SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Saturday, January 3, 2015

[SEGMEN REVIEW] BLOGGER NUR AS & BLOGGER KAMEQ DEANNA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


cahayaalammaya.blogspot.com

Alhamdulillah sempat juga wawa nak buat review para pemenang segmen wawa malam ni. Terimakasih uitm sebab tambah cuti lagi seminggu dan wawa turut sama sedih dengan kejadian banjir yang berlaku di negeri jiran. Wawa doakan mangsa banjir tabah menghadapi ujian Allah ini dan InsyaAllah kami akan menghulurkan bantuan baik dari segi makanan,pakaian mahupun wang. 

Kepada blogger Nur As, selamat berkenalan dari wawa. Lama juga singgah di blog Nur As, dah macam juri pulak selongkar apa yang ada dalam blog awak. Sebuah blog yang putih, simple dan tak bersepah macam blog wawa ni. Tapi dalam banyak banyak link yang ada dekat blog Nur As, wawa lagi tertarik dengan diy yang blogger Nur As buat ni. Kreatif sangat. Tak percaya? Meh wawa tunjuk.


Cantik kan? Nanti boleh la korang ikot tutorial yang Nur As ajarkan ni. Wawa pun nak cuba juga nanti bila ada masa lapang. Ada banyak lagi diy yang Nur As buat ni. Boleh buat bisness ni nanti. Hihi. Selain dari diy, blogger Nur As ni merupakan seorang blogger yang pandai menghargai sesuatu barang yang orang bagi tau. Dia siap buat satu slot khas lagi yang diberi tajuk "Appreciation". Sekali korang klik, terus keluar hadiah giveaway yang dia pernah berjaya sebelum ni. Bagus kan?
Dah taknak cakap banyak sebab nanti kalau wawa cakap semua kat sini tak jadi pulak korang nak singgah ke blog Nur As  ni. Bila dah singgah tu, korang jangan lupa follow blogger Nur As kita tau.




Tahniah kameq deanna sebab menjadi pemenang dalam segmen pertama wawa. First time wawa jenguk blog kameq deanna rasa macam banyak je entri yang kameq deanna post ni wawa nak buka. Campur lagi, kameq deanna juga siap listkan senarai blog yang dia suka jenguk di side bar blognya. Bloglist pun diasingkan lelaki dan perempuan. Memang memudahkan kita untuk mencari blog blogger lain. Sekali boleh kita bezakan blogger lelaki ke atau blogger perempuan yang kuat mengupdate blognya. Tak gitu? hihi.

Blog yang berwarna gelap dan tulisan berwarna kuning dan putih ni memang memudahkan wawa untuk membaca. Mata pun tak stress. Yela, wawa ni ada migrain jadi kalau boleh nak la elakkan mata ni dari melihat warna yang memancar dan terang. Apa-apa pun wawa doakan blogger kameq deanna ni sihat sejahtera bersama keluarga dan menjadi blogger yang terkenal suatu hari nanti. InshaAllah.
Korang yang nak singgah ke blog kameq deanna boleh pergi ke sini kameqdeanna.blogspot.com dan jangan lupa follow tau.





3 comments:

  1. Salam kenal

    tahniah kepada Kamew Deanna... selamat maju jaya

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada blogger yang direview oleh cik wawa :-)

    ReplyDelete
  3. Salam mesra..

    Jemput join Segmen Bloglist Mei-Jun CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html

    ReplyDelete