Monday, December 14, 2015

10 SOALAN DARIPADA STARLAVENDERLUNA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Hi gaiss. First, terima kasih kepada Starlavenderluna sebab tag wawa untuk menjawab 10 soalan daripadanya. Dalam fikiran, banyak perkara wawa nak buat dengan blog ni. Tapi tak berkesempatan nak buat dalam masa terdekat. Kena hold dulu la jawabnya. 

Okay, jom kita menjawab soalan dari saudari kita ni ye. 

1. Kenalkan diriAnda
Memandangkan dari awal wawa start menulis tak pernah nak bertaaruf, so harini wawa taaruf la sikit. Nama semua dah kenal kan? Wawa. Alhamdulillah sekarang 19 tahun. Next year naik angka 20. Menjadi blogger since 2013 (thefourofus.blogspot ke wawaabdulhadi.blogspot). Bukan mudah tau nak naikkan balik blog dari mula T.T Sekarang belajar di UiTM. Diploma in Culinary Arts. InsyaAllah nanti wawa turunkan segala resepi di sini dan kalau diberi peluang, InsyaAllah wawa akan cuba terbitkan buku masakan sendiri. 

2. Antara pulau atau bandar, mana satu pilihan? Kenapa?
Pulau. Sebab? Dari kecil sampai sekarang wawa membesar di pulau. Bagi wawa pulau lagi better kot dari bandar yang jam dan sesak dengan orang. Kalau kat pulau tu, sempoi sempoi je korang dapat angin. Lebih lebih lagi sekarang musim tengkujuh. Boleh sangat kau nak berdrama ala hindustan dengan angin. 

3. Pencapaian yang terbaik dalam kehidupan?
Sebenarnya banyak kot "pencapaian" yang terbaik. Berjaya menubuhkan blog, dapat bagi result gempak la juga dekat family. Lastly, sem ni belajar international cuisine. Cakap je nak resepi apa nanti i kongsi ok? French? America? Africa? China? Japan? Semua ada! :D

4. Antara beruang panda, kucing, hamster dan arnab, mana satu pilihan awak? Kenapa?
KUCING. Wawa bela kucing almost 15 ekor dan sekarang tengah tunggu ibu kucing lahir baby baruuu. Yang lain suka juga tapi lagi prefer bela kucing la sebab senang. Sebab kucing ni kalau dia nampak tikus ke ular ke atau benda lain, terus kita boleh detect. Even orang tak kenal datang rumah pun kita boleh tahu sebab kucing wawa kalau orang tak kenal dia terus sembur. 

5. Pendapat awak tentang jurnal saya? 
Sangat bagus sebab ada banyak carian. Baik dari segi resepi, sinopsis novel semua ada. Laju pun laju tak perlu tunggu lama. Satu lagi kita sama la orang Terengganu jugak!! Lepas ni boleh wawa usha usha selalu dan cuba resepi di blog awak :)

6. Warna kegemaran?
Merah, purple, pastel colour 

7. Apakah genre buku kegemaran awak dan kenapa awak suka genre tersebut?
Comic and graphic novel. Sebab bila baca takde rasa boring sangat dan mudah nak ingat. Kalau novel yang tulisan je memanjang memang wawa buat bed time story macam buku food cost sem ni. 

8. Siapakah idola awak dalam kehidupan? 
Setakat ni idola-idola wawa semuanya tukang masak. 

9. Barang yang wajib bawak semasa keluar dari rumah.
Handphone. Wifi. Powerbank. Tu semua peneman dikala sunyi.

10. Tempat percutian idaman.
Korea. Jepun. Turki.



4 comments:

  1. nice entry..done folo sini #398 folo me back tq^^

    ReplyDelete
  2. Apsal muka berubah jadi mcm tu?..hehehe... :-D

    Anyway di jemput untuk memeriahkan kontest MYiDEAKiNi yang kini berlangsung..

    http://www.myideakini.com/2015/12/kontest-seo-myideakinicom-2015.html

    ReplyDelete
  3. salam wawa.

    salam perkenalan dari arzmoha.com
    singgah dan follow blog.

    arz pun dibesarkan dan membesar di pulau ...cuma bezanya pulau ni pun sesak...pulau pinang :)

    ReplyDelete