SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Monday, December 29, 2014

[RESEPI] SOFT ROLL

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah, dah hampir sebulan wawa masuk belajar. Kenangan pahit manis semua ada. Nanti ada masa lapang wawa kongsikan pengalaman MDS di uitm ye. 

Masih ramai lagi para pembaca search perihal diploma senibina landskap ni di blog wawa. Maaf sangat hanya satu post je wawa dapat create untuk course senibina landskap ni iaitu temuduga diploma senibina landskap. Yang selebihnya tak dapat nak jawab sebab wawa tak jadi amik course tu. 

Sekarang, wawa amik course kulinari di uitm. Alhamdulillah best juga sebab dapat hadap makanan 2 kali seminggu. Wee~~ 

Untuk post kali ini, wawa nak share resepi Soft Roll buat para pembaca blog ini. Yang ni sedap ok. Hari hari rindu nak makan roti hasil sendiri. 



Bahan-bahan : 

- 143 gram air (BAHAN A)
- 13 gram ibu roti (yeast) (BAHAN A)
- 250 gram tepung roti. *wawa pakai strong flour* (BAHAN B)
- 3 gram freemat (BAHAN B)
- 27 gram gula (BAHAN A)
- 13 gram non-fat milk solid (boleh guna susu tepung) (BAHAN B)
- 25 gram butter/marjerin
- 3 gram garam 


Cara-cara :

1. Terlebih dahulu, tuangkan yeast dan gula yang telah ditimbang tadi ke dalam 143 gram air dan ketepikan. (BAHAN A)
2. Seterusnya, masukkan freemat dan non-fat milk solid ke dalam strong flour dan gaul sebati. (BAHAN B)
3. Selepas itu, masukkan bahan A kedalam bahan B tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi dough. 
4. Apabila adunan sudah menjadi dough, masukkan garam dan butter dan ulinya sekali lagi sehingga sebati.
5. Rehatkan adunan yang sudah sebati tadi ke dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap/kain untuk memastikan dough yang kita buat tadi tu mengembang. Bajet masa dalam 20 minit/30 minit. *letak atas tempat yang suam pun dah boleh buat dough tu kembang cepat* 


30 minit kemudian...... 


6. Setelah tu, boleh la uli skit dan start potong dough tu seberat 30 gram setiap satu. Then, korang pun bulat-bulatkan dough yang korang dah timbang 30 gram tu dan susun cecantik kat atas dulang. 

P/S : Dalam gambar wawa letak tu, pakai dulang untuk buat french loaf sebab tu rupa soft roll tu tak bulat macam bola. Hihik. 

7. Selepas susun cecantik, biarkan dough tadi rehat sebentar kira-kira dalam 15 minit macam tu untuk bagi dough tu kembang balik.
8. Selepas di kembang tu, boleh la masukkan dough tadi ke dalam oven selama 20 minit dengan suhunya 200'C atau sehingga masak ok.


20 minit kemudian.......


9. Dah siap bakar, boleh la korang sapukan butter kat atas roti tu. Dan nak comel sikit, tabur biji lenga kat atas roti tu. Dan siap untuk di makan.

TIPS : Oh ya, kalau korang nak tau, soft roll yang menjadi mesti ringan dan lembut tau. Wawa first buat dulu down, yang second menjadi. Yay! hihi.

Okay, Selama Mencuba buat roti.



Saturday, December 27, 2014

REVIEW PEMENANG YANA PINK BLOSSOM #2 DAN #3

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum w.b.t.








Alhamdulillah dapat juga wawa habiskan review pemenang dari giveaway Yana Pink Blossom ni. Sorry awak-awak semua sebab wawa lambat review korang. Maklumlah dah masuk dunia universiti ni, sibuk la sikit.

Salam perkenalan juga buat blogger Siti Hajar [rasulidolaku.blogspot.com]  dan blogger Lissa [lissadblog.blogspot.com] dan tahniah kerana menjadi pemenang dalam giveaway Yana Pink Blossom.

Buat blogger Siti Hajar yang mempunyai blog bertemakan islamik betul-betul membuatkan jiwa kita berasa tenang. Tapi, lagi bagus kalau blogger Siti Hajar selitkan sedikit sebanyak tips/nasihat untuk dikongsikan kepada para blogger. Selain dapat naikkan trafik blog, boleh juga share ilmu bersama para pembaca diluar sana. (sebagai cadangan).
Wawa suka background blog Siti Hajar ni. Rasa macam duduk dekat angkasa pula. Dengan warnanya hitam dan kuning. Sejuk mata memandang. :)

Manakala blogger Lissa pula, banyak juga wawa dapat tips dari blog archive September dia. Nak-nak artikel mengenai "Jenis Teh dan Manfaatnya" , memandangkan family wawa penggemar teh, jadi melalui arikel yang dishare oleh blogger Lissa memang banyak ilmu baru mengenai teh wawa dapat.
Tak lupa juga, blogger Lissa pun ada share macam-macam tips seperti 5 cara nak menjadi orang baik, resepi dan banyak lagi.

Memang tak rugi kalau korang datang blogwalking dan follow kedua-dua blog ini. Hihi. Sama-samalah kita eratkan silaturrahim dari alam blogger ni ye. :)



JOM TERJAH -

-- lissadblog.blogspot.com

-- rasulidolaku.blogspot.com

Friday, December 26, 2014

GA MYSTIC CITY BY BAJUWARNACOKLAT

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.


KLIK BANNER UNTUK JOIN! 

TAMAT : 30 JANUARI 2015 

P/S : Wawa tak ada Twitter. 

Hadiah Gempak : 


Novel Mystic City yang bakal dimiliki oleh ..... 



bersambung...



Monday, December 22, 2014

REVIEW PEMENANG GIVEAWAY YANA PINK BLOSSOM #1

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Pertama sekali, wawa ingin memohon maaf kerana terlewat untuk mengreview para pemenang. Baik pemenang dari giveaway Yana Pink Blosson mahupun pemenang segmen yang wawa anjurkan sendiri. InsyaAllah wawa akan settlekan semuanya pada cuti mid sem ni. 

Rasanya belum terlewat untuk wawa ucapkan "Tahnia" kepada para pemenang giveaway Yana Pink Blossom ni walaupun masa pengumuman pemenang haritu wawa tak dapat nak celebrate sama-sama. Hihi. 

Untuk hari ini, wawa nak review Blogger Syaya kita. Walaupun baru berumur 16 tahun tapi adik Syaya ni dah banyak makan asam garam dalam dunia blogger ini semenjak 2012. Kalau nak dibandingkan dengan wawa, rasanya adik Syasya ni dah jadi senior wawa dalam alam blogger. 

Mempunya blog yang simple dan berwarna purple lembut betul-betul membuatkan kita (pembaca) berasa tenang. Tenang dari mata turun ke hati. *ayat macam orang dah jatuh cinta ni,hihi* Malah, artikelnya pun tak panjang. Kalau dibaca memang tak bosan. Nak-nak bila wawa baca artikel adik Syasya join segmen zaman persekolahan. Adoii sebijik pulak macam wawa zaman sekolah dulu kikiki.

Kalau korang ada singgah baca entri ni, sila la ke blog adik Syasya sekali dengan follow tau. Tak salah blogwalking hari-hari. Sambil berkunjung ke blog blogger lain, sambil erat silaturrahim kan? 

Selamat berkenalan dan berblogwalking ke blog shapurplegirl.blogspot.com/ hihi.

Friday, December 5, 2014

BEREHAT SEBENTAR

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum w.b.t.


Harap maaf. Kerja mereview blogger terpaksa ditangguhkan kerana terlalu sibuk dengan urusan di U. InsyaAllah bila wawa free nanti, wawa sambung mereview. Sorry tau! Harap korang memahami. Terima kasih.