Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum.
Hari ni wawa nak kongsi sikit ilmu agama mengenai DOA TAHAN BUANG ANGIN. Terimakasih wawa ucapkan kepada hamba Allah yang menaipkan keywords 'zikir tahan buang angin'. Sejujurnya wawa cakap, ni baru pertama kali wawa tahu bahawa ada cara yang lebih baik untuk menahan diri dari buang angin. Allah. Alhamdulillah hari ini aku dapat belajar ilmu agama baru.
Sebelum ni, bila rasa je nak buang angin mesti tahan sampai tak boleh nak nafas sambil berpeluh peluh kan? Sama ada tengah sembahyang mahupun berada di khalayak ramai.
InsyaAllah dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, korang boleh menahan diri dari buang angin dengan membaca doa di bawah ini.
بسم الله الر حمن الر حيم
أُعِيْذُهُ بِالْوَاحِدِ الصَّّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّّذِيْ حَسَدٍ
وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّّةَإِلاَّّبِا للهِ الْعَلِيِّّ الْعَظِيْمِ
Maksudnya:
Aku perlindungkan akan dia dengan Allah yang Maha Esa daripada kejahatan tiap-tiap sesuatu yang hasad. Dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang Maha Tinggi Martabatnya dan Maha Agung
1- Menahan kentut/ buang air besar/ buang air kecil
Selalunya setelah berwudhu mulalah kita terasa nak terkentut akibat dikacau oleh syaitan. Kebiasaannya di Makkah, kita telah mengambil wudhu dahulu di hotel sebelum memulakan perjalanan ke Masjidil Haram dan berada di situ sehingga selesai beberapa waktu solat. Ia juga sesuai sebagai ikhtiar untuk menahan diri daripada membuang air kecil dan besar semasa berada dalam perjalanan jauh seperti sewaktu pergi dan balik dari Makkah ke Arafah dan Mina yang kadang-kadang memakan masa selama 5 jam seperti yang saya hadapi waktu itu akibat kesesakan jalanraya.
Cara mengamalkannya:
- Doa ini dibaca setelah ambil wudhu dan bersiap-siap hendak ke masjid.
- Berdiri dengan meletakkan kedua-dua belah tapak tangan di perut (di ari-ari).
- Baca doa sambil tapak tangan disapu ke atas. Ulang 3 kali (doa dan sapu).
- Letak sebelah tapak tangan di punggung (tulang sulbi/ tongking) ditepuk dan baca doa sekali sahaja.
- Mohon doa: Ya Allah, mudah-mudahan wudhuku tidak batal sehingga selesai solat/ ibadah.
- Balik ke bilik dibaca doa dan disapu pada perut menghala ke bawah supaya boleh buang air dan angin.
2- Merawat kembung perut dan senggugut
Kerap saya amalkan pada diri sendiri dan anak saya semasa dia masih kecil sehingga sekarang (8 tahun) ketika mengadu sakit perut. Setelah diusap perutnya dia akan membuang angin dan berasa lega.
Cara mengamalkannya:
- Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas perut dan di sapu menghala ke bawah supaya boleh buang angin. Ulang 3 kali atau sampai lega insyaAllah.
3- Mengelak kandungan gugur/ kenan
Telah saya syorkan kepada rakan saya yang pernah mengalami tujuh kali keguguran. Alhamdulillah dengan izin Allah, kandungan kelapannya selamat dan beliau telah pun mendapat seorang cahaya mata perempuan yang comel tahun lepas. Saya juga mengamalkannya kini sejak hamil anak kedua kerana mengalami pendarahan pada tiga bulan pertama kehamilan. Semoga Allah terima serta permudahkan dan semuanya selamat semasa proses kelahiran yang dijangka insyaAllah pada bulan Disember tahun ini.
Cara mengamalkannya:
- Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas ari-ari dan disapu menolak ke atas. Ulang 3 kali.
- Dilakukan hanya bila serviks sudah terbuka untuk bersalin (kalau kembung perut pun kena guna kaedah lain). Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas perut dan disapu menghala ke bawah. Ulang 3 kali.
sumber : HAMBA ALLAH
Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua.
Yakinlah dengan pertolongan Allah. :)
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment