Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum.
BURJ AL ARAB 3D PUZZLE
Semalam wawa menerima hadiah 3D Puzzle daripada Blog Abah Careno sempena KONTES U-BLOGGER yang telah diadakan pada akhir tahun 2013. Alhamdulillah rezeki wawa lagi untuk dapat 3D puzzle. Dulu, masa mula-mula join KONTES U-BLOGGER, wawa teringin sangat nak puzzle 3D ni. Sampai nak beli terus je masa tu tanpa tunggu keputusan pemenang. Tapi, Allah tu Maha Adil. Dia tingkatkan kesabaran wawa ni untuk tunggu keputusan walaupun wawa rasa tak yakin untuk menang.
Syukur Alhamdulillah Ya Allah.
Dari depan
Dari belakang
Dari atas
Untuk pengetahuan korang, Blog Abah Careno juga ada menjual puzzle 3D dengan macam-macam bentuk yang korang boleh pilih. Dan yang paling penting, harganya berpatutan tau. Antara bentuk puzzle 3D yang dijual olehnya ialah London Tower Bridge, Burj Al Arab (macam wawa dapat), Petronas Twin Tower (KLCC), House Of British, Menara Condong Pisa, Chrysler Building dan banyak lagi. Korang boleh [TEKAN SINI] untuk lihat puzzle 3D yang dijual oleh Blog Abah Careno.
tahniah...
ReplyDeletestyle gak replika tu..
Terima kasih. Tu la kan, unik :)
Deleteterima kasih :)
ReplyDelete