Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum w.b.t.
Bagi pengemar kucing atau cat lover, pernah tak korang mengalami situasi dimana rumah korang diserang dengan kutu kucing? Mesti korang stress kan? Mana taknya bila kutu kutu ni melompat lompat atas kaki korang. Yedak? Terutamanya bila korang lalu tepi karpet, comfirm banyak kutu ni melakat.
Masalah ni ibarat normal la bagi korang yang sukakan kucing. Tapi bagi mereka yang tak suka kucing, mau taknya sakit jiwa macam mana mereka nak basmi kutu kutu ni. Bukan mudah semudah sembur ridsect, bila sembur semua kutu mati. Haha. Boleh dilema kejap bila terkena serangan kutu kutu ni. Kita yang suka kucing pun dah mati akal nak buat apa lagi kan.
Sekali sembur, ok lagi. Esoknya, keluar lagi anak kutu yang baru. Boleh dikatakan hari hari nak kena mop. Jenuh nak layan kutu ni sebenarnya. Yes, wawa salah sorang yang menggalami masalah kutu ni. Dekat seminggu jugak nak basmi kutu degil ni. Ni pun ada lagi tau!
Orang cakap try la Google cari jalan penyelesaian. Dah! Dah try macam macam cara dalam Google dah tapi kutu tu still ada lagi. Tapi ada satu cara je lagi yang wawa tak cuba iaitu flea bombs. Flea bomb ni orang cakap kat malaysia takdak. So, apa yang wawa guna untuk basmi kutu kutu ni? Jawapannya adalah dengan menggunakan garam.
Ramai yang cakap kutu akan mati sebab dehidrasi apabila terkena garam. So, malam tu jugak wawa tabur garam dekat atas karpet. Semua karpet yang menjadi tempat penyinggahan kucing wawa tabur garam sebanyak mungkin. Lepas tu sekeliling karpet tu, wawa mop dengan air sabun. Sabun ni wawa beli dekat pasar tani dan ianya sangat sesuai untuk mematikan kutu, anai-anai, nyamuk dan sebgainya. Dan lepas tu wawa tabur sekali lagi garam dekat luar karpet. Supaya nanti lepas kutu tu dehidrasi dalam karpet, dia akan keluar ke lantai dan terkena lagi garam haha. (ok ni ikot imaginasi wawa je hihi)
Then, wawa biarkan semalaman. Untuk garam tu wawa biarkan dua hari. Sebab bila tengok dari semasa ke semasa kutu makin lama makin ramai yang keluar. 2 hari 2 malam wawa buat non stop. And last last bawa karpet pergi jemur dekat luar rumah sebab dah penat. Tapi Alhamdulillah makin hari kutu dah berkurang. Now, nak kene settlekan karpet besar sebab kebarangkalian kutu untuk ada tu memang 99%. Ni kalau dibiarkan memang makin banyak. Maklum lah telur kutu ni bila masuk je hari ke dua dah menentas. Kalau menentas sekor dua ok la, ni sekali bertelur 50 biji keatas. Korang boleh tengok gambar kat atas tu banyak gila kutu kutu yang mati. Jenuh tau nak musnahkan kutu ni.
Korang yang ada masalah macam ni dan ada cara atau tips macam mana nak basmi kutu kutu ni boleh kongsikan dekat sini tau. Mana tau berkat tips atau idea korang kami semua boleh menyelesaikan masalah kutu ni. Hee.
No comments:
Post a Comment