Saturday, December 5, 2015

[RESEPI] PUDING CARAMEL 5 BAHAN




Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Tetiba terasa nak buat puding caramel hujung minggu ni, jadi gagahkan diri untuk balik rumah buat puding caramel. Semangat betul wawa ni kalau bab makan. Even gigi tengah sakit tapi nak jugak makan makanan manis. 

Semalam around pukul 10, dapur rumah start berasap sampai ke pagi. Kalau buat hari ni memang tak sempat sebab nak pergi klinik pastu nak balik kolej. Semalam boleh la buat dua loyang puding caramel ni. Tapi puding caramel wawa buat ni tak tebal macam dekat kedai tu. Wawa guna loyang nipis je sebab mula mula planning nak kukus tapi tak jumpa alat pengukus, jadi wawa buat kaedah waterbath. Nak pakai tupperware tapi bimbang dengan tupperware sekali cair. Nanti tak pasal-pasal mak marah. So, nak tak nak terpaksa guna loyang nipis ni. 

If orang nak buat puding caramel ikot resepi wawa bagi ni, korang jangan la tiru sampai ke loyang pun korang guna loyang nipis. Salah tu. Kalau rumah korang ada loyang tebal dan besar yang sesuai untuk buat puding caramel tu, pakai. Amik yang tu. Ok? Hehe.

Resepi Puding Caramel 

Bahan : 
* 1 tin susu pekat ( wawa guna 1/2 tin sahaja sebab tak suka manis)
* 7 biji telur ayam fresh
* 1 sudu kecil esen vanila 
* 1 cawan air
* 4 sudu besar gula + sedikit air

Cara-cara : 

1. Masukkan 7 biji telur ayam ke dalam bekas. Pukul sekejap untuk sebatikan telur kuning dan telur putih. 
2. Masukkan esen vanila dan susu pekat. Kacau sehingga rata dan masukkan air. Ketepikan.

Gula Hangus : 
Yang ni wawa guna tips yang wawa belajar dekat kolej.

* Dalam periuk kecil atau sauce pan, masukkan 4 sudu besar gula dengan api yang sederhana kecil. Jangan sesekali kacau gula tu kerana ia akan melambatkan proses caramelization. Nak tunggu gula ni caramelized memang lama. Jadi banyak bersabar. Sapukan air di sekeliling periuk/sauce pan menggunakan brush, kalau tak ada, boleh guna sudu. Sapu air sekeliling sampai gula tu mula menjadi kuning. Tak cukup air tambah. Jangan sesekali tinggal gula tu lama lama sebab bila dia start nak hangus, cepat je jadi. Make sure lepas gula tu dah nak hangus, cepat cepat slowkan api dan terus tuang dalam loyang. Sebab gula cepat keras. Dalam beberapa saat je dia keras. 




P/S : Kalau nak guna plastic food container macam bawah ni, wawa tak syorkan sangat even dia cakap tahan suhu 100'C dalam microwave sebab wawa pernah pakai. Bila letak gula yang tengah panas dia mencair. Suhu gula bila dia dipanaskan akan jadi 100'C, sebab tu tangan korang boleh melecur kalau tertumpah air gula atas tangan. 


Lepas masukkan gula dalam loyang, biarkan gula mengeras sekejap lepas tu baru tuang bahan yang kita ketepikan tadi. Nak kukus pun boleh nak guna kaedah waterbath pun boleh. Kalau kukus, kukus macam biasa selama 40minit atau sehingga masak. Kalau nak guna kaedah waterbath, masukkan air dalam bekas yang besar dari loyang yang korang guna sebab nanti korang akan letak loyang tu dalam bekas yang berisi air tu. Dan bakar dalam oven selama 50minit 160'C atau sehingga masak. Depends oven korang macam mana. 

Ni contoh macam mana kaedah waterbath! 


Bila puding tu dah sejuk, baru terlangkupkan ke dalam pinggan dan masukkan dalam peti sejuk. Sedap makan tengah tengah panas ni. 



Dan jangan lupa undi wawa  DISINI . Bantuan dari korang semua sangat dihargai. Terima kasih! Dan selamat mencuba resepi puding!

13 comments:

  1. wahh...Kite paling suke makan pudingggggg :)

    ReplyDelete
  2. dah lama akak tak buat ni... erm... nice idea ni sis, memandangkan telur akak byk kt dapur tu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la guna telur untuk buat puding nanti. Takde la membazir :)

      Delete
  3. Ahhh at last I found this recipe , I tried to make it one before but "just a half way" because not enough ingredient , This really helps a lot . Thank you so much ! = ( Syamsid Blog ) -

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnkyou. Hope you enjoy making this puding :D

      Delete
  4. Replies
    1. sama dengan wawa. Selalu guna resepi ni untu buat puding :)

      Delete
  5. Assalamualaikum sis... Sori saya tag nama sis.. hope sis sudi jawab..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2015/12/hoho-lagi-10-soalan-dari-lilyrayme.html

    ReplyDelete
  6. singgah + follow sini.. :)

    jemput join segmen shawal.. ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/SegmenBlogwalking.html

    ReplyDelete