Showing posts with label praktikaldiplomasenikulinari. Show all posts
Showing posts with label praktikaldiplomasenikulinari. Show all posts

Sunday, February 26, 2017

7 HARI SEBELUM HABIS PRAKTIKAL #perjalananbudakkulinari

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Sebelum ni kalau kita tengok dalam drama, ada cerita 7 hari mencintaiku kan? Tapi, kalau datang ke blog wawa ada artikel 7 hari sebelum habis praktikal. Macam tu pulak eh? Hehe

Alhamdulillah cabaran 4 bulan praktikal dalam industri hotel ni dah beransur nak melabuhkan tirainya. Tak sabar pulak wawa nak habis praktikal ni. Siap kira hari bagai. Dan yang pastinya, korang mesti tak sabar nak dengar kan pengalaman baik buruk seorang budak kulinari praktikal dekat hotel kan? 

Sabar jap eh. Nanti habis je praktikal wawa cerita macam mana ye. Tips nak hadapi final cooking pun wawa tak sempat lagi nak update. InsyaAllah dalam masa terdekat nanti wawa kongsikan tips last minit budak kulinari belajar. 

Alhamdulillah dan terima kasih kepada adik adik yang email  tanya pasal kulinari ni. Dalam masa 24 jam jugak wawa balas email korang sebab takut terlupa/terlepas. Sebenarnya, wawa tak expect pun ramai yang minat dalam bidang ni. Cewah. Hehe. Tapi Alhamdulillah, impian nak tolong korang semua tercapai. Wawa doakan semoga korang semua maju jaya dalam pelajaran. Aamin. 

Wednesday, December 7, 2016

SEMESTER 5 : LATIHAN INDUSTRI (PRAKTIKAL)

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah masuk ni dah sebulan wawa praktikal di sebuah hotel di Kuala Terengganu. Selama 4 bulan 10 hari praktikal dekat sini, boleh dikatakan hari hari boleh tengok permandangan sungai Terengganu. Nak nak kalau kerja shift petang. Gambar atas salah satu gambar suasana sungai Terengganu yang wawa ambil. Tak silap waktu ni dah nak maghrib. 

Best ke kerja dalam bidang perhotelan ni? Haa, apa boleh cakap, kalau korang betui betui minat memang korang akan cakap best. and yes, penat tu memang takleh nak cakap la. Kerja dalam bidang ni memang penat. Tapi bila dah lama tu ok la. Dan kalau kerja dalam perhotelan ni, korang punya off day tak sama tau dengan pekerja swasta atau kerajaan. Jangan harap la dalam seminggu tu korang nak off day dua hari. Paling tidak sehari je korang akan off day. Dan off day korang tak semestinya hari minggu. Macam wawa, wawa off day setiap hari Khamis. Hari Jumaat dan Sabtu kira kerja la. Even kalau waktu tu time public holiday, korang tetap kena kerja. Tapi boss korang takde la kejam sangat sampai tak bagi cuti kan? Nanti untuk bulan akan datang, dia akan bagi korang cuti sempena public holiday yang menggantikan cuti yang korang kena kerja haritu. 

Mula-mula memang la liat kan? Tapi bila dah biasa korang tak akan rasa penat. Sebagai budak praktikal, memang korang kena belajar betul betul apa yang ada dalam kitchen korang nanti. Nanti senang korang nak tulis dalam log book. dapat belajar memasak dengan staff kitchen pun tu kira bonus la sebab bukan senang tau dia orang nak bagi kita masak. 

Dan satu lagi, bila masuk dalam bidang industri, korang jangan terkejut pulak kalau cara dia orang tak sama dengan apa yang kita belajar. Tapi orang tua tua cakap, buang yang keruh ambil yang jernih. Yang mana korang rasa baik, korang contohi la. Kalau korang rasa tak baik, jangan diikutkan pula. Orang cakap, time ni la kita nak praktikan dengan apa yang kita dah belajar sebelum ni kan? 

Tak mudah dan tak senang sebenarnya. Yang penting kesabaran tu kena tinggi. Make sure korang kena jaga hubungan dengan staff kitchen supaya nanti senang nak bekerjasama dalam kitchen. Nanti bila kita susah, dia orang yang akan tolong kita dalam kitchen. 

Anyone yang nak tanya lebih lanjut pasal praktikal dalam bidang seni kulinari, boleh tanya wawa. InsyaAllah nanti wawa akan tolong satu persatu mana yang boleh. :)