Thursday, October 29, 2015

DOUBLE CHIN BOLEH DIRAWAT?

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Ramai orang mengalami masalah double chin sekarang. Wawa pun tidak ketinggalan mengalami masalah ni. Terfikir juga macam mana nak hilangkan double chin ni sebab setiap kali pakai tudung, mesti tersembur keluar double chin tu. Haih. Malu pulak rasanya. Mula tu, terfikir nak minum tea detox, skinny tea tapi bila fikir dua tiga kali rasa macam rugi pulak nak beli sebab dah slim melim. 

So, nak tak nak terpaksa la wawa rawat double chin ni dengan cara tersendiri. Jimat duit. Tapi kena amalkan selalu la. Takleh la hari ni buat dua tiga minggu lepas tu baru buat balik. Tak berkesan! Langsung tak. 

Orang cakap mencegah lebih baik dari merawat. Kalau korang tak nak double chin tersembur, korang kena praktikkan amalan ni setiap hari tau. EVERY DAY. Jangan skip walau sekali. Hokeh? Wawa pun praktikkan hari-hari sebab nak hilangkan double chin. 


 1. Bila berjalan, make sure korang berjalan mendada ke hadapan. Time duduk atas kerusi pun macam tu jugak. Jangan tunduk setunduk tunduknya kebawah sebab ini akan menyebabkan terhasilnya double chin. Dan ketahuilah bahawa sekiranya korang berjalan atau duduk mendada, korang dapat mengelakkan dari dagu berlapis dan secara tak langsung menghasilkan postur badan yang cantik. Korang untung 2 dalam 1 tau kalau buat teknik ni. 

2. Sebelum tidur, elakkan tidur menggunakan bantal yang terlalu tinggi sebab tidur dengan bantal tinggi boleh menyumbang kepada double chin jugak. Tapi, petua guna bantal tinggi ni sangat bagus buat korang yang terkena batuk dan hidung tersumbat. 

3. Selalu lah merajinkan diri korang untuk melakukan urutan dagu setiap hari secara konsisten dari bawah ke atas kerana urutan ini dapat membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah. Nanti wawa kongsi ye macam mana nak buat urutan dagu. 

4. Double chin takkan muncul kalau korang menggemar makan makanan yang banyak kan? Jadi, pada hari ini, korang kena berhenti makan makanan yang bergoreng, berlemak dan manis. Amalkan makan makanan yang sihat ikot piramid makanan. OK? 

Bukan mudah nak amalkan setiap hari. Tapi kalau korang nak kurus berharap dengan melakukan senaman boleh cepat kurus tanpa ada niat yang kental, tak menjadi juga. Kena la ada usaha dan niat yang betul nak berubah.Niat nak jaga pemakanan tu penting! :) 
ANTARA SENAMAN DAGU :

1. Korang boleh donggakkan kepala ke atas sambil memandang kipas atau syiling. Kalau korang jenis yang mudah berangan, korang berangan la sambil donggak kepala ke atas selama beberapa minit. Jangan pulak korang baring pastu donggakkan kepala. Make sure duduk dengan mendada la ok? Buat setiap hari tau. Lama-lama berkesan. Tips ni wawa selalu pakai untuk kurangkan double chin. 

2. Yang kedua dengan cara korang menggunakan otot muka leher. Cuba korang angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh mungkin yang korang boleh buat. Buat sebanyak 10 kali berulang setiap hari. 

3. Cara yang ni sama macam cara yang pertama (tengok bahagian 1). Tapi, bezanya korang kena jelirkan lidah korang sambil mendonggak ke atas. Tips ini bagus untuk menarik otot-otot lemak bawah dagu tau. Sebelum tido tu boleh la amik masa 10 minit lakukan senaman ni. Jangan buat depan orang ramai, nanti apa pulak diorang cakap. 

4. Untuk mendapatkan otot rahang dan dagu yang baik, cuba lakukan senaman mulut dengan memakan gula-gula getah! 

5. Lakukan kaedah tamparan. Bukan tampar pipi tauu. First, korang tampar secara perlahan pada bahagian leher korang. PERLAHAN ok. Jangan kuat. Mulakan dari bahagian bawah leher dan diakhiri pada bawah dagu. Lakukan kaedah ini berulang dalam gerakan yang cepat sebanyak 40 kali. 


Boleh la korang grab salah satu senaman diatas untuk diamalkan pada setiap hari. Biar lambat asal selamat ok? Cara-cara ni bagus tau untuk hilangkan double chin walaupun ianya makan masa sikit tapi berbaloi la bagi seketul wawa ni. Nanti takde lah double chin korang tersembur keluar time pakai tudung. 

sumber.

Wednesday, October 28, 2015

CONTEST REVIEW LYNK.MY BAHAYA?

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Hi blogger diluar sana. Dah sertai contest review dari lynk.my 2015? Kalau belum jom kita sertai sebelum 29 Disember 2015. Kalau ikotkan, ni contest kedua terbesar yang wawa pernah join selepas contest denaihati haritu. Walaupun baru harini pertama kali wawa mendengar lynk.my tapi setelah digodek-godek dua tiga jam laman lynk.my tu terbongkarlah segala rahsia kelebihan lynk.my ni. 

Terimakasih kepada blogger Cikpinz sebab berjaya menarik wawa join contest review ni. Seperti yang sedia maklum, lynk.my telah menanjurkan sebuah contest review buat para blogger Malaysia di luar disana dan anda BERPELUANG UNTUK MENANGI WANG SEBANYAK RM4000!!! Amacam? Gempak tak? Dan bukan mudah tau kita nak join contest yang dianjurkan di Malaysia. Yela, selalu kita tengok contest dari orang luar negara je kan? Sekarang, peluang dah ada depan mata, cepat cepat la kita sahut sebelum terlambat. 

Dan hadiah yang bakal anda menanginya juga berupa WANG RINGGIT dan yang paling best korang takperlu susah payah buat account Paypal sebab pihak lynk.my akan transfer wang tersebut ke dalam account yang disediakan seperti Maybank, Cimb ataupun BSN. Mudah kan? Tidak lupa juga, contest review lynk.my ni akan memilih pemenang berdasarkan kepada 3 kategori tau. Dimana kategori tersebut ialah TOP SEO, TOP CREATIVE dan TOP LYNKUNDI. 

Nak tau hadiah apa? Lihat bawah ini :




Mata dah bertukar $$$? Tak sabar nak join? Tunggu. Baca entri ini sampai habis dulu sebelum join kalau korang taknak menyesal. 

Buat blogger yang berbakat diluar sana, sekarang korang boleh la buat strategi yang halus untuk pastikan korang dipilih menjadi pemenang antara salah satu kategori ni. Dan korang jugak berpeluang untuk menerima Gajet Khasss daripada ikedaikami.com sekiranya pernyertaan korang BAWAH 50. Nak tengok apa gajet khas tu? Okay jom kita usha di bawah ni. 


Hadiah penyertaan terawal akan dipos oleh pihak lynk.my berdasarkan data peribadi yang korang lengkapkan ketika mendaftar lynk.my. Kat bawah ni wawa sediakan tutorial macam mana nak register. Ianya sangat cepat, mudah seperti ABC dan PERCUMA! 

1. Pergi ke laman web lynk.my 
2. Scroll bawah dan tekan "JOIN NOW" 


3. Lepas tekan, lengkapkan segala detail anda seperti gambar dibawah. 


4. Dan click " I want to Join Lynk! ". Siap.

P/S : Selepas korang sign up, pihak lynk.my akan hantar email pengaktifan di email korang. Pastikan korang letak email yang korang aktif tau. 

APA BEZA PUBLISHER DAN ADVERTISER?

Sewaktu sign up, korang kena pilih sama ada nak publisher ke advertiser. Dan korang mesti tertanya-tanya publisher tu macam mana, advertiser tu pulak macam mana? Gambar dibawah ni ada jawapannya.



So, korang boleh la nak pilih yang mana. Kalau ada sebarang pertanyaan, korang boleh rujuk FAQ dekat lamanweb lynk.my tau. 

APA SYARAT UNTUK JOIN CONTEST? 

Setiap contest yang dianjurkan mestilah ada syaratnya, tidak ketinggalan jugak untuk contest ini. Korang yang nak join kena la ikot syarat-syarat yang ditetapkan. Tak susah pun beb. Korang hanya perlu menulis review pasal lynk.my ni je. Bukan perlu tapi WAJIBB! Dan korang juga DIWAJIBKAN untuk menulis perihal contest ni termasuk hadiah dan kategori. Kalau korang blogger yang suka speaking, haa pun boleh join jugak sebab syarat dia kena tulis dalam Bahasa Melayu dan English sahaja. Dan takboleh copy paste tau kalau tak serta merta penyertaan korang terbatal. 

Sekiranya target korang nak menang dalam kategori TOP LYNKUNDI atau TOP CREATIVE, korang kena la usaha lebih sikit untuk hasilkan entri yang terbaik dari orang lain. 

Nak tau maklumat lebih lanjut pasal contest ni, dialu-alukan tekan sini >>>> LYNK.MY CONTEST



Untuk pengetahuan korang, lynk.my ni menyediakan service percuma untuk anda memendekkan URL anda. Korang mesti jemu kan bila tengok korang entri pastu korang punya URL panjang macam ular 100 kaki. Contoh di macam ni : http://wawaabdulhadi.blogspot.my/2015/10/contest-review-lynkmy-bahaya.html
dan bila dipendekkan dia jadi macam ni http://lynk.my/bx6 . Tak percaya? Kalau korang tak percaya, cuba tekan dua link tu, sama tak. ^^

Dengan adanya service macam ni, maka sangat mudah untuk kita promote blog kita. Takperlu nak hafal URL yang panjang-panjang. Guna je lynk.my ni. Senang nak ingat URL kita yang telah dipendekkan. Berbaloi-baloi pulak tu. 

Selain memendekkan URL, pada masa yang sama kita juga boleh menjana pendapatan tau. Orang cakap 2 dalam 1 la kelebihan dia. Tapi bagi wawa 1000 dalam 1 hehe. Nampak tau betapa bergunanya lynk.my ni buat seketul wawa. Hihi. Macam mana nak jana pendapatan? Begini caranya, apabila korang memendekkan URL korang menggunakan lynk.my ni, pihak lynk.my akan isi tabung anda tau. Lagi banyak korang guna, lagi banyak la korang dapat. 

Apa tunggu lagi, cepat join contest ni sebelum terlambat dan gunakan lynk.my ni untuk hasilkan income. Dah la service percuma. Pastu dapat jana income, boleh pendekkan URL korang dengan mudah dan cepat dan anda tidak perlu membayar sebarang yuran walau satu sen pun. Jangan risau, lynk.my ni dikendalikan oleh syarikat Malaysia. InsyaAllah ianya boleh dipercayai 100%. 

DAH SERTAI TAPI TAK TAU MACAM MANA NAK HANTAR? 


Gambar di atas boleh membantu korang macam mana nak hantar penyertaan. Pastikan ada dah siap buat entri baru hantar tau. Dan jangan lupa daftar. Hihi. 

Sekarang, apa tunggu lagi. Jom sertai sebelum penyertaan mencecah angka 50. Kan nanti tak pasal pasal terlepas hadiah untuk penyertaan terawal. Selamat berjaya ye. Semoga kemenangan milik kita bersama dalam contest kali ini. InsyaAllah. 


Tuesday, October 27, 2015

[REVIEW] DURRAH JUBAH WADI ADRA & SARA PLAIN SHAWL FISKASHAHALAM

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Ashelamat petangg! Memandangkan wawa ni penggemar koleksi Wadi Adra dan Fiskashahalam, so harini wawa nak buat review sikit untuk pembaca diluar sana. Mana la tau korang berkenan dengan koleksi mereka. Almost dua tahun wawa beli pakaian dari Wadi Adra baik dari segi blouse, skirt dan jubah. Agaknya kalau kumpul banyak jugak ni. Hari-hari tunggu Wadi Adra update baju terbaru. Hihi. 

Gambar diatas, wawa mengayakan Durrah jubah salah satu koleksi dari Wadi Adra dan shawl labuh tu Sara Plain shawl dari Fiskashahalam. Superb! Sangatlah selesa pakai jubah dan shawl ni. Menutup aurat dan jubah pun kain tak jarang. Serius, wawa dari dulu sampai sekarang percayakan dengan Wadi Adra. Memang tak menyesal beli. Dengan harga yang berpatutan sesuai untuk wawa yang seorang student sekarang ni. Dan Sara Plain wideshawl ni first time wawa beli dengan Fiskashahalam. Orang cakap kalau tak kenal maka tak cinta kan? Selepas pakai shawl ni, rasa macam hari hari jatuh cinta. Kain yang selesa dan mudah bentuk. Pakai shawl labuh macam ni Alhamdulillah rasa teramat-amat selesa dan rasa selamat. Aurat dijaga rapi sampai ke perut ha. 

Sara plain wideshawl ni korang boleh beli dionline di instagram @fiskashahalam dengan harga RM43 sahaja. Dan fiskashahalam selalu buat sale tau. Jadi, kalau taknak terlepas cepattt pergi follow. Oh ya, Fiskashahalam ni sebuah butik yang baru dibuka yang diasaskan oleh blogger kita, Irine Nadia. Hehe. Bukan shawl saje tau, macam macam ada dijual. Makanan, baju kasut semua hado. Jadi apa tunggu lagi, pergi usha cepatt. 

Bagi penduduk Kuala Terengganu, jangan lupa join Mood Republik di Taman Tamadun Islam Convention Centre pada 30 dan 31 Oktober ini jam 8 pagi hingga 12 pagiii. Sebanyak 90 jenama paling popular join tau TERMASUK WADI ADRA SEKALIII. Dan jangan lupa, Wadi Adra akan release collection terbarunya dia sana nanti. Apa tunggu lagi, jom follow Wadi Adra cepat untuk servey dan jangan lupa follow Mood Republik untuk tengok onlineshop mana yang join. Calaqisya, Naelofar hijab, Emma Maembong, Rinasallehclothing, benanghijau, radiusite dan banyak lagi turut sama join Mood Republik di Terengganu. Butik-butik lain pun ada tau nak release collection terbaru. Jangan lupa follow mereka semua di instagram. ^^

Jom follow : 

Monday, October 26, 2015

Dinner yay!

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, dah habis dah semester kali ni. Even semester kali ni lebih++ mencabar dari semester lepas, tapi dapat jugak gagahkan diri nak tamatkan semester ni. Mencabar dia tu banyakk nak nak time final. Nak kena sengkang mata tu sampai pagi sebab takut tak dapat jawab exam. hee. Tapi alhamdulillah la sepanjang exam semua berjalan lancar, takde sakit takde migrain. mudah-mudahan result final nanti pun berbaloi dengan usaha yang wawa buat semester ni. 

Harini, wawa nak kongsi sikit gambar dinner haritu. Yela, sepanjang wawa masuk u ni, agaknya tak pernah sekali pun wawa kongsi gambar. Asyik makanan je kan? Tema dinner kitaorang haritu Arabian Night. Kalau dah arabian night, confirm la pakai jubah gelap, ala ala purdah macam arab sikit kan? Disajikan dengan nasi arab yang sangat yummy, persembahan dan cabutan bertuah. Memang gempak jugak la dinner kitaorang. Kalau semester lepas tema back to school. 


Kalau dalam entry sebelum ni, wawa ada update tips nak temuduga diploma landskap kan? Rata-rata entri tu sangat membantu pembaca diluar sana untuk pergi temuduga. Alhamdulillah. And yes, dulu wawa dapat Diploma senibina landskap dkt Uitm Seri Iskandar tapi wawa tolak dan masuk Uitm lain dalam kos Diploma Seni Kulinari.

Lepas ni, boleh la wawa nak kongsi tips sebagai student culinary ni tak lupa juga resepi yang wawa belajar dekat sana. Even dihina dimata orang lain, tapi still wawa boleh enjoy dengan kos ni and menjadi salah seorang regional team culinary. Tak perlu dengar apa kata orang. Yakin pada diri dan ingat Allah selalu bersama kita :)







Classmate tapi tak lengkap sebab tak datang.

Nak tahu apa student culinary ni belajar? Tunggu entri akan datang ye. :)

Sunday, October 25, 2015

Giveaway Irrayyan | Kalau Dah Jodoh

Assalamualaikum. 

Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh

KLIK BANNER UNTUK JOINN!

Syarat-syarat :

1. Folow blog irrayyan.com . Yang dah follow, terima kasih.

2. Letakkan banner giveaway irrayyan di atas pada permulaan entri.

3. Tajuk "Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh" dan linkkan ke entri ini.

4. Berikan url entry korang kat ruangan komen di bawah dalam entry ni sahaja. Kalau paste kat tempat lain mommh tak kira ye.

Tu jer. Mudah sangat kan. 

Tarikh tutup penyertaan tak ada. Cukup 10 penyertaan sama dengan 1 novel, kalau 20 penyertaan, 2 novel akan diberikan. Sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke masa.

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER

Assalamualaikum!


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

 Setelah sekian lama wawa mendiamkan diri, jomm produktif sikit join segmen blogger lain. hihi. 
Maklumlah baru boleh runcingkan jari. Ada dekat setahun jugak wawa senyap dari blog. Sekarang, nak aktif balik dan jomm tambah follower blogg!