Monday, December 29, 2014

[RESEPI] SOFT ROLL

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah, dah hampir sebulan wawa masuk belajar. Kenangan pahit manis semua ada. Nanti ada masa lapang wawa kongsikan pengalaman MDS di uitm ye. 

Masih ramai lagi para pembaca search perihal diploma senibina landskap ni di blog wawa. Maaf sangat hanya satu post je wawa dapat create untuk course senibina landskap ni iaitu temuduga diploma senibina landskap. Yang selebihnya tak dapat nak jawab sebab wawa tak jadi amik course tu. 

Sekarang, wawa amik course kulinari di uitm. Alhamdulillah best juga sebab dapat hadap makanan 2 kali seminggu. Wee~~ 

Untuk post kali ini, wawa nak share resepi Soft Roll buat para pembaca blog ini. Yang ni sedap ok. Hari hari rindu nak makan roti hasil sendiri. 



Bahan-bahan : 

- 143 gram air (BAHAN A)
- 13 gram ibu roti (yeast) (BAHAN A)
- 250 gram tepung roti. *wawa pakai strong flour* (BAHAN B)
- 3 gram freemat (BAHAN B)
- 27 gram gula (BAHAN A)
- 13 gram non-fat milk solid (boleh guna susu tepung) (BAHAN B)
- 25 gram butter/marjerin
- 3 gram garam 


Cara-cara :

1. Terlebih dahulu, tuangkan yeast dan gula yang telah ditimbang tadi ke dalam 143 gram air dan ketepikan. (BAHAN A)
2. Seterusnya, masukkan freemat dan non-fat milk solid ke dalam strong flour dan gaul sebati. (BAHAN B)
3. Selepas itu, masukkan bahan A kedalam bahan B tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi dough. 
4. Apabila adunan sudah menjadi dough, masukkan garam dan butter dan ulinya sekali lagi sehingga sebati.
5. Rehatkan adunan yang sudah sebati tadi ke dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap/kain untuk memastikan dough yang kita buat tadi tu mengembang. Bajet masa dalam 20 minit/30 minit. *letak atas tempat yang suam pun dah boleh buat dough tu kembang cepat* 


30 minit kemudian...... 


6. Setelah tu, boleh la uli skit dan start potong dough tu seberat 30 gram setiap satu. Then, korang pun bulat-bulatkan dough yang korang dah timbang 30 gram tu dan susun cecantik kat atas dulang. 

P/S : Dalam gambar wawa letak tu, pakai dulang untuk buat french loaf sebab tu rupa soft roll tu tak bulat macam bola. Hihik. 

7. Selepas susun cecantik, biarkan dough tadi rehat sebentar kira-kira dalam 15 minit macam tu untuk bagi dough tu kembang balik.
8. Selepas di kembang tu, boleh la masukkan dough tadi ke dalam oven selama 20 minit dengan suhunya 200'C atau sehingga masak ok.


20 minit kemudian.......


9. Dah siap bakar, boleh la korang sapukan butter kat atas roti tu. Dan nak comel sikit, tabur biji lenga kat atas roti tu. Dan siap untuk di makan.

TIPS : Oh ya, kalau korang nak tau, soft roll yang menjadi mesti ringan dan lembut tau. Wawa first buat dulu down, yang second menjadi. Yay! hihi.

Okay, Selama Mencuba buat roti.



Saturday, December 27, 2014

REVIEW PEMENANG YANA PINK BLOSSOM #2 DAN #3

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum w.b.t.








Alhamdulillah dapat juga wawa habiskan review pemenang dari giveaway Yana Pink Blossom ni. Sorry awak-awak semua sebab wawa lambat review korang. Maklumlah dah masuk dunia universiti ni, sibuk la sikit.

Salam perkenalan juga buat blogger Siti Hajar [rasulidolaku.blogspot.com]  dan blogger Lissa [lissadblog.blogspot.com] dan tahniah kerana menjadi pemenang dalam giveaway Yana Pink Blossom.

Buat blogger Siti Hajar yang mempunyai blog bertemakan islamik betul-betul membuatkan jiwa kita berasa tenang. Tapi, lagi bagus kalau blogger Siti Hajar selitkan sedikit sebanyak tips/nasihat untuk dikongsikan kepada para blogger. Selain dapat naikkan trafik blog, boleh juga share ilmu bersama para pembaca diluar sana. (sebagai cadangan).
Wawa suka background blog Siti Hajar ni. Rasa macam duduk dekat angkasa pula. Dengan warnanya hitam dan kuning. Sejuk mata memandang. :)

Manakala blogger Lissa pula, banyak juga wawa dapat tips dari blog archive September dia. Nak-nak artikel mengenai "Jenis Teh dan Manfaatnya" , memandangkan family wawa penggemar teh, jadi melalui arikel yang dishare oleh blogger Lissa memang banyak ilmu baru mengenai teh wawa dapat.
Tak lupa juga, blogger Lissa pun ada share macam-macam tips seperti 5 cara nak menjadi orang baik, resepi dan banyak lagi.

Memang tak rugi kalau korang datang blogwalking dan follow kedua-dua blog ini. Hihi. Sama-samalah kita eratkan silaturrahim dari alam blogger ni ye. :)



JOM TERJAH -

-- lissadblog.blogspot.com

-- rasulidolaku.blogspot.com

Friday, December 26, 2014

GA MYSTIC CITY BY BAJUWARNACOKLAT

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.


KLIK BANNER UNTUK JOIN! 

TAMAT : 30 JANUARI 2015 

P/S : Wawa tak ada Twitter. 

Hadiah Gempak : 


Novel Mystic City yang bakal dimiliki oleh ..... 



bersambung...



Monday, December 22, 2014

REVIEW PEMENANG GIVEAWAY YANA PINK BLOSSOM #1

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Pertama sekali, wawa ingin memohon maaf kerana terlewat untuk mengreview para pemenang. Baik pemenang dari giveaway Yana Pink Blosson mahupun pemenang segmen yang wawa anjurkan sendiri. InsyaAllah wawa akan settlekan semuanya pada cuti mid sem ni. 

Rasanya belum terlewat untuk wawa ucapkan "Tahnia" kepada para pemenang giveaway Yana Pink Blossom ni walaupun masa pengumuman pemenang haritu wawa tak dapat nak celebrate sama-sama. Hihi. 

Untuk hari ini, wawa nak review Blogger Syaya kita. Walaupun baru berumur 16 tahun tapi adik Syaya ni dah banyak makan asam garam dalam dunia blogger ini semenjak 2012. Kalau nak dibandingkan dengan wawa, rasanya adik Syasya ni dah jadi senior wawa dalam alam blogger. 

Mempunya blog yang simple dan berwarna purple lembut betul-betul membuatkan kita (pembaca) berasa tenang. Tenang dari mata turun ke hati. *ayat macam orang dah jatuh cinta ni,hihi* Malah, artikelnya pun tak panjang. Kalau dibaca memang tak bosan. Nak-nak bila wawa baca artikel adik Syasya join segmen zaman persekolahan. Adoii sebijik pulak macam wawa zaman sekolah dulu kikiki.

Kalau korang ada singgah baca entri ni, sila la ke blog adik Syasya sekali dengan follow tau. Tak salah blogwalking hari-hari. Sambil berkunjung ke blog blogger lain, sambil erat silaturrahim kan? 

Selamat berkenalan dan berblogwalking ke blog shapurplegirl.blogspot.com/ hihi.

Friday, December 5, 2014

BEREHAT SEBENTAR

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum w.b.t.


Harap maaf. Kerja mereview blogger terpaksa ditangguhkan kerana terlalu sibuk dengan urusan di U. InsyaAllah bila wawa free nanti, wawa sambung mereview. Sorry tau! Harap korang memahami. Terima kasih.

Wednesday, November 19, 2014

PASSWORD FACEBOOK LONGGAR?

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Betul ke sekarang password dekat Facebook ni dah macam longgar tak macam dulu? Dah dua hari wawa perhatikan Facebook. Siap tukar password dibuatnya untuk sahkan wawa mimpi ke betul. 

Yela, kita cipta password bukan main gah lagi siap ada huruf kecil besar beserta nombor titik koma semua sebab taknak bagi orang hack. Tup tup tadi, masa wawa log in Facebook terlupa nak turn off caps lock. Tengah scroll berita dlam Facebook baru teringat. Lepas tu log out balik, tak lama lepas tu log in balik ikut yang betul, boleh bukak juga. Hati masih tak puas hati lai, log out balik tulis lagi dan lagi sampai la wawa penat and last-last tukar password baru. 

Maklum lah, zaman sekarang ni banyak ragam orang yang boleh curi curi password kita lepastu post perkara yang tak elok. Dah banyak kes wawa dengar pasal ini. Kita juga yang jadi mangsa kena maki hamun semua. Nauzubillah. Mudah-mudahan kita dilindungi dari kejadian sebegini ye. 

[SEGMEN REVIEW] BLOGGER AYA SURIA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Pertama kali wawa mereview para blogger disini. Kalau sebelum ni wawa review barangan online,tapi hari ini wawa nak review blogger Aya Suria. Salam perkenalan dari wawa. :)

Untuk pengetahuan umum, blogger Aya Suria ni merupakan pengedar sah Shaklee tau. Yang duk area KLIA, Sepang, Telok Panglima Garang, Jenjarom, Dengkil, Sg Lang Morib, Kanchong atau Banting Jugra boleh la order Shaklee dengan blogger Aya Suria ni.

Dengar cerita sekarang produk Shaklee dah ada macam-macam jenis tau. Mereka yang menghidapi penyakit jantung, darah tinggi, masalah sukar tidur, ingin menambahkan kecantikan wajah atau lain-lain masalah, boleh dapatkan produk Shaklee sebagai jalan penyelesaian. Walaupun wawa belum pernah mencuba produk Shaklee ini, tapi ramai pengguna di luar sana berpuas hati apabila menggunakan produk ini.

P/S : Banyak jugak masalah dan penyakit boleh disembuhkan dengan produk Shaklee ini. (Dengan izin Allah). Korang boleh rujuk di sidebar blog Aya Suria.

Selain itu, blogger Aya Suria juga banyak kongsikan testimoni pengguna Shaklee dan tips-tipsnya. Petua nak hilangkan panau pun ada, hilangkan jerawak pun ada dan yang best sekali cara nak kawal nafsu makan. Anda semua yang tengah diet, elok sangat tengok tips yang ada di sidebar blogger Aya Suria.

Biarpun blogger Aya Suria  ni merupakan seorang pengedar sah produk Shaklee, namun dia juga tidak lupa untuk kongsikan cerita hidupnya berubah kerana Shaklee. Alhamdulillah, kini blogger Aya Suria ni dah berjaya dalam bidang bisness. Hihi.

Wawa doakan blogger Aya Suria ni selalu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT dan berharap semoga bisness blogger Aya Suria sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Amin :)

Kalau korang berminat untuk menjadi ahli Shaklee, korang boleh daftar menjadi ahli Shaklee yang di terdapat di sidebar blog Aya Suria ni. Dan jangan lupa like fanpagenya di Facebook!

Tuesday, November 18, 2014

Segmen : Blog Review By Parihh

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


blog review, segmen blog review, segmen blog review by parihh, blog review by parihh

KLIK BANNER UNTUK JOIN!


Monday, November 17, 2014

PEMENANG SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER BLOG

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Sekarang tiba masanya wawa nak umumkan siapakah pemenang segmen naikkan follower blog. Seramai 20 orang peserta berjaya wawa cari semalam menggunakan kaedah random.org. Tapi sebelum tu, meh tengok dulu kedudukan korang di nombor yang ke berapa dalam segmen ini. 


PEMENANG KATEGORI BLOGLIST :











PEMENANG KATEGORI REVIEW :

P/S : Untuk review, wawa akan review seorang peserta dalam satu entri. Dan wawa akan start mereview para peserta bermula 18.11.2014 mengikut urutan. Harap anda bersabar ye :)











Tahniah buat para pemenang yang berjaya dan yang tidak berjaya tu jangan hampa. Mungkin bukan rezeki anda harini. Dan ribuan terima kasih juga buat semua peserta kerana sudi support segmen pertama wawa ini. Maafkan segala kekurangan dalam segmen ini. :)

Saturday, November 15, 2014

PENGUMUMAN PARA PESERTA SEGMEN

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah,segmen wawa dah pun berakhir 11.59 malam semalam. Dan In Shaa Allah wawa akan berikan keputusan pemenang pada 17 November 2014 jam 8.00 malam nanti. OK?

Ribuan terima kasih buat para peserta yang sudi meriahkan segmen pertama wawa ini walaupun banyak kekurangannya. Nanti wawa akan memperbaiki sedikit demi sedikit dalam segmen atau giveaway yang akan datamg. :)


SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI


-STICKY POST-

14 Oct. - 14 Nov

SILA SCROLL BAWAH UNTUK LIHAT ENTRI TERKINI

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Hari ini wawa nak lancarkan segmen tingkatkan jumlah follower blog buat pertama kali. Nak anjurkan giveaway memang tak sempat memandangkan dah nak sambung belajar. Jadi kita lancarkan segmen dulu-duluan selama sebulan ( 14 Oktober - 14 November, 11.59 malam ). 

CARA NAK JOIN: 

1. Buat satu entri bertajuk "SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI"
2. Copy kod HTML di bawah ini dan masukkan ke dalam entri penyertaan. (tekan CTRL+C serentak). 








3. Follow blog wawa di sidebar blog. *wajib*
4. Tinggalkan komen anda di ruang komen bawah ini. 


ALERT! 
- Wawa akan update senarai peserta seminggu sekali iaitu hari Isnin. Setiap update dari wawa nanti beserta dengan link follow para peserta. So, nanti korang just klik link tu untuk follow peserta lain. 
- Wawa akan check satu persatu okay sebab nak elak daripada orang ambil kesempatan lain. 
- Sebarang pertanyaan, boleh PM wawa dekat sini Facebook . 


Mohon korang semua dapat support wawa ye. Selamat bersegmen!

Friday, November 14, 2014

LAST CALL SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER SAMPAI 11.59 MALAM INI

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Segmen wawa tinggal kurang dari 1 jam lagi untuk tamat. Cepat join sementara peluang masih ada. Tangan wawa pun dah mula gatal nak cabut undi siapakah yang akan masuk dalam bloglist blog wawa dan blog siapakah yang akan direview oleh wawa. 

Sesiapa yang tak join lagi boleh klik banner di atas atau SINI . Lepas tamat cabaran ini, wawa nak adakan giveaway pulak. Anyone yang nak jadi sponsor wawa boleh PM di Facebook. In Shaa Allah bulan Disember nanti kita buat ye. :)

HEADER BARU

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Dah lama wawa tak buat baju baru untuk blog kesayangan ini. Tadi tengah usha usha blog, jumpa la blog Azzahsaid ni. Ya Allah doodle kucingnya memang comel sangatt-sangatt. Terus kesemua wawa amik buat doodle blog. Dan hasilnya, persilakan korang tengok di blog wawa hihi.

Apa-apa pun, terima kasih Azzahsaid sebab buat doodle kucing yang comel ni. Kalau blogger lain nak doodle kucing ni, boleh langsung ke blog Azzahsaid untuk grab doodle hasil tangan beliau. :)

[RESEPI] CARAMEL CHOCOLATE BROWNIES

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Meleleh sekejap air liur bila tengok caramel hihi. Okay, hari ini wawa nak kongsikan resepi "Caramel Chocolate Brownies" yang memang sedap. Cara nak membuatnya mudah sahaja dan tak sampai 1 jam boleh dihidangkan kepada keluarga. 


BAHAN-BAHAN :

- 55 gram tepung gandum *wawa guna 5 1/2 sudu besar tepung (diayak)
- 175 gram gula perang *wawa guna 5 sudu besar gula biasa sebab tak ada gula perang 
- 150 gram marjerin 
- 200 gram dark chocolate, dicincang/potong dadu
- 2 biji telur 
- 1 sudu kecil baking powder
- 4/5 sudu besar caramel *wawa pakai Carnation Caramel. 


CARA MEMBUAT :

1. Panaskan oven terlebih dahulu. Anggaran 160'C-180'C.

2. Cairkan marjerin dan dark chocolate ke dalam microwave. *wawa pakai kaedah double boiler. Senang dan cepat.

3. Pukul telur dan gula dengan mixer sehingga adunan menjadi ringan dan gebu. Kemudian, masukkan tepung dan baking powder. Biarkan adunan sebati.

4. Kemudian, masukkan campuran coklat dan marjerin yang telah cair tadi ke dalam adunan tadi. Kacau sehingga sebati.

Wawa guna carnation caramel.

5. Pukul caramel dalam mangkuk kecil dan masukkan ke dalam adunan. *wawa cuma panaskan caramel dan masukkan ke dalam adunan.

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.


7. Curahkan sedikit caramel di atas brownies untuk dihidangkan bersama keluarga.



SELAMAT MENCUBA!

Thursday, November 13, 2014

Sarawak's Shopping Hauls Giveaway by Siti Yang Menaip

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



KLIK BANNER UNTUK JOIN!

HADIAH-HADIAH :

Alas meja tenun x 3 ( 3 Pemenang )
Sarawak tea x 1 ( 1 Pemenang )
Snek rumpai laut x 3 ( 3 Pemenang )
Snek sagu x 1 ( 1 Pemenang )
Snek Tabaloi x 2 ( 2 Pemenang )
Snek Pepper Jelly x 5 ( 5 Pemenang )
Keychain Sarawak x 10 ( 10 Pemenang )
Fridge Magnet x 2 ( 2 Pemenang )

SEGMEN TAMAT : 16 NOVEMBER 2014

27 orang pemenang dicari. Pemenang akan dipilih menggunakan khidmat Random.org for sure. Jadi cabutan adalah adil dan saksama. Mari mari join ramai-ramai. Ajak kawan-kawan join sekali. Thank you.

Wednesday, November 12, 2014

[RUANG BISNESS] GLITTER SHAWL BATCH 2

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Ada tambahan glitter shawl untuk batch 2 kali ini. Sesiapa yang berminat nak membeli shawl dengan wawa, boleh PM wawa dekat Facebook ye. 


 GLITTER WIDE SHAWL

 COTTON VISCOSE
 1.8 X 0.8M

 PRICE :
 RM12 EXLUDE POSTAGE
[ADD RM6 PEN.MALAYSIA & RM10 SABAH/SARAWAK]

 PROMOTION : BUY 5 ONLY RM60 INCLUDING POSTAGE

GS01 - [SOLD OUT]



GLITTER WIDE SHAWL

 COTTON VISCOSE
 1.8 X 0.8M

 PRICE :
 RM12 EXLUDE POSTAGE
[ADD RM6 PEN.MALAYSIA & RM10 SABAH/SARAWAK]

 PROMOTION : BUY 5 ONLY RM60 INCLUDING POSTAGE



GLITTER WIDE SHAWL

 COTTON VISCOSE
 1.8 X 0.8M

 PRICE :
 RM12 EXLUDE POSTAGE
[ADD RM6 PEN.MALAYSIA & RM10 SABAH/SARAWAK]

 PROMOTION : BUY 5 ONLY RM60 INCLUDING POSTAGE



GLITTER WIDE SHAWL

 COTTON VISCOSE
 1.8 X 0.8M

 PRICE :
 RM12 EXLUDE POSTAGE
[ADD RM6 PEN.MALAYSIA & RM10 SABAH/SARAWAK]

 PROMOTION : BUY 5 ONLY RM60 INCLUDING POSTAGE


To order? Kindly PM me at Facebook .

Happy Shopping!

Tuesday, November 11, 2014

SENARAI PESERTA SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Terima kasih yang tak terhingga buat blogger di luar sana yang support wawa dalam segmen ini. Maaf kerana TERLEWAT update senarai peserta untuk korang follow. Dan dibawah ini wawa terpaksa berikan link blog para peserta untuk korang blogwalking dan follow. Boleh erat Silaturrahim kalau blogwalking sekali kan? Haritu memang plan nak berikan link follow tapi ada masalah teknikal sebab link tu tidak boleh dibuka dengan sempurna. Maaf sangat-sangat. ☹ 


10. AimiSyahirah 
12. Cik N.A 
16. Mar Mansor 
17. Eda Johari 
19. Khaty Aiman 
20. Ayoikema 
21. Allene 
22. Diana Rashid 
23. Nor Farihan 
25. Ayu Insyirah 
26. Dayang Deno 
27. Fuza Musa 
31. Frau Lisa
38. Shawal
42. Ade Arif
46. Dieyla
48. Asffa
51. MisZ Fyza
56. Nur As
58. Nurul Fatihah [2]  (TIADA BUTANG FOLLOW)**
59. Yun Sing
60. Panda Boy
62. Kasut Kusut 
73. Chie Etsuko (TIADA BUTANG FOLLOW)**
74. Aya Suria
77. Cik Deeba
79. Beba Ifa
85. Elih.J

** - Ada sesetengah blog yang tidak boleh buka dan difollow. Kepada empunya blog diatas, sila PM di Facebook wawa sekiranya blog anda sudah bertukar link dan sudah boleh difollow. Terima kasih.

P/S : Sekiranya anda join segmen ini tetapi nama anda tidak tersenarai dalam entri ini, sila komen dibawah untuk wawa update nama korang.

P/S : Memandangkan wawa tak dapat nak berikan link follow untuk memudahkan kerja korang follow blog peserta lain, jadi wawa akan mencari 10 orang peserta segmen ini untuk dimasukkan dalam bloglist wawa selama sebulan dan 10 orang lagi peserta untuk wawa review blog korang.
1 entri review = seorang peserta.
Dipendekkan cerita, wawa akan pilih 20 orang peserta menggunakan kaedah random.org.

Segmen ini masih berbaki beberapa hari lagi untuk blogger lain join. Masih ada peluang lagi ni untuk peserta lain join. LINK

Mohon maaf atas segala kekurangan dan kesulitan dalam segmen ini.

SELAMAT BERFOLLOW!