Thursday, May 12, 2016

MELAWAT DUYONG ART FESTIVAL

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


      Semenjak cuti sem haritu liat betul nak update blog ni. Lagi 3 minggu nak masuk kolej baru ada mood sikit tu pun kalau ada waktu free. Korang bebudak diploma ni dah dapat ke belum email dari "SALAM" (salam.uitm.edu.my)? Mesti dah dapat kan? Tahniah buat diri sendiri dan kawan kawan yang amik diploma untuk result yang bagus! Yang tak ok tu, jangan sedih tau. Kita dah usaha sekuat mungkin untuk menjawab dengan baik. Manusia boleh merancang tapi Allah yang menentukannya. 

   Minggu lepas, wawa ada pergi Duyong Art Festival dekat Pulau Duyong. Memang kebetulan sangat sebab boleh pergi sana. Tahun lepas ada tapi tak dapat nak datang sebab ada dekat Uitm. So, bila ada peluang macam ni memang wajib la pergi alang alang festival tu buat dekat kampung sendiri. 


Festival ni diaadakan selama 2 hari je tau. Jumaat dan Sabtu bermula pada pukul 5 petang sampai la malam. Macam macam aktiviti ada dekat sini seperti silat, pertandingan mewarna, pameran dari muzium, seni lukis, jualan dan lain-lain. Para peniaga yang join festival ni akan berniaga bersila di atas jeti. 

(gambar dari utusan online)



Kalau pergi waktu malam memang cantik sangat. Dihiasi dengan lampu lampu. Waktu dia pun terhad kalau gerai yang jual makanan yang sedap sedap, macam pisang goreng panas la. Yang menyanyi pun ada. Boleh la santai santai sikit sambil amik angin. 

(gambar dari utusan online)

Kalau next year ada lagi, korang jangan lupa join sekali tau. Memang meriah sangat dan akan ada perkhidmatan bot penambang dari Pasar Payang ke Pulau Duyong. Tambang pergi balik RM2 je. Boleh la pergi Pasar Payang join Fun Fair dekat icity Pulau Warisan. 


Nah hakak payung gambar sikit. hihi

6 comments:

  1. wah,bestnya...macam event kat overseas pulak..suasana yang unik. Sesuai untuk dijadikan tarikan untuk pelancong.

    Kembara Mahkota Johor 2016

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. boleh merasai suasana kampung. :D

      Delete
  2. Replies
    1. nanti kalau ada festival macam ni jemputlah datang Terengganu!

      Delete
  3. cantiknya view, suasana plus orangnya sekali...hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi jangan dipuji puji nanti tuan empunya blog ni tersipu malu :D

      Delete