Tuesday, April 1, 2014

BELAJAR BUAT PUDING TRIFLE [RESEPI]

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum.



Bismillahirahmanirahim.

Hari ini wawa belajar buat puding trifle. Sebelum ni tak pernah buat pun puding aneka macam ni. Selalu buat puding kosong je. Tetiba hari ni teringin pulak nak buat. Yela, selepas makan puding trifle yang ehem wawa bagi tu, rasa macam nak makan selalu je puding trifle ni. Haha. Nak buat puding ni senang je rupayanya. Tak sampai dua jam pun. 

Okay, untuk buat puding trifle ni, korang perlukan :-

- kek gulung ( beli dekat kedai je ok? )
- 1 tin susu cair
- 1 tin air
- 3 sudu besar tepung kastard
- 1 fruit coctail ( asingkan buah dan air )
- gula secukup rasa
- jelly kristal
- jem strawberry ( ikut suka nak letak ke tak nak )


STEP 1 :  Sediakan bekas. Potong kek gulung tu mengikut ketebalan yang korang suka. Jangan terlalu tebal atau nipis. Dalam 1cm ke dah ok. Selepas tu, korang susun kek gulung yang dah dipotong tadi ke dalam bekas. Susun teratur tau. Kalau ada ruang kosong antara bekas dan kek, korang potong sikit lebihan kek gulung dan tutup ruang kosong tu. Pastikan tak ada lubang. 

STEP 2 : Selepas lubang ditutup, korang tekan-tekan sikit kek tu supaya mampat dan siramkan sedikit air jus coctail tu atas kek tu supaya moist. Dan sapukan sikit jem strawberry/blueberry/nenas/. *Tak buat pun tak apa sebab ni atas selera masing masing* 
P/S : Jangan letak over sangat. Takut nanti terlajak manis hilang pulak selera nak makan puding tu. 
Ketepikan bahan yang telah siap tadi. 

STEP 3 : Ambil 3 sudu besar tepung kastard. 1 tin susu cair dan 1 tin air. Masukkan gula. Gula ni wawa letak dalam 3 sudu besar yang tak berapa nak penuh. Sebab kek tadi dah manis. So, kalau letak banyak-banyak gula, nanti dapat penyakit. 
Selepas tu, letak atas dapur. Guna api yang perlahan. Kacau kacau kacau sampai dia jadi pekat dan sedap. 

STEP 4 : Bila sos kastard tu dah masak, tuangkan semuanya ke dalam kek yang telah disediakan tadi. Sapu sampai rata. Dan biarkan sos kastard tadi tu terhidang atas meja selama 15-20 minit. Dimana, bila korang sentuh jari korang atas pemukaan sos kastard tu dia tidak melekat dekat tangan korang. 
Kemudian, korang hias buah-buahan coctail yang telah di asingkan tadi di atas sos kastard tu. Pastikan sos kastard tu beku tau. 

STEP 5 : Untuk sediakan jelly kristal. Korang ambil sekotak jelly kristal dan ikot cara-cara membuat jelly kristal yang telah disediakan di belakang kotak tu dan gunakan api yang kecil. 

STEP 6 : Selepas jelly kristal tu masak, siram di atas buah-buahan tadi dan biarkan beku di dalam peti sejuk. Sedap dimakan waktu sejuk. Sesuai dijadikan pencuci mulut bersama keluarga. :)

Sorry tak dapat nak amik gambar cara membuatnya STEP-BY-STEP.

Sumber daripada MASTERCHEF

Wasalam.


2 comments: