Friday, June 6, 2014

[REVIEW] PERFUME BELARA MIDNIGHT MARY KAY

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah wawa dapat 1st place dalam giveaway I LOVE PERFUME yang dianjurkan oleh Cik Ika
Korang boleh pergi ke blog Cik Ika untuk tengok senarai pemenang giveaway I LOVE PERFUME. Tahniah jugak kepada pemenang lain yang berjaya dalam giveaway ni. Dan selamat menikmati wangian Belara Midnight yang seksi ni. Hihi.

Malam ni wawa nak review pasal perfume Belara Midnight by Mary kay. Serius wawa cakap, ni first time wawa guna jenama Mary Kay. Sebelum ni tengok je gambar orang pakai produk Mary Kay ni dekat laman sosial. Nak-nak Instagram dan Facebook. Tak sangka pun boleh dapat sebenarnya. Alhamdulillah rezeki wawa. Terima kasih Ika sebab bagi perfume Belara Midnight dan 3 paket Shiseido black mask. 



Kalau lah laptop dengan laman sosial zaman sekarang ni canggih, nak je wawa titiskan sikit perfume ni dekat laptop lepastu publish dekat blog. Bagi semua pengunjung blog yang datang hidu perfume Belara Midnight by Mary Kay dekat blog wawa. Comfirm korang semua melting lepas tu tak sabar nak pergi The Body Shop/Pavilion atau mana-mana kedai untuk dapatkan perfume Belara Midnight Mary Kay ni. Bukan senang nak dapat ni. Bau dia ummm kemain seksi. Haha. Kucing kucing kat rumah pun boleh tergoda. Apatah lagi kalau kita semua kan?


Macam wawa cakap haritu, Perfume Belara Midnight ni merupakan Eau De Parfum (EDP). Dimana wangian ini cukup tahan lama sehingga 4-6 jam. Perfume ni memiliki kadar alkohol yang sedikit sementara kadar pewanginya sekitar 15 hingga 22 peratus. Oleh sebab itu, bau wangiannya cukup kuat dan tahan lama sehingga lebih sesuai digunakan pada malam hari terutamanya untuk menghadiri acara rasmi. Kalau guna pakai pergi sekolah tu, tak perlu kot. Ni kalau menurut wawa la. Mana la tahu kan nanti cikgu yang nak mengajar korang tu tetiba tak dapat nak fokus sebab tergoda dengan wangian Belara Midnight ni. Hihi.


Harga perfume Belara Midnight ni dalam RM100++. Dan mempunyai 50ML cecair perfume. Botol perfume dia pun nampak elegance. Dah la warna purple pulak tu. Salah satu warna favorite wawa jugak ni. Haihh. Campur wangian seksi dia lagi. Tergugat kejap. Memang tiap hari sayang la kalau para isteri/ibu pakai perfume Belara Midnight ni. 
Dalau korang semua tengah baca entri wawa sekarang ni. Baik cepat-cepat pergi start enjin kereta pergi beli Belara Midnight Mary Kay. Limited ni. Sesuai jugak bagi hadiah sempena hari ibu dekat mak korang. Hari ibu kan setiap hari. Mana tahu dengan perfume ni korang boleh kembalikan aura zaman muda mak korang. Yedak? 

Hihi. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi dekat Cik Ika sebab pilih wawa jadi pemenang dalam giveaway I LOVE PERFUME. 




5 comments:

  1. Haii.. cakkk.. wah.. tahniah yea.. sentiasa btambah wangi lah dia nanti yea..
    Done follow sini no. 127,
    Jom follow me back, leh kita saling kunjung
    Mengunjung pasni.. salam kenal yea..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    Dan kalau minat kucing, sudi2kanlah folliw sini jugak yea.. heeee..
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Terima kasih tengku butang. Ni bila keluar boleh la wangi wangi. Hihi. Salam perkenalan juga dari saya. Alhamdulillah, dua dua saya dah follow :)

      Delete
  2. wah wah... tahniah
    bestnya dapat perfume free =)
    sembur2 kat momoy banyak2

    ReplyDelete