Monday, September 26, 2016

LAST SEMESTER

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah dah nak habis semester akhir untuk tahun ini. Tak lama lagi nak praktikal. InsyaAllah ada rezeki lebih, sambung degree. Tapi dah bersedia ke nak tinggal kawan kawan semua? Ada orang cakap kawan waktu diploma tak kekal. Habis je diploma, masing-masing buat haluan sendiri. Harapnya kitaorang tak macam ni la. 

Syukur Ya Allah sebab bagi kami peluang untuk merasai bagaimana manis dan pahitnya sebuah persahabatan itu. Susah senang bersama, menangis bersama, bergurau bersama even nak bergambar pun berebut-rebut sebab nak masuk dalam kamera. Jujur dari hati, memang tak pernah ada kawan yang perangai macam ni. Tipu lah kalau tak sayang. Tipu lah kalau tak pernah ada sedikit pun rasa sedih nak berpisah dengan korang semua. Memang dah macam family sendiri dah. Kalau salah satu takde, mesti rasa pelik sebab sunyi. 


InsyaAllah nanti sampai masa kita buat reunion jumpa semua. Kenang balik zaman kita masa dekat universiti dulu dulu. Jangan lupa jaga diri baik baik. Good luck dalam praktikal nanti. Walaupun dalam kitchen kita dah kira mencabar, bila praktikal nanti mesti lagi mencabar kan? Be strong ok gais. I love you all. *lap air mata*

No comments:

Post a Comment