SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Wednesday, March 8, 2017

CARA CARA MEMBELI PRODUK KECANTIKAN DI HERMO MALAYSIA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Haritu ramai yang bertanya macam mana nak beli produk Yadah ni dekat Hermo. So, hari ini wawa nak share step by step cara nak beli produk Yadah (sebagai contoh) dekat Hermo! 

Hermo ni merupakan sebuah syarikat yang menjual pelbagai jenis produk kecantikan (majority brand dari Korea banyak sangat ada dekat sini okeh!). Semua jenama produk dari A-Z semua ada. Innisfree, Klairs, Kotex, Yadah, Garnier, L'oreal Paris semua ada kat situ. Dan wawa jadi customers tetap dekat Hermo ni dah nak masuk 3 tahun. Yadah, Innisfree, L'oreal Paris, Koelf, Etude House semua kebas time Hermo tengah buat sale MURAH GILER BEB!! 

InsyaAllah nanti wawa review a few products dari L'oreal Paris,Innisfree, Koelf dan Etude House ye. Sekarang, jom kita tengok macam mana nak membeli di Hermo. xoxo

STEP 1 : Pergi ke website https://www.hermo.my/ 

* Bila masuk ke website Hermo, terus dia bagi RM5 voucher kepada korang yang first time beli dekat Hermo ni. Kalau korang pernah beli barang dekat Hermo, maka tak dapatlah voucher RM5 ni. 
* Macam biasa, masukkan email korang kalau nak dapat voucher tu. 😉😉😉😉😉


* Ini dia muka hadapan Hermo. Korang nak cari skin care, make up, hair care, bath and body, beauty box, luxe, fragrance atau best seller semua ada. Pilih je yang mana korang suka. 

STEP 2 : Log in / Sign Up
                             

STEP 3 : 


* Lepas log in/sign up, jangan lupa ambil attendance dekat atas tu (🌟 nombor 1). Ni kalau cukup 10 hari korang log in dan ambil attendance tanpa tinggal walaupun sehari, dia akan bagi free 200 credits. Credits tu korang boleh kumpul banyal banyak dan guna bila nak check out. 100 credits = RM1
* (🌟 nombor 2) Korang boleh godek godek profile korang. Isi maklumat diri beserta alamat rumah dan nombor handphone supaya nanti pihak Hermo senang nak pos barang korang. 


* Dekat profile nanti, korang boleh tick mana yang berkenaan pasal skin tone, skin type dan skin concern yang korang hadapi sekarang. Nanti mudah korang nak cari produk yang sesuai berdasarkan masalah yang korang dah tick tu. 

STEP 4 : 


* Maka bermula la journey korang mencari produk. Kat atas ni antara produk keluaran Yadah yang tengah Sale.


SEKARANG PUN TENGAH SALE SEMPENA WOMEN'S

 DAY!!!

1st MARCH - 10th MARCH 2017

STEP 5 :

*Click produk yang korang berminat dan 'add to cart'.




NOTE NOTE NOTE NOTE 
*Sebelum beli korang mesti nak tau product ni okay ke tak, apa bahan kat dalam dia, cara penggunaannya macam mana kan? 
*Kalau korang nak tengok feedback dari customers, korang click je product yang korang nak beli tu, then scroll kat bawah. Nanti korang boleh tengok Beauty Review dari para customers. Kalau scroll bawah lagi, korang boleh tengok description, specification dan info pasal product.

*Beauty Review 

*Description, specification dan Info

STEP 6 :  

*Then, tekan 'Checkout Now'

* Lepas korang tekan 'checkout', nanti dia akan keluar macam ni (gambar atas)
* (🌟 nombor 3) menunjukkan masa yang pihak Hermo bagi dekat korang untuk bank in. Valid untuk 24 jam je tau. Tapi kalau lebih rasanya boleh dipertimbangkan lagi kot.
* (🌟 nombor 4) kalau korang betul betul nak beli, tekan 'proceed to checkout'.
* (🌟 nombor 5) kalau korang ada lagi barang lain yang nak dibeli, Tekan je 'continue shopping'. 


STEP 7 :

* (🌟 nombor 6) Pilih alamat yang korang nak pihak Hermo hantar. Time wawa belajar Uitm dulu, memang wawa pilih alamat Uitm je sebab mudah nak pick up dekat pejabat kolej. Hihi
* (🌟 nombor 7) Pilih courier yang korang suka. If korang suka Poslaju, tick Poslaju. Kalau nak Gdex, ambil Gdex. 
* Setiap pembelian lebih dari dua barang dekat Hermo, dapat FREE SHIPPING tau!



* (🌟 nombor 8) Lepastu, pilih payment method mana yang korang nak. Kalau korang nak bank in dekat atm, tekan manual transfer. Kalau nak transfer secara online, tekan online e-banking. Nanti dia suruh korang pilih bank mana yang korang ada untuk transfer duit dekat Hermo.
* Untuk manual transfer, jangan lupa ambil gambar resit sebagai bukti korang dah buat payment dekat Hermo dan hantar gambar bukti dekat email Hermo admin@hermo.com.my. Jangan lupa bagitau nombor order korang dekat Hermo. Nanti senang dia nak track order kita. Dalam masa 24 jam, pihak Hermo akan respon email korang. 


* (🌟 nombor 9) If korang ada voucher, boleh letak voucher code korang sebelum bayar. Nanti dapat diskaun lagi. Kalau nak guna credit pun boleh boleh. Macam biasa 100 credits = RM1


STEP 8 : Waiting.......


And...DONE! 😄😄

Okay dah siap. 

Selamat Membeli di  Hermo!

No comments:

Post a Comment