Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum w.b.t.
Ramai orang mengalami masalah double chin sekarang. Wawa pun tidak ketinggalan mengalami masalah ni. Terfikir juga macam mana nak hilangkan double chin ni sebab setiap kali pakai tudung, mesti tersembur keluar double chin tu. Haih. Malu pulak rasanya. Mula tu, terfikir nak minum tea detox, skinny tea tapi bila fikir dua tiga kali rasa macam rugi pulak nak beli sebab dah slim melim.
So, nak tak nak terpaksa la wawa rawat double chin ni dengan cara tersendiri. Jimat duit. Tapi kena amalkan selalu la. Takleh la hari ni buat dua tiga minggu lepas tu baru buat balik. Tak berkesan! Langsung tak.
Orang cakap mencegah lebih baik dari merawat. Kalau korang tak nak double chin tersembur, korang kena praktikkan amalan ni setiap hari tau. EVERY DAY. Jangan skip walau sekali. Hokeh? Wawa pun praktikkan hari-hari sebab nak hilangkan double chin.
1. Bila berjalan, make sure korang berjalan mendada ke hadapan.
Time duduk atas kerusi pun macam tu jugak. Jangan tunduk setunduk tunduknya
kebawah sebab ini akan menyebabkan terhasilnya double chin. Dan ketahuilah
bahawa sekiranya korang berjalan atau duduk mendada, korang dapat mengelakkan
dari dagu berlapis dan secara tak langsung menghasilkan postur badan yang
cantik. Korang untung 2 dalam 1 tau kalau buat teknik ni.
2. Sebelum tidur, elakkan tidur menggunakan bantal yang terlalu
tinggi sebab tidur dengan bantal tinggi boleh menyumbang kepada double chin
jugak. Tapi, petua guna bantal tinggi ni sangat bagus buat korang yang terkena
batuk dan hidung tersumbat.
3. Selalu lah merajinkan diri korang untuk melakukan urutan dagu
setiap hari secara konsisten dari bawah ke atas kerana urutan ini dapat
membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah. Nanti wawa kongsi ye
macam mana nak buat urutan dagu.
4. Double chin takkan muncul kalau korang menggemar makan
makanan yang banyak kan? Jadi, pada hari ini, korang kena berhenti makan
makanan yang bergoreng, berlemak dan manis. Amalkan makan makanan yang sihat
ikot piramid makanan. OK?
Bukan mudah nak amalkan setiap hari. Tapi kalau korang nak kurus berharap dengan melakukan senaman boleh cepat kurus tanpa ada niat yang kental, tak
menjadi juga. Kena la ada usaha dan niat yang betul nak berubah.Niat nak jaga pemakanan tu penting! :)
ANTARA SENAMAN DAGU :
1. Korang boleh donggakkan kepala ke atas sambil memandang kipas atau syiling. Kalau korang jenis yang mudah berangan, korang berangan la sambil donggak kepala ke atas selama beberapa minit. Jangan pulak korang baring pastu donggakkan kepala. Make sure duduk dengan mendada la ok? Buat setiap hari tau. Lama-lama berkesan. Tips ni wawa selalu pakai untuk kurangkan double chin.
2. Yang kedua dengan cara korang menggunakan otot muka leher. Cuba korang angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh mungkin yang korang boleh buat. Buat sebanyak 10 kali berulang setiap hari.
3. Cara yang ni sama macam cara yang pertama (tengok bahagian 1). Tapi, bezanya korang kena jelirkan lidah korang sambil mendonggak ke atas. Tips ini bagus untuk menarik otot-otot lemak bawah dagu tau. Sebelum tido tu boleh la amik masa 10 minit lakukan senaman ni. Jangan buat depan orang ramai, nanti apa pulak diorang cakap.
4. Untuk mendapatkan otot rahang dan dagu yang baik, cuba lakukan senaman mulut dengan memakan gula-gula getah!
5. Lakukan kaedah tamparan. Bukan tampar pipi tauu. First, korang tampar secara perlahan pada bahagian leher korang. PERLAHAN ok. Jangan kuat. Mulakan dari bahagian bawah leher dan diakhiri pada bawah dagu. Lakukan kaedah ini berulang dalam gerakan yang cepat sebanyak 40 kali.
Boleh la korang grab salah satu senaman diatas untuk diamalkan pada setiap hari. Biar lambat asal selamat ok? Cara-cara ni bagus tau untuk hilangkan double chin walaupun ianya makan masa sikit tapi berbaloi la bagi seketul wawa ni. Nanti takde lah double chin korang tersembur keluar time pakai tudung.
sumber.
Nice ! Walaupun Lissa tiada double chin, lain kali boleh rujuk kalau tiba2 ada double chin. Heee sebab Lissa memang suka jalan tundukk setunduk tundukknyaaa :D
ReplyDeletesalam singgah terima kasih share ni double sgt chin nih hihi.
ReplyDeleteSinggah pagi dari DUNIA CIK AKAK
tunduk pon faktor double chin ke , huaaaaaa . apa pon , nak kena try ni . huhuhuhu double chin makin menjadi
ReplyDeleteI really like your writing style, great information, thank you
ReplyDeletefor posting :D.