Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, dah hampir sebulan wawa masuk belajar. Kenangan pahit manis semua ada. Nanti ada masa lapang wawa kongsikan pengalaman MDS di uitm ye.
Masih ramai lagi para pembaca search perihal diploma senibina landskap ni di blog wawa. Maaf sangat hanya satu post je wawa dapat create untuk course senibina landskap ni iaitu temuduga diploma senibina landskap. Yang selebihnya tak dapat nak jawab sebab wawa tak jadi amik course tu.
Sekarang, wawa amik course kulinari di uitm. Alhamdulillah best juga sebab dapat hadap makanan 2 kali seminggu. Wee~~
Untuk post kali ini, wawa nak share resepi Soft Roll buat para pembaca blog ini. Yang ni sedap ok. Hari hari rindu nak makan roti hasil sendiri.
Bahan-bahan :
- 143 gram air (BAHAN A)
- 13 gram ibu roti (yeast) (BAHAN A)
- 250 gram tepung roti. *wawa pakai strong flour* (BAHAN B)
- 3 gram freemat (BAHAN B)
- 27 gram gula (BAHAN A)
- 13 gram non-fat milk solid (boleh guna susu tepung) (BAHAN B)
- 25 gram butter/marjerin
- 3 gram garam
Cara-cara :
1. Terlebih dahulu, tuangkan yeast dan gula yang telah ditimbang tadi ke dalam 143 gram air dan ketepikan. (BAHAN A)
2. Seterusnya, masukkan freemat dan non-fat milk solid ke dalam strong flour dan gaul sebati. (BAHAN B)
3. Selepas itu, masukkan bahan A kedalam bahan B tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi dough.
4. Apabila adunan sudah menjadi dough, masukkan garam dan butter dan ulinya sekali lagi sehingga sebati.
5. Rehatkan adunan yang sudah sebati tadi ke dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap/kain untuk memastikan dough yang kita buat tadi tu mengembang. Bajet masa dalam 20 minit/30 minit. *letak atas tempat yang suam pun dah boleh buat dough tu kembang cepat*
30 minit kemudian......
6. Setelah tu, boleh la uli skit dan start potong dough tu seberat 30 gram setiap satu. Then, korang pun bulat-bulatkan dough yang korang dah timbang 30 gram tu dan susun cecantik kat atas dulang.
P/S : Dalam gambar wawa letak tu, pakai dulang untuk buat french loaf sebab tu rupa soft roll tu tak bulat macam bola. Hihik.
7. Selepas susun cecantik, biarkan dough tadi rehat sebentar kira-kira dalam 15 minit macam tu untuk bagi dough tu kembang balik.
8. Selepas di kembang tu, boleh la masukkan dough tadi ke dalam oven selama 20 minit dengan suhunya 200'C atau sehingga masak ok.
20 minit kemudian.......
9. Dah siap bakar, boleh la korang sapukan butter kat atas roti tu. Dan nak comel sikit, tabur biji lenga kat atas roti tu. Dan siap untuk di makan.
Okay, Selama Mencuba buat roti.