Thursday, June 26, 2014

[RESEPI] BISKUT SARANG SEMUT ANAK DARA


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Lama gila anak dara sorang ni tak update blog. Berkurun-kurun ada agaknya. Tengah malam ni, anak dara nak kongsi resepi baru. Ops, resepi baru cuba. Hehe. Biskut sarang semut. Alaa puasa dah tak lama dah. Esok lusa tulat tubeng. Kalau korang ambil tempahan kuih raya, agaknya dah start buat da ni. Kan? 

RESEPI BISKUT SARANG SEMUT

Bahan : 

250 gram mentega
*300 gram tepung gandum
*120 gram tepung jagung
*50 gram tepung kastard
1 biji kuning telur
100 gram gula kastor
1 sk esen vanilla
sprinkles

P/S : Sila ayak tepung yang bertanda * terlebih dahulu. Ni untuk kebaikkan korang jugak ye. Mana tau kan ada apa-apa dalam tepung tu. Macam wawa haritu. Tepung BERULAT. Punyalah banyakk. Tengok expired date, Jan 2015. Nasib terdetik hati nak ayak tepung tu. Kalau tak, biskut berulat la nama biskut wawa tu. Hm.

Cara-cara : 

1. Gabungkan mentega dan gula kastor. Pukul sehingga gebu/kembang. 


2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla ke dalam acuan mentega dan telur tadi. Pukul sehingga sebati. 

*sorry beb. Masalah pendengaran. Mak cakap buat biskut telur rebus tapi wawa buat biskut sarang semut guna telur rebus. Haha. Rasa dia sedap k. Yang penting telur kuning jugak k.

3. Selepas pukul sebati, masukan kesemua tepung yang sudah di ayak tadi ke dalam acuan. Kacau menggunakan spatula. Tak aci guna mixer. Sebab wawa buat tadi dah berketul-ketul tangan kacau acuan ni. Sebab tu aktif sikit malam ni. 


4. Uli acuan tadi sehingga menjadi doh. Kalau rasa lembik ke, tambah la sikit tepung gandum tu. Sebab kalau lembik sangat, tak menjadi parut doh nanti. 

5. Parut doh mengikut size alat pemarut korang. Boleh jugak nak guna alat pemarut yang mak-mak korang guna untuk parut halia/bawang putih tu. Yang penting, lepas guna tu letak tempat asal dia balik. Kan nanti ade je mak korang jerit-jerit tak jumpa cari. Hihi.

Sarang semut wawa ni besar sikit. Maklumlah, sihat. Gemuk gemuk dan panjang la sikit. 

6. Sudukan doh yang sudah di parut tadi ke dalam baking cups. ATAU. Korang boleh je parut doh tadi terus ke dalam baking cups ni. Cepat dan tak ada la doh korang tu melekat kalau kumpul banyak-banyak.

7. Taburkan sprinkles dia atas. Bagi ceria sikit. Rumah kalau tak hias, tak ceriakan? Sama la dengan kuih ni.

8. Bakar pada suhu 180'C, hm kira-kira dalam 20 minit atau sehingga masak.

9. Simpan di dalam bekas kedap udara. Dan sila makan. 




Selamat mencuba. Dan selamat berpuasa ;)









1 comment:

  1. Saya dah untuk Raya baru ni. Sedap. Terima kasih. Minta halal ya.

    ReplyDelete