SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Tuesday, March 25, 2014

BUBBLECOP


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum.



Kalau untuk post yang minggu minggu lepas, wawa ada buat review pasal bubblecop kan? Jadi, malam ni wawa nak gitau yang bubblecop sekarang ada perisa terbaru. Cadbury Flavour. Perisa kali ni memang sedap. Sampai je poslaju tadi, terus wawa rasmi perisa baru ni. Habis satu botol makan. Memang menjilat jilat la. Haha. Kalau hari-hari makan memang gemuk wawa jadinya.

Macam yang wawa bagitau dalam entri minggu lepas yang The Yass Bubblecop ni ada banyak pilihan. Bubblecop Nuts ( hazelnut, almond, walnut ). Bubblepop  (popcorn). Dan Bubblecop yang terdiri daripada perisa cadbury dan strawberry. Mungkin akan datang, owner bubblecop akan tambahkan lagi. *okay tu kalau mengikut naluri makan wawa* Haha.

Dan wawa pula merupakan salah satu agent daripada TheYassBubblecop. Untuk area Terengganu. Disebabkan lesen memandu pun tengah buat, jadi wawa cadangkan mereka-mereka yang tinggal area Terengganu tu datang ambil tempahan bubblecop diaorang dekat Giant Kuala Terengganu atau Pulau Duyong. Yang nak pos pun boleh. Korang boleh bincang balik macam mana. Nanti, lepas wawa dapat kelulusan daripada JPJ baru boleh hantar. Doa-doakan lah ye supaya wawa lulus JPJ. Hihik.

Sebarang pertanyaan atau order, boleh pm wawa. wadhihah96@yahoo.com 
Nak bagi link facebook pun, wawa tak buka selalu. Peace.

Wasalam.


Thursday, March 13, 2014

[REVIEW] THEYASSBUBBLECOP, THE BEST BUBBLECOP IN TOWN!


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum.


-KLIK UNTUK LIHAT DENGAN JELAS-


Alhamdulillah. Setelah sekian lama tak menjamu blog, hari ini ada lagi peluang untuk mengupdate. 
Tidak lupa juga, wawa harap misi mencari MH370 yang hilang tanpa berita dapat ditemui dan semua penumpang selamat. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. Amin.

Okay. Malam ni wawa nak review sikit instagram THEYASSBUBBLECOP. The best bubblecop in town. Haa, korang tau tak apa itu bubblecop? Bubblecop ni dah semakin lama semakin popular tau sekarang. Dan digemari orang ramai. Jangankan golongan remaja je tau, golongan pkcik makcik pun suka tau. Bubblecop ni ialah rice bubble + chocolate. Sebab tu nama dia BUBBLECOP. 

Selain dipanggil BUBBLECOP, ada juga ahli peniaga online yang lain memanggilnya MARSJAR. Sama je. Tapi kalau THEYASSBUBBLECOP ni lain sikit. Nak tau apa kelainan dia? 

Meh kita tengok gambar dia : 

1SET 

THEYASS STRAWBERRY SPECIAL

THEYASSBUBBLECOP ORIGINAL 

THEYASSBUBBLEPOP



Terliur tak tengok? Wawa yang sedang khusyuk scroll instagram dia pun boleh jadi terliur hari-hari. Tak diet pun tak apa. Kalau korang pergi ke THEYASSBUBBLECOP, korang  boleh pilih bubblecop atau bubblepop pilihan korang dengan perisa yang korang suka. Dan botol dia jugak comelzz dengan label THEYASS Oh ya, korang juga boleh pilih size botol yang korang suka. Tapi wawa syorkan korang pilih botol besar lah sebab memang comfirm 100% dijaminn TIDAK AKAN CUKUP. Korang akan rasa nak laggii dan lagi dan laaggggiii. Rasanya menjilat jilat lidah buaya bak kata owner dia. Harga dia juga berpatutan dan murah. So, apa tunggu lagi. Jum kita order! 

Untuk order :

intagram : THEYASSBUBBLECOP
email : afiqfic.apple@gmail.com
wechat : afiqyass93
whatsapp : 018 389 2993





BAMBOO GIVEAWAY BY SHAFIQUESTEVENSON.BLOGSPOT.COM



Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum.



-KLIK BANNER UNTUK JOIN-

DUE DATE : 12.03.2014 untill 01.04.2014

Hadiah menarik menanti korang semua!



Tuesday, March 11, 2014

PRAY FOR MH370

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum.

Sumber : instagram.


Hampir seminggu wawa tinggalkan dunia blog. Sampai la hari ketiga kehilangan pesawat MH370 baru wawa berpeluang nak update blog. 

Ya Allah. Tanpa diduga, MAS diberi ujian oleh Allah. Tapi ingatlah, jangan sesekali pernah berputus asa. Jangan pernah berhenti berdoa. Minta kepada Allah. InsyaAllah, dengan doa dan solat hajat yang dilakukan, Allah pasti akan memberikan petunjuk kepada kita. DIA yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Mendengar. Dan Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. 

Walaupun family wawa tidak terlibat, tapi hati mana yang tidak terkilan dan sedih bila kita tengok keluarga penumpang menangis merayu minta keluarga diaorang kembali dengan selamat. Mereka menangis memanggil nama anak, ibu dan bapanya. Sungguh, tak dapat wawa gambarkan macam mana perasaan wawa kalau tahu ada family wawa dalam pesawat tu. Allah. Mudah-mudahan dilindungi oleh Allah. 

Banyak spekulasi yang wawa dengar dari orang ramai. Ada yang cakap terhempas, dirampas dan macam-macam lagi. Nak percaya bulat-bulat tak boleh. Takut lain pula jadinya. Lebih baik tunggu pengesahan daripada pihak MAS sendiri. Lagi sahih dan jelas. 

Dalam hal macam ni, korang tak sepatutnya salahkan sesiapa. Kalau Allah dah tentukan perkara ni akan berlaku, hanya dengan sekali lafaz KUN-FAYA-KUN je perkara ni boleh terjadi. Kita sebagai hambaNya seharusnya tabah menghadapi segala ujian yang diberikan oleh Allah. Kita datang daripada Allah dan kembali kepada Allah. InsyaAllah dengan izin Allah, kita akan dapat petunjuk dimana pesawat itu berada. Yakinlah dengan pertolongan Allah.


Jika dilaut, timbulkanlah.
Jika dilangit, turunkanlah.
Jika didarat, tunjukkanlah. 
Hanya kepadamu kami memohon pertolongan mu Ya Allah.
Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
Sekiranya mereka masih hidup, panjangkanlah umur mereka. 

Wasalam.












Tuesday, March 4, 2014

PUZZLE 3D FROM BLOG ABAH CARENO



Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum.


BURJ AL ARAB 3D PUZZLE

Semalam wawa menerima hadiah 3D Puzzle daripada Blog Abah Careno sempena KONTES U-BLOGGER yang telah diadakan pada akhir tahun 2013. Alhamdulillah rezeki wawa lagi untuk dapat 3D puzzle. Dulu, masa mula-mula join KONTES U-BLOGGER, wawa teringin sangat nak puzzle 3D ni. Sampai nak beli terus je masa tu tanpa tunggu keputusan pemenang. Tapi, Allah tu Maha Adil. Dia tingkatkan kesabaran wawa ni untuk tunggu keputusan walaupun wawa rasa tak yakin untuk menang. 
Syukur Alhamdulillah Ya Allah.

Dari depan


Dari belakang


Dari atas

Untuk pengetahuan korang, Blog Abah Careno juga ada menjual puzzle 3D dengan macam-macam bentuk yang korang boleh pilih. Dan yang paling penting, harganya berpatutan tau. Antara bentuk puzzle 3D yang dijual olehnya ialah London Tower Bridge, Burj Al Arab (macam wawa dapat), Petronas Twin Tower (KLCC), House Of British, Menara Condong Pisa, Chrysler Building dan banyak lagi. Korang boleh [TEKAN SINI] untuk lihat puzzle 3D yang dijual oleh Blog Abah Careno.