Tuesday, May 17, 2016

PENCARIAN SPONSOR UNTUK GIVEAWAY BERSAMA WAWAAHADI

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah berikan. InsyaAllah wawa akan lancarkan satu giveaway untuk pembaca blog. Tapi kali ni giveaway bersama para sponsor tau. Kalau boleh, giveaway kali ni nak buat giveaway paling gempak dengan sponsor. Amacam? Ada yang murah hati tak nak jadi sponsor kali ini? 
Harapnya selepas post entri ni ada la yang sudi hadirkan nak jadi sponsor giveaway wawa kali ni. Tak mintak lebih pun, hadiah pun tak kisah korang nak bagi apa. Janji niat kita tu ikhlas nak kongsi rezeki bersama para pemenang nanti.

Yang berminat nak jadi sponsor giveaway ini kene ikot syarat syarat dia tau. Tak susah pun syarat dia. Korang kena ada niat yang ikhlas dan serius untuk menjadi sponsor (bukan yang jenis ajak ajak ayam) dan menyatakan 2 syarat seperti follow blog/instagram/twitter/facebook. Yela senang sikit nanti wawa nak check. Lagipun kalau kita mudahkan urusan orang, insyaAllah orang lain akan mudahkan urusan kita.

Berminat nak jadi sponsor? 

- Tinggalkan komen di entry ini atau boleh PM wawa melalui FACEBOOK
- Atau boleh emailkan di wawaabdhadi@gmail.com

Tidak lupa juga untuk nyatakan :

1. Blog yang nak difollow 
2. Jenis barang dan jumlah pemenang untuk disponsor
3. Like fanpage facebook/blog/google+ (kalau ada)
4. Nombor handphone anda untuk memudahkan wawa berurusan dengan korang
5. Follow instagram

P/S : Sekiranya ada tambahan syarat, boleh direct dengan wawa mana tau boleh dipertimbangkan. Hihi

InsyaAllah giveaway ni akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan selama sebulan. Mudah-mudahan giveaway kali ni memberi kebaikan kepada kita semua. Tajuk giveaway tengah dibincangkan. Kalau korang ada idea, boleh la share di ruang komen. Mana tau idea korang akan menjadi tajuk giveaway ini nanti. :)


6 comments:

  1. Macam best dan macam nak aje. nanty saya emelkan.

    ReplyDelete
  2. Please check inbox facebook. Saya dah PM :)
    Kalau takde, mungkin masuk message requests / others.

    Thank you ;)

    ReplyDelete
  3. Dah check! Terima kasih ye :)

    ReplyDelete
  4. Elsa ada emel awak tau. harap terima thank you :*

    ReplyDelete
  5. hoohoo. berminat la juga nak join..
    nanti cek inbox fb yer.. :)

    ReplyDelete