SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Wednesday, April 30, 2014

2ND ANNIVERSARY BLOG GIVEAWAY BY MOMOY OHSEM

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.

 photo bannergif_zps2f4ea753.gif

Tarikh tamat giveaway ini belum ditentukan lagi.
KLIK banner untuk join.

Alhamdulillah, hari ini dah masuk 30 April, esok 1 Mei bersamaan 1 Rejab. Tak lama lagi nak berpuasa dah kita. Hihi. Malam ni wawa nak join 2nd anniversary blog giveaway by Momoy. Sesiapa yang belum join, boleh join cepat-cepat sebelum Momoy tutup giveaway ni. Serius wawa cakap, memang rugi kalau tak join giveaway ni. 

TAG :



Antara hadiah yang bakal dimenangi :

Cute Album Set.

Butterfly Lace Cardigan.

Cute Bow Pearl Necklace

Set Lulur Spa Kopi dan Mandian Gel Santan Kelapa.
*Wawa nak sangat mende ni. Naknaknaknak*

Set Cawan dan Mangkuk comel berbentuk button keyboard

DAN

Handbag POPLOOK.COM berkulit buaya yang cun bling bling.

2 perkara yang wawa suka pasal blog Momoy :

- owner D HOME SPA
Sebenarnya bukan mudah nak cari spa yang murah. Apatah lagi sekarang dah masuk zaman moden. Spa sekarang pun nampak mewah dan menggunakan produk-produk yang berjenama. Kalau wawa pergi pun, belum tentu mampu nak bayar. Dicampurkan lagi wawa ni orang kampung. Mana lah nak tahu selok belok orang moden sekarang. Alhamdulillah wawa jumpa Momoy yang jual set lulur dari spa. Harga dia pun berpatutan. Kalau orang tua cakap, mampu milik lah. Set lulur Momoy ni ada banyak jenis. Ada set lulur spa kopi dan mandian gel santan kelapa ( gambar atas ), set lulur spa mandi kacang hijau dan gel mandian susu, dan sebagainya. Harga untuk satu set hanya RM28. Korang boleh pergi ke page D HOME SPA untuk tengok produk lulur lain. Macam-macam khasiat yang akan korang dapat kalau gunakan set ni. 

- sidebar blog  Momoy
Perkara pertama sekali yang akan wawa tengok bila menjelajah blog blogger, tengok sidebar diaorang. Ni part yang wawa suka tengok. Kita boleh tengok berapa follower dia/page dia/recent post/GA entries/populr post/shout box/biodata diri dan banyak lagi. Masa ni la kita boleh berkenalan dengan para blogger kita. Sambil sambil tu, kita boleh baca post/tengok page diaorang. Mana tahu blogger yang kita jenguk tu ada jual barang yang kita berkenan. Orang kata sambil menyelam sambil minum air kan. Hihi. Dekat sidebar blog Momoy ni ada GA Entries. Memang mudah sangat untuk para blogger lain yang tengah nak join GA. Diaorang boleh pilih je senarai list GA yang diaorang berkenan dekat blog Momoy ni. Sangat membantu.

2 perkara yang wawa tak suka pasal blog Momoy :

- Footer layout/body layout
Ni wawa cuma nak bagi pandangan/cadangan je. Tapi wawa tak paksa Momoy untuk tukar footer layout/body layout blog Momoy. Sebab tu blog Momoy sendiri. Jadi segala isi kandungan, rupa para semua mengikut citarasa Momoy. Dan yes. Kita sebagai manusia, orang cakap lain orang lain taste kan. Kalau ikot wawa, wawa lagi suka Momoy letak isi ( about me, recent comment, archieve ) pada belah kiri atau kanan. Sebab senang para blogger datang tengok. And ada sesetengah blogger tu, lepas habis tengok sidebar blog,dia tak scroll sampai habis. Jadi, susah sikit untuk blogger yang datang untuk cari archieve blog Momoy. Sebab ada yang tak perasan Momoy letak dekat bawah blog. 

-adjust widths
Wawa tengok adjust widths pada blog Momoy besar. Jadi bila besar, blog Momoy akan nampak luas dan kosong. Wawa cadangkan Momoy kecilkan adjust widths pada blog Momoy supaya tak nampak kosong sangat.. Tapi kalau tak nak, Momoy boleh tambahkan gadget pada blog. Hm, macam letak gambar produk ke. Atau pun Momoy boleh letak exchange link/lagu/blog's stats/text/slideshow dan lain lain lagi mengikut kreativiti Momoy.

And lastly, blog Momoy ringan. Tak berat. I loike! 

Goodluck kepada semua peserta yang join GA ni. 

Lot of love,
Wawa.



MIGRAIN

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.


*Google

Alang-alang wawa kena migrain sehari dua lepas, so malam ni nak bagi la sikit tips macam mana yang wawa buat untuk hilangkan migrain. Wawa kena migrain sejak hm sekolah rendah lagi. Dalam darjah 5 atau 6. Naik sekolah menengah, rasa macam semakin kurang. Alhamdulillah. Masuk umur 18 tahun, baru kena balik. Alhamdulillah tak teruk macam dulu. 

Q : Apa itu migrain?
A : Orang yang menghidapi migrain ni akan rasa sakit kepala yang berdenyut dan biasanya terjadi pada satu sisi bahagian kepala. Kalau menurut pengalaman wawa, wawa akan rasa sakit kepala yang berdenyut pada sebelah mata. Sama ada belah kiri atau kanan. Rasa sakit tu, Allah je tahu macam mana.

Q : Apakah simptom migrain?
A : Migrain ni ada banyak simptom. Kadang tu simptom dia datang secara tidak sedar. Migrain akan membuatkan korang rasa sensitif terhadap cahaya, bunyi, bau atau melakukan senaman ringan seperti naik tangga. Mereka yang kena migrain ni akan berasa loya, muntah-muntah dan mengalami masalah penglihatan.



1. Aura
Ada sesetengah orang yang kena migrain ni akan kena visualisasi aura/pencaran cahaya macam lampu berkedip, bintik-bintik, gelap mata atau berbentuk garis. Selalunya, perkara ni berlaku 20minit atau sejam sebelum migrain.
Ni antara simptom utama yang wawa kena sebelum migrain. Dia rasa macam nak pitam tapi tak pitam. Dan rasa tak selesa pada bahagian bawah mata contohnya korang akan rasa gelap pada bawah mata.

2. Menguap
Menguap ni salah satu tanda berlakunya migrain. Kekadang sebelum/selepas korang kena simptom aura, korang akan menguap dengan kerap.
Dan orang tua pun selalu cakap, kalau menguap berlebihan tanda masalah pada jantung atau sebaliknya. Tapi Allahu'alam.

3. Mual dan muntah
Menurut kajian dari American Migraine Study II, 73% penderita migrain akan mengalami mual dan selebihnya akan mengalami muntah-muntah.
Bagi wawa menda ni normal kot. Sebab lepas muntah, badan kita akan rasa segar dan secara tak langsung kita akan tidur. Tidur juga boleh membantu kita mengurangkan rasa pening.

4. Mengidam
Ada yang cakap salah satu tanda migrain ni 'mengidam nak makan coklat' dan ada yang cakap orang migrain ni tak boleh makan coklat. Mana satu yang betul?
Sebenarnya, kalau ikotkan pengalaman wawa sebelum wawa nak kena migrain tu, hampir hari-hari buat kuih/kek/biskut. Dan kadang-kadang tu teringin nak makan coklat sampai sanggup buat air coklat. Tapi sebab coklat tu dah jadi feveret, langgar jugak pantangnya. Tapi se-feveret wawa pada coklat tu, tak ada la makan hari-hari. Kena pandai bajet makan.
Dan kalau korang nak tahu, coklat, kacang, limau, mentega kacang, MSG, jeruk, keju, kafein dll boleh menyebabkan migrain.

5. Cahaya, bunyi atau bau 
Seseorang yang kena migrain amat sensitif terhadap cahaya, bunyi atau bau. Selalunya, penderita migrain akan berasa selesa duduk dalam keadaan gelap dan sunyi. Seeloknya, kalau korang kena migrain. jangan menghadap sangat dekat tv, lampu, handphone dll. Kalau boleh cepat-cepat masuk bilik, baring dalam gelap. Pastikan suasana tenang. Kadang-kadang, orang yang kena migrain akan bertambah sakit kalau dengar bunyi bising,kena silau lampu atau bau wangian yang kuat. Even bunyi kucing mengeow sekali pun korang akan rasa tak tenang.

6. Tidur dan makan yang tidak teratur
Makan dan tidak secara tidak teratur boleh menyebabkan migrain. Oleh itu, kita di nasihatkan untuk tidur selama 6 jam keatas bagi mereka yang sudah dewasa dan 8 jam bagi kanak-kanak. Bagi mereka yang suka makan lewat, ubahlah sikap korang tu. Jangan di tahan perut yang lapar. Migrain kalau dipandang remeh selalu berbahaya.

Q : Cara merawat migrain?
A : Ada banyak cara nak merawat migrain. Antara ubat pertama yang korang akan ambil semasa migrain, PANADOL. Dan ada juga yang pergi jumpa doktor. Lebih baik pergi jumpa doktor dari ambil panadol selalu kan? Dulu, time migrain, selalu jugak wawa cari panadol ni nak bagi hilang rasa sakit. Tapi kalau korang nak tahu PANADOL ni cuma MENGHILANGKAN SAKIT. Dan apa pula risiko sistem tubuh badan korang yang akan korang dapat?
Kalau melalui pendapat wawa, better guna cara tradisional. Walaupun lambat nak baik dan perlu dilakukan selalu, tapi Allah bagi kita kesabaran untuk menunggu. Dan ubat tradisional tiada kesan sampingan. Allah tidak akan menguji kita diluar kemampuan kita. Ingat, sakit tu juga ujian daripada Allah. Dan sakit tu juga penghapus dosa-dosa kecil kita.
Antara cara tradisional yang wawa guna :

1. SUJUD
Pada rakaat yang terakhir, korang sujud la lama sikit. Sambil berdoa minta kepada Allah. InsyaAllah rasa sakit itu akan berkurangan. Kalau tak nak dilakukan masa solat pun boleh dilakukan masa subuh.

Hal ini kerana otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfugsi secara normal. Tetapi ada beberapa urat saraf yang tidak dimasuki oleh darah dan dengan hanya bersujud barulah darah itu mengalir ke arah saraf itu.

2. BERBEKAM
Berbekam ni bagus tau. Ikot sunnah Rasulullah S.A.W. Selain dapat merawat migrain, berbekam juga dapat merawat penyakit lain. Islam menyarankan kita untuk berbekam sebagai satu cara merawat penyakit.

Sepertimana seorang khadam Rasullullah saw mengatakan: "Tidak seorang yang mengadu sakit kepalanya kepada Rasulullah saw melainkan baginda mengatakan. "Berbekamlah" (Sahih Sunan Abi Daud). Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., "Bahawa Rasulullah saw pernah berbekam ketika Baginda berada dalam keadaan berihram daripada sakit yag dirasakan di kepala Baginda". (Sahih Ibn Khuzaimah dengan tahkik al-Azhami).

3. RENDAM KAKI DENGAN AIR SUAM

4. MINUM PERAHAN LIMAU NIPIS / KAFEIN
Sebenarnya, kafein ni tak bagus tau. Tapi wawa kalau migrain, selalu minum kafein. Alhamdulillah hilang. Tapi jangan amalkan selalu minum kafein. Bahaya untuk kesihatan.

5. MINUM AIR ISOTONIK
Orang selalu cakap, kalau pening/demam minum air isotonik. Tapi tu orang cakap. Wawa tak pernah cuba sebab mak memang tak kasi minum. hihik.

Semoga bermanfaat semua.

Sumber | Sumber | Sumber





Tuesday, April 22, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

[TIPS] TEMUDUGA SENIBINA LANDSKAP DI UITM

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.



Hari ini wawa nak bagi tips sikit dekat adik-adik yang nak amik jurusan senibina landskap. Sesiapa yang amik bahagian senibina landskap/interior designer/sarjana muda senibina sains/dll ni memang tak boleh lari dengan temuduga. Sekarang semua nak kena temuduga. Jadi kerani pun kena temuduga jugak kan? 

So, sebelum korang nak pergi interview tu, korang kena make sure yang ENGLISH korang tu ok. Yang lepasan SPM nanti tu, sambil tengah tunggu result/nak masuk u, wawa sarankan korang bacalah novel English. Novel macam tu sangat membantu korang nak interview nanti. Semua interview sekarang dah jarang guna bm. Semua nak dalam bi. Prepare awal-awal. Ni sedikit sebanyak boleh jugak bantu korang jadi lebih confident depan panel. 

Sabtu baru ni, wawa pergi interview senibina landskap dekat Uitm. Untuk kos senibina, dia ada 2 bahagian. 
1. Ujian melukis ( 1 jam )
2. Temuduga

Kalau korang amik TESL, dia pun ada 2 bahagian jugak. Cuma dia tak ada lah ujian melukis. TESL ni ada ujian menulis essay ( 1 jam ) dengan temuduga. Masa temuduga tu banyak-banyakkan bercakap. 
Nak cerita panjang pasal TESL tak boleh, sebab wawa tak amik TESL. Hihi. Ni pun dapat maklumat daripada Farah, kawan wawa.

Untuk korang yang dapat interview senibina landskap, korang kena bawak sendiri peralatan melukis dan alat tulis tau. Sebab pihak Uitm hanya menyediakan kertas lukisan dan satu borang untuk korang isi

Antara peralatan yang korang perlu bawa untuk ujian melukis :
1. Pencil 2B
2. Pemadam
3. Pen ( untuk isi borang )

Ujian melukis ni, korang DILARANG menggunakan PEMBARIS. Nanti kalau tertangkap, kebarangkalian nak lulus tu jadi 50-50. Apa yang perlu, korang kena lukis by FREE HAND. Buat latihan melukis tanpa menggunakan pembaris. In Sha Allah lama-lama nanti jadi mahir. 

Q : Apa yang perlu kita lukis? 
A : Korang hanya perlu lukis gambar geometri yang pihak U sediakan. Macam lukis silinder, bulat, segi empat dan lain-lain. 

Contoh rajah : 


*Gambar 1 dan 2 dari blog Kak Sophie.

Ujian melukis ni bukan nak tunjuk bakat kita ni pandai melukis ke tak. Tapi dia nak tengok kebolehan kita melukis mengikut proportional. Imbangan tinggi rendah luas sempit mengikut view yang kita duduk mase interview nanti.
Seeloknya, korang datang la awal. Boleh intai sikit rakan-rakan kita lukis sekaligus dapat cari view mana yang mudah nak lukis nanti. 

Untuk bahagian temuduga pula korang kena la pakai pakaian kemas. Sebab markah kekemasan pun dia ada bagi jugak. Macam dalam syarat yang dia bagitahu, pakai baju kurung kemas dan berkasut bagi perempuan dan berkemaja kemas serta berkasut bagi lelaki. Jangan lupe pakai tali leher. 

Kalau masa Tingkatan 5 dulu korang ada amik aliran Pendidikan Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan, seeloknya bawak la folio kerja kursus yang korang telah buat tu. Tunjuk dekat panel. Kalau korang ada bakat melukis pun, tunjuk jugak lukisan yang korang pernah lukis tu dekat panel. In Sha Allah peluang tu ada.

Q : Apa soalan yang panel tanya masa temuduga? 
A : Berdasarkan apa yang wawa tengok blog-blog lain mengenai temuduga senibina landskap ni, banyak jugak soalan yang dia tanya. Antaranya : 
1. Perkenalkan diri
2. Latar belakang adik-beradik/keluarga
3. Ceritakan kelemahan dan kelebihan
4. Apa yang anda faham pasal alam sekitar
5. Siapakah idola anda
6. Mengapakah anda menginginkan kos ini
7. Mengapakah anda harus layak mendapat kos ini daripada pelajar lain
8. Basic pasal landskap
9. Tokoh arkitek landskap yang anda tahu
10. Apa soalan anda kepada panel

Itu antara soalan-soalan yang wawa dapat ambil melalui internet. Semuanya dalam ENGLISH. Kalau panel tanya korang dalam bahasa Melayu, korang jangan la jawab dalam bahasa melayu terus. Campur sikit-sikit dengan English. Yang penting sekali, CONFIDENT! Jangan tersipu-sipu malu. Buat serius sikit muka korang. 

Apa-apa pun Goodluck wawa ucapkan untuk interview nanti. Jangan nervous sangat. Selawat banyak-banyak. Mintak kepada Allah supaya temuduga berjalan dengan lancar dan dapat panel yang baik-baik. 

P/S : Jangan lupa doakan kejayaan wawa masuk U nanti. Hihi :*



Lot of Love, 
wawa.

Wasalam.

Friday, April 11, 2014

[REVIEW] AL-QURAN RUMI FROM KASEHCLOSET

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.



Bismillahirahmanirahim.

Malam ni wawa nak review ig shop KASEHCLOSET yang menjual buku panduan solat dan Al-Quran. Gambar dekat atas pun salah satu Al-Quran yang dijual oleh KASEHCLOSET. Syukur Alhamdulillah,
Al-Quran ni sangat memberi manfaat kepada wawa. Satu family boleh guna.


Kalau korang nak tahu selain dari Al-Quran Rumi, KASEHCLOSET ni pun ada jual Al-Quran Pelangi yang macam macam bentuk sama ada Al-Quran Pelangi Diary mahupun Al-Quran Pelangi Magnet. Korang boleh pilih mengikut citarasa korang. Buku panduan solat dan AIRA dress pun ada. Korang boleh usha dekat instagram/facebook KasehCloset. Tak rugi kalau beli. Dan Al-Quran Rumi serta buku panduan solat ni amat sesuai untuk orang yang baru nak belajar. Sangat sangat membantu.

Q : "Al-Quran Rumi tu macam mana?"

A : Kalau korang nak tau Al-Quran Rumi ni macam mana, korang boleh tengok gambar dibawah. *Dia ada 3 warna cover depan. Merah, Hijau dan Biru* wawa amik warna hijau (gambar atas sekali)

Isi Al-Quran Rumi ni macam ni :




Dibawah ayat dia ada tulis dalam rumi serta maksud setiap satu ayat Al-Quran. Macam tafsir jugak. Sesuai sangat kepada adik-adik yang bersekolah menengah. Sebab apa? Sebab kalau korang exam subjek Pendidikan Islam, mesti dia ada tanya kan apa maksud ayat bagi perkataan bergaris? In Shaa Allah, Al-Quran ni dapat membantu korang. Dalam Al-Quran ni pun dia ada senaraikan doa-doa berserta dengan surah, ayat ke berapa dan muka surat ke berapa. Hukum tajwid pun ada. Korang boleh mempelajarinya disini. Amat mudah dan senang cari. 

Sekarang stok masih ada. Harganya sangat berpatutan. RM89 termasuk pos untuk Al-Quran Rumi bersaiz A5 dan RM130 bagi size A4. Semuanya termasuk pos. 

Untuk tempahan, hubungi :

KASEHCLOSET (Instagram)
KASEHCLOSET (Facebook)

Semoga bermanfaat.
Wasalam. 

Wednesday, April 9, 2014

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIBNYA....CARA MANDI WAJIB YANG BETUL..!!!

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.



MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....AMARAN TOK IMAM

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara

Pertama: niat.

Kedua: menghilangkan najis di badan.

Ketiga: meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

MINI GIVEAWAY : MENGIMBAU FAIRYTALES

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.


Jangan lepaskan peluang ini. 
Hadiah menarik menanti anda semua.

Selamat Berjaya Semua :D

TIPS NAK KENAL PENIPU

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.



Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah syukur sehingga hari ini Allah masih melindungi wawa dari masalah penipuan jual beli secara online. Wawa start beranikan diri beli tudung baju secara online ni sejak Tingkatan 4. Waktu tu 50/50. Tapi naik Tingkatan 5 rasa macam segalanya nak buat secara online. Buku pun beli online. Yela, bukan selalu dapat keluar jalan jalan cari buku baju semua. Nak mudah dan cepat, beli secara online ja.

Tapi zaman sekarang, bila ramai orang awam beli secara online, maka ramai pulak penipu menjalankan operasinya mencari duit haram di online. Allahu. Macam cacing kepanasan kita dibuatnya kan bila ditipu? Dengan kerugian duit kita lagi. Nak-nak kalau kita beli barang sampai beratus-ratus harganya. Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan kita masa tu. Nauzubillah.


Antara cara yang dilakukan oleh penipu apabila "terkantoi"

Menyentuh hidung - Apabila seseorang
itu
berbohong, tisu-tisu erektil pada
hidungnya akan dipenuhi darah, menyebabkan
ianya membesar. Fenomena ini
juga dikenali sebagai "Kesan Pinocchio". Teori ini
terbukti dalam kes
Presiden Clinton. Dalam segmen video 23 minit
berkaitan skandal seks
dengan Monica Lewinsky, Clinton telah menyentuh
hidungnya lebih kurang
sekali dalam setiap empat minit. Ini jauh berbeza
jika dibandingkan dengan
keadaan beliau ketika bercakap benar, beliau
langsung tidak menyentuh
hidungnya sama sekali.

Gagap - Apabila seseorang yang bercakap lancar
dan licin tiba-tiba gagap
merupakan tanda-tanda sedang mengalami
tekanan emosi. Sekiranya tiada
apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan
perkara lain seperti sedih,
pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar
orang tersebut berbohong.

Menutup mulut - Ada sesetengah orang
meletakkan tangan di atas mulut
mereka apabila berbohong. Ini merupakan suatu
tindak balas automatik yang
lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah
dididik untuk tidak
berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata
dusta, tangan cuba
menghalangnya.

Melengah-lengahkan jawapan - Orang yang
berbohong perlu berfikir sebentar
untuk mereka-cipta pembohongannya. Berfikir
terlalu lama, berdehem, batuk
dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa
orang tersebut mungkin
berdusta.

Pergerakan mata - Orang yang berbohong akan
cuba menyakinkan pendengarnya
dengan memandang tepat pada mata mangsa.
Oleh itu, sekiranya kelipan mata
berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda
berbohong. Sebaliknya
sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip
dengan banyaknya, ini
merupakan tanda-tand tekanan perasaan yang
berkemungkinan disebabkan
berbohong.

Resah - Orang yang berdusta kerap gelisah dan
mengubah-ubah posturnya.
Apabila seorang yang dalam keadaan tenang tiba
tiba sahaja menjadi resah
dan 'tidak senang duduk' apabila berhadapan
dengan sesuatu soalan, ini
berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu
sedang berbohong.

Kesimpulanya, sekiranya kita ingin mengesan
sama ada seseorang itu
berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air
muka dan gerak badannya
dengan teliti. Sebarang perubahan dari keadaan
normal mungkin merupakan
tanda orang tersebut berbohong.

Cara Untuk Memerangkap Orang Yang Berbohong

Salah satu caranya ialah dengan meminta
butiran 'cerita' dengan lebih
lanjut. Pada lazimnya 'cerita' yang sedia direka
dalam
kepala si pembohong
hanya setakat tertentu sahaja. Apabila ditanya
mengenai butir-butir
terperinci, mereka kerap terperangkap kerana
belum bersedia. Inilah taktik
yang biasa digunakan oleh para peguam dalam
menyoalbalas saksi-saksi di
mahkamah.




Sekarang kita pergi penipuan secara online. Perkara yang korang perlu lakukan bila nak beli barang secara online :

-CHECK instagram/facebook diaorang. Kalau boleh stalk sampai habis.
-TENGOK FOLLOWERS/LIKES dekat instagram diaorang. Kalau ramai follower/likes. Kebarangkalian dia untuk menipu tu tidak. 
-CHECK FEEDBACK DARIPADA CUSTOMERS. Kalau ramai customers bagi feedback. Maka betul la tu peniaga tu boleh dipercayai.
-Selalunya peniaga akan meletakkan nombor pendaftaran perniagaan pada biodata profile. Sebagai bukti yang jualan diaorang ni sah. Tapi kalau was-was, korang boleh je nak check dekat SINI.
-Untuk langkah berjaga-jaga, sebelum bank in SEARCH GOOGLE dulu. Korang letak la nama atau nombor akaun penjual tu untuk memastikan dia tu penipu atau tak. Kalau ada nampak orang duk kutuk ke apa. BEWARE. Jangan korang gatal tangan nak pergi bank in jugak. Nanti duit korang terbang macam burung.

Sama jugak kalau korang dapat email daripada orang yang tidak dikenali. Pastikan korang search nama/alamat email diaorang dekat google untuk memastikan dia ni penipu ke tak. Sekarang macam-macam kes penipuan duit berlaku. Ada macam-macam babak diaorang lakukan semata-mata nak kaya didunia tapi di akhirat? Allahu'alam.

Wasalam.

Monday, April 7, 2014

[REVIEW] LIP BALM BOLEH DIMAKAN?

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.



Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah. Malam ni wawa nak review sikit instagram shop Lipsy Bipsy yang menjual kosmetik yang berunsurkan bahan organik. Yang paling penting, bahan ini tidak menggunakan bahan kimia. Haa. Amacam? Baguskan? 
Korang tak perlu rasa ragu ragu lagi kalau guna bahan ni. Sebab ingredients dia semuanya bahan organik dan boleh di makan. MAKAN. Tak percaya? Meh wawa senaraikan ingredients yang digunakan dalam lip balm dan lip scrub.



LIP SCRUB
Mesti korang semua tertanya-tanya kan apa fungsi lip scrub ni? Okay, tugas lip scrub ni adalah untuk : 

1. Menyingkirkan sel-sel mati pada permukaan bibir yang menyumbang kepada bibir gelap dan hitam.
2. Membersihkan kesan-kesan lipstick yang sebati di permukaan bibir. Kandungan kimia ini akan menyumbangkan kepada penyakit bibir seperti bibir gatal-gatal, kering, merekah dan berkedut. 
3. Merawat bibir yang bermasalah dengan cepat dengan penggunaan yang kerap (minimum sekali dalam 2 hari atau guna hari-hari lagi elok) dan membentuk bibir NATURALLY PINKISH (tak perlu guna lipstick tebal-tebal dah)
4. LELAKI pun boleh guna lip scrub ni. Terutama yang MEROKOK dimana bibir akan menjadi hitam dan nampak tak sihat. Guna as often as u can for a best result. 

Ingredients :
- Organic Olive Oil
- Organic Brown Sugar
- White Castor Sugar
- Natural Honey
- Organic Food Flavoring
- Coloring

Cara menggunakan Lip Scrub : 
- Ambil secubit lip scrub dan sapu rata kat atas bibir & bawah bibir. Gosok mengikut pusaran bulat. Massage gently.

- Biarkan selama 1-2 minit, then lap dengan tisu basah/air/boleh jilat je terus lip scrub yang ada dekat bibir korang. Sedap dan manis je rasanya. Semanis senyuman korang. Jamgam bimbang sebab bahan yang digunakan semuanya natural.

- Last sekali, letak lip balm/lipstick/apa-apa produk untuk melembapkan bibir. Nak biarkan macam tu pun ok. Lagi nampak semulajadi dan menawan. :)


LIP BALM 
Ingredients :
- Natural White Beeswax
- Shea Butter
- Organic Honey
- Natural Lip Balm Fragrance


Okay. Lip Scrub dan Lip Balm ni wawa dah guna. Sampai je barang terus wawa cuba pakai hari itu jugak. Memang betul-betul sedap dan bila pakai tu rasa macam nak makan je. First wawa guna lip scrub dulu, lepas tu baru guna lip balm. Pakai hari-hari pun tak apa. Nanti lagi menawan bibir korang. Tak dak lagi masalah bibir kering semua. 
Lip Scrub dan Lip Balm ni ada banyak perisa. Korang boleh pilih perisa dan warna kegemaran korang. Apple. Vanilla. Papermint. Mango. Coconut dll. Kalau rambang mata nak pilih, senang-senang korang pilih perisa mix fruits. Disitu korang boleh rasa macam-macam buahan yang telah dicampur.



BODY & HAND SCRUB
Ingredients :
- Natural Goat's Milk Concentrate
- White Castor Sugar
- Organic Brown Sugar
- Organic Honey
- Organic Jojoba Oil
- Organic Grape Seed Oil
- Organic Food Coloring & Flavoring 

Cara menggunakan body & hand scrub :
- Basahkan badan anda dengan air. Kalau nak pakai satu badan, basahkan satu badan.
- Letakkan body & hand scrub di atas tapak tangan dan gosok serta sapu dekat badan korang sehingga daki dekat badan hilang.
- Selepas siap, biarkan body & hand scrub tu dekat badan korang selama 1-2 minit dan bilas dengan air bersih.

*Body & hand scrub ni bukan sahaja boleh menanggalkan daki dekat badan malah boleh memutihkan badan korang sekiranya rajin guna. 

Kalau korang nak tahu, selepas korang pakai body & hand scrub ni korang dapat rasakan yang kulit korang akan jadi lembut macam baby je. Wawa dah try guna dekat tangan. Boleh bezakan rasa kulit selepas dan sebelum gunakan. Malah bau dia pun melekat. Rasa harum je jadinya. Sayang nak guna banyak banyak sebab sedap sangat sangatt. Dan, body & hand scrub ni boleh digunakan satu family tau. Tua muda lelaki perempuan boleh. Semua bahan yang digunakan pun organik. InsyaAllah boleh dapatkan hasil kulit yang comel molek dengan menggunakan body & hand scrub.


FOOT SCRUB
Ingredients :
- Natural Sea Salt
- Organic Brown Sugar
- Organic Honey
- Organic Sweet Almond Oil
- Organic Olive Oil
- Organic Food Coloring & Flavoring

Cara penggunaan foot scrub ni sama macam cara penggunaan body & hand scrub.

Foot scrub ni boleh membantu menanggalkan kulit kasar pada tumit dan tapak kaki anda serta dapat menjadikan kaki korang lembut & licin selalu. Mulai hari ini, korang tak perlu lagi risau dengan masalah rekahan pada kaki korang. Foot scrub ni dapat membantu menyelesaikan masalah anda. 



Untuk maklumat lanjut : Lipsy Bipsy


Selamat mencuba. 

Friday, April 4, 2014

THE YASS BUBBLECOP AGENT TERENGGANU.

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum.



Bagi sesiapa yang tinggal di Terengganu dan idamkan bubblecop The Yass, boleh contact wawa. Wawa salah seorang agent The Yass di Terengganu. Setiap hari Jumaat/Sabtu wawa akan buat COD. InsyaAllah jika tidak ada halangan. Alhamdulillah ramai customers yang nak. Paling digemari ramai bubblecop perisa Cadbury. Macam owner dia sendiri cakap yang bubblecop Cadbury ni lagi sedap sedap sedap dari yang sebelum ni. Jangankan owner, wawa sendiri pun dah rasa. Dan ternyata 100% bubblecop cadbury ni THE BEST BUBBLECOP IN TOWN! 
Try la cuba. Korang pasti akan repeat order. InsyaAllah. 

Antara feedback daripada customers tercinta  :













Sesiapa yang nak order dengan wawa pun boleh. Boleh follow instagram wawa wadhihahabdhadi atau email terus kepada wawa di wadhihah96@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
Antara bubblecop yang digemari orang ramai :


The Yass Bubblecop Cadbury.

The Yass Bubblecop Strawberry.

Kalau ada yang nak wawa review shop diaorang, boleh email wawa di wadhihah96@yahoo.com


Terimakasih.
Wasalam. 










[NEW] THE YASS SPICY & THE YASS SHIRT (JOHOR)

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum.

The Yass Shirt

Bismillahirahmanirahim.

Hari ini wawa nak gitau yang sekarang TheYass ada produk baru. Salah satunya macam gambar dekat atas tu. The Yass Shirt (Johor). Sesiapa penggemar bubblecop The Yass boleh la dapatkan t-shirt The Yass ni dengan harga RM30 sahaja. Korang boleh pilih size pilihan sendiri tau. Ada size S dan M. Untuk maklumat lanjut, boleh whatsapp terus dengan Boss Afiq. Mudah dan cepat.


The Yass Spicy

Haa, ni pulak The Yass Spicy. Sambal kacang yang memang memang memang sedap. Wawa dah try rasa. 3 bags wawa beli baru ni sebab nak cuba. Yela, kalau jadi agent, kena rasa dulu. Kalau sedap, baru boleh jual dekat customers.  First makan, wawa makan macam tu je. Allah, sedapnyaa. Tapi. Tapi. Tapi. Kalau makan dengan nasi lemak memang nikmat rasanya. Syukur Alhamdulillah. Sodapp! Boleh order cepat-cepat. Boleh bawak pergi berkelah, makan bersama keluarga. Dan yang penting, sesiapa yang ada adik, kakak abang yang tinggal di asrama, boleh syorkan diaorang bawak sambal kacang ni. Makan dengan nasik, roti. Sedap. Untuk dapatkan The Yass Shirt dan The Yass Spicy boleh tengok details di bawah ni : 


Untuk order :

instagram : THEYASSBUBBLECOP
email : afiqfic.apple@gmail.com
wechat : afiqyass93
whatsapp : 018 389 2993



Wednesday, April 2, 2014

SIMPLE 1ST GA BLOG KISAH KITA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.

Klik banner untuk join.

Dijemput semua untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi Simple 1st Giveaway dari Blog Kisah Kita iaitu GA bersama My Stitching Wold and Shop. Buat pertama kalinya GA ini dianjurkan, harap ianya mendapat sambutan. Semoga GA ini dapat menambahkan lagi kenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama rakan-rakan.

Syarat-syaratnya cukup mudah dan ada hadiah menanti pemenang yang bertuah berdasarkan random.org

Hadiah-hadiah:
Sepasang Kain Pasang - 1 Pemenang
1 Glitter Shawl - 1 Pemenang
1 T-Shirt (Bandung) - 1 Pemenang
1 Fridge Magnet (Bandung) - 1 Pemenang
1 Fridge Magnet (Pulau Pangkor) - 1 Pemenang

GA ini berlangsung dari 1 April 2014 - 30 April 2014



Tuesday, April 1, 2014

KEYWORDS HARI INI : DOA TAHAN BUANG ANGIN

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum.




Hari ni wawa nak kongsi sikit ilmu agama mengenai DOA TAHAN BUANG ANGIN. Terimakasih wawa ucapkan kepada hamba Allah yang menaipkan keywords 'zikir tahan buang angin'. Sejujurnya wawa cakap, ni baru pertama kali wawa tahu bahawa ada cara yang lebih baik untuk menahan diri dari buang angin. Allah. Alhamdulillah hari ini aku dapat belajar ilmu agama baru. 
Sebelum ni, bila rasa je nak buang angin mesti tahan sampai tak boleh nak nafas sambil berpeluh peluh kan? Sama ada tengah sembahyang mahupun berada di khalayak ramai. 

InsyaAllah dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, korang boleh menahan diri dari buang angin dengan membaca doa di bawah ini. 


بسم الله الر حمن الر حيم

    أُعِيْذُهُ بِالْوَاحِدِ الصَّّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّّذِيْ حَسَدٍ  

وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّّةَإِلاَّّبِا للهِ الْعَلِيِّّ الْعَظِيْمِ

Maksudnya: 
Aku perlindungkan akan dia dengan Allah yang Maha Esa daripada kejahatan tiap-tiap sesuatu yang hasad. Dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang Maha Tinggi Martabatnya dan Maha Agung

1- Menahan kentut/ buang air besar/ buang air kecil
Selalunya setelah berwudhu mulalah kita terasa nak terkentut akibat dikacau oleh syaitan. Kebiasaannya di Makkah, kita telah mengambil wudhu dahulu di hotel sebelum memulakan perjalanan ke Masjidil Haram dan berada di situ sehingga selesai beberapa waktu solat. Ia juga sesuai sebagai ikhtiar untuk menahan diri daripada membuang air kecil dan besar semasa berada dalam perjalanan jauh seperti sewaktu pergi dan balik dari Makkah ke Arafah dan Mina yang kadang-kadang memakan masa selama 5 jam seperti yang saya hadapi waktu itu akibat kesesakan jalanraya.

Cara mengamalkannya:

  • Doa ini dibaca setelah ambil wudhu dan bersiap-siap hendak ke masjid.
  • Berdiri dengan meletakkan kedua-dua belah tapak tangan di perut (di ari-ari).
  • Baca doa sambil tapak tangan disapu ke atas. Ulang 3 kali (doa dan sapu).
  • Letak sebelah tapak tangan di punggung (tulang sulbi/ tongking) ditepuk dan baca doa sekali sahaja.
  • Mohon doa: Ya Allah, mudah-mudahan wudhuku tidak batal sehingga selesai solat/ ibadah.
  • Balik ke bilik dibaca doa dan disapu pada perut menghala ke bawah supaya boleh buang air dan angin.  

2- Merawat kembung perut dan senggugut

Kerap saya amalkan pada diri sendiri dan anak saya semasa dia masih kecil sehingga sekarang (8 tahun) ketika mengadu sakit perut. Setelah diusap perutnya dia akan membuang angin dan berasa lega.

Cara mengamalkannya:
  • Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas perut dan di sapu menghala ke bawah supaya boleh buang angin. Ulang 3 kali atau sampai lega insyaAllah.

3- Mengelak kandungan gugur/ kenan
Telah saya syorkan kepada rakan saya yang pernah mengalami tujuh kali keguguran. Alhamdulillah dengan izin Allah, kandungan kelapannya selamat dan beliau telah pun mendapat seorang cahaya mata perempuan yang comel tahun lepas. Saya juga mengamalkannya kini sejak hamil anak kedua kerana mengalami pendarahan pada tiga bulan pertama kehamilan. Semoga Allah terima serta permudahkan dan semuanya selamat semasa proses kelahiran yang dijangka insyaAllah pada bulan Disember tahun ini.

Cara mengamalkannya:

  • Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas ari-ari dan disapu menolak ke atas. Ulang 3 kali.
  • Dilakukan hanya bila serviks sudah terbuka untuk bersalin (kalau kembung perut pun kena guna kaedah lain). Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas perut dan disapu menghala ke bawah. Ulang 3 kali.

sumber : HAMBA ALLAH


Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua. 
Yakinlah dengan pertolongan Allah. :)



Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri.
Wasalam.