Assalamualaikum w.b.t.
Memandangkan tugasan terakhir cabaran iphone 5s bakal berakhir jam 11.59 malam esok, maka hari ini wawa ingin menulis artikel bertajuk "Blogger Buat Duit Online". Harapnya entri wawa kali ini diterima oleh tuan
denaihati.com untuk memilih wawa menjadi salah seorang pemenang iphone. Bukan mudah nak sampai ke tahap akhir macam ni. Menjadi top 70 penulis komen dalam cabaran kedua merupakan satu pencapaian yang memuaskan untuk diri wawa.
Alhamdulillah,
semenjak beralih pada zaman canggih seperti sekarang, ramai orang luar berminat untuk menjadi “blogger”. Menjadi blogger yang terkenal seperti Hasrul Hassan dan Denaihati memang menjadi impian para blogger di luar sana. Mereka bukan sahaja terkenal, malah turut berbakat dalam menjana pendapatan secara online. Siapa yang tak tertarik kan?
Buat junior dan senior diluar yang belum mengenal dunia blog sudah pasti tertanya-tanya latar belakang blog ini macam mana atau bagaimana cara nak menjadi terkenal seperti blogger yang sudah makan asam garam. Mengikut pengalaman wawa ketika baru lahir dalam dunia blog ini, hati ni tertanya-tanya juga senang ke nak uruskan blog ni? Entri apa yang perlu ditulis untuk menarik perhatian pembaca? Tak bosan ke kalau blogwalking blogger lain setiap hari? Macam mana blogger lain jana pendapatan melalui blog? Macam mana mereka agihkan masa untuk uruskan blog,bekerja/bersekolah dalam masa yang sama? Rata-rata soalan itu memang sudah sebati dalam minda mereka diluar sana yang baru nak masuk ke dunia blog. Namun, percaya dan yakinlah pada diri anda bahawa dengan berblog ini, banyak kebaikkan yang dapat kita perolehi serta secara tidak langsung dapat mencari duit secara online.
Sekarang, ramai blogger di luar sana sanggup berhenti kerja semata-mata untuk mencari pendapatan secara online. Bunyinya memang menarik dan mudah. Tapi nak berjaya sehingga ke tahap itu bukannya mudah. Begitu juga dengan blog wawaabdulhadi.blogspot.com . Walaupun wawa seorang pelajar dan masih baru dalam dunia blog, namun wawa juga turut sama menjana pendapatan secara online. Biarpun hasilnya tak lumayan seperti mereka tapi Alhamdulillah ada juga dari tak ada. Kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Bercakap tentang macam mana blogger menjana pendapatan melalui blog, mari wawa kongsikan pengalaman wawa sebagai seorang blogger buat duit dengan online. Melihat para blogger diluar sana yang berjaya menjana pendapatan secara online sehingga mencecah ribu ringgit memang suatu pencapaian yang gah! Malah, buat duit secara online juga boleh dijadikan sebagai kerja part-time. Kalau diri ini sudah bekerja, tak salah kalau nak tambahkan wang pendapatan secara online. Malah, ada sesetengah orang sanggup bersara awal dari alam pekerjaan untuk berblog.
Wawa pun secara perlahan-lahan tengah nak kembangkan pendapatan wawa secara online. Secara jujurnya, ketika masih mentah dalam dunia blog dulu memang wawa tak berani nak buat duit online. Tapi, bila melihat ramai blogger yang berjaya menjana pendapatan, wawa memberanikan diri untuk mencubanya. Siapa yang tak cemburu bila tengok Denaihati dan Hasrul Hassan berjaya membuat duit online dengan jayanya. Dan mereka ini lah wawa jadikan sebagai idola dan pembakar semangat untuk terus berusaha meningkatkan blog wawa dan mencapai hasil yang lumayan.
Siapa yang tak kagum apabila melihat ramai blogger lain berjaya membuat duit online. Antara blogger berjaya buat duit online yang wawa kenal dan bangga dengan usaha mereka ialah :
Denaihati.com.
Denaihati merupakan penganjur dalam cabaran iphone 5s yang wawa join sekarang. Memang tak sangka wawa boleh berjumpa blogger yang begitu banyak mengajar wawa tips nak buat duit online. Sejak berjumpa dengan Denaihati, wawa banyak belajar erti berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara. Blogger otai seperti Denaihati ni memang boleh menjana pendapatan yang lumayan dalam sebulan. Lihat blognya sahaja dah gerun tengok. Tu belum tengok trafik blognya lagi. Tuan denaihati ni memang 1000 dalam 1. Selain bijak dalam membuat duit online, beliau juga banyak anjurkan program. Malah, program anjurannya memang mendapat sambutan ramai.
HasrulHassan.
Pertemuan buat pertama kali dengan blogger HH ni banyak membantu wawa untuk menjadi seo dan menjana pendapatan secara online selepas tuan denaihati. Walaupun wawa kenal blogger HH kurang dari sebulan tapi semangat blogger HH dalam membuat duit online memang membuatkan wawa tertarik untuk turut berkecimpung menjana pendapatan secara online. Mana taknya, bila buka akaun Facebook, asyik nama blogger HH dan Denaihati je yang keluar kongsikan pendapatan mereka secara online dekat ruang home. Kalau hari-hari tengok, memang membara semangat ni nak jadi macam mereka.
In Shaa Allah nanti wawa akan usahakan untuk menjadi blogger berjaya seperti mereka.
Bagaimana blogger buat duit online?
Ada bermacam-macam kemudahan yang disediakan untuk para blogger disini membuat duit online. Dibawah ini akan wawa kongsikan kepada korang cara yang mudah dan berkesan untuk buat duit online dengan menggunakan blog. Ramai blogger di luar sana menggunakan cara ini untuk menjana pendapatan mereka. Antara cara yang paling famous sekali yang blogger pakai ialah paparan iklan di blog dan program Affiliate.
Meletakkan ruang iklan di blog merupakan salah satu cara yang berkesan untuk membuat duit online. Tanpa perlu duduk di tengah panas dan berlawan dengan kesesakan lalu lintas, kita boleh menjana pendapatan secara online. Mudah kan? Kita tengah tidur pun, duit boleh masuk. Yang lebih menarik lagi, kita boleh memilih pelbagai jenis iklan yang boleh dijadikan sumber pendapatan untuk di letakkan kedalam blog. Antara iklan yang selalu diletakkan oleh blogger lain untuk menjana pendapatan ialah :
Google Adsense.
Untuk pengetahuan, Google Adsense merupakan satu jalan yang mudah untuk membuat duit online menggunakan blog. Google Adsense memaparkan iklan berbentuk teks dan grafik mengenai isi kandungan blog kita. Semua yang bergelar blogger, boleh memohon iklan ini secara percuma. Selain itu, ianya juga merupakan pilihan utama para blogger di luar sana untuk tujuan pengiklanan di blog, wordpress atau laman web yang berinfomasi. Sekiranya korang suka blogwalking, sudah pasti korang sudah biasa melihat iklan jenis macam ni. Ni merupakan suatu petanda yang baik tau. Petanda di mana ramai blogger menggunakan Google Adsense untuk buat duit online. Hanya satu klik pada iklan Google Adsensi daripada para pelawat, korang akan mendapat bayaran. Kalau blog korang ada lebih 500 pelawat sehari, bayangkan banyak mana jumlah klik korang akan dapat. Pasti banyak income yang masuk.
Nuffnang.
Nuffnang merupakan salah satu iklan yang wawa gunakan untuk menjana pendapatan. Sistem Nuffnang ini sama seperti Google Adsense tetapi Nuffnang hanya memaparkan iklan pada blog shaja. Iklan yang ditayangkan juga berbeza dengan Google Adsense. Nuffnang menayangkan iklan berbentuk video dan imej grafik. Ramai blogger menggunakan Nuffnang dan korang boleh check iklan ini di blog wawa. Iklan yang ditayangkan oleh Nuffnang bersesuaian dengan kandungan dalam blog kita. Sebelum buat duit online dengan Nuffnang, korang kena mendaftar terlebih dahulu supaya nanti korang semua dapat memaparkan iklan Nuffnang dalam blog. Memang masuk juga pendapatan menggunakan Nuffnang ni. Tak percaya, cubalah.
ChurpChurp & 8Share.
Churpchurp & 8share juga merupakan salah satu medium pengiklanan untuk menjana pendapatan. Namun cara pengiklanannya hanya memaparkan iklan berbentuk teks. Tapi ianya bukan menjadi penghalang untuk para blogger disini menjana pendapatan. Ramai blogger lain mampu mencari duit dengan menggunakan Churpchurp & 8Share.
Selain meletakkan iklan di dalam blog, mengikuti program Affiliate juga merupakan satu cara yang baik untuk buat duit online denga blog. Dalam program ini, kita akan menjadi wakil pemasaran produk-produk orang lain. Apabila kita berjaya melakukan jualan dalam pemasaran produk mereka, kita akan mendapat komisen. Antara program Affiliate yang boleh kita join ialah :
- Lazada
- Zalora
- Jomniaga
- Ebay
Program Affiliate dia atas juga boleh membantu kita membuat duit online selain meletakkan ruang iklan di blog. Ramai blogger di luar sana mendapat pulangan komisen yang lumayan dengan mempromosikan barangan/produk orang lain. Kalau mereka semua boleh buat begitu, mengapa kita tidak boleh buat kan? Kita juga boleh membuat ulasan produk tersebut di blog sendiri. Cara ini yang paling mudah untuk membuat duit online. Hanya membuat ulasan dan tampilakn affiliate link ke produk tersebut.
Advertorial.My
Advertorial.my juga merupakan peluang keemasan buat para blogger di Malaysia. Semua blogger kini sudah boleh merasa duit hasil penulisan sendiri dengan menulis review. Pihak Advertorial.my akan mencari para pengiklan yang berminat nak iklankan produk mereka dengan para blogger. Lepastu, para blogger akan ditugaskan untuk menulis review di blog mengenai produk tersebut. Kata pendeknya, fungsi advertorial.my ni hanya sebgai orang tengah antara kita (blogger) dan para pengiklan (advertiser).
Kesimpulannya, sekarang para blogger boleh membuat duit online dengan mudah dan lumayan. Hanya berbekalkan usaha dan tawakal, In Shaa Allah hasil yang kita impikan akan menjadi. Yang penting, teruskan berusaha untuk meningkatkan jumlah pengunjung di blog. Kalau pelawat dan ramai, pasti komisen kita pun meningkat.
PIHAK PENAJA YANG DIHORMATI :
Mudah-mudahan ada rezeki wawa untuk menang contest ini. InsyaAllah.