukan mudah nak amalkan setiap hari. Tapi kalau korang nak kurus berharap dengan melakukan senaman boleh cepat kurus tanpa ada niat yang kental, tak menjadi juga. Kena la ada usaha dan niat yang betul nak berubah.Niat nak jaga pemakanan tu penting! :) 
ANTARA SENAMAN DAGU :

1. Korang boleh donggakkan kepala ke atas sambil memandang kipas atau syiling. Kalau korang jenis yang mudah berangan, korang berangan la sambil donggak kepala ke atas selama beberapa minit. Jangan pulak korang baring pastu donggakkan kepala. Make sure duduk dengan mendada la ok? Buat setiap hari tau. Lama-lama berkesan. Tips ni wawa selalu pakai untuk kurangkan double chin. 

2. Yang kedua dengan cara korang menggunakan otot muka leher. Cuba korang angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh mungkin yang korang boleh buat. Buat sebanyak 10 kali berulang setiap hari. 

3. Cara yang ni sama macam cara yang pertama (tengok bahagian 1). Tapi, bezanya korang kena jelirkan lidah korang sambil mendonggak ke atas. Tips ini bagus untuk menarik otot-otot lemak bawah dagu tau. Sebelum tido tu boleh la amik masa 10 minit lakukan senaman ni. Jangan buat depan orang ramai, nanti apa pulak diorang cakap. 

4. Untuk mendapatkan otot rahang dan dagu yang baik, cuba lakukan senaman mulut dengan memakan gula-gula getah! 

5. Lakukan kaedah tamparan. Bukan tampar pipi tauu. First, korang tampar secara perlahan pada bahagian leher korang. PERLAHAN ok. Jangan kuat. Mulakan dari bahagian bawah leher dan diakhiri pada bawah dagu. Lakukan kaedah ini berulang dalam gerakan yang cepat sebanyak 40 kali. 


Boleh la korang grab salah satu senaman diatas untuk diamalkan pada setiap hari. Biar lambat asal selamat ok? Cara-cara ni bagus tau untuk hilangkan double chin walaupun ianya makan masa sikit tapi berbaloi la bagi seketul wawa ni. Nanti takde lah double chin korang tersembur keluar time pakai tudung. 

sumber.