Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum w.b.t.
Hai semua. Malam ni wawa nak kongsi dekat korang semua macam mana nak tempah tiket kereta api (ETS) dalam talian (online). Sebenarnya, tutorial yang wawa akan kongsikan ni bukan untuk tempah tiket kereta api je tau, korang nak tempah tiket bas, feri atau kereta sewa pun boleh okay? Pakai step yang sama je tau.
1. Pergi website http://www.easybook.com/en-my
2. Tekan "train ticket" --> Tick sama ada korang nak One Way atau Round Trip --> Pilih destinasi yang ingin anda tuju, tarikh dan bilangan orang yang korang nak tempah --> Lepas tu, tekan "Search Train"!
PS : If korang nak tempah tiket bas, feri atau kereta sewa boleh ikot step yang sama macam yang wawa bagitau dekat atas tu ye.
3. Lepas je korang tekan search, nanti akan keluar senarai kereta api yang available pada hari yang dipilih. Selalunya paling awal pukul 7 pagi. Setakat ni paling lewat wawa tengok pukul 1 tengah hari keatas tu pun dari Arau ke Selangor. Lain tempat lain waktu perjalanan dia.
Bila dah decide nak ambil kereta api yang mana, tekan "Select Seats/Berths".
4. Selepas tekan "Select Seats" nanti dia akan keluar gambar macam dekat atas ni. Korang boleh pilih tempat duduk dan deck kereta api mana yang korang suka sekiranya masih ada kekosongan. Dah siap pilih tu, tekan "Continue".
5. Bila korang dah tekan "Continue", jangan lupa isi maklumat diri dekat form yang dia bagi tu (gambar atas). Kalau korang sendiri yang akan naik kereta api tu, dekat bawah maklumat "Passenger Information 1" tu korang tick "Same as Ticket Collector Info". Nanti semua maklumat korang tulis kat atas tu automatik dia isi. Tapi kalau korang tolong tempahkan tiket ni untuk kawan atau family terdekat, tulis nama kawan atau family korang tu. Jangan letak nama korang pulak.
6. Scroll bawah sikit, ada details pasal payment. Korang boleh pilih nak buat payment jenis macam mana. Kalau internet banking, tekan option 3 dan pilih bank yang korang ada tu.
PS : Korang diberi masa 7 minit je tau nak settlekan payment dia. Haa, kalau lambat, tempahan korang buat tu automatik erbatal ya.
7. Isi word verification dan tekan "Pay Now". Nanti dia akan keluar website bank yang korang telah pilh tadi tu untuk buat payment.
8. Settle je urusan payment, nanti pihak Easybook akan hantar mesej melalui email korang sekali dengan tiket kereta api. Dah dapat tiket tu, print siap siap supaya tak terlupa.
Okay, selamat mencuba! Lepas ni dah tak payah dah korang susah susah pergi stesen kereta api nak beli tiket.