Wednesday, May 18, 2016

SEMESTER 3 DIPLOMA SENI KULINARI

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah dah tamat semester 3 di UiTM. Terima kasih kepada para lecturers yang tak jemu jemu ajar kami semua. Baik dari segi kelas teori mahupun kelas memasak. Terima kasih kepada kawan kawan yang sentiasa ada bersama. Terima kasih kepada family yang tak putus mendoakan anak-anaknya. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan segala urusan pembelajaran kami sepanjang ni. Dari semester 1 sampai ke semester 3 alhamdulillah wawa masih kuat lagi untuk harungi segala cabaran dekat sini. 

Walaupun semester ni subject dia susah sikit dari semester lepas tp alhamdulillah dapat diharungi dengan sempurna. Bulan depan bermula lah cabaran semester 4 yang sedang menunggu di pintu utama UiTM. Moganya ada kekuatan untuk harungi cabarannya nanti. Tipu la takde stress kan? Stress tu setiap semester ada. Time buat assignment, time dalam kelas, time ada konflik dengan kawan, time kau sibuk dengan kelab. Memang ada semua tu. 

Tapi untungnya amik course ni sebab dapat ilmu memasak lah. haha. Bukan calang calang masak ok. Macam macam ada. International cuisine, malaysian cuisine, western, pastry. Kalau fakulti ada buat event, jangan lepaskan peluang untuk join tau. Semerster lepas wawa join modernist cuisine. Bestnya dia tu memang best la sebab dapat tengok chef buat makanan guna gas nitrogen haa. 

Kalau tengok dengan mata kasar, ada je sejenis perangai manusia yang akan merendahkan kita amik course ni. 

"Amik kos kulinari kena memasak je la 24 jam?"

"Orang lain boleh amik architecture, doctor. Kau amik memasak je?"

Mula-mula memang la makan hati tapi bila dah mula belajar, kata kata orang macam ni la yang jadi pembakar semangat kita untuk belajar rajin rajin dan buktikan yang kita boleh berjaya. Pedulikan je orang orang macam ni. Nanti dia akan puji balik bila kau berjaya. Percayalah. Manusia tak sempurna. 

So, kepada adik adik yang dapat diploma seni kulinari, selamat datang ke UiTM. If ada soalan nak tanya pasal diploma seni kulinari ni boleh sangat. InsyaAllah wawa bantu mana yang boleh. Course kulinari ni semua boleh amik even kalau korang amik aliran science ke kejuruteraan ke waktu sekolah dulu semua boleh apply. 

Walaupun takde basic, korang tetap boleh belajar. Jangan duk risau sangat sebab wawa salah sorang yang takde basic tapi ada minat memasak je . Alhamdulillah kalau usaha kuat, korang layak untuk berjaya. Kalau korang yang jenis malas, better tak payah amik sebab dalam kitchen korang kena berdiri 6 jam. Kena basuh balik periuk mangkuk yang korang guna, kena cuci sink, sapu lantai dan kena mop balik lantai kitchen sampai bersih. Bukan buat sorang sorang okay. Buat  dengan kawan kawan. Baru ada kerjasama. Baru tercipta sebuah memori terindah dengan kawan. 

Tak lupa jugak korang boleh bawak balik makanan yang korang masak tu (kalau tak habis). Boleh la share dengan roomate korang nanti dekat kolej. Naik semester 3, korang boleh bawak plastik/tupperware masing-masing sebab nanti korang akan bawak balik lauk untuk subject Malaysian Cuisine. Kari kepala ikan ada, nasik minyak, ayam masak tomato, pengat pisang, nasik lemak dan macam macam. 

Selamat Maju Jaya!



168 comments:

  1. haaa..bestnyeee..dapat makan, makan dan makannn..untungnye ade skill memasak, lepas ni boleh bukak restoran pulakk..pedulikan je apa orang kata,nanti bila dh berjaya tau la diorang senyap. hihihi


    Cara Check Nombor Ahli KWSP & Perkeso

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kalau ada rezeki nanti buka restoran. Boleh jemput para blogger datang. Hihi

      Delete
    2. kak senang x belajar bidang kulinari ni

      Delete
  2. Nak tnya..sem 1 dah kena guna laptop ke untuk course ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi rina :)
      untuk sem 1 tak banyak sgt guna laptop. waktu wawa sem 1 dulu dalam pertengahan sem baru guna untuk buat assignment.

      Delete
  3. Assalmualaikum, nak mintak email boleh. Banyak nak tanya sebenarnya ni. From fees to subjects yang belajar. Thank you

    ReplyDelete
  4. Nak minta email boleh tak? Banyak nak tanya from fees, subjects, tools, books etc. Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, boleh email ke wawaabdhadi@gmail.com utk pertanyaan. nanti sy explain semuanya. terima kasih :)

      Delete
    2. email tuu still guna lagi ke sebab nak tanya..

      Delete
  5. Hye saya nk tanya jika saya tamat sijil kulinari level 3 di kolej swasta dan ingin menyambung diploma ke uitm. Apa syarat die dan berapa tahun? Dia kne start dri level 2 balik atau boleh teruskan terus utk bt diploma ye? Harap dpt bantu sebab teringin nk sambung dkt uitm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum and hi, maaf sebab baru balas. saya baru habis final. setahu sy kalau awak dari kolej swasta nak sambung diploma ke uitm, dia kena start dari semester 1 balik. tempoh belajar diploma kulinari dkt uitm dlm 2 tahun setengah. kalau masa saya masuk dlu, syaratnya english kena b..skrg sy tak pasti mcm mana. :)

      Delete
    2. Syarat lain ? I means , subjek² lain yg kena score utk mohon course ni ? Saya berminat nak sgt nak ambik course ni .

      Delete
    3. Syarat lain, 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam subjek sejarah.. :)

      Delete
  6. selain belajar memasak,ada belajar benda lain tak? bisnes ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. selain memasak, kelas teori pun ada macam belajar bahasa french, marketing, basic account, entrepreneurship, serving class (jadi waiter,steward,bartender,host,cashier),principle of management, food cost, food hygiene, law dan byk lagi.

      Delete
    2. Kak semua berapa subjek dlm diploma kulinari nih ??

      Delete
    3. Kak.. nk buat ijazah terus boleh tak

      Delete
    4. kalau dari sem 1-3 awak akan belajar 8 subjek (termasuk aktiviti kokurikulum), sem 4 awak belajar 6 subjek. semester 5 awak praktikal.

      kalau awak ambil asasi/matrik boleh ambil ijazah terus tapi kulinari ni takde dalam asasi/matrik. tapi kalau result asasi/matrik awak ok, boleh cuba mohon. tapi kalau awak takde matrik/asasi kena mula dengan diploma dlu.

      Delete
    5. Salam kak,kalau saya ada diploma engineering,boleh ke masuk situ amik degree culinary?

      Delete
    6. Wassalam. Awak boleh cuba apply dengan uitm. InsyaAllah boleh. Cumanya nnti awak akan degree selama 4 tahun sebab ambil bidang lain.

      Delete
    7. macam mana nak apply eh ? boleh bagi keterangan tak ?

      Delete
  7. Assalamualaikum saya nak tanya berapa anggaran kos untuk baju, pisau dan aksesori kulinari? atau lain-lain kos untuk kulinari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf lambat balas ye :D

      Anggaran kos semua tu akak berani cakap kurang dari RM1000. since sekarang harga barang pun dah naik and kalau tak silap akak baju kitchen pun around RM80. tu tak masuk seluar kitchen. tapi untuk memula baru maasuk ni je. Naik semester 2,3 dan 4 tak perlu dah beli. baju kitchen akak beli dulu tahun 2014 pun boleh pakai lagi sampai la sekarang hihi.

      kalau dekat bandar dungun, kasut kitchen murah gila. akak beli around RM50 je berbanding beli dekat dalam uitm dekat seratus hihi. and kasut tu akak pakai dah 2 tahun. tahun ni je tukar baru lepas masuk praktikal.

      Delete
  8. Assalamualaikum...
    smasa di skolah subjek elektif saya ialah ekonomi dan perdgngan.
    saya x prnh bljr subjek katering. Ttapi slps spm saya mula bljr mmasak dan mndpati mnat saya ke arah bdang memasak.
    adakah layak saya meletakkan bidang seni kulinari sbagai no.1. smasa mengisi upu online.
    Sya tkut sya x lyak sbb saya x prnah bljr subjek katering di skolah.
    Saya adalah pljr cmrlang di skolah. Jdi saya fikir sya boleh mmilih apa saja kos yg saya suka. Namun adakah saya salah mngenai hal ini?
    Prtolongan tuan tuan amat saya hargai. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, maaf ye akak lambat balas.
      akak dulu pun tak pernah belajar subjek katering waktu sekolah. kalau awak nak tau akak belajar lukisan kejuruteraan waktu sekolah.
      bagi akak, tak salah pun awak nak ambil bidang kulinari ni walaupun waktu sekolah awak belajar subjek lain.
      kalau awak betul betul minat dalam memasak, akak sendiri suggest awak ambil bahagian kulinari dalam upu.
      kawan akak sendiri ada je ambil pure science masa sekolah lepas tu ambil bidang kulinari waktu diploma.

      Delete
  9. Assalamualaikum....
    Nma saya Zarifah. Smasa di skolah subjek elektif saya ialah ekonomi dan prdgangan. Saya x prnah blajar subjek katering. namun sata sngat mminati bidang memasak.
    Adakah layak saya mmohon bidang ini smasa mngisi upu online??? Saya bimbang saya x layak. krna saya x ambik subjek katering dlm spm.
    Harap tuan dpt mmbntu saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. awak layak mohon bidang kulinari dalam upu. sebab waktu akak mohon dlu, at least english dan math awak B+. jujur akak cakap, waktu akak mohon upu dulu akak ad subjek E dlm spm tapi alhamdulillah akak diterima sebab english dgn math akak B+.

      Delete
  10. Assalamualaikum.....Saya nk tnya klau kta x amik subjek katering masa spm. tapi kta pilih bidang kulinari masa isi upu online boleh dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. boleh dik. awak boleh mohon bidang tu walaupun awak tak ambil subjek katering :)

      Delete
  11. Assalamualaikum.. kalau math dan english tak berapa nak ok boleh ke buat permohonan utk ambik diploma dlam seni kulinari ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, yg itu akak tak berapa pasti. tapi akak sarankan mohon dulu then kalau tak dapat, buat rayuan. dulu, sebelum akak ambil masuk uitm, akak buka website selangkah ke uitm, masukkan result spm akak dekat situ then dia akan tunjuk kita sesuai ambil course apa dalam uitm berdasarkan result uitm kita. awk cuba dulu, kalau dia cakap boleh ambil bidang kulinari, terus mohon. :)

      Delete
  12. assalamualaikum sis. saya nak mohon dip dalam culinary kat sini macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. kalau awak nak ambil diploma culinary dengan uitm, awk boleh isi borang upu atau pergi ke portal kemasukan pelajar uitm. selalu lihat update dari uitm. kalau dia ada buka permohonan diploma, terus mohon (ikot step permohonan yg pihak uitm dah tunjukkan) :)

      Delete
  13. Assalamualaikum sis.. nak tanya.. klu rumah kita dkt dgn Uitm P. Pinang kita akn dpt U tu or kita akn dihantar ke tmpt yg jauh?🤔

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum sis.. nak tanya.. klu rumah kita dkt dgn Uitm P. Pinang kita akn dpt U tu or kita akn dihantar ke tmpt yg jauh?🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. kalau rumah awak dekat Uitm P.Pinang, kemungkinan awak akan dapat dekat situ. Macam akak, akak orang tgganu, akak dapat Uitm Dungun (trngganu jgk) sebab kebetulan dekat uitm tu ada course kulinari.

      Delete
  15. Nak tanye nk msuk kulinari ni mmg kena btul2 minat ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, kene betul betul minat..baru awak blh buat betul betul hehe

      Delete
  16. Nk tnye nk msuk kulinari ni mng kena btul2 minat ke

    ReplyDelete
  17. Nak tanye nk msuk kulinari ni mmg kena btul2 minat ke??

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum sis, course kulinari mmg ada dkt uitm p.pinang & dungun je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. maaf tau lambat balas. course diploma kulinari ada dkt p.pinang dgn dungun je awak..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Berapa anggaran kos diploma kulinari ni mngikut jumlah sem yg ada, tak trmasuk buku or brg2 lain

      Delete
    4. Wassalam Hafiy, kalau english kepujian awak boleh cuba mohon. insyaAllah ada rezeki, awak terpilih :)
      Untuk anggaran kos penuh diploma seni kulinari dari semester 1 (termasuk yuran pendaftaran) sampai semester 5, akak rasa mungkin dalam RM3000+ jugak. Time akak dulu, akak kira semua dalam RM2700 utk kos penuh sepanjang akak belajar.

      Delete
    5. Salam seni kulinari memang ada dua tempat ke kalau di uitm

      Delete
  19. assalamualaikum sis, course kulinari mmg ada dkt uitm p.pinang & dungun je ke?

    ReplyDelete
  20. Salam, sorry saya tanya soalan yang lain sikit. Saya pun pelajar kulinari tapi sem 2 saya ada tersangkut satu subjek. Kalau saya nak amik subjek tersangkut sekali dgn semua subjek sem3 tapi tanak drop boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, maaf tau akak lambat balas. Kalau subjek yang awak tersangkut tu berkaitan kitchen, awak tak leh nak ambil sekali dengan semua subjek semester 3. Tapi kalau subjek teori, awak kena tengok jumlah credit hour untuk sem 3 tu. kalau lebih dari credit hour, awak kena drop. Tapi kalau tak lebih, insyaallah boleh. Sem 4 nanti awak boleh awak boleh nak ambil balik subjek yang awak tersangkut tu sebab sem 4 hanya ada 6 subjek je (ent, law, haute cuisine, restaurant operation, malay cuisine, local pastry)

      Delete
  21. Assalamualaikum sis,sya dh check upu alhamdulillah dpat kulinari uitm permatang pauh penang..btw boleh x sya nk contact akak melalui fb or wasap nk tnya psai silibus utk course ni setiap sem? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, alhamdulillah. Welcome to culinary world. hehe Akak doakan awak berjaya dalam course ni nnti and make sure score 4 flat semster 1 ni. Ada orang cakap kulinari ni senang gila nak score tapi tak semestinya. Ramai je budak kulinari ni kena repeat paper macam student course lain. Hehe

      Boleh boleh. Boleh pm saya dekat facebook (https://www.facebook.com/wadhihahabdhadi)

      Delete
  22. Assalamualaikum sis.nak tanya kulinari ni belajar dalam english ka campur.Klau belajar masak tu ikut lecturers ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussala, maaf sebab baru balas. certain lecturer ada dia campur english dengan bm untuk kelas teori. tapi final nanti semua kena jawab english kecuali subjek pendidikan islam. kalau belajar masak, lecturer akan buat demo lepastu baru kita buat sendiri. kalau final cooking, baru buat sendiri semua dari awal sampai habis

      Delete
  23. assalamualaikum kak,saya junior akak! hehe,saya dapat kulinari kat dungun. sem satu ada belajar Bahasa French eh? kalau belajar teori tu kan susah ke senang je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. hai! selamat datang ke UiTM Dungun hehe :D
      haah, awak akan belajar bahasa French sampai semester 3. Kebanyakkan subjek teori untuk sem satu dua tu senang. tiga dgn empat ni mencabar sikit.

      Delete
  24. Assalamualaikum akak . Saya minat dalam bidang kulinari tapi saya dapat math D boleh kah saya masuk uitm ? sebab syarat dia nak math kepujian

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. maaf tau sebab akak baru balas. awak cuba dulu mohon, if tak dapat boleh buat rayuan. Biasanya kalau untuk permohonan second intake syarat dia longgar sikit.

      Delete
  25. Assalamualaikum akak . Saya minat dalam bidang kulinari tapi saya dapat math D boleh kah saya masuk uitm ? sebab syarat dia nak math kepujian

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum akak . Saya dapat matematik D boleh kah saya masuk diploma seni kulinari lagi pun syarat kemasukan kena dapat math c

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum akak . Saya dapat matematik D boleh kah saya masuk diploma seni kulinari lagi pun syarat kemasukan kena dapat math c

    ReplyDelete
  28. Akak, bahasa inggeris saya teruk.exam saya dapat 40 lebih cam tu je.cukup cukup atas pagar.tak tahu la SPAM tahun ni macam mana. So boleh ke saya faham nanti masa belajar kat sana.mesti susah nak faham bila belajar dalam bi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, maaf sebab baru dapat balas semua komen komen diatas. kalau awak berusaha nak belajar, tak susah pun. akak dulu masa form 5 dulu pernah jugak dapat 40++ untuk english. sebanarnya, bila kita belajar nanti tak semua lecturer yang ajar kita tu cakap english. ada juga yg explain dalam bahasa melayu. cuma time exam nanti kita jawab dalam english. akak yakin kalau awak betul betul nak, awak mesti boleh buat yang terbaik. awak masih ada masa lagi nak improve your english. :)

      Delete
  29. Salam akak. Saya sekarang kat uitm ngeri sembilan belajar foodtech.baru je masuk. Tpi saya minat sangat masak2 ni. Boleh ke kalau saya nak tuka kos dari foodtech kepada kulinari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, maaf ya akak baru balas komen..boleh, awak boleh tukar kos foodtech kepada kulinari. tapi awak kena start dari awal balik. kalau nk sambung degree ke kulinari pun boleh..

      Delete
  30. Assalamualaikum,kak...Saya Atikah.Kak saya nak tanya ni... Kalau untuk subjek pastry tu dia blajaq sampai tahap mcm mana ehh... Sbb kan ada jugak seni pastry kat uitm...😀😀😀 lagi satu kan kita kan kena blajaq pasai account sikit... Contohnya apa yg kita blajaq ttg account tu... Sbb saya mmg amek acc... Tapi result cukup2 mkn ja... Huwaaa 😵😵😵

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, kalau subjek pastry akak tak tau sangat sebab waktu akak semester 1 dulu, kos pastry baru je buka dekat uitm. tapi memang awak akan belajar account nanti. tak susah pun, awak cuma belajar basic account je. akak dulu tak ambil account dekat sekolah, masuk kulinari tiba tiba kena belajar. alhamdulillah akak boleh pick up apa yg lecturer ajar. akak dah lupa belajar hritu, nanti akak tengok balik ya? awak email akak tau nanti - wawaabdhadi@gmail.com

      Delete
  31. Assalamualaikum akak, saya baru form 4, tp sy nak tahu sangat² pasal course ni, boleh akak kasi no. Wassap ke? Email ke? Kalau wassap lg mudah rasanya huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, boleh..awak boleh email akak di wawaabdhadi@gmail.com nanti akak bg number hp ya? :)

      Delete
    2. Huhu baru baca reply akak😂 saya dah email akak, nanti bacalah ye🤗

      Delete
  32. Info yang sangat berguna untuk pelajar yang mahu menjadikan seni kulinari sebagai kerjaya masa depan.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum kak! Salam blogger dari penang! Saya jugak ambil diploma seni cullinary uitmpp.Gudluck on your future!

    bw here :)

    https://aku-seorang-perantau.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Wah ada junior la dekat sini hehe
      Thanks! Awak un goodluck dalam dunia kulinari :D

      Delete
  34. Sis, saya nk sgt borak dgn sis ttg kulinari. Blh email saya di kitaforever12@gmail.com or dm kat puteri_haifa17

    ReplyDelete
  35. Hi nak tanya . Mostly semua kat situ akan pandang masak lah eh after habis 4 sem tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, yes tapi kalau lepas habis belajar, tak praktik balik apa yg kita buat dekat kitchen dulu, lama lama akan lupa. Kalau amk kulinari dkt uitm peluang kerja tu cerah sebab ramai pengurus restaurant/hotel cari budak uitm.

      Delete
    2. Assalam kak. Boleh bagi list barang untuk kulinari x? Pastu boleh bagi email akak x? Ataupun akak email sy nurhazwanimatsidik@yahoo.com.my / dm sy dkt ig @nur.hazz sbb nak tanya details pasal course ni. Tq

      Delete
  36. Assalam kak. Boleh bagi list barang untuk kulinari x? Pastu boleh bagi email akak x? Ataupun akak email sy nurhazwanimatsidik@yahoo.com.my / dm sy dkt ig @nur.hazz sbb nak tanya details pasal course ni.

    ReplyDelete
  37. Assalam kak. Boleh bagi list barang untuk kulinari x? Pastu boleh bagi email akak x? Ataupun akak email sy nurhazwanimatsidik@yahoo.com.my / dm sy dkt ig @nur.hazz sbb nak tanya details pasal course ni. Tq

    ReplyDelete
  38. Hai akak...saya dapat tawaran kulinari dekat uitm dungun,, perlukah saya beli peralatan memasak sebelum mendaftar ataupun boleh beli lepas mendaftar? supermarket kat kawasan dungun tu ade jual peralatan yang kita perlukan ke?

    ReplyDelete
  39. Hai akak...saya dapat tawaran kulinari dekat uitm dungun,, perlukah saya beli peralatan memasak sebelum mendaftar ataupun boleh beli lepas mendaftar? supermarket kat kawasan dungun tu ade jual peralatan yang kita perlukan ke?

    ReplyDelete
  40. Hai akak...saya dapat tawaran kulinari dekat uitm dungun,, perlukah saya beli peralatan memasak sebelum mendaftar ataupun boleh beli lepas mendaftar? supermarket kat kawasan dungun tu ade jual peralatan yang kita perlukan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, awak boleh beli barang tu dekat dungun je. Nanti lepas orientasi, ada briefing kelas kitchen..kat situ nnti lecturere akan bgtau peralatan apa yang kena beli. Untuk pisau, baju boleh beli dekat Karisma Uitm. Peralatan lain macam safety shoes, boleh cari dekat bandar dungun. Jimat dan murah. :)

      Delete
  41. Salam,sy nak tanya,sy nak mohon utk adik lelaki sy. Kami tinggal di Kuala Terengganu. Adik baru je lepas habis SPM and dia nak sambung dip in culinary. Sy baca awak punya writing byk explain pasal course ni. Terima kasih. Sy nak tanya,boleh tau macam mana cara nak memohon kemasukan ke kulinary in UITM Dungun dip? Ada isi borang online tak atau kena ambik borang di UITM? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Alhamdulillah, terima kasih ye. Untuk memohon diploma kulinari di uitm awak boleh memohon secara online. Tapi make sure awak kena tengok selalu website uitm untuk tengok bila permohonan dibuka. Rasanya buat masa sekarang permohonan dah ditutup pada bulan ogos lepas untuk diploma.

      >> https://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm -- ini link untuk apply uitm online. Kalau permohonan dibuka, awak kena beli nom pin diploma di bsn macam nak mohon upu haritu.

      saya tak pasti bila permohonan baru akan dibuka balik, maybe next year kot. tapi andai kata waktu tu permohonan upu dibuka. awk boleh apply diploma kulinari uitm dkt upu. biasanya uim akan buka permohonan second intake selepas kita dapat keputusan upu. dalam 6 bulan jgk kalau tak silap sy sebab kita akan masuk belajar lewat 6 bulan dri budak first intake. Kalau mcm saya, sy belajar lewat 6 bulan sebab apply uitm second intake.

      Delete
  42. Salam, untuk Dip Pastry course kat UiTm Dungun dan Penang juga ya?..try cari info tp xbyk..jika dpt membantu..thanks in advance ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, Dip Pastry hanya di Uitm Penang shj. Dungun ada Culinary, Hotel Mgt, Food Service and Tourism :)

      Delete
  43. Assalamualaikum..kak blh x terangkan segalanya tentang diploma seni kulinari ni...klau blh drpd a to z sbb sy pon berminat dgn cos ni..penerangan tu x kisah la mcm mana...emailkan kat emel sy danielputera22@gmail.com

    ReplyDelete
  44. hi sis. saya nak tanya apa bidang kerja bagi dip kulinari ni ? kalau praktikal selalunya jauh2 ke mcm mana ?

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum..kak blh tak terangkan tentang diploma kulinari ni..tak kisah la dari bhgn mana klau blh drpd a to z tentang diploma kulinari ni.....blh emel kat email sy danielputera22@gmail.com

    ReplyDelete
  46. salam, saya student dip kulinari uitm penang. nak masuk praktikal dh. nak mintak tips/nasihat utk praktikal dkt resort nnti boleh? 😃

    ReplyDelete
  47. Salam kak . Kulinari ad kt Dungun ngn pp jer ke? Bkn kt uitm puncak alam dah ada jgk kan ?

    ReplyDelete
  48. kalau result spm tak berapa elok, masih boleh ka nak terima? depa ambik kira jugak ka result



    ReplyDelete
  49. assalamualaikum.. kalau dari sijil kulinari nak ambik dip kulinari mcm mana ye?

    ReplyDelete
  50. Ni email saya nrainilahh@gmail.com ada benda saya nak tanya ni.

    ReplyDelete
  51. Kak Wawa..mesti dah abes belajar an..saya ni lepasan SPM 2017..Saya minat Course Diploma Seni Pastri and ape beza seni pastri n seni kulinari...kalau boleh tolonglah ye..saya ni kureng sangat...takut berdebar sume ade sekrang ni..kalau boleh tolong jelaskan..tolong ye 😊

    ReplyDelete
  52. kalau x dapat x pe ye anyway best cite akak ni...saya excited gile dpt tau course culinari ni mcm best bile akak cite..and situasi sblm akak masuk tu skrng ni saya tengah hadapi 😂😥

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum...nak tanya sikit, subjek apa yang diajar dalam Diploma Kulinari. Anak nak mohon kursus ni tapi ada orang cakap hanya diajar buat ukiran daripada buah-buahan sahaja. Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum boleh tak adik hubungi saya ? Email saya amirulasraf748@gmail.com. Saya ada sesikit pertanyaan ttg diploma kulinari ni. Adik saya minat sangat dengan course ni so saya ada banyak pertanyaan sebagai seorang abang. Tolong ye sebab kalau boleh nak masukkan dia dalam intake terdekat ni

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum kak .. Kat uitm penginapan disediakan ke ? Pastu ade bg elaun bulanan tak ?

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum kak, saya bru je hbis spm n dh dpat result bru ii ni. Nk thu ap cbaran yg teruk prnah akak lalui dlm dip culinary ni?

    ReplyDelete
  57. Assalam.. Camna nak apply iya diploma seni kulinari ni? Anak minat sangat subjek ni.

    ReplyDelete
  58. Hi..salam akak wawa
    Actually sy dh apply upu 2018...sy amik course kulinari sbg pilihan 1
    so sy nk tau lebih lanjut pasal course ni sblum sy blaja sndiri...
    nnti sy pm akak d gmail utk mintak non phone tau��

    ReplyDelete
  59. Reply my email pliss😢 from khadijah.

    ReplyDelete
  60. Salam saya nak tanya, pelajar lepasan kolej vokasional dalam bidang seni kulinari boleh ke apply diploma atau ijazah seni kulinari uitm? sebab kolej vokasional tak ambil spm

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum akak.. nak tanye.. kalau tempat tinggal kite dekat dgn uitm tu.. perlu masuk hostel jugak ke?

    ReplyDelete
  62. I love it when people come together and share
    thoughts. Great blog, continue the good work!

    ReplyDelete
  63. Salam sis , saya tengah tunggu upu .. takut jugaak 😅😅🤦🏼‍♀️ susah tak kulinari?? .. sbb saya ada apply,lagipun sya minat bab2 makan and masak ni🤣 Hope dapat la masuk sbb bidang ni jer yg saya minat 🙋🏼

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum Kak, sekarang akak kerja apa lepas habis diploma kulinari ni?

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum.. .nak bertanya saya ambik diploma wood tech, boleh ke ambil ijazah in kulinari?

    ReplyDelete
  66. For a student who work as a chef, biasanya gaji basic berapa

    ReplyDelete
  67. Hai sis sy dapat tawaran dip kulinari kat uitm dungun tapi kan sis sy risau jugak nak belajar course ni sbb sy orgnya kecik je

    ReplyDelete
  68. Assalamualaikum akak nak tanya suntikan typhoid MEMANG nak surat ke atau nak cop pengesahan doktor yang kita dap ambik

    ReplyDelete
  69. Assalamualaikum akak Saya hafiz Saya nak tanya pihak uitm nak surat suntikan typhoid atau nak cop pengesahan doktor yang kita dapat

    ReplyDelete
  70. I like the valuable information you provide in your articles.
    I will bookmark your blog and check again here frequently.
    I'm quite sure I will learn many new stuff right here! Good
    luck for the next!

    ReplyDelete
  71. Assalamualaikum akak. Saya dr matrik. Saya dapat kos ni degree. Boleh terangkan sikit pasal degree kulinari kalau tak keberatan? Sebab saya mmg minat bidang ni tpi latar belakang sains tulen😂

    ReplyDelete
  72. Assalamulaikum...kak nak tanya anak saya baru lepas ambik kos kulinari di Giat Mara, Hulu Langat tahap 2. Bolekah anak saya apply samb di Uitm..sebab anak saya memang minat masak. Pohon pencerahan kak..

    ReplyDelete
  73. Salam sis, nak tanyaa, dulu kann, rasanya bayaran untuk 1 sem berapa eh? Yuran n semua yg kita perlu bayar sepanjang kat uitm arr. Anggaran dia brapa?? Sebab nak save budget awall.

    ReplyDelete
  74. Tumpang tanya kalau demester 5 praktikal macam mane adakah krna pergi restaurant atau hitel ke ape

    ReplyDelete
  75. Fee course tu berapa? Sebab saya nak bhenti poly dan cari course kulinari dekat dekat aje area penang nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau pinjam PTPTN, duit ptptn tu cukup semua bayar semua termasuk yuran, makan minum, beli bahan rujukan dll bg setiap sem.

      Delete
  76. Salam kak nk tanya, saya budak ukur bangunan uitm perak, kalau saya nk tukar kos kulinari masa sem 2 di uitm jgk boleh ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, rasanya dulu banyak isu ni. Rasanya boleh tapi mungkin awak kena start dengan sem 1 balik

      Delete
  77. Asalam sis saya nak tanya something ni if la kan result bi dgn math saya tak bagus berkemungkinan ke rayuan tu diterima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, akak takde jawapan untuk itu, awak boleh cuba apply dulu. :)

      Delete
  78. assalamualaikum akak. bagaimana dengan proses temuduga? susah ke? risau laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, kulinari takde temuduga dik hehe

      Delete
  79. hi,boleh saya tanya apa syarat minimum utk apply diploma kulinari uitm ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Awak boleh semak disini bit.ly/semaksyaratUITM :)

      Delete
  80. Kalau kulinari.. Smpai diploma jeke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Degree, Master pun ada..dia tak sampai diploma je..luas ilmu dia

      Delete
  81. assalamualaikum , boleh tak saya nak berhubung dengan akak melalui e-mail ?

    ReplyDelete
  82. Akak, klau yg aktiviti koko kat uitm ada pengakap dak. sbb saya asainya pengakap. jdi saya nk smbung pngakap. klau x da bleh apply sndiri ka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde dik. Kesatria ada. Kesatria lg best dri pengakap

      Delete
  83. Akak klau dpt kulinari ni memang kene pandai masak ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga. Zero basic cooking pun boleh belajar sebab dalam course ni nanti awak akan belajar cara potong ayam, ikan daging semua termasuk sayur.

      Delete
  84. Hakak,sya lepasan SPM nnti msuk UiTM bulan 7 ni..Usah ke nk jaga pointer course ni..Sya ad basic and dh prnh keje sbgai pembantu chef..Minat dr kecik,asrama dia mcam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jaga pointer tak susah kalau rajin. InsyaAllah awak boleh. Kalau uitm dungun, asrama dia best..satu bilik majoriti 4 org penghuni..

      Delete
  85. Hai, saya nak tanya macam mana keadaan praktikal lepas diploma ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, ni tengok pada hotel yang awak buat praktikal tu. Kalau best, maka best la. Kalau xsyok, xsyok la jawapannye hehe tapi sepanjang praktikal tu, mana yang baik awak kutip, yang tak elok tu buang jauh-jauh. Takut nanti effect final assessment. Kadang-kadang apa yang kita belajar di UiTM, tak sama dengan hotel (sesetengah hotel).

      Delete
  86. assalam,hi saya minat dalam bidang kulinari dan bole saya tau yg akak dapat brape A untuk masuk ke uitm dlm bidang ini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam and hai, boleh semak bit.ly/selangkahkeUITM untuk tengok awak layak ke tak. Akak dulu dapat 4A :)

      Delete
  87. Asalamualaikum sis, totally harga course art culinary di uitm drp sem 1 - sem 5 brp ye ? sbb saya tkmau pinjam ptptn

    ReplyDelete
  88. Asalamualaikum sis, totally harga course art culinary di uitm drp sem 1 - sem 5 brp ye ? sbb saya tkmau pinjam ptptn

    ReplyDelete
  89. Assalam akak, nak tanya, diploma seni pastri sama je ke dengan diploma kulinari

    ReplyDelete
  90. Salam.. Nak tanya... Klau diploma pastry uitm penang praktikal berapa bulan ye?

    ReplyDelete
  91. Salam.. Nak tanya... Klau diploma pastry uitm penang praktikal berapa bulan ye?

    ReplyDelete
  92. Salam.. Nak tanya... Klau diploma pastry uitm penang praktikal berapa bulan ye?

    ReplyDelete
  93. assalam and hi, berapa kos utk bidang kulinari ni? and selain uitm dungun and permatang pauh, dekat uitm mana lagi yg ada tawarkan kos ni?

    ReplyDelete
  94. Assalamualaikum akak ,kos pastri oky x

    ReplyDelete
  95. akak nak tya, sy dapat masuk utk sesi kedua,n sy xde basic ,akak ade ig x sy nak tya akak byk soalan😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh email saya di wawaabdhadi@gmail.com atau dm di ig sy wawaabhadi ye untuk tanya soalan 🤗

      Delete
  96. akak doakan saya dpt masuk uitm permatang pauh bidang seni kulinari ni, minat sgt huuuuu doakan keputusan SPM saya juga cemerlang 9A+

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin. InsyaAllah, akak doakan semoga semua adik-adik akak berjaya dalam SPM dan dapat menjadi pelajar yang cemerlang untuk banggakan kedua ibu bapa

      Delete
  97. Akak,izinkan saya bertanya sehelai dua,kalau xde addmath boleh amik kulinari x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Takde addmath pun awak boleh ambil course kulinari ni :)

      Delete
  98. Assalamualaikum akak,saya nak tanya apa beza kos kulinari dgn pastri? Pastri pun ada degree juga ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, kalau pastri ni dia lebih fokus kepada baking macam buat cake dessert semua. kalau kulinari ni dia ada juga belajar buat dessert, tapi tak menyeluruh sbb kulinari ni dia lebih pada hot cooking

      Delete