Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum w.b.t.
Korang pernah tak mengalami tumit kaki pecah dan merekah? Selalunya para wanita yang mengalami masalah tumit kaki merekah ni tapi para lelaki pun tak terkecuali mengalami masalah ni. Tumit kaki pecah dan merekah boleh berlaku tak kira batasan umur. Belasan tahun pun boleh terjadi ok. Kalau korang yang jenis suka pakai kasut tumit tinggi dan banyak berjalan, berhati-hati lah ye.
Bagi kaum wanita, masalah tumit merekah dan pecah ni dikira masalah besar. Mana taknya belum kawin lagi tumit kaki dah merekah dan pecah. Kalau pergi rumah kawan yang kena duduk bersila atas lantai mesti malu nak tunjuk kaki korang yang merekah kan? Lepastu mula la tegur menegur. Alaa, biasa la perempuan. Tahap pemerhatian dia tu 99.9%.
Ada bermacam macam jenis jalan penyelesaian kepada masalah tumit pecah ni. Lagi canggih jalan penyelesaiannya, lagi tinggi la kos nak dapatkannya. Nak guna cara kampung pun boleh tapi kene konsisten la pengamalannya. Jangan sehari dua buat, masuk hari ketiga empat dah malas. Sekiranya korang nak hilangkan masalah tumit pecah dan merekah, wawa syorkan korang guna Hydra 24 cracked heel cream dari Agnesia ni.
Sepanjang wawa guna cream ni, alhamdulillah masalah tumit merekah dah tak ada. Malah....kaki korang rasa lembut je lepas sapu cream ni. Jangan risau soal bau dia sebab bau cream ni memang sedap. Seeloknya pakai sebelum tido dan sebelum nak pergi kerja/kelas. Harganya pula sangat berpatutan. Tak sampai RM30 pun waktu beli haritu. Korang boleh dapatkan cream ni di farmasi berdekatan atau di Watson, Guardian dll.
Bagi wawa, produk keluaran Agnesia ni memang bagus sangat. Orang cakap boleh dipercayai la sepanjang penggunaannya. Alhamdulillah tak ada sebarang masalah lagi setakat ni. Kalau badan naik ruam pun, memang guna Agnesia Antiseptic Dusting Powder. Hampir semua produk keluaran Agnesia wawa dah cuba. Semua puas hati. Agnesia Olederm Soap pun ok. Memang tak membazir beli produk keluaran Agnesia ni.
Tak percaya? Cubalah! :)
No comments:
Post a Comment