SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Sunday, November 1, 2015

AISKRIM PASU MEREPEK

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Hi uols. Dah dua hari hakak tak update blog. Maklumlah sibuk pergi shopping dekat Mood Republik. Sakan tau! Mana taknya 3 kali pergi sana 3 kali tu jugak beli baju. Tergoda dengan jubah, blouse, shawl campur lagi sale yang memang mentah-mentah takleh tolak. Even Terengganu hujan, tapi degil jugak pergi. Nampak tak yang orang perempuan ni memang takleh terlepas kalau ada karnival yang jual jual baju. Sanggup menyelam dalam dewan tu dengan puluh ribu manusia yang datang. Last-last dapat jugak grab empat helai baju dekat Calaqisya. Next time wawa review Calaqisya ye uols. 

Memandangkan duit dah habis sebab shopping dekat Mood Republik, terpaksa la wawa tunda nak buat giveaway kali ni. Maybe next month or next year (yay birthday dah dekat!). Kumpul balik duit yang terbang tu. Hihi. InsyaAllah gilang gemilang ok. Takde hambar-hambar and yang mana nak jadi sponsor tu boleh la slow slow email wawa. Boleh prepare siap siap berserta dengan syarat. 

Semalam, balik je dari Mood Republik di Taman Tamadun Islam, wawa ada la stop kejap dekat satu gerai di tepi jalan. Yela, lepas penat menyelam dekat Mood Republik tu mesti rasa dahaga. So, berhenti la beli aiskrim pasu ni. RM5 satu bekas tu normal la kan. Dan banyak jugak dia letak dekat dalam aiskrim tu ada oreo, kacang, coklat,nestum,biskut,marshmallow, chocolate syrup, bunga dan macam-macam. Nak belek lama pun tak sempat sebab dah ngap. Cukup la nak kongsi 4 orang. Pasu dia pulak boleh la buat tanam pokok bunga kan? Aiskrim dia pun sedap uols. Siap boleh pilih lagi nak pasu mana. Pasu kecik pun ada tapi harga dia pun lain la. 

Wawa pun terfikir juga macam best je jual aiskrim pasu ni. Tapi takkan la nak jual aiskrim pasu jugak kan? At least kita ubah la bagi bentuk, rupa dan rasa dia tu lain dari lain kan? Nak berniaga ni kena ada kelainan dia sikit baru pelanggan tertarik. Make sure makanan kita jual tu kelainan dia ada, rasa ada, kebersihan dijaga, guna bahan halal baru la berbaloi dengan harga. Ni tidak,  durian crepe 3biji RM5 tapi letak durian secotek je. Bila makan, durian pun tak rasa mana cream je banyak. Kan dah rugi. 


Nah satu lagi gambar. Bagi korang mengidam sikit malam-malam macam ni. Hihi. 
Btw, terima kasih sudi memberi sokongan dan membaca blog wawa. 




2 comments:

  1. aih.. sedappnyaa tengok aiskrim tuu.. hee
    Lissa pun suka marshmallow :D

    ReplyDelete