SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Friday, December 30, 2016

[RESEPI] SUP AYAM BEREMPAH

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Memangkan hari khamis wawa off day, so wawa ada buat sup ayam berempah dekat rumah. Niatnya bukan nak makan sangat pun. Alang alang semua bahan dah ada, jadi dapat la mak ayah nenek lunch dengan sup ayam berempah ni. Kat bawah ni wawa nak share resepi sup ayam berempah dengan korang semua. Bahannya pun senang. Wawa buat tadi pun main campak campak je.

Bahan - Bahan:

(bahan kisar)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia *wawa pakai dalam 2 inch halia*
sedikit air

(bahan tumis)
1 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris *kalau korang suka bawang putih, boleh letak banyak :D)
rempah 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, buah pelaga,kulit kayu manis) 
bahan yang dikisar tadi
24g perencah sup *wawa guna jenama Adabi*
cili padi diketuk (ikot kepedasan masing-masing)

ayam yang dipotong (mengikut citarasa korang nak potong ayam tu macam mana)
kentang dibelah empat
lobak merah dipotong dadu/dihiris
celery dihiris
daun sup dihiris
bawang goreng'
air secukupnya

Cara Memasak:



1. Tumis bawang merah, bawang putih yang dihiris,cili yang diketuk dan masukkan rempah 4 sekawan. Selepas naik bau, masukkan bahan yang dikisar sebentar tadi bersama perencah sup. Kacau  sehingga naik bau dan rempah masak.



P/S : Kalau korang nak masukkan cili padi selepas letak air pun boleh. Mengikut citarasa masing masing. Wawa lagi suka tumis cili padi tu bersama bahan bahan lain.

 



2. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak, kena tambahkan rempah sup. Takut nanti bila tambah air dalam sukatan yang banyak, tak rasa rempah. Biarkan sehingga mendidih dan ayam masak.

3. Akhir sekali, masukkan celery, lobak merah, bawang goreng dan daun sup. Kacau sebati sehingga ubi empuk dan ayam masak. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment