Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum w.b.t.
Hi, kita bersua kembali setelah berbulan bulan membisu. Sem ni sangat busy sehinggakan nak update blog pun tak sempat. So, harini wawa nak kongsikan sedikit sebanyak petua untuk menghilangkan batuk. Almaklumlah sekarang ni musim demam,selsema dan batuk. Diri sendiri pun terkena batuk dua tiga hari ni.
Kalau dulu bila batuk je tak ada timbul rasa risau sebab zaman dulu tak ada isu penyakit Tibi. Sekarang, kalau batuk dua minggu tak hilang dah kene pergi klinik dada cek takut paru-paru terkena jangkitan kuman. Allahu. Mudah-mudahan kita semua dilindungi dari penyakit Tibi.
Dibawah ni ada petua yang biasa kita semua lakukan untuk menghilangkan batuk.
1. LIMAU NIPIS/LEMON
- Limau nipis dan lemon mempunyai banyak khasiatnya, salah satunya ialah merawat batuk. Korang boleh minum jusnya serta merta atau perahkan dalam air suam. Masam memang masam tapi cara ini juga dapat melegakan batuk ringan.
2. AIR SUAM
- Ketika batuk, seeloknya mengamalkan minum air suam. Air suam juga dapat melegakan batuk dan dada. Kalau boleh, berpantang dari minum air berais sepanjang batuk.
3. HABBATUSSAUDA
- Habbatussauda mempunyai pelbagai khasiat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Menurut Riwayat Shahih Al-Bukhari dan Muslim menerusi hadis Abu Salamah, dari Abu Hurairah bawaha Rasullullah S.A.W bersabda : "Hendaklah kamu memakan jintan hitam kerana jintan hitam mengandungi ubat untuk segala penyakit melainkan As-Saam (mati).
Sekarang, korang boleh beli di pasaran kapsul minyak habbatussauda. Ianya sangat membantu memulihkan dan melegakan batuk. Untuk penyakit lain pun boleh cuba.
4. HACKS
- Hacks ni bukan hacker ye. Korang pernah makan gula-gula menthol nama HACKS tu? Gula-gula ini juga dapat melegakan batuk tetapi bukan menghilangkan batuk. My family kalau batuk memang makan coklat hacks ni untuk melegakan batuk.
5. MADU
- Ada sesetengah orang mengambil madu untuk merawat batuk. Mengamalkan madu pada setiap pagi dan malam boleh jadi awet muda tau. Campurkan madu dalam air suam atau air teh untuk mengurangkan batuk. Cara ini sangat berkesan untuk merawat batuk. Pastikan madu yang diminum itu madu asli tau.
6. AMALKAN DOA YANG DIAJAR OLEH USTAZ SHARHAN
Semoga bermanfaat :)
nice sharing info
ReplyDeleteselalu cari madu kalau batuk berterusan :)