Monday, April 10, 2017

TIPS SUSUN FILE DENGAN KEMAS DALAM KOMPUTER

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Sebagai pelajar dan pekerja yang banyak melakukan kerja dalam laptop, mesti korang ada banyak document, gambar yang nak disimpan dalam laptop kan? Assignments, reports, minit mesyuarat dan document lain perlu disimpan dengan baik dan diletakkan dalam satu folder supaya nanti kita tak kalut nak cari bila last minit. 


Contoh file yang tak disusun rapi. 

Dan yang paling penting, nak simpan document ni korang kena la konsisten tau. Jangan buat acah tak acah aje tau. Hari ini buat report pastu save macam tu je. Document tu simpan kat mana pun kita tak tau. Lepas tu bila nak pakai, jenuh kita mencari seluruh laptop mana document yang kita simpan tu kan? Lagi teruk kalau korang save dalam satu folder yang dah bercampur aduk dengan document yang tak penting, dengan ratusan gambar bagai. Memang jenuh la korang nak scroll satu persatu cari document korang. 

Segala kerja yang wawa buat akan disimpan dalam folder mengikut kategori masing masing.

Tak susah pun sebenarnya nak susun file ni. Yang penting kena RAJIN. Kalau penyakit M korang datang, memang susah la nak dapat hasilnya.

Ni pulak gambar gambar sewaktu praktikal dulu yang wawa asing mengikut hari. Jenuh tau tak nak kena letak satu satu. Tapi hasilnya memang memuaskan hati dan mudah nak cari!

Mana mana file atau document yang korang rasa tak penting, boleh je delete terus nanti takde la bersepah sangat dalam folder. Hihi. Dan document yang penting, make sure korang letak dalam satu folder yang diasingkan. Contoh assignment yang dah siap, buat satu folder tulis "Assignment Settle 2016". Ni contoh je tau. 

Dan satu lagi, ni tips yang wawa selalu guna time belajar UiTM dulu. Almaklumlah laptop kita tak selalu baik, ada hari virus masuk takboleh nak bukak terus. Betul tak? So, nak selamat, better save assignment korang dalam email sebagai backup atau letak dalam pendrive (tapi pendrive tak boleh percaya sangat. Virus tetap ada). 

Akhir kata, selamat mengemaskini laptop korang ya! 


No comments:

Post a Comment