SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Thursday, December 1, 2016

DAH CUBA KE JAPANESE COTTON CHEESECAKE?

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Hampir dua bulan wawa nak share resepi Cotton Cheesecake ni dekat korang semua tapi masa tak mengizinkan. Korang semua dah cuba rasa cotton cheesecake ni macam mana? Alhamdulillah pertama kali cuba buat dan hasilnya sangat memberangsangkan. Menjadi! Alhamdulillah. 

Memang kalau silap step buat cake ni, dia tak akan menjadi. Allah je tahu macam mana perasaan gembira wawa bila dapat tengok kek ni goyang goyang bila dah masak. Fluffy dia mak aih tak terkata. Kebetulan kakak wawa suka makan kek, jadi dia la yang menjadi tukang merasa dan mengomennya. 

Cotton cheesecake ni memang makan kosong macam tu je sebab texture dia sangat light dan lembut. Tapi untuk cheesecake wawa buat ni letak strawberry sauce. (macam mana nak buat strawberry sauce? Nanti wawa update resepi ye!) And ada juga sesetengah orang dia tabur dengan icing sugar. Depends mana yang korang suka. 

InsyaAllah nanti bila free sikit wawa kongsikan resepi cotton cheesecake versi wawa tau. kalau korang tak sabar nak dapatkan resepi, boleh email. Nanti wawa bagi. :)




1 comment: