Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum w.b.t.
KLIK BANNER UNTUK JOIN!
Lama betul tak join giveaway dari para blogger di luar sana. Alhamdulillah tahun ni berkesempatan untuk join giveaway support akak abang blogger kita ni.
Mungkin entri kali ini simple simple je memandangkan wawa dah lama tak menulis. Untuk tahun 2017 ni memang banyak perkara yang terfikir nak buat. Dah list siap siap nak buat apa tapi apakan daya kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Kalau nak diikutkan, memang plan lepas habis praktikal ni nak berniaga kecil-kecilan (buat kuih dekat rumah) untuk mencari pendapatan. Makin lama kita sibuk fikir siang malam macam mana nak capai plan tu, makin kuat Allah uji kita. Nak dijadikan cerita, satu persatu barang rosak. First keyboard laptop dan sekarang handphone. Tahun lepas baru je baiki laptop tup tup tahun ni rosak lagi. Dibeli external keyboard dan mouse untuk kurangkan perbelanjaan itu pun dah dekat RM100 habis. Yela, kalau dibaiki laptop tu boleh habis 2 3 ratus macam sebelum ni. Jadi, suggestion terbaik kita pakai external keyboard je la. Hihi.Untuk yang kedua, harini handphone rosak. Screen pecah. Hidup hidup tapi tak berkesan bila tekan screen. Nak tukar screen pun dalam RM230. Elaun praktikal bulan ni dah habis beli barang laptop. So, sekarang terpaksa wawa hold dulu hajat nak berniaga dan tengah plan nak jual preloved item untuk guna duit buat baiki handphone. Memang memerlukan sangat handphone tu sebab kat dalam tu ada semua gambar dan note untuk buat report harian. Ni kalau hilang semua ni, boleh menangis sebab takut failed practikal. Nanti takleh nak graduate :(
Orang selalu cakap kita ni hidup tak selalu senang. Kadang kadang kita diuji dengan kesusahan. Tapi setiap kesusahan yang kita hadapi itu ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah sekiranya segala masalah selesai, point utama dalam tahun 2017 ni memang nak mula berniaga sebab lepas je habis diploma, sah sah memang takde kerja. Tak kan nak susahkan mak ayah kan?
So, untuk tahun 2017 ni wawa taknak mintak banyak. Cukuplah sekadar boleh capai impian nak berniaga, dapat graduate tepat pada masanya dan segala maklumat report kat dalam handphone dapat diambil balik. :)