Tuesday, April 22, 2014

[TIPS] TEMUDUGA SENIBINA LANDSKAP DI UITM

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.



Hari ini wawa nak bagi tips sikit dekat adik-adik yang nak amik jurusan senibina landskap. Sesiapa yang amik bahagian senibina landskap/interior designer/sarjana muda senibina sains/dll ni memang tak boleh lari dengan temuduga. Sekarang semua nak kena temuduga. Jadi kerani pun kena temuduga jugak kan? 

So, sebelum korang nak pergi interview tu, korang kena make sure yang ENGLISH korang tu ok. Yang lepasan SPM nanti tu, sambil tengah tunggu result/nak masuk u, wawa sarankan korang bacalah novel English. Novel macam tu sangat membantu korang nak interview nanti. Semua interview sekarang dah jarang guna bm. Semua nak dalam bi. Prepare awal-awal. Ni sedikit sebanyak boleh jugak bantu korang jadi lebih confident depan panel. 

Sabtu baru ni, wawa pergi interview senibina landskap dekat Uitm. Untuk kos senibina, dia ada 2 bahagian. 
1. Ujian melukis ( 1 jam )
2. Temuduga

Kalau korang amik TESL, dia pun ada 2 bahagian jugak. Cuma dia tak ada lah ujian melukis. TESL ni ada ujian menulis essay ( 1 jam ) dengan temuduga. Masa temuduga tu banyak-banyakkan bercakap. 
Nak cerita panjang pasal TESL tak boleh, sebab wawa tak amik TESL. Hihi. Ni pun dapat maklumat daripada Farah, kawan wawa.

Untuk korang yang dapat interview senibina landskap, korang kena bawak sendiri peralatan melukis dan alat tulis tau. Sebab pihak Uitm hanya menyediakan kertas lukisan dan satu borang untuk korang isi

Antara peralatan yang korang perlu bawa untuk ujian melukis :
1. Pencil 2B
2. Pemadam
3. Pen ( untuk isi borang )

Ujian melukis ni, korang DILARANG menggunakan PEMBARIS. Nanti kalau tertangkap, kebarangkalian nak lulus tu jadi 50-50. Apa yang perlu, korang kena lukis by FREE HAND. Buat latihan melukis tanpa menggunakan pembaris. In Sha Allah lama-lama nanti jadi mahir. 

Q : Apa yang perlu kita lukis? 
A : Korang hanya perlu lukis gambar geometri yang pihak U sediakan. Macam lukis silinder, bulat, segi empat dan lain-lain. 

Contoh rajah : 


*Gambar 1 dan 2 dari blog Kak Sophie.

Ujian melukis ni bukan nak tunjuk bakat kita ni pandai melukis ke tak. Tapi dia nak tengok kebolehan kita melukis mengikut proportional. Imbangan tinggi rendah luas sempit mengikut view yang kita duduk mase interview nanti.
Seeloknya, korang datang la awal. Boleh intai sikit rakan-rakan kita lukis sekaligus dapat cari view mana yang mudah nak lukis nanti. 

Untuk bahagian temuduga pula korang kena la pakai pakaian kemas. Sebab markah kekemasan pun dia ada bagi jugak. Macam dalam syarat yang dia bagitahu, pakai baju kurung kemas dan berkasut bagi perempuan dan berkemaja kemas serta berkasut bagi lelaki. Jangan lupe pakai tali leher. 

Kalau masa Tingkatan 5 dulu korang ada amik aliran Pendidikan Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan, seeloknya bawak la folio kerja kursus yang korang telah buat tu. Tunjuk dekat panel. Kalau korang ada bakat melukis pun, tunjuk jugak lukisan yang korang pernah lukis tu dekat panel. In Sha Allah peluang tu ada.

Q : Apa soalan yang panel tanya masa temuduga? 
A : Berdasarkan apa yang wawa tengok blog-blog lain mengenai temuduga senibina landskap ni, banyak jugak soalan yang dia tanya. Antaranya : 
1. Perkenalkan diri
2. Latar belakang adik-beradik/keluarga
3. Ceritakan kelemahan dan kelebihan
4. Apa yang anda faham pasal alam sekitar
5. Siapakah idola anda
6. Mengapakah anda menginginkan kos ini
7. Mengapakah anda harus layak mendapat kos ini daripada pelajar lain
8. Basic pasal landskap
9. Tokoh arkitek landskap yang anda tahu
10. Apa soalan anda kepada panel

Itu antara soalan-soalan yang wawa dapat ambil melalui internet. Semuanya dalam ENGLISH. Kalau panel tanya korang dalam bahasa Melayu, korang jangan la jawab dalam bahasa melayu terus. Campur sikit-sikit dengan English. Yang penting sekali, CONFIDENT! Jangan tersipu-sipu malu. Buat serius sikit muka korang. 

Apa-apa pun Goodluck wawa ucapkan untuk interview nanti. Jangan nervous sangat. Selawat banyak-banyak. Mintak kepada Allah supaya temuduga berjalan dengan lancar dan dapat panel yang baik-baik. 

P/S : Jangan lupa doakan kejayaan wawa masuk U nanti. Hihi :*



Lot of Love, 
wawa.

Wasalam.

53 comments:

  1. bagus-bagus sangat tips nih . momoy tak ambil la course nih tapi entri mmg membantu bg org lain. harus dipuji.
    nak komen ttg perkenalkan diri tu selalunya diaorg akan cerita ttg hal diri dan bla bla bla. momoy bila part introduce yourself ni momoy suka cerita 2 3 ayat ttg diri then cerita sikit ttg pengalaman kerja dan previous kerja buat apa. ini yg sebenarnya employee nak tahu. dia tak kisah pun actually cerita pakcik makcik suma duduk mana . lagi pun bonus untuk soalan tu
    just my 2 cents

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih ye :)
      Sama la dengan wawa. Masa pergi interview, wawa introduce pun 2 3 ayat je. Lepas tu cerita pasal aktiviti yang wawa buat lepas spm macam kerja ke apa. Tujuan dia interview pun sebab nak tengok kita ni confident ke tak, tengok kita ada pengalaman buat kerja lain atau tak..

      Delete
  2. Assalamualaikum akak, saya memang berminat nak masuk landskap ni tpi saya tkde basic. Boleh ke saya masuk? Tu yg saya tgh fikir skrg ni:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam dik. Adik tgh tunggu keputusan upu ke sekarang? InsyaAllah adk boleh masuk. Kalau adik minat melukis ke, adik bawak la buku lukisan tu tunjuk kat juri waktu interview nanti. Akak dlu waktu interview, segala buku lukisan folio semua akak bawak. Tp makensurenadik prepare la sikit tokoh senibina yg adik suka ke, bangunan yg adik suka ke sbb sesetgh juri ada yg tnya. Tp akak, alhamdulillah dia xtanya. Ade je dik bdk pure science amk course walauoun diaorg xde basic. Adik bykkan solat hajar, insyaAllah apa yg adik nak, tercapai :)

      Delete
  3. Assalamualaikum. nak tanya kalau kos kat landscape atau architecture sana brape eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam adik, akak tak pasti berapa kos untuk landscape/architecture berapa kat sana. Untuk semerter satu maybe banyak pakai duit.

      Delete
  4. Salam akak, akak dapat tak interview ni? Ehehe saya sabtu kena pergi interview senibina landskap jugak. Terima kasih untuk post ni hehhe boleh la saya get ready

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam dik, alhamdulillah akak dapat interview ni tapi akak terpaksa tolak tawaran sebab masalah family. buat yang terbaik tau interview nnti hehe :*

      Delete
  5. Assalamualaikum akak… nk tanye…hr sbtu ni sye pgi interview… gementar pon ade gak… olh kerana akak berpengalaman, yg pasal TESL tu mcm mna?… time form spm sye x amik seni, adakah design portfolio tu wajib bgi sye… sbb sye kelas sastra… lepastu, seperti yg akak cakap, "idola anda" n "tokoh yg anda tahu" tu mcm mna mksud akak? Adakh same ke tak?… then, akak ckap dr a-z akak ckap in bi je?. .hope akak reply… amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, yg pasal TESL tu if kalau adik berminat nak amk course TESL dekat u nanti. Dia takde kaitan pun dgn landskap ni hehe. Tu just info tambahan dari kawan akak. Kalau kat sekolah akak dulu, budak sastera wajib amik seni. Kalau adik takde pun takpe, adik just penuhkan pengetahuan adik pasal landskap ni je. Kalau adik ada bakat melukis ke apa, at least bawak la untuk tunjuk pada panel nanti. Bagi panel tu cuci mata sikit. And adik betul betul kene praktis melukis tau sebab ada ujian melukis nanti.

      Mengenai tokoh landskap/idola tu sekadar pengetahuan am je dik. Ada sesetgh panel tu, dia akan tanya kita siapa tokoh landskap yg kita tau, siapa idola kita yg membuatkan kita nak masuk bidang landskap ni. adik just prepare je semua ni IN CASE kalau diaorang tanya. kalau dia tak tanya, alhamdulillah la. tokoh dan idola tu lain dik. tokoh ni orang yg berpengalaman dalam bidang landskap contoh Martha Schwartz, Peter Walker. Idola ni contoh dia macam Rasulullah SAW. Sebab apa kita amik dia jadi idola? Sebab baginda seorang yang bijak dalam menyebarkan islam, baginda berjaya mengislamkan ramai orang. Pendek kata, idola orang yang kita nk contohi. sebagai pembakar semangat kita.
      Waktu interview tu, kalau panel cakap dalam english, adik kene jawab dalam english la. kalau boleh cakap dalam english la sebab uitm ni sangat pentingkan english. :D

      if adik ada lagi soalan nak tanya akak, boleh email akak wawaabdhadi@gmail.com :)

      Delete
  6. Assalamualaikum akak… nk tanye…hr sbtu ni sye pgi interview… gementar pon ade gak… olh kerana akak berpengalaman, yg pasal TESL tu mcm mna?… time form spm sye x amik seni, adakah design portfolio tu wajib bgi sye… sbb sye kelas sastra… lepastu, seperti yg akak cakap, "idola anda" n "tokoh yg anda tahu" tu mcm mna mksud akak? Adakh same ke tak?… then, akak ckap dr a-z akak ckap in bi je?. .hope akak reply… amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. email saya ye dik :) wawaabdhadi@gmail.com

      Delete
  7. assalamualaikum kak. nak tanya, kalau nak jadi arkitek kena ambik course seni bina landskap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. email saya ye dik :) wawaabdhadi@gmail.com

      Delete
  8. sis, sye sye student pure sains time skolah dulu.sabtu ni nak pegi iv kat uitm shah alam. ade tak tips mana nak tackle panel utk tempatkan diri dlm course ni. sbb sye memang xde basic just ade minat je (n boleh melukis) dgn landcape ni. hope sis rep asap, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. email saya ye dik :) wawaabdhadi@gmail.com

      Delete
  9. AssAssalam sis adakah penting lukisan yg byk utk bwk pgi iv . saya pergi iv sabtu ni di shah alam? Second question die tgok result kite kita smsa iv nnty

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. tak penting pun, tapi kalau awak betul betul nak course ni,elok tunjuk sekali lukisan awak sbgai tanda awak ada bakat melukis. sebab dalam course ni nanti byk melukis.. maaf sebab lambat balas, untuk fast reply boleh email akak di wawaabdhadi@gmail.com

      Delete
  10. assalam kak....klau sya x de folio seni,mcam mne eeekkkk????perlu ke sya melukis utk dibawa temuduga nnti..ws sya akak...01136183350...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. kalau tak ada folio seni takpe dik, jangan risau. kalau awak ada mana mana lukisan sebelum ni, awak bawak je tunjuk dkt panel. tak perlu susah lukis yang baru :)
      untuk fast reply, email akak ye di wawaabdhadi@gmail.com

      Delete
  11. Assalamualaikum kak.. kak, sya nk tye.. mse akk pergi intrview ni, sblum tarikh semakan upu keluar ke? klau sya x dpt pergi temuduga tu, means.. sya memang dh x dpt nk buat diploma senibina landskap tu lah kak ye?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak.. kak, sya nk tanye.. akk prgi intrview ni sebelum tarikh semakan upu keluar ke kak? klau sya x dpt pnggilan temuduga tu, means.. sya memang dh x boleh nk buat diploma utk senibina landskap ni lah.. ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam dik. Haah, interview ni dia panggil dulu sebelum keluar semakan upu. Jadi adik kene alert sikit, banyak tengok website uitm sebab selalu dia akan update dkt sana. Macam semakan ke interview pun akak check dkt website uitm, masuk ic semua lepastu kalau dapat pergi interview, dia akan bg satu borang untuk di print beserta dengan tempat yang berdekatan untuk kita pergi interview. Upu dah keluar kan? Kalau awak tak dapat panggilan temuduga/tak pergi temuduga, automatik awak tak dapat course tu.

      Delete
  13. Assalam kak wawa,thn ni sy spm n sy aliran sastera yg ambil akaun,tp sy minat landskap,so brape credit nk kene score?n semua uni ada sediakan kos ni ke?TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Goodluck ye dik untuk SPM nanti. Minimum 4 kot dik sebab akak SPM dulu dapat 4a dapat pergi interview course ni. Yang akak tau Uitm je ada kos ni, kalau uni lain ada kos arkitek. kalau uitm, make sure english paling kurang dapat B+

      Delete
  14. saya budak pure sc .. saya minat masuk kos ni sbb saya nak tlg bisnes ayah saya .. tapi saya takde lukis2 sebelum ni tak pernah pun.. tapi lukis sikit2 boleh la .. akak rasa layak ke? hope akak reply thank youu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, maaf tau lambat balas. insyaAllah awak layak. nanti time interview awak tunjuk la dekat panel lukisan yg awak pernah buat. walaupun sikit, at least lukisan tu dapat tolong awak nanti :D

      Delete
  15. Akak, aaa course ni memang klau kita minta, mmg interview dia kat ganu je ke? or ikut nasib tempat kat ne? tp malangnya english saya C+ adeh. saya hrp dpt la course ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak, dia akan panggil kita pergi interview berdasarkan uitm yg terdekat dengan kawasan rumah awak. hehe
      insyaAllah awak dapat. banyakkan berdoa dan stay positif. if tak dapat first intake, try buat rayuan. mungkin awak terpilih. :D

      Delete
  16. assalamualaikum kak , hari sabtu ni saya interview tapi saya langsung tak ade apa apa folio nak tjuk ke panel..kirenya sy kene lukis laa ni..tlong sngat2 kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. maaf tau akak baru dapat balas komen harini. dan tahniah jugak sebab terpilih dengan interview! its okay kalau awak takde folio atau apa apa lukisan pun. awak just byk siapkan diri je mase interview nanti dan prepare untuk menjawab soalan yg akan ditanya oleh panel. kalau ada sehelai dua lukisan tu, bleh je awak bawak dan tunjuk.

      Delete
  17. Assalammualaikum akak. Terima kasih atas tips yg diberi. Saya rasa sngt terbantu oleh tips2 di atas sekarang huhu.. Sabtu ni saya interview. Lagi satu.. Saya nak tnya, yg berkaitan dgn "soalan anda kepada panel" . Boleh akak bagi contoh? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, maaf tau akak baru dapat balas komen. soalan soalan ni awak jangan mengharap sgt panel akan tanya tau. sebab lain panel mesti lain pandangan/soalan yg diberi. sebelum akak nak iv dulu, akak just prepare siap siap contoh : tokoh landskap yg akak minat dan sebab apa akak minat tokoh tu, lepas tu akak pun prepare jawapan kalau kalau panel tanya sebab apa yg menyebabkan awak minat dgn landskap, macam mana awak boleh kenal dengan lanskap, kenapa awak nak amk bidang ni. just prepare je incase kalau ditanya. tapi waktu akak iv hritu panel langsung tak tanya apa apa kat akak. dia cuma tengok folio dan lukisan akak je

      Delete
  18. Salam kak. Sabtu ni saya interview kat uitm lendu melaka. Saya takut sangat. Kalau landskap tu nak tahu ape je kak?

    ReplyDelete
  19. Salam kak. sabtu ni saya interview kat uitm melaka area lendu . doakan saya kak 😇 Boleh terangkan tentang landskap ni kak ? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. tahniah tau sebab terpilih untuk interview sabtu ni. and sorry sangat sebab akak baru balas. landskap ni dia lebih kepada kita design sesuatu kawasan tu dengan tumbuhan semula jadi. akak nak explain dekat sini pun susah sebab takut awak tak faham. so, better awak email je akak. nanti akak terangkan satu satu :)

      Delete
  20. Salam kak.saya ni pelajar sijil landskap dan baru je habis sijil . Sekarang ni saya agak kecewa kerana saya tidak dapat sambung belajar dalam course landskap dan mana mana course pun . Dipendekkan cerita lagi saya dari zaman sekolah since 2013 until 2017 saya pelajar landskap dan saya berminat dalam bidang ni tetapi hari ni future saya terhalang di sebabkan upu saya ditolak kerana mereka masih tengok result SPM saya yg tidak berapa memuaskan tetapi dalam landskap saya dapat B+ so saya nak pendapat akak la should I teruskan dengan cari landskap mcm mana pun or teruskan dengan bidang lain yang saya tak minat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. maaf ya akak baru balas komen. awak tak cuba buat rayuan atau permohonan untuk second intake ke? if ada permohonan untuk second intake cuba mohon sekali lagi, mana tau ada rezeki awak. jangan berputus asa dulu kalau tak cuba semua. :) uia tak silap akak ada subjek arkitek tapi akak tak pasti ada tak course landskap dekat sana. tapi apa pun cuba mohon dulu untuk second intake kalau ada. akak bukan apa, sebab ini minat awak jd awak ada hak untuk dapat apa yg awak nk. akak takut kalau awak teruskan dlm bidang yang awak tak minat, awak tak dapat nak pergi jauh. last last berhenti tengah jalan sebab tak minat dengan course yg diambil.

      kalau awak mntk pendapat akak, memang akak suggest awak teruskan dengan minat awak sebab bila kita buat kerja yg kita minat, secara automatik dia akan ada satu aura yg buatkan kita lagi bersemangat dan suka nak buat kerja yg kita minat.

      Delete
  21. Assalamualaikum akak . Klau sy takde basic . Dan tkde pun lukisan2 sebelum ni yg sy dh lukis . Boleh ke dpt ?

    ReplyDelete
  22. thanks kak untuk tips ni , saya ammar ,saya dapat temuduga untuk bidang ni hari sabtu dekat uitm si ,rasa takut tu boleh la tahan ,sapa yang taktakut kan? kak ada tips tak macam mana nak hilangkan rasa takut tu ,btw doakan saya dapat bidang ni ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama ammar. Akak doakan semoga Ammar maju jaya dalam dunia akhirat :)

      Delete
  23. Salam kak. Boleh pm saya ? Sbab dah try pm kak tpi x boleh. Email : herculesiqmal@gmail.com . Kalau boleh nak maklum balas dgam segera. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam iqmal. Sorry akak baru buka blog and baca komen-komen semua. tapi kalau awak masih perlukan jawapan, boleh email akak di wawaabdhadi@gmail.com

      Delete
  24. Salam, nak tanya. Masa sekolah dulu tak ambil pun seni tapi minat nak ambil course senibina landskap ni..boleh ke?

    ReplyDelete
  25. Course ni kne ada addmath dgn fizik ke?
    Sbb yelaa nama pun senibina lanskap 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak tak sure la sebab akak terpesong dalam dunia masakan :P

      Delete
  26. salam kakf sabtu ni saya nk g interview dkt sri iskandar so nk mintak tips sikit dri akak sbb saya ni dkt sekolah seni pun drop and lagi satu bab nk kena speaking tu harap kak dpt bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam azim, sorry akak baru buka balik blog. InsyaAllah akan datang akak cuba share tips interview.

      Delete
  27. assalamualakum , boleh saya tahu bila kita boleh tahu sama ada kita lulus ataupun tidak dalam temuduga tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, awak boleh semak di website uitm --> https://online.uitm.edu.my/keputusan.cfm

      Delete
  28. assalamualakum , boleh saya tahu bila kita boleh tahu sama ada kita lulus ataupun tidak dalam temuduga tu?

    ReplyDelete