Wednesday, November 19, 2014

PASSWORD FACEBOOK LONGGAR?

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Betul ke sekarang password dekat Facebook ni dah macam longgar tak macam dulu? Dah dua hari wawa perhatikan Facebook. Siap tukar password dibuatnya untuk sahkan wawa mimpi ke betul. 

Yela, kita cipta password bukan main gah lagi siap ada huruf kecil besar beserta nombor titik koma semua sebab taknak bagi orang hack. Tup tup tadi, masa wawa log in Facebook terlupa nak turn off caps lock. Tengah scroll berita dlam Facebook baru teringat. Lepas tu log out balik, tak lama lepas tu log in balik ikut yang betul, boleh bukak juga. Hati masih tak puas hati lai, log out balik tulis lagi dan lagi sampai la wawa penat and last-last tukar password baru. 

Maklum lah, zaman sekarang ni banyak ragam orang yang boleh curi curi password kita lepastu post perkara yang tak elok. Dah banyak kes wawa dengar pasal ini. Kita juga yang jadi mangsa kena maki hamun semua. Nauzubillah. Mudah-mudahan kita dilindungi dari kejadian sebegini ye. 

[SEGMEN REVIEW] BLOGGER AYA SURIA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Pertama kali wawa mereview para blogger disini. Kalau sebelum ni wawa review barangan online,tapi hari ini wawa nak review blogger Aya Suria. Salam perkenalan dari wawa. :)

Untuk pengetahuan umum, blogger Aya Suria ni merupakan pengedar sah Shaklee tau. Yang duk area KLIA, Sepang, Telok Panglima Garang, Jenjarom, Dengkil, Sg Lang Morib, Kanchong atau Banting Jugra boleh la order Shaklee dengan blogger Aya Suria ni.

Dengar cerita sekarang produk Shaklee dah ada macam-macam jenis tau. Mereka yang menghidapi penyakit jantung, darah tinggi, masalah sukar tidur, ingin menambahkan kecantikan wajah atau lain-lain masalah, boleh dapatkan produk Shaklee sebagai jalan penyelesaian. Walaupun wawa belum pernah mencuba produk Shaklee ini, tapi ramai pengguna di luar sana berpuas hati apabila menggunakan produk ini.

P/S : Banyak jugak masalah dan penyakit boleh disembuhkan dengan produk Shaklee ini. (Dengan izin Allah). Korang boleh rujuk di sidebar blog Aya Suria.

Selain itu, blogger Aya Suria juga banyak kongsikan testimoni pengguna Shaklee dan tips-tipsnya. Petua nak hilangkan panau pun ada, hilangkan jerawak pun ada dan yang best sekali cara nak kawal nafsu makan. Anda semua yang tengah diet, elok sangat tengok tips yang ada di sidebar blogger Aya Suria.

Biarpun blogger Aya Suria  ni merupakan seorang pengedar sah produk Shaklee, namun dia juga tidak lupa untuk kongsikan cerita hidupnya berubah kerana Shaklee. Alhamdulillah, kini blogger Aya Suria ni dah berjaya dalam bidang bisness. Hihi.

Wawa doakan blogger Aya Suria ni selalu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT dan berharap semoga bisness blogger Aya Suria sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Amin :)

Kalau korang berminat untuk menjadi ahli Shaklee, korang boleh daftar menjadi ahli Shaklee yang di terdapat di sidebar blog Aya Suria ni. Dan jangan lupa like fanpagenya di Facebook!

Tuesday, November 18, 2014

Segmen : Blog Review By Parihh

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


blog review, segmen blog review, segmen blog review by parihh, blog review by parihh

KLIK BANNER UNTUK JOIN!


Monday, November 17, 2014

PEMENANG SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER BLOG

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Sekarang tiba masanya wawa nak umumkan siapakah pemenang segmen naikkan follower blog. Seramai 20 orang peserta berjaya wawa cari semalam menggunakan kaedah random.org. Tapi sebelum tu, meh tengok dulu kedudukan korang di nombor yang ke berapa dalam segmen ini. 


PEMENANG KATEGORI BLOGLIST :











PEMENANG KATEGORI REVIEW :

P/S : Untuk review, wawa akan review seorang peserta dalam satu entri. Dan wawa akan start mereview para peserta bermula 18.11.2014 mengikut urutan. Harap anda bersabar ye :)











Tahniah buat para pemenang yang berjaya dan yang tidak berjaya tu jangan hampa. Mungkin bukan rezeki anda harini. Dan ribuan terima kasih juga buat semua peserta kerana sudi support segmen pertama wawa ini. Maafkan segala kekurangan dalam segmen ini. :)

Saturday, November 15, 2014

PENGUMUMAN PARA PESERTA SEGMEN

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah,segmen wawa dah pun berakhir 11.59 malam semalam. Dan In Shaa Allah wawa akan berikan keputusan pemenang pada 17 November 2014 jam 8.00 malam nanti. OK?

Ribuan terima kasih buat para peserta yang sudi meriahkan segmen pertama wawa ini walaupun banyak kekurangannya. Nanti wawa akan memperbaiki sedikit demi sedikit dalam segmen atau giveaway yang akan datamg. :)


SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI


-STICKY POST-

14 Oct. - 14 Nov

SILA SCROLL BAWAH UNTUK LIHAT ENTRI TERKINI

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Hari ini wawa nak lancarkan segmen tingkatkan jumlah follower blog buat pertama kali. Nak anjurkan giveaway memang tak sempat memandangkan dah nak sambung belajar. Jadi kita lancarkan segmen dulu-duluan selama sebulan ( 14 Oktober - 14 November, 11.59 malam ). 

CARA NAK JOIN: 

1. Buat satu entri bertajuk "SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI"
2. Copy kod HTML di bawah ini dan masukkan ke dalam entri penyertaan. (tekan CTRL+C serentak). 








3. Follow blog wawa di sidebar blog. *wajib*
4. Tinggalkan komen anda di ruang komen bawah ini. 


ALERT! 
- Wawa akan update senarai peserta seminggu sekali iaitu hari Isnin. Setiap update dari wawa nanti beserta dengan link follow para peserta. So, nanti korang just klik link tu untuk follow peserta lain. 
- Wawa akan check satu persatu okay sebab nak elak daripada orang ambil kesempatan lain. 
- Sebarang pertanyaan, boleh PM wawa dekat sini Facebook . 


Mohon korang semua dapat support wawa ye. Selamat bersegmen!

Friday, November 14, 2014

LAST CALL SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER SAMPAI 11.59 MALAM INI

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Segmen wawa tinggal kurang dari 1 jam lagi untuk tamat. Cepat join sementara peluang masih ada. Tangan wawa pun dah mula gatal nak cabut undi siapakah yang akan masuk dalam bloglist blog wawa dan blog siapakah yang akan direview oleh wawa. 

Sesiapa yang tak join lagi boleh klik banner di atas atau SINI . Lepas tamat cabaran ini, wawa nak adakan giveaway pulak. Anyone yang nak jadi sponsor wawa boleh PM di Facebook. In Shaa Allah bulan Disember nanti kita buat ye. :)

HEADER BARU

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Dah lama wawa tak buat baju baru untuk blog kesayangan ini. Tadi tengah usha usha blog, jumpa la blog Azzahsaid ni. Ya Allah doodle kucingnya memang comel sangatt-sangatt. Terus kesemua wawa amik buat doodle blog. Dan hasilnya, persilakan korang tengok di blog wawa hihi.

Apa-apa pun, terima kasih Azzahsaid sebab buat doodle kucing yang comel ni. Kalau blogger lain nak doodle kucing ni, boleh langsung ke blog Azzahsaid untuk grab doodle hasil tangan beliau. :)

[RESEPI] CARAMEL CHOCOLATE BROWNIES

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Meleleh sekejap air liur bila tengok caramel hihi. Okay, hari ini wawa nak kongsikan resepi "Caramel Chocolate Brownies" yang memang sedap. Cara nak membuatnya mudah sahaja dan tak sampai 1 jam boleh dihidangkan kepada keluarga. 


BAHAN-BAHAN :

- 55 gram tepung gandum *wawa guna 5 1/2 sudu besar tepung (diayak)
- 175 gram gula perang *wawa guna 5 sudu besar gula biasa sebab tak ada gula perang 
- 150 gram marjerin 
- 200 gram dark chocolate, dicincang/potong dadu
- 2 biji telur 
- 1 sudu kecil baking powder
- 4/5 sudu besar caramel *wawa pakai Carnation Caramel. 


CARA MEMBUAT :

1. Panaskan oven terlebih dahulu. Anggaran 160'C-180'C.

2. Cairkan marjerin dan dark chocolate ke dalam microwave. *wawa pakai kaedah double boiler. Senang dan cepat.

3. Pukul telur dan gula dengan mixer sehingga adunan menjadi ringan dan gebu. Kemudian, masukkan tepung dan baking powder. Biarkan adunan sebati.

4. Kemudian, masukkan campuran coklat dan marjerin yang telah cair tadi ke dalam adunan tadi. Kacau sehingga sebati.

Wawa guna carnation caramel.

5. Pukul caramel dalam mangkuk kecil dan masukkan ke dalam adunan. *wawa cuma panaskan caramel dan masukkan ke dalam adunan.

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.


7. Curahkan sedikit caramel di atas brownies untuk dihidangkan bersama keluarga.



SELAMAT MENCUBA!

Thursday, November 13, 2014

Sarawak's Shopping Hauls Giveaway by Siti Yang Menaip

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



KLIK BANNER UNTUK JOIN!

HADIAH-HADIAH :

Alas meja tenun x 3 ( 3 Pemenang )
Sarawak tea x 1 ( 1 Pemenang )
Snek rumpai laut x 3 ( 3 Pemenang )
Snek sagu x 1 ( 1 Pemenang )
Snek Tabaloi x 2 ( 2 Pemenang )
Snek Pepper Jelly x 5 ( 5 Pemenang )
Keychain Sarawak x 10 ( 10 Pemenang )
Fridge Magnet x 2 ( 2 Pemenang )

SEGMEN TAMAT : 16 NOVEMBER 2014

27 orang pemenang dicari. Pemenang akan dipilih menggunakan khidmat Random.org for sure. Jadi cabutan adalah adil dan saksama. Mari mari join ramai-ramai. Ajak kawan-kawan join sekali. Thank you.

Wednesday, November 12, 2014

[RUANG BISNESS] GLITTER SHAWL BATCH 2

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Ada tambahan glitter shawl untuk batch 2 kali ini. Sesiapa yang berminat nak membeli shawl dengan wawa, boleh PM wawa dekat Facebook ye. 


 GLITTER WIDE SHAWL

 COTTON VISCOSE
 1.8 X 0.8M

 PRICE :
 RM12 EXLUDE POSTAGE
[ADD RM6 PEN.MALAYSIA & RM10 SABAH/SARAWAK]

 PROMOTION : BUY 5 ONLY RM60 INCLUDING POSTAGE

GS01 - [SOLD OUT]



GLITTER WIDE SHAWL

 COTTON VISCOSE
 1.8 X 0.8M

 PRICE :
 RM12 EXLUDE POSTAGE
[ADD RM6 PEN.MALAYSIA & RM10 SABAH/SARAWAK]

 PROMOTION : BUY 5 ONLY RM60 INCLUDING POSTAGE



GLITTER WIDE SHAWL

 COTTON VISCOSE
 1.8 X 0.8M

 PRICE :
 RM12 EXLUDE POSTAGE
[ADD RM6 PEN.MALAYSIA & RM10 SABAH/SARAWAK]

 PROMOTION : BUY 5 ONLY RM60 INCLUDING POSTAGE



GLITTER WIDE SHAWL

 COTTON VISCOSE
 1.8 X 0.8M

 PRICE :
 RM12 EXLUDE POSTAGE
[ADD RM6 PEN.MALAYSIA & RM10 SABAH/SARAWAK]

 PROMOTION : BUY 5 ONLY RM60 INCLUDING POSTAGE


To order? Kindly PM me at Facebook .

Happy Shopping!

Tuesday, November 11, 2014

SENARAI PESERTA SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Terima kasih yang tak terhingga buat blogger di luar sana yang support wawa dalam segmen ini. Maaf kerana TERLEWAT update senarai peserta untuk korang follow. Dan dibawah ini wawa terpaksa berikan link blog para peserta untuk korang blogwalking dan follow. Boleh erat Silaturrahim kalau blogwalking sekali kan? Haritu memang plan nak berikan link follow tapi ada masalah teknikal sebab link tu tidak boleh dibuka dengan sempurna. Maaf sangat-sangat. ☹ 


10. AimiSyahirah 
12. Cik N.A 
16. Mar Mansor 
17. Eda Johari 
19. Khaty Aiman 
20. Ayoikema 
21. Allene 
22. Diana Rashid 
23. Nor Farihan 
25. Ayu Insyirah 
26. Dayang Deno 
27. Fuza Musa 
31. Frau Lisa
38. Shawal
42. Ade Arif
46. Dieyla
48. Asffa
51. MisZ Fyza
56. Nur As
58. Nurul Fatihah [2]  (TIADA BUTANG FOLLOW)**
59. Yun Sing
60. Panda Boy
62. Kasut Kusut 
73. Chie Etsuko (TIADA BUTANG FOLLOW)**
74. Aya Suria
77. Cik Deeba
79. Beba Ifa
85. Elih.J

** - Ada sesetengah blog yang tidak boleh buka dan difollow. Kepada empunya blog diatas, sila PM di Facebook wawa sekiranya blog anda sudah bertukar link dan sudah boleh difollow. Terima kasih.

P/S : Sekiranya anda join segmen ini tetapi nama anda tidak tersenarai dalam entri ini, sila komen dibawah untuk wawa update nama korang.

P/S : Memandangkan wawa tak dapat nak berikan link follow untuk memudahkan kerja korang follow blog peserta lain, jadi wawa akan mencari 10 orang peserta segmen ini untuk dimasukkan dalam bloglist wawa selama sebulan dan 10 orang lagi peserta untuk wawa review blog korang.
1 entri review = seorang peserta.
Dipendekkan cerita, wawa akan pilih 20 orang peserta menggunakan kaedah random.org.

Segmen ini masih berbaki beberapa hari lagi untuk blogger lain join. Masih ada peluang lagi ni untuk peserta lain join. LINK

Mohon maaf atas segala kekurangan dan kesulitan dalam segmen ini.

SELAMAT BERFOLLOW!

Monday, November 10, 2014

1st Segmen Blogwalking by Budak Kilabret

KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Tamat 16.11.2014

Join cepat sebelum terlambat ;)
- See more at: http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/10/1st-segmen-blogwalking-by-budak-kilabret.html#sthash.CDDFF9tn.dpuf

Friday, November 7, 2014

BLOGGER BUAT DUIT ONLINE

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.



Memandangkan tugasan terakhir cabaran iphone 5s bakal berakhir jam 11.59 malam esok, maka hari ini wawa ingin menulis artikel bertajuk "Blogger Buat Duit Online". Harapnya entri wawa kali ini diterima oleh tuan denaihati.com untuk memilih wawa menjadi salah seorang pemenang iphone. Bukan mudah nak sampai ke tahap akhir macam ni. Menjadi top 70 penulis komen dalam cabaran kedua merupakan satu pencapaian yang memuaskan untuk diri wawa. 

Alhamdulillah, semenjak beralih pada zaman canggih seperti sekarang, ramai orang luar berminat untuk menjadi “blogger”. Menjadi blogger yang terkenal seperti Hasrul Hassan dan Denaihati memang menjadi impian para blogger di luar sana. Mereka bukan sahaja terkenal, malah turut berbakat dalam menjana pendapatan secara online. Siapa yang tak tertarik kan? 

Buat junior dan senior diluar yang belum mengenal dunia blog sudah pasti tertanya-tanya latar belakang blog ini macam mana atau bagaimana cara nak menjadi terkenal seperti blogger yang sudah makan asam garam. Mengikut pengalaman wawa ketika baru lahir dalam dunia blog ini, hati ni tertanya-tanya juga senang ke nak uruskan blog ni? Entri apa yang perlu ditulis untuk menarik perhatian pembaca? Tak bosan ke kalau blogwalking blogger lain setiap hari? Macam mana blogger lain jana pendapatan melalui blog? Macam mana mereka agihkan masa untuk uruskan blog,bekerja/bersekolah dalam masa yang sama? Rata-rata soalan itu memang sudah sebati dalam minda mereka diluar sana yang baru nak masuk ke dunia blog. Namun, percaya dan yakinlah pada diri anda bahawa dengan berblog ini, banyak kebaikkan yang dapat kita perolehi serta secara tidak langsung dapat mencari duit secara online.

Sekarang, ramai blogger di luar sana sanggup berhenti kerja semata-mata untuk mencari pendapatan secara online. Bunyinya memang menarik dan mudah. Tapi nak berjaya sehingga ke tahap itu bukannya mudah. Begitu juga dengan blog wawaabdulhadi.blogspot.com . Walaupun wawa seorang pelajar dan masih baru dalam dunia blog, namun wawa juga turut sama menjana pendapatan secara online. Biarpun hasilnya tak lumayan seperti mereka tapi Alhamdulillah ada juga dari tak ada. Kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

  


Bercakap tentang macam mana blogger menjana pendapatan melalui blog, mari wawa kongsikan pengalaman wawa sebagai seorang blogger buat duit dengan online. Melihat para blogger diluar sana yang berjaya menjana pendapatan secara online sehingga mencecah ribu ringgit memang suatu pencapaian yang gah! Malah, buat duit secara online juga boleh dijadikan sebagai kerja part-time. Kalau diri ini sudah bekerja, tak salah kalau nak tambahkan wang pendapatan secara online. Malah, ada sesetengah orang sanggup bersara awal dari alam pekerjaan untuk berblog. 

Wawa pun secara perlahan-lahan tengah nak kembangkan pendapatan wawa secara online. Secara jujurnya, ketika masih mentah dalam dunia blog dulu memang wawa tak berani nak buat duit online. Tapi, bila melihat ramai blogger yang berjaya menjana pendapatan, wawa memberanikan diri untuk mencubanya. Siapa yang tak cemburu bila tengok Denaihati dan Hasrul Hassan berjaya membuat duit online dengan jayanya. Dan mereka ini lah wawa jadikan sebagai idola dan pembakar semangat untuk terus berusaha meningkatkan blog wawa dan mencapai hasil yang lumayan.

Siapa yang tak kagum apabila melihat ramai blogger lain berjaya membuat duit online. Antara blogger berjaya buat duit online yang wawa kenal dan bangga dengan usaha mereka ialah :

Denaihati.com.

Denaihati merupakan penganjur dalam cabaran iphone 5s yang wawa join sekarang. Memang tak sangka wawa boleh berjumpa blogger yang begitu banyak mengajar wawa tips nak buat duit online. Sejak berjumpa dengan Denaihati, wawa banyak belajar erti berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara. Blogger otai seperti Denaihati ni memang boleh menjana pendapatan yang lumayan dalam sebulan. Lihat blognya sahaja dah gerun tengok. Tu belum tengok trafik blognya lagi. Tuan denaihati ni memang 1000 dalam 1. Selain bijak dalam membuat duit online, beliau juga banyak anjurkan program. Malah, program anjurannya memang mendapat sambutan ramai.

HasrulHassan.

Pertemuan buat pertama kali dengan blogger HH ni banyak membantu wawa untuk menjadi seo dan menjana pendapatan secara online selepas tuan denaihati. Walaupun wawa kenal blogger HH kurang dari sebulan tapi semangat blogger HH dalam membuat duit online memang membuatkan wawa tertarik untuk turut berkecimpung menjana pendapatan secara online. Mana taknya, bila buka akaun Facebook, asyik nama blogger HH dan Denaihati je yang keluar kongsikan pendapatan mereka secara online dekat ruang home. Kalau hari-hari tengok, memang membara semangat ni nak jadi macam mereka. 

In Shaa Allah nanti wawa akan usahakan untuk menjadi blogger berjaya seperti mereka.


Bagaimana blogger buat duit online? 

Ada bermacam-macam kemudahan yang disediakan untuk para blogger disini membuat duit online. Dibawah ini akan wawa kongsikan kepada korang cara yang mudah dan berkesan untuk buat duit online dengan menggunakan  blog. Ramai blogger di luar sana menggunakan cara ini untuk menjana pendapatan mereka. Antara cara yang paling famous sekali yang blogger pakai ialah paparan iklan di blog dan program Affiliate

Meletakkan ruang iklan di blog merupakan salah satu cara yang berkesan untuk membuat duit online. Tanpa perlu duduk di tengah panas dan berlawan dengan kesesakan lalu lintas, kita boleh menjana pendapatan secara online. Mudah kan? Kita tengah tidur pun, duit boleh masuk. Yang lebih menarik lagi, kita boleh memilih  pelbagai jenis iklan yang boleh dijadikan sumber pendapatan untuk di letakkan kedalam blog. Antara iklan yang selalu diletakkan oleh blogger lain untuk menjana pendapatan ialah :

Google Adsense.
Untuk pengetahuan, Google Adsense merupakan satu jalan yang mudah untuk membuat duit online menggunakan blog. Google Adsense memaparkan iklan berbentuk teks dan grafik mengenai isi kandungan blog kita. Semua yang bergelar blogger, boleh memohon iklan ini secara percuma. Selain itu, ianya juga merupakan pilihan utama para blogger di luar sana untuk tujuan pengiklanan di blog, wordpress atau laman web yang berinfomasi. Sekiranya korang suka blogwalking, sudah pasti korang sudah biasa melihat iklan jenis macam ni. Ni merupakan suatu petanda yang baik tau. Petanda di mana ramai blogger menggunakan Google Adsense untuk buat duit online. Hanya satu klik pada iklan Google Adsensi daripada para pelawat, korang akan mendapat bayaran. Kalau blog korang ada lebih 500 pelawat sehari, bayangkan banyak mana jumlah klik korang akan dapat. Pasti banyak income yang masuk.

Nuffnang.
Nuffnang merupakan salah satu iklan yang wawa gunakan untuk menjana pendapatan. Sistem Nuffnang ini sama seperti Google Adsense tetapi Nuffnang hanya memaparkan iklan pada blog shaja. Iklan yang ditayangkan juga berbeza dengan Google Adsense. Nuffnang menayangkan iklan berbentuk video dan imej grafik. Ramai blogger menggunakan Nuffnang dan korang boleh check iklan ini di blog wawa. Iklan yang ditayangkan oleh Nuffnang bersesuaian dengan kandungan dalam blog kita. Sebelum buat duit online dengan Nuffnang, korang kena mendaftar terlebih dahulu supaya nanti korang semua dapat memaparkan iklan Nuffnang dalam blog. Memang masuk juga pendapatan menggunakan Nuffnang ni. Tak percaya, cubalah.

ChurpChurp & 8Share.
Churpchurp & 8share juga merupakan salah satu medium pengiklanan untuk menjana pendapatan. Namun cara pengiklanannya hanya memaparkan iklan berbentuk teks. Tapi ianya bukan menjadi penghalang untuk para blogger disini menjana pendapatan. Ramai blogger lain mampu mencari duit dengan menggunakan Churpchurp & 8Share. 

Selain meletakkan iklan di dalam blog, mengikuti program Affiliate juga merupakan satu cara yang baik untuk buat duit online denga blog. Dalam program ini, kita akan menjadi wakil pemasaran produk-produk orang lain. Apabila kita berjaya melakukan jualan dalam pemasaran produk mereka, kita akan mendapat komisen. Antara program Affiliate yang boleh kita join ialah : 

- Lazada
- Zalora
- Jomniaga
- Ebay

Program Affiliate dia atas juga boleh membantu kita membuat duit online selain meletakkan ruang iklan di blog. Ramai blogger di luar sana mendapat pulangan komisen yang lumayan dengan mempromosikan barangan/produk orang lain. Kalau mereka semua boleh buat begitu, mengapa kita tidak boleh buat kan? Kita juga boleh membuat ulasan produk tersebut di blog sendiri. Cara ini yang paling mudah untuk membuat duit online. Hanya membuat ulasan dan tampilakn affiliate link ke produk tersebut.

Advertorial.My
Advertorial.my juga merupakan peluang keemasan buat para blogger di Malaysia. Semua blogger kini sudah boleh merasa duit hasil penulisan sendiri dengan menulis review. Pihak Advertorial.my akan mencari para pengiklan yang berminat nak iklankan produk mereka dengan para blogger. Lepastu, para blogger akan ditugaskan untuk menulis review di blog mengenai produk tersebut. Kata pendeknya, fungsi advertorial.my ni hanya sebgai orang tengah antara kita (blogger) dan para pengiklan (advertiser).

Kesimpulannya, sekarang para blogger boleh membuat duit online dengan mudah dan lumayan. Hanya berbekalkan usaha dan tawakal, In Shaa Allah hasil yang kita impikan akan menjadi. Yang penting, teruskan berusaha untuk meningkatkan jumlah pengunjung di blog. Kalau pelawat dan ramai, pasti komisen kita pun meningkat. 


PIHAK PENAJA YANG DIHORMATI :

http://amariman.com (PENAJA UTAMA)

http://www.ombakcreatives.com
http://wowberita.org/
Japan Budget Trip

Dan Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @ http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga tajaan ini menjadi sedekah yang diterima oleh Allah SWT.




Mudah-mudahan ada rezeki wawa untuk menang contest ini. InsyaAllah.