Tuesday, December 29, 2015

PENANGAN SHAWL SIMPLE HIJAB

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Korang pernah dengar tak shawl bukan long shawl je, instant shawl pun ada jenama Simple Hijab ni? Walaupun Simple Hijab baru je ditubuhkan pada tahun 2014, jangan pulak korang pandang rendah tau. Sebab segala jenis kain shawl dia semua high quality okay! Kebanyakkan customer yang order dengan wawa, ada yang repeat order lepas cuba beli sekali. Cassandra shawl dari Simple Hijab macam pisang goreng panas sekarang. Lambat sikit out of stock. Sampai wawa sendiri rasa serba salah nak bagitau dekat customer shawl yang diaorang nak tu takde stock. Ada juga yang sanggup menunggu sampai semua warna shawl restock. 

Kebanyakkan shawl Simple Hijab ni dijual bermula harga RM35 dan keatas. Nak beli shawl exclusive pun ada. Sesuai dibuat hantaran atau hadiah untuk kawan kawan. InsyaAllah nanti wawa update segala jenis shawl di Simple Hijab ni. 

Kalau korang jenis yang tak sabar nak tunggu wawa update, boleh pergi link ni SIMPLE HIJAB untuk tengok shawl. Dan boleh juga order melalui whatsapp tau. Lagi mudah dan cepat. Sebab wawa akan uruskan segala order anda. Tak perlu nak kena register dalam website dia tu. Segala shawl yang available, wawa akan sent gambar melalui whatsapp. Atau boleh juga follow instagram ni @SIMPLEHIJAB4U untuk melihat shawl Simple Hijab yang available. 

Website : SIMPLE HIJAB
Instagram : @SIMPLEHIJAB4U
Whatsapp : 014-536 2931

Monday, December 14, 2015

10 SOALAN DARIPADA STARLAVENDERLUNA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Hi gaiss. First, terima kasih kepada Starlavenderluna sebab tag wawa untuk menjawab 10 soalan daripadanya. Dalam fikiran, banyak perkara wawa nak buat dengan blog ni. Tapi tak berkesempatan nak buat dalam masa terdekat. Kena hold dulu la jawabnya. 

Okay, jom kita menjawab soalan dari saudari kita ni ye. 

1. Kenalkan diriAnda
Memandangkan dari awal wawa start menulis tak pernah nak bertaaruf, so harini wawa taaruf la sikit. Nama semua dah kenal kan? Wawa. Alhamdulillah sekarang 19 tahun. Next year naik angka 20. Menjadi blogger since 2013 (thefourofus.blogspot ke wawaabdulhadi.blogspot). Bukan mudah tau nak naikkan balik blog dari mula T.T Sekarang belajar di UiTM. Diploma in Culinary Arts. InsyaAllah nanti wawa turunkan segala resepi di sini dan kalau diberi peluang, InsyaAllah wawa akan cuba terbitkan buku masakan sendiri. 

2. Antara pulau atau bandar, mana satu pilihan? Kenapa?
Pulau. Sebab? Dari kecil sampai sekarang wawa membesar di pulau. Bagi wawa pulau lagi better kot dari bandar yang jam dan sesak dengan orang. Kalau kat pulau tu, sempoi sempoi je korang dapat angin. Lebih lebih lagi sekarang musim tengkujuh. Boleh sangat kau nak berdrama ala hindustan dengan angin. 

3. Pencapaian yang terbaik dalam kehidupan?
Sebenarnya banyak kot "pencapaian" yang terbaik. Berjaya menubuhkan blog, dapat bagi result gempak la juga dekat family. Lastly, sem ni belajar international cuisine. Cakap je nak resepi apa nanti i kongsi ok? French? America? Africa? China? Japan? Semua ada! :D

4. Antara beruang panda, kucing, hamster dan arnab, mana satu pilihan awak? Kenapa?
KUCING. Wawa bela kucing almost 15 ekor dan sekarang tengah tunggu ibu kucing lahir baby baruuu. Yang lain suka juga tapi lagi prefer bela kucing la sebab senang. Sebab kucing ni kalau dia nampak tikus ke ular ke atau benda lain, terus kita boleh detect. Even orang tak kenal datang rumah pun kita boleh tahu sebab kucing wawa kalau orang tak kenal dia terus sembur. 

5. Pendapat awak tentang jurnal saya? 
Sangat bagus sebab ada banyak carian. Baik dari segi resepi, sinopsis novel semua ada. Laju pun laju tak perlu tunggu lama. Satu lagi kita sama la orang Terengganu jugak!! Lepas ni boleh wawa usha usha selalu dan cuba resepi di blog awak :)

6. Warna kegemaran?
Merah, purple, pastel colour 

7. Apakah genre buku kegemaran awak dan kenapa awak suka genre tersebut?
Comic and graphic novel. Sebab bila baca takde rasa boring sangat dan mudah nak ingat. Kalau novel yang tulisan je memanjang memang wawa buat bed time story macam buku food cost sem ni. 

8. Siapakah idola awak dalam kehidupan? 
Setakat ni idola-idola wawa semuanya tukang masak. 

9. Barang yang wajib bawak semasa keluar dari rumah.
Handphone. Wifi. Powerbank. Tu semua peneman dikala sunyi.

10. Tempat percutian idaman.
Korea. Jepun. Turki.



Saturday, December 5, 2015

[RESEPI] PUDING CARAMEL 5 BAHAN




Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Tetiba terasa nak buat puding caramel hujung minggu ni, jadi gagahkan diri untuk balik rumah buat puding caramel. Semangat betul wawa ni kalau bab makan. Even gigi tengah sakit tapi nak jugak makan makanan manis. 

Semalam around pukul 10, dapur rumah start berasap sampai ke pagi. Kalau buat hari ni memang tak sempat sebab nak pergi klinik pastu nak balik kolej. Semalam boleh la buat dua loyang puding caramel ni. Tapi puding caramel wawa buat ni tak tebal macam dekat kedai tu. Wawa guna loyang nipis je sebab mula mula planning nak kukus tapi tak jumpa alat pengukus, jadi wawa buat kaedah waterbath. Nak pakai tupperware tapi bimbang dengan tupperware sekali cair. Nanti tak pasal-pasal mak marah. So, nak tak nak terpaksa guna loyang nipis ni. 

If orang nak buat puding caramel ikot resepi wawa bagi ni, korang jangan la tiru sampai ke loyang pun korang guna loyang nipis. Salah tu. Kalau rumah korang ada loyang tebal dan besar yang sesuai untuk buat puding caramel tu, pakai. Amik yang tu. Ok? Hehe.

Resepi Puding Caramel 

Bahan : 
* 1 tin susu pekat ( wawa guna 1/2 tin sahaja sebab tak suka manis)
* 7 biji telur ayam fresh
* 1 sudu kecil esen vanila 
* 1 cawan air
* 4 sudu besar gula + sedikit air

Cara-cara : 

1. Masukkan 7 biji telur ayam ke dalam bekas. Pukul sekejap untuk sebatikan telur kuning dan telur putih. 
2. Masukkan esen vanila dan susu pekat. Kacau sehingga rata dan masukkan air. Ketepikan.

Gula Hangus : 
Yang ni wawa guna tips yang wawa belajar dekat kolej.

* Dalam periuk kecil atau sauce pan, masukkan 4 sudu besar gula dengan api yang sederhana kecil. Jangan sesekali kacau gula tu kerana ia akan melambatkan proses caramelization. Nak tunggu gula ni caramelized memang lama. Jadi banyak bersabar. Sapukan air di sekeliling periuk/sauce pan menggunakan brush, kalau tak ada, boleh guna sudu. Sapu air sekeliling sampai gula tu mula menjadi kuning. Tak cukup air tambah. Jangan sesekali tinggal gula tu lama lama sebab bila dia start nak hangus, cepat je jadi. Make sure lepas gula tu dah nak hangus, cepat cepat slowkan api dan terus tuang dalam loyang. Sebab gula cepat keras. Dalam beberapa saat je dia keras. 




P/S : Kalau nak guna plastic food container macam bawah ni, wawa tak syorkan sangat even dia cakap tahan suhu 100'C dalam microwave sebab wawa pernah pakai. Bila letak gula yang tengah panas dia mencair. Suhu gula bila dia dipanaskan akan jadi 100'C, sebab tu tangan korang boleh melecur kalau tertumpah air gula atas tangan. 


Lepas masukkan gula dalam loyang, biarkan gula mengeras sekejap lepas tu baru tuang bahan yang kita ketepikan tadi. Nak kukus pun boleh nak guna kaedah waterbath pun boleh. Kalau kukus, kukus macam biasa selama 40minit atau sehingga masak. Kalau nak guna kaedah waterbath, masukkan air dalam bekas yang besar dari loyang yang korang guna sebab nanti korang akan letak loyang tu dalam bekas yang berisi air tu. Dan bakar dalam oven selama 50minit 160'C atau sehingga masak. Depends oven korang macam mana. 

Ni contoh macam mana kaedah waterbath! 


Bila puding tu dah sejuk, baru terlangkupkan ke dalam pinggan dan masukkan dalam peti sejuk. Sedap makan tengah tengah panas ni. 



Dan jangan lupa undi wawa  DISINI . Bantuan dari korang semua sangat dihargai. Terima kasih! Dan selamat mencuba resepi puding!