SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Thursday, January 30, 2014

RAHSIA BULAN KELAHIRAN MENGIKUT KAJIAN DR. FADHILAH KAMSAH

Assalamualaikum.


Hari ini wawa nak kongsi sikit pasal rahsia bulan kelahiran mengikut kajian Dr. Fadhilah Kamsah selama 25 tahun. Wawa jumpa entri ni dekat sini [LINK] dan kalau korang buka link tu, alahaii memang banyak korang boleh cari rahsia dalam diri korang. Haha. Wawa pernah cuba. Ada betul ada tak. Tapi tak boleh nak percaya sangat sebab kemungkinan kebetulan. Hihi. Dan kalau mengikut rahsia bulan kelahiran Dr. Fadhilah Kamsah buat ni, ada banyak kena pada wawa. Korang apa lagi, try la baca rahsia bulan kelahiran korang di bawah ni. Wawa bulan Januari, korang? 

JANUARI

  •  BERCITA-CITA TINGGI DAN ORANGNYA SERIUS
  •  SUKA MENDIDIK DAN DIDIDIK
  •  SANGAT MUDAH MELIHAT KELEMAHAN ORANG DAN SUKA MENGKRITIK
  •  RAJIN DAN SETIAP YG DIBUAT NAMPAK KEUNTUNGAN
  •  SUKA SMART, KEMAS DAN TERATUR BERSIFAT SENSITIF ,BERFIKIRAN MENDALAM
  •  PANDAI MENGAMBIL HATI ORG LAIN PENDIAM KECUALI TELAH DIRANGSANG
  •  AGAK PEMALU
  •  DAYA TUMPUAN YANG SANGAT TINGGI MUDAH MENDISIPLINKAN DIRI SENDIRI
  •  BADANNYA SIHAT TETAPI MUDAH DISERANG SELSEMA
  •  BERSIKAP ROMANTIK TETAPI TIDAK PANDAI MEMPAMIRKANNYA
  •  CUKUP SAYANG PD KANAK-KANAK
  •  SUKA DUDUK RUMAH
  •  SETIA PADA SEGALA-GALANYA
  •  PERLU BELAJAR KEMAHIRAN SOSIAL
  •  CUKUP CEMBURU YG SANGAT TINGGI

FEBRUARI

  •  BERFIKIRAN ABSTRAK
  •  SUKAKAN BENDA YANG REALITY DAN ABSTRAK
  •  INTELIGENT, BIJAK DAN GENIUS
  •  BERPESONALITY YG MUDAH BERUBAH
  •  MUDAH MENAWAN ORG LAIN
  •  AGAK PENDIAM. PEMALU DAN RENDAH DIRI
  •  JUJUR DAN SETIA PD SEGALANYA
  •  KERAS HATI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT
  •  TIDAK SUKA DIKONGKONG
  •  MUDAH MEMBERONTAK APABILA DIKONGKONG
  •  SUKA KEGIATAN YG LASAK
  •  EMOSINYA MUDAH TERLUKA DAN SGT SENSITIF
  •  MUDAH MEMPAMIRKAN MARAHNYA
  •  TIDAK SUKA BENDA YG REMEH-TEMEH
  •  SUKA BERKAWAN TAPI KURANG MEMPAMERKANNYA
  •  SANGAT BERANI DAN SUKA MEMBERONTAK
  •  BERCITA-CITA TINGGI DAN SUKE BERANGAN-ANGAN DAN ADA HARAPAN UTK
  • MEREALISASIKAN IMPIANNYA
  •  PEMERHATIAN YG TAJAM
  •  SUKA HIBURAN DAN SUKAN
  •  SUKA BENDA YG BERSIFAT SENI
  •  SANGAT ROMANTIK PADA DALAMAN TETAPI TIDAK PADA LUARAN
  •  BERKECENDERUNGAN PD BENDA YG TAHYUL
  •  AMAT MUDAH DAN BOLEH MENJADI TERLALU BOROS
  •  BELAJAR UNTUK MEMPAMIRKAN EMOSI

MAC

  •  BERPESONALITI YG MENARIK DAN MENAWAN
  •  MUDAH DIDAMPINGI
  •  SGT PEMALU DAN PEMENDAM RASA
  •  SGT BAIK SECARA SEMULAJADI, JUJUR PEMURAH DAN MUDAH SIMPATI
  •  SGT SENSITIF PD PERKATAAN YG DITUTURKAN DAN ALAM PERSEKITARAN
  • SUKA PADA KEDAMAIAN
  •  SGT PEKA KEPADA ORANG LAIN
  •  SESUAI DGN KERJAYA YG MEMBERI KHIDMAT KEPADA ORG LAIN
  •  TIDAK CEPAT MARAH DAN SANGAT AMANAH
  •  TAHU BALAS BUDI DAN TAHU KENANG BUDI
  •  PEMERHATIAN DAN PENILAIAN YG SANGAT TAJAM
  •  KECENDERUNGAN UTK BERDENDAM JIKA TIDAK DIKAWAL
  •  SUKA BERANGAN-ANGAN
  •  SUKA MELANCONG
  •  SGT MANJA DAN SUKA DIBERI PERHATIAN YG SANGAT TINGGI
  •  KELAM KABUT DALAM MEMILIH PASANGAN
  •  SUKA DGN HIASAN RUMAHTANGGA
  •  PUNYA BAKAT SENI DALALM BIDANG MUZIK
  •  KECENDERUNGAN KEPADA BENDA YANG ISTIMEWA DAN BAIK
  •  JGN TERLALU MOODY.

APRIL

  •  SGT AKTIF DAN DINAMIK
  •  CEPAT BERTINDAK BUAT KEPUTUSAN TETAPI CEPAT MENYESAL
  •  SGT MENARIK DAN PANDAI MANJAKAN DIRI
  •  PUNYA DAYA MENTAL YG SANGAT KUAT
  •  SUKA DIBERI PERHATIAN
  •  SGT DIPLOMATIK (PANDAI MEMUJUK ).BERKAWAN DAN PANDAI MENYELESAIKAN MASALAH ORG
  •  SGT BERANI DAN TIADA PERASAAN TAKUT
  •  SUKA ADVENTURE, PENGASIH, PENYAYANG, SOPAN SANTUN DAN PEMURAH
  •  EMOSI CEPAT TERUSIK
  •  TRY CONTROL THE EMOTION
  •  KECENDERUNGAN BERSIFAT DENDAM
  •  AGRESIF, KELAM KABUT UTK MEMBUAT KEPUTUSAN
  •  KUAT DAYA INGATAN
  •  GERAK HATI YG SANGAT KUAT
  •  PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI DAN MEMOTIVASIKAN ORG LAIN
  •  BERPENYAKIT DISEKITAR KEPALA DAN DADA
  •  SGT CEMBURU DAN TERLALU CEMBURU

MEI

  •  KEKERASAN HATI & DEGIL
  •  KUAT SEMANGAT & BERMOTIVASI TINGGI
  •  PEMIKIRAN YG TAJAM
  •  MUDAH MARAH APABILA TIDAK DIKAWAL
  •  PANDAI MENARIK HATI ORG LAIN & MENARIK PERHATIAN
  •  PERASAAN YG AMAT MENDALAM
  •  CANTIK DR SEGI MENTAL & FIZIKAL
  •  TIDAK PERLU DIMOTIVASIKAN
  •  TETAP PENDIRIAN TETAPI MUDAH DIPENGARUHI OLEH ORG LAIN
  •  MUDAH DIPUJUK
  •  BERSIKAP SISTEMATIK (OTAK KIRI)
  •  SUKA BERANGAN
  •  KUAT DAYA FIRASAT MEMAHAMI APA YG TERLINTAS DI HATI ORG LAIN TANPA DIBERITAHU
  •  BAHAGIAN TELINGA & LEHER MUDAH DISERANG PENYAKIT
  •  DAYA KHAYALAN YG TINGGI
  •  PERMIKIRAN YG TAJAM
  •  PANDAI BERDEBAT
  •  FIZIKAL YG BAIK
  •  KELEMAHAN SISTEM PERNAFASAN
  •  SUKA SASTERA,SENI & MUZIK SERTA MELANCONG
  •  TIDAK BERAPA SUKA DUDUK DIRUMAH
  •  TIDAK BOLEH DUDUK DIAM
  •  TIDAK PUNYA RAMAI ANAK
  •  RAJIN DAN BERSEMANGAT TINGGI
  •  AGAK BOROS
JUN

  •  BERFIKIRAN JAUH & BERWAWASAN
  •  MUDAH DITAWAN KRN SIKAP BAIK
  •  BERPERANGAI YG LEMAH LEMBUT
  •  MUDAH BERUBAH SIKAP,PERANGAI,IDEA @MOOD
  •  IDEA YG TERLALU BANYAK DIKEPALA
  •  BERSIKAP SENSITIF
  •  OTAKNYA AKTIF (SENTIASA BERFIKIR)
  •  SUKAR MELAKUKAN SESUATU DGN SEGERA
  •  BERSIKAP SUKA MENANGGUH-NANGGUH
  •  BERSIKAP TERLALU MEMILIH & MAHUKAN YG TERBAIK
  •  CEPAT MARAH & CEPAT SEJUK
  •  SUKA BERCAKAP & BERDEBAT
  •  SUKA BUAT LAWAK & BERGURAU
  •  OTAKNYA CERDAS BERANGAN-ANGAN
  •  MUDAH BERKAWAN & PANDAI BERKAWAN
  •  ORG YG SANGAT TERTIB
  •  PANDAI MEMPAMERKAN SIKAP
  •  MUDAH KECIL HATI
  •  MUDAH KENA SELSEMA
  •  SUKA BERKEMAS
  •  CEPAT RASA BOSAN
  •  SIKAP TERLALU MEMILIH & CEREWET
  •  KURANG MEMPAMERKAN PERASAAN
  •  LAMBAT NAK SEMBUH APABILA TERLUKA HATI
  •  SUKA KEPADA BARANG YANG BERJENAMA
  •  MUDAH MENJADI EKSEKUTIF
  •  KEDEGILAN YG TIDAK TERKAWAL
  •  SESIAPA YG MEMUJI SAYA ADALAH MUSUH SAYA TETAPI SIAPA MENEGUR SAYA ADALAH KAWAN SAYA.

JULAI

  •  SANGAT SERONOK DIDAMPING
  •  BANYAK BERAHSIA DAN SUKAR DIMENGERTI TERUTAMANYA LELAKI
  •  AGAK PENDIAM KECUALI DIRANGSANG
  •  ADA HARGA DAN MARUAH DIRI
  •  TAK SUKA MENYUSAHKAN ORANG LAIN TAPI TIDAK MARAH APABILA DISUSAHKAN
  •  MUDAH DIPUJUK DAN BERCAKAP LURUS
  •  SANGAT MENJAGA HATI ORANG LAIN
  •  SANGAT PERAMAH
  •  EMOSI SANGAT MENDALAM TAPI MUDAH TERLUKA HATINYA
  •  BERJIWA SENTIMENTAL
  •  JARANG BERDENDAM
  •  MUDAH MEMAAFKAN TAPI SUKAR MELUPAKAN
  •  TIDAK SUKA BENDA REMEH-TEMEH
  •  MEMBIMBING CARA FIZIKAL DAN MENTAL
  •  SGT PEKA, CARING DAN MENGASIHI SERTA PENYAYANG
  •  LAYANAN YG SERUPA DGN SEMUA ORANG
  •  TINGGI DAYA SIMPATI
  •  PEMERHATIAN YG TAJAM
  •  SUKA MENILAI ORG LAIN DGN PEMERHATIAN
  •  MUDAH DAN RAJIN BELAJAR
  •  SUKA MUHASABAH DIRI
  •  SUKA MEGENANGKAN PERISTIWA ATAU KAWAN LAMA
  •  SUKA MENDIAMKAN DIRI
  •  SUKA DUDUK DIRUMAH
  •  SUKA TUNGGU KAWAN TAPI TAK CARI KAWAN
  •  TAK AGRESIF KECUALI TERPAKSA
  •  LEMAH DARI SEGI KESIHATAN PERUT
  •  MUDAH GEMUK KAWAL TAK KAWAL DIET
  •  MINTA DISAYANGI
  •  MUDAH TERLUKA HATI TAPI LAMBAT PULIH
  •  TERLALU MENGAMBIL BERAT
  •  RAJIN DALAM MEMBUAT KERJA

OGOS

  •  SUKA BERLAWAK
  •  MUDAH TERTAWAN KEPADANYA
  •  SOPAN SANTUN DAN CARING TERHADAP ORG LAIN
  •  BERANI DAN TIDAK TAHU TAKUT
  •  ORGNYA AGAK TEGAS & BERSIKAP KEPIMPINAN
  •  PANDAI PUJUK ORG LAIN
  •  TERLALU PEMURAH & BERSIKAP EGO
  •  NILAI HARGA DIRI YG SANGAT TINGGI
  •  DAHAGAKAN PUJIAN
  •  SEMANGAT JUANG YG LUAR BIASA
  •  CEPAT MARAH & MUDAH MENGAMUK
  •  MUDAH MARAH APABILA CAKAPNYA DILAWAN
  •  SANGAT CEMBURU
  •  DAYA PEMERHATIAN YG TAJAM & TELITI
  •  CEPAT BERFIKIR
  •  FIKIRAN YG BERDIKARI
  •  SUKA MEMIMPIN & DIPIMPIN
  •  SIFAT SUKA BERANGAN
  •  BERBAKAT DLM SENI LUKIS,HIBURAN & SILAT
  •  SANGAT SENSITIF TAPI TIDAK MUDAH MERAJUK
  •  CEPAT APABILA DITIMPA PENYAKIT
  •  BELAJAR UTK RELAX
  •  SIKAP KELAM KABUT
  •  ROMANTIK ,PENGASIH,PENYAYANG
  •  SUKA MENCARI KAWAN

SEPTEMBER

  •  SANGAT BERSOPAN SANTUN & BERTOLAK ANSUR
  •  SANGAT CERMAT,TELITI & TERATUR
  •  SUKA MENEGUR KESILAPAN ORG LAIN & MENGKRITIK
  •  PENDIAM TAPI PANDAI BERCAKAP
  •  SIKAP SANGAT COOL, SANGAT BAIK & MUDAH SIMPATI
  •  SANGAT PERIHATIN & TERPERINCI,AMANAH,SETIA & JUJUR
  •  KERJA YG DILAKUKAN SANGAT SEMPURNA
  •  SANGAT SENSITIF YG TIDAK DIKETAHUI
  •  ORG YG BANYAK BERFIKIR # OTAK BIJAK & MUDAH BELAJAR
  •  SUKA MENCARI MAKLUMAT
  •  KAWAL DIRI DARI TERLALU MENGKRITIK
  •  PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI
  •  MUDAH MEMAHAMI ORG LAIN(DAYA FIRASAT YG TINGGI) KRN BANYAK SIMPAN RAHSIA
  •  SUKA SUKAN,HIBURAN & MELANCONG
  •  KURANG MENUNJUKKAN PERASAANNYA
  •  TERLUKA HATINYA SANGAT LAMA DISIMPAN
  •  TERLALU MEMILIH PASANGAN
  •  SUKAKAN BENDA YG LUAS
  •  BERSISTEMATIK

OKTOBER

  •  SUKA SEMBANG
  •  SUKA ORG YG SAYANG PADANYA
  •  SUKA AMBIL JLN TENGAH
  •  SANGAT MENAWAN & SOPAN SANTUN
  •  KECANTIKAN LUAR & DALAM
  •  TIDAK PANDAI BERBOHONG & BERPURA-PURA
  •  MUDAH RASA SIMPATI,BAIK PENTINGKAN KAWAN
  •  SENTIASA BERKAWAN
  •  HATINYA MUDAH TERUSIK TETAPI MERAJUKNYA TAK LAMA
  •  CEPAT MARAH
  •  MACAM PENTINGKAN DIRI SENDIRI
  •  TIDAK MENOLONG ORG KECUALI DIMINTA
  •  SUKA MELIHAT DARI PERSPEKTIFNYA SENDIRI
  •  TIDAK SUKA TERIMA PANDANGAN ORG LAIN
  •  EMOSI YG MUDAH TERUSIK
  •  SUKA BERANGAN & PANDAI BERCAKAP
  •  MOSI YG KELAM KABUT
  •  DAYA FIRASAT YG SANGAT KUAT (TERUTAMANYA PEREMPUAN)
  •  SUKA MELANCONG,BIDANG SASTERA & SENI
  •  PENGASIH ,PENYAYANG & LEMAH LEMBUT
  •  ROMANTIK DLM PERCINTAAN
  •  MUDAH TERUSIK HATI & CEMBURU
  •  AMBIL BERAT TENTANG ORG LAIN
  •  SUKA KEGIATAN LUAR
  •  ORG YG ADIL
  •  BOROS & MUDAH DIPENGARUHI PERSEKITARAN
  •  MUDAH PATAH SEMANGAT

NOVEMBER

  •  BANYAK IDEA DALAM PERKARA
  •  SUKAR UTK DIMENGERTIKAN ATAU DIFAHAMI SIKAPNYA
  •  BERFIKIRAN KEHADAPAN
  •  BERFIKIRAN UNIK DAN BIJAK
  •  PENUH DGN IDEA-IDEA BARU YG LUAR BIASA
  •  PEMIKIRAN YG TAJAM
  •  DAYA FIRASAT YG SGT HALUS DAN TINGGI
  •  BAGUS UTK JADI DOKTOR
  •  CERMAT DAN TELITI
  •  PERSONALITY DINAMIK
  •  SIFAT YG BERAHSIA, PANDAI MENCUNGKIL DAN MENCARI RAHSIA
  •  BANYAK BERFIKIR, KURANG BERCAKAP TETAPI MESRA # BERANI, PEMURAH SETIA DAN BYK KESABARAN
  •  TERLALU DEGIL DAN KERAS HATI APABILA HENDAK. DIUSAHAKAN SEHINGGA BERJAYA
  •  TAK SUKA MARAH KECUALI DIGUGAT
  •  MUDAH AMBIL BERAT TERHADAP ORANG LAIN
  •  PANDAI MUHASABAH DIRI
  •  CARA BERFIKIR LAIN DARI ORG LAIN
  •  OTAK YG SANGAT TAJAM
  •  PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI
  • TIDAK HARGAI PUJIAN
  •  KEKUATAN SEMANGAT DAN DAYA JUANG YG SGT TINGGI DAN APABILA HENDAK SESUATU
  •  CUBA SAMPAI BERJAYA
  •  BADAN YG TOUGH
  •  KASIH SAYANG DAN EMOSI YANG SANGAT MENDALAM
  •  ROMANTIK
  •  TIDAK PASTI DGN HUBUNGAN KASIH SAYANG
  •  SUKA DUDUK DIRUMAH
  •  SANGAT RAJIN DAN BERKEMAMPUAN TINGGI
  •  AMANAH, JUJUR SETIA DAN PANDAI BERAHSIA
  •  TIDAK BERAPA BERJAYA DALAM MENGAWAL EMOSI
  •  BERCITA-CITA TINGGI
  •  PERANGAI TIDAK DAPAT DIRAMAL DAN MUDAH BERUBAH-UBAH

DISEMBER

  •  SANGAT SETIA DAN PEMURAH
  •  BERSIFAT PATRIOTIK
  •  SANGAT AKTIF DALAM PERMAINAN DAN PERGAULAN
  •  SIKAP KURANG SABAR DAN TERGESA-GESA
  •  BERCITA-CITA TINGGI
  •  SUKA MENJADI ORANG YANG BERPENGARUH DLM ORGANISASI
  •  SERONOK DIDAMPINGI
  •  SUKA BERCAMPUR DGN ORG
  •  SUKA DIPUJI, DIBERI PERHATIAN DAN SUKA DIBELAI
  •  SANGAT JUJUR AMANAH DAN BERTOLAK ANSUR
  •  TIDAK PANDAI BERPURA-PURA
  •  CEPAT MARAH
  •  PERANGAI YG BERUBAH-UBAH
  •  TIDAK EGO WALAUPUN HARGA DIRI YANG SANGAT TINGGI
  •  BENCI PADA KONGKONGAN
  •  SUKA BERLAWAK
  • # PANDAI BUAT LAWAK DAN BERFIKIRAN DGN LOGIK

1st ANNIVERSARY GIVEAWAY BY JANAHAZANA.BLOGSPOT.COM


Assalamualaikum.



5 peserta bertuah akan memenangi hadiah
 bernilai RM450
+
Buku mini
+
Tasbih digital

DUE DATE : 31 JANUARI 2014

1st Mini Giveaway 2014 by Shad

1st Mini Giveaway 2014 by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all. Hasrat Shad nak buat Giveaway 
untuk tahun 2014 ni akhirnya tercapai jugak. Jemput semua join ya.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah :

Power Bank x1
T-shirt x1
Novel x2
Long Necklace x1
Shawl x1
Bracelet x4
Ellips Hair Vitamin x2
Fridge Megnet x1
Top-up RM5 x10
Top-up RM10 x3

Lima peserta pertama dan terakhir dapat hadiah misteri!



Wednesday, January 29, 2014

GRAND OPENING GIVEAWAY

[HANDPHONE GIVEAWAY]

Assalamualaikum.



Dengan lafaz Bismillah wawa join GA daripada akak Eika. Semoga rezeki berpihak pada wawa kali ni. :D

DUE DATE : 30 JANUARI 2014


JARI JEMARI SALLY

[HANDPHONE GIVEAWAY]

Assalamualaikum.



Lama gila wawa tak update blog kali ni. Dekat 4 hari pun ada. Hari tu nak update, tertangguh. Tengah malam pepagi buta juga la baru nak update. Tetiba semangat tu datang. Hihi. Nampak tak tajuk entri kat atas tu? Jari Jemari Sally. Haha. Malam ni wawa tak nak cerita pasal jari jemari sally ni tapi Jari Jemari Wawa. Kalau korang ada tengok cerita Upin Ipin korang faham lah. Hee. 
Okay, harini wawa ada buat pencuci mulut sikit. Blueberry cheese tart. Makanan ni dah jadi favourite wawa sebab sedap. Even beli ke buat ke tetap nak cakap jugak sedap. Haha. 
Wawa bukan berbakat sangat nak buat kuih ni. Tuu tengok corak kat tart tu. Tak menjadi haha. Terketar-ketar tangan nak buat. Maklumlah first time. Nanti bilah dah banyak time buat, barulah menjadi. Hihi. InsyaAllah. 

Untuk resepi blueberry cheese tart ni, korang boleh pergi ke [LINK]
Disitu korang boleh pilih resepi yang korang nak ok? Nanti wawa buat review blog pasal akak Azlita.
Selamat mencuba! 



Friday, January 24, 2014

SUHU SEJUK MELANDA, ADAKAH SALJI BAKAL TURUN DI MALAYSIA?


Assalamualaikum.


Korang perasan tak sejak seminggu dua ni cuaca rasa sejuk semacam je? Kadang tu, time pagi pagi tu rasa sejuk sampai ke tulang kalau nak mandi. Air pagi sejuk tak macam dulu. Lepas tu, kalau kita jenguk kat luar rumah rasa macam baru pukul 5 6 petang even waktu tu jam dinding rumah kita dah menunjukan pukul 7 petang. Wawa selalu ingat cerita Ariana Rose tu start awal kalau tak tengok jam rumah. Bila dah tengok jam, Ya Allah rasa macam awal lagi tapi rupanya dah lewat. Dan bila tiba time sejuk macam ni, masa wawa zaman kecik-kecik dulu pernah juga berangan nak salji turun dekat rumah. Main-main macam orang matsaleh buat tu. Tapi siapa sangka perkara yang kita pernah inginkan tu dikatakan kemungkinan bakal berlaku di negara kita. Allahualam. Semua ni kerja Allah. Kalau Dia nak berlaku sekarang, sekarang juga berlaku. Tak tangguh. Tapi sejauh manakah kebenaran tu berlaku, kita tak tau. Semua tu dalam tangan Allah. Manusia cuma merancang.
Sampailah tadi, bila wawa dapat je berita pasal ni, cepat-cepat wawa pergi search google. Petang tadi juga, tengah blogwalking sedap-sedap, wawa ada jumpa blog Ana Ahmad yang dia update pasal Indonesia dilanda salji. Korang boleh pergi ke sini untuk baca entri Ana Ahmad. [LINK]
Dan tadi juga, wawa ada terbaca artikel dari MyNewsHub.My yang berbunyi macam ni :


MELIHAT carta suhu minimum dan maksimum yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini membuatkan penulis tertanya-tanya adakah negara kita sedang mengalami musim sejuk dan bakal dilanda salji?
Mungkin agak aneh, tetapi tidak mustahil kerana kawasan tinggi di Indonesia dan Vietnam sudah pun mengalaminya.
Memetik laporan Berita Harian, suhu sejuk tersebut berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (tekanan tinggi) yang bergerak ke Laut China Selatan.
Keadaan ini biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut.
Suhu Sejuk Landa Negara, Adakah Salji Bakal Turun?

Suhu Sejuk Landa Negara, Adakah Salji Bakal Turun?

Menurut Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jenuwa Husin, Kuala Krai di Kelantan merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celsius.
Ia sekaligus mencatatkan rekod pertama seumpamanya di Pantai Timur.
Berbalik kepada persoalan adakah Malaysia akan dilanda salji seperti yang berlaku di negara jiran, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa negara ini tidak akan mengalami fenomena tersebut kerana kedudukannya yang berada di garisan khatulistiwa.
Secara ringkasnya, Malaysia akan menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.
Fenomena yang melanda beberapa negara yang selama ini tidak pernah atau sudah lama tidak dilanda salji dipanggil ‘zaman ais mini’ yang berpunca daripada aktiviti matahari yang berada di tahap minimum.
Ia menyebabkan tompok letusan solar pada permukaan matahari berkurangan dan matahari menyejuk.

Suhu Sejuk Landa Negara, Adakah Salji Bakal Turun?

Jadi, bagi mereka yang menyimpan impian untuk bermain salji di negara ini, anda mungkin boleh melupakannya.
Tetapi, apa sahaja boleh berlaku dengan izin-Nya. Betul tak?



Sumber http://mynewshub.my/

Adakah perubahan kutub bumi akan berlaku lebih cepat dari yang dijangka? Allahualam.

Thursday, January 23, 2014

WHISKAS BAGI HADIAH LAGI




Hi. Hari ini pihak whiskas baik hati bagi wawa hadiah lagi. Sayang whiskas muaahh muaahh muahhh :* Haha. Tak sia-sia wawa masuk peraduan Lari Si Comel, Lari! yang dianjurkan oleh pihak whiskas kat dalam facebook. Ingatkan tak menang. Alhamdulillah ada rezeki, dapat juga. Hari tu pihak whiskas ada bagi juga sebab wawa isi borang makanan kucing percuma. Satu family dapat. Haha. Kali ni dapat lagi. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Kebetulan rumah wawa ada anak kucing, boleh la bagi dia orang makan. Makanan kucing yang wawa dapat kali ni perisa Tuna dan Ikan Laut. Kalau si comel makan comfirm mintak lagi sampai membuncit. Hehe. Terima Kasih Whiskas. :D

Dan di bawah ni doodle yang ketiga dan keempat wawa. Wawa cuba buat sendiri tanpa tengok tutorial. Lepas ni wawa nak try buat doodle macam orang lain buat. Diaorang buat awesome sangat. Berbakat. 






Wednesday, January 22, 2014

WALLPAPER DESKTOP DARIPADA AZHAFIZAH




Terima Kasih kak Azhafizah sebab bagi wallpaper desktop yang lawa sangat-sangat. Wawa suka dengan wallpaper desktop ni. Nampak unik je. Lepastu boleh letak nama yang kita nak sekali dengan link blog. Selain buat wallpaper desktop, wawa pun ada buat wallpaper handphone sekali tau. Tenang je hati ni bila tengok wallpaper dari kak Azhafizah. Kalau korang nak dapat wallpaper macam ni juga, boleh join GA daripada kak Azhafizah di sini ----> GA AZHAFIZAH


UPU 2014/2015



Pada 20 Januari lepas, nombor unik ID UPU 2014/2015 sudah boleh dibeli di seluruh cawangan BSN jam 12 tengah hari. Ada sumber mengatakan bahawa nombor unik ID UPU ni boleh dibeli melalui mesin ATM. Alhamdulillah ayah wawa sempat beli pada haritu. Wawa pun belum isi lagi borang permohonan dia dekat laman web rasmi. Tengok panduan dia, dia mintak cetak lepas isi permohonan, tapi printer rumah pula rosak. Kalau korang nak buat permohonan UPU, korang boleh rujuk sini http://upu.mohe.gov.my/ dan ikot step yang diberikan. 

Dibawah ni wawa ingin kongsikan tarikh-tarikh penting UPU 2014/2015 yang wawa dapat daripada kawan-kawan melalui whatsapp.


19/01/2014 :- Iklan permohonan upu dalam keratan akhbar
20/01/2014 :- Sistem permohonan upu lepasan spm,stpm setaraf dibuka
20/01/2014 :- Jualan no ID di seluruh BSN
09/03/2014 :- Iklan permohonan SPM,politeknik & Ilka,STPM & Diploma setara
7/04/2014 :- Permohonan tutup bagi sistem permohonan ke politeknik dan Ipta
14/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf
16/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf
14/04/2014 :- Tarikh akhir penghantaran salinan permohonan dan dokumen
16/04/2014 :- Semakan temuduga lepasan spm ke politeknik/Institut kemahiran
16/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf
28/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf
18/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/ Institut kemahiran lepasan spm setaraf
29/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/Institut kemahiran lepasan spm setaraf
04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm
10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm
04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm
10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm
11/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta
17/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta
16/05/2014 :- Semakan temuduga bukan pendidikan dan ujian medsi(STPM)
20/05/2014 :- Ujian medsi dijalankan di IPTA
25/05/2014 :- Ujian Medsi dijalankan di IPTA
22/05/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf
06/06/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf
25/05/2014 :- Pendaftaran Pelajar Baharu Asasi
02/06/2014 :- Pendaftaran pelajar baharu Diploma
03/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
09/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
08/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
14/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
16/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)
22/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)

Tuesday, January 21, 2014

PENGALAMAN BAWA KERETA


Baru-baru ni wawa ada praktikal 3 jam bawa kereta. First time nak bawak kereta, rasa macam berdebar sangat. Dalam kepala ni dah macam-macam perkara negatif keluar. Rasa macam nak SPM balik pun ada. Haha *melampau sangat ni* 
Wawa sampai dekat pusat memandu tu dalam pukul 8 pagi, then amik no giliran, tunggu dekat blok D, tunggu akak panggil nama dalam pukul 10 lebih baru boleh bawak. Lama gila kena tunggu sampai perut dah macam-macam ragam bunyi. Bila sampai giliran wawa untuk bawak tu, wawa rasa macam suka sangat-sangat haha tapi kaki tak pro lagi. Maklumlah baru pertama kali. Tapi Alhamdulillah boleh bawak even ada satu dua tika tu kereta mati tengah jalan. Waktu nak naik bukit tu over excitedd rasa macam turun gelongsor pun ada. Haha. Tapi time pakcik ajar berhenti dekat atas bukit tu ok lah jugak. Tapi ada satu part tu kereta mati tengah-tengah bukit. Hampir nak undur ke belakang. Haha. Nasib baik pakcik tu cepat bertindak. Kalau wawa rasanya tawakal je kot kereta undur belakang. Haha. 
Satu lagi part yang wawa tak boleh lupa, bila nak turunkan handbreak kereta. Wawa guna dua tangan nak turunkan handbreak. Pakcik yang ajar wawa tu gelak siap perli lagi. Haha. Kalau JPJ tengok ni, comfirm out. Tak merasalah lesen P. 

Monday, January 20, 2014

18 JANUARI



Hi. Dah dua hari wawa tak update blog. Hari ni baru ada masa sikit nak update 2 3 keping entry. Hihi. Bukannya apa, wawa sibuk buat lesen. Campur lagi buat biskut, pergi kenduri, layan rgam kucing. Dah tak terkira dah penat tu. Haha. 

18 Januari baru ni birthday wawa. Alhamdulillah sekarang wawa dah masuk 18 tahun. Pejam celik pejam celik dah besar panjang. Hihi. Sepatutnya, pada haritu juga wawa boleh buat lesen, tapi penuh. Terpaksa tangguh 19 Januari. Tapi Alhamdulillah masa 18 Januari haritu masjid kampung wawa ada buat sambutan maulidur rasul. Kira bertuah jugak la sebab buat time birthday wawa. Hihi.

Dan terimakasih dekat ehem ehem dan Bella sebab nyanyi lagu birthday yang paling sedap dalam dunia. Kepada kawan-kawan, family terimakasih wish birthday wawa dan doakan wawa selalu. Terharu sangat. Kawan-kawan fb,instagram terimakasihh. Semoga Allah murahkan rezeki korang dan balas jasa baik korang. Amin :)

Friday, January 17, 2014

Giveaway Birthday Azhafizah




Pertama sekali wawa nak ucap Happy Birthday Azhafizah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Dan bahagia dengan keluarga tercinta. :)
Sesiapa yang join GA ni akan dapat calendar free tau untuk wallpaper desktop. Semua peserta dapat. Rugi tak join. Sementara peluang masih ada, meh la ramai-ramai join GA ni. InsyaAllah ada rezeki kita. :)

Pencarian Bloglist by Fiona Ellallynx




Malam ni wawa nok join segmen pertama yang dianjurkan oleh Fiona Ellallynx iaitu Pencarian Bloglist 2014. Memandangkan Cik Fiona ni baru pertama kali buat segmen, apa kata kita semua ramai-ramai support Cik Fiona ni supaya segmen dia mendapat sambutan meriah. Hip hip horayy. Haha. 
Ada 5 kategori bloglist yang akan korang dapat kalau join segmen ni tau. Antaranya : 

  • Bloglist sepanjang tahun 
  • Bloglist bulanan
  • Bloglist jejaka kacak
  • Bloglist cantik manis
  • Bloglist peserta


Korang apa tunggu lagi, meh cepat tekan [LINK] untuk masuk ke dunia Cik Fiona. Hee :)
Dalam banyak-banyak syarat yang diberikan, Cik Fiona minta ceritakan sedikit tentang diri dan impian kita. 


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Diri wawa, wawa manusia biasa. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan diri malah sering melakukan kesilapan. Lebih gemar orang memanggil diri ini sebagai wawa. Sebab dari kecik tuek lagi mak ayah dah start panggil wawa. Cuma cikgu cina dekat tusyen wawa je panggil wawa ni dihah. Nama penuh Wadhihah. Ringkas je. Tak ada Nur, Nurul, Wan atau apa-apa. Berasal dari Terengganu. Tak layak untuk dipanggil sebagai anak jati Terengganu even dah 17 tahun duduk sini sebab wawa tak pandai nak cakap loghat Terengganu yang pekat. Tahu sikit sikit je. Hihi. Umur wawa nak masuk 18 tahun, 18 Januari nanti genaplah umur wawa 18 tahun. Alhamdulillah. :) 
Masa sekolah dulu wawa amik aliran Lukisan Kejuruteraan. Cita-citanya nak jadi pereka landskap sebab wawa suka tengok bunga tetapi sejak habis sekolah ni minat memasak tu lebih-lebih pulak. Wawa suka makan. Cheese leleh oreo dengan blueberry cheese tart tu favourite wawa. Act, semua makanan yang sedap wawa suka telan. Dekat rumah, wawa bela 11 ekor kucing. Kucing tu dah jadi separuh dari hidup wawa. Dan rasa macam anak dah. Even kucing gaduh tengah malam pun wawa sanggup keluar. Kasih ibu orang kata. Haha. Bukan kucing rumah je, wawa juga ada bela kucing dekat sekolah. Setiap kali pergi sekolah mesti bawak makanan kucing. Sampai kucing tu berani tidur atas meja cikgu. Hm, korean and philipina drama favourite wawa. Dua-dua cerita ni boleh buat wawa meroyan kalau tak dapat tengok episod seterusnya. Haha. Running man lagi lahh. Drama melayu, matsalleh pun tengok. Pendek cerita, semua wawa tengok. Wawa start berblog dah lama tapi terpaksa delete, sekarang baru bangkit balik. Wawa harap dapat support dari blogger lain :) 





Okay. Kalau sebut je pasal impian, macam-macam keluar dalam benak fikiran kita. Kalau wawa lah, ada lah dalam 1001 impian tu. Tapi tak semua impian tu kita akan dapat. Manusia cuma merancang, yang tentukan tu Allah. Dengan berdoa, insyaAllah apa yang kita minta, dimakbulkan. Impian wawa nak berbakti kepada ibu bapa, keluarga. Wawa nak buat diaorang bangga dengan wawa suatu hari nanti. Yela, anak mana yang taknak tengok ibu bapa kita bangga dengan kita. Semua nak kan? 
Untuk jangka masa yang panjang, dah lama sangat wawa nak bina rumah kucing untuk kucing-kucing wawa. Haritu mak ada cakap nak buat lepas siap baiki rumah tapi masih tak tercapai lagi. Sibuk agaknya. Last sekali  wawa nak mintak supaya Allah panjangkan umur kami, murahkan rezeki kami, ampunkan kesalahan kami, kekalkan jodoh kami nak nak wawa dengan ehem ehem dan kuatkan iman kami seluruh umat Islam. :)


Thursday, January 16, 2014

BELAJAR BUAT DOODLE


Assalamualaikum.

Semalam wawa ada belajar buat doodle muslimah. Test buat kalau-kalau menjadikan. Wawa belajar atas pertolongan Youtube. Alhamdulillah menjadi juga tapi tak sempurna sangat. Kena usahakan lagi. Act, dah lama wawa ingin nak belajar buat doodle tapi tak berpeluang lagi. Semalam wawa search google, lawa gila doodle muslimah yang diaorang buat. Tapi wawa tak tau dia guna apps apa. Teringin nak buat doodle lawa macam diaorang. Dan kat bawah ni wawa buat doodle guna paint. Hihi.








Wednesday, January 15, 2014

CONTEST MAULIDUR RASUL




Alhamdulillah, tengah-tengah scroll tadi wawa jumpa lagi satu segmen sambutan Maulidur Rasul yang disertai oleh Abak. Wawa pun nak join sekali lah segmen ni. Bukan nak hadiah tapi untuk Nabi Muhammad SAW. 

Syarat-syarat segmen ni mudah je. Korang hanya perlu jawab 2 soalan je daripada pihak pengajur dan buat satu slogan yang melambangkan tanda cinta kita kepada Rasulullah SAW. 

1. Bilakah tarikh lahir kelahiran Nabi Muhammad SAW?
  • Subuh pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi yang dikenali sebagai Tahun Gajah sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah.
2. Berikan dua nama ibu susuan Nabi Muhammad SAW.

  • Thuwaibah ( hamba kepada Abu Jahal )
  • Halimah binti Abu Dhu'aib
SLOGAN


Rasulullah SAW ikutan kami dunia akhirat.
Kami rindu kepadamu ya Rasulullah semulia-mulia insan di dunia.

Daya The Sixth's Giveaway

Assalamualaikum sahabat (:

Mari meriahkan Giveaway pertama Daya hehe


<< Klik banner untuk join >>

Tuesday, January 14, 2014

Kempen dan Segmen Blogger Berselawat




Alhamdulillah. Sempena Maulidur Rasul kali ini, wawa nak join satu lagi kempen dan segmen yang dianjurkan oleh Abak. Terima kasih Abak sebab anjurkan segmen macam ni sempena Maulidur Rasul. Wawa harap, Abak boleh terus menerus mengadakan segmen macam ni sebagai tanda mengingati Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. InsyaAllah. 

Sebelum bercerita panjang, meh sama-sama kita berselawat kepada Rasul kita sebagai tanda cinta kita kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Yaa Nabi Salaam 'alaika
Yaa Rasul Salaam 'alaika
Yaa Habib Salaam 'alaika
Salawaatu'llah 'alaika

Ashraqa'l Badru 'alaina
Fakhtafat Minhu'l Buduru
Mithla Husnika Maa Ra'aina
Qattu Yaa Wajhas-Suroori

Anta Shamsun Anta Badrun
Anta Noorun Fawqa Noori
Anta Ikseerun Wa Ghaali
Anta Misbaahu's-Sudoori

Yaa Habibee Yaa Muhammad
Yaa 'arusa'l Khaafiqayni
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
Yaa Imama'l Qiblataini

Man-Ra'aa Wajhaaka Yas'ad
Yaa Kareem Al-Waalidaini
Hawdhuka's-Saafi'l Mubarrad
Wirdunaa Yawm An Nushoori

'aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
Mustajeeb-Ud-Da'awaati
Rabbi Farhamnaa Jamee'a
Bijamee-'is-Saalihaati 


Dibawah ni, wawa nak selit sedikit biodata Nabi Muhammad S.A.W supaya kita dapat mengenali beliau dengan lebih dekat. 

BIODATA RASULULLAH SAW
  •  Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  •  Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  •  Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  •  Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

  •  Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
  •  Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

  •  Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  •  Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN 
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).



  •  Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  •  Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

  •  Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

  •  Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  •  Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
  •  Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

  •  Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
  •  Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
  •  Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

  •  Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

  •  Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

  •  Khadijah Binti Khuwailid.
  •  Saudah Binti Zam'ah.
  •  Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  •  Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
  •  Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  •  Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  •  Zainab Binti Jahsy.
  •  Maimunah Binti Harith.
  •  Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  •  Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

  1.  Qasim
  2.  Abdullah
  3.  Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6.  Ummi Kalthum
  7.  Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)


1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.



Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.



KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.





Faedah Join :
1. Menghidupkan Maulud Rasul dalam dunia Blogger
2. Berkongsi tentang 'Cinta Rasulullah'
3. Kempen dan Peringatan untuk Berselawat
4. Menzahirkan Cinta kepada Rasulullah S.A.W
5. Memupuk Ukhuwah Islamiyyah
6. Dapat tambahkan Follower Blog


Salam Maulidur Rasul, hari kelahiran putera Nabi Muhammad S.A.W.
" Ya Allah, jadikanlah kami ini seorang yang pemaaf seperti Rasulullah S.A.W. Membalas keburukan dengan kebaikan, membalas kebencian dengan kebaikan. " Amin.
Semoga kita menjalankan kehidupan dengan mengikuti sunnah Nabi dan terus berselawat keatas Nabi.

Terima kasih kepada sumber yang sudi kongsikan sejarah hidup Nabi Muhammad S.A.W.