Wednesday, April 30, 2014

MIGRAIN

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.


*Google

Alang-alang wawa kena migrain sehari dua lepas, so malam ni nak bagi la sikit tips macam mana yang wawa buat untuk hilangkan migrain. Wawa kena migrain sejak hm sekolah rendah lagi. Dalam darjah 5 atau 6. Naik sekolah menengah, rasa macam semakin kurang. Alhamdulillah. Masuk umur 18 tahun, baru kena balik. Alhamdulillah tak teruk macam dulu. 

Q : Apa itu migrain?
A : Orang yang menghidapi migrain ni akan rasa sakit kepala yang berdenyut dan biasanya terjadi pada satu sisi bahagian kepala. Kalau menurut pengalaman wawa, wawa akan rasa sakit kepala yang berdenyut pada sebelah mata. Sama ada belah kiri atau kanan. Rasa sakit tu, Allah je tahu macam mana.

Q : Apakah simptom migrain?
A : Migrain ni ada banyak simptom. Kadang tu simptom dia datang secara tidak sedar. Migrain akan membuatkan korang rasa sensitif terhadap cahaya, bunyi, bau atau melakukan senaman ringan seperti naik tangga. Mereka yang kena migrain ni akan berasa loya, muntah-muntah dan mengalami masalah penglihatan.



1. Aura
Ada sesetengah orang yang kena migrain ni akan kena visualisasi aura/pencaran cahaya macam lampu berkedip, bintik-bintik, gelap mata atau berbentuk garis. Selalunya, perkara ni berlaku 20minit atau sejam sebelum migrain.
Ni antara simptom utama yang wawa kena sebelum migrain. Dia rasa macam nak pitam tapi tak pitam. Dan rasa tak selesa pada bahagian bawah mata contohnya korang akan rasa gelap pada bawah mata.

2. Menguap
Menguap ni salah satu tanda berlakunya migrain. Kekadang sebelum/selepas korang kena simptom aura, korang akan menguap dengan kerap.
Dan orang tua pun selalu cakap, kalau menguap berlebihan tanda masalah pada jantung atau sebaliknya. Tapi Allahu'alam.

3. Mual dan muntah
Menurut kajian dari American Migraine Study II, 73% penderita migrain akan mengalami mual dan selebihnya akan mengalami muntah-muntah.
Bagi wawa menda ni normal kot. Sebab lepas muntah, badan kita akan rasa segar dan secara tak langsung kita akan tidur. Tidur juga boleh membantu kita mengurangkan rasa pening.

4. Mengidam
Ada yang cakap salah satu tanda migrain ni 'mengidam nak makan coklat' dan ada yang cakap orang migrain ni tak boleh makan coklat. Mana satu yang betul?
Sebenarnya, kalau ikotkan pengalaman wawa sebelum wawa nak kena migrain tu, hampir hari-hari buat kuih/kek/biskut. Dan kadang-kadang tu teringin nak makan coklat sampai sanggup buat air coklat. Tapi sebab coklat tu dah jadi feveret, langgar jugak pantangnya. Tapi se-feveret wawa pada coklat tu, tak ada la makan hari-hari. Kena pandai bajet makan.
Dan kalau korang nak tahu, coklat, kacang, limau, mentega kacang, MSG, jeruk, keju, kafein dll boleh menyebabkan migrain.

5. Cahaya, bunyi atau bau 
Seseorang yang kena migrain amat sensitif terhadap cahaya, bunyi atau bau. Selalunya, penderita migrain akan berasa selesa duduk dalam keadaan gelap dan sunyi. Seeloknya, kalau korang kena migrain. jangan menghadap sangat dekat tv, lampu, handphone dll. Kalau boleh cepat-cepat masuk bilik, baring dalam gelap. Pastikan suasana tenang. Kadang-kadang, orang yang kena migrain akan bertambah sakit kalau dengar bunyi bising,kena silau lampu atau bau wangian yang kuat. Even bunyi kucing mengeow sekali pun korang akan rasa tak tenang.

6. Tidur dan makan yang tidak teratur
Makan dan tidak secara tidak teratur boleh menyebabkan migrain. Oleh itu, kita di nasihatkan untuk tidur selama 6 jam keatas bagi mereka yang sudah dewasa dan 8 jam bagi kanak-kanak. Bagi mereka yang suka makan lewat, ubahlah sikap korang tu. Jangan di tahan perut yang lapar. Migrain kalau dipandang remeh selalu berbahaya.

Q : Cara merawat migrain?
A : Ada banyak cara nak merawat migrain. Antara ubat pertama yang korang akan ambil semasa migrain, PANADOL. Dan ada juga yang pergi jumpa doktor. Lebih baik pergi jumpa doktor dari ambil panadol selalu kan? Dulu, time migrain, selalu jugak wawa cari panadol ni nak bagi hilang rasa sakit. Tapi kalau korang nak tahu PANADOL ni cuma MENGHILANGKAN SAKIT. Dan apa pula risiko sistem tubuh badan korang yang akan korang dapat?
Kalau melalui pendapat wawa, better guna cara tradisional. Walaupun lambat nak baik dan perlu dilakukan selalu, tapi Allah bagi kita kesabaran untuk menunggu. Dan ubat tradisional tiada kesan sampingan. Allah tidak akan menguji kita diluar kemampuan kita. Ingat, sakit tu juga ujian daripada Allah. Dan sakit tu juga penghapus dosa-dosa kecil kita.
Antara cara tradisional yang wawa guna :

1. SUJUD
Pada rakaat yang terakhir, korang sujud la lama sikit. Sambil berdoa minta kepada Allah. InsyaAllah rasa sakit itu akan berkurangan. Kalau tak nak dilakukan masa solat pun boleh dilakukan masa subuh.

Hal ini kerana otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfugsi secara normal. Tetapi ada beberapa urat saraf yang tidak dimasuki oleh darah dan dengan hanya bersujud barulah darah itu mengalir ke arah saraf itu.

2. BERBEKAM
Berbekam ni bagus tau. Ikot sunnah Rasulullah S.A.W. Selain dapat merawat migrain, berbekam juga dapat merawat penyakit lain. Islam menyarankan kita untuk berbekam sebagai satu cara merawat penyakit.

Sepertimana seorang khadam Rasullullah saw mengatakan: "Tidak seorang yang mengadu sakit kepalanya kepada Rasulullah saw melainkan baginda mengatakan. "Berbekamlah" (Sahih Sunan Abi Daud). Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., "Bahawa Rasulullah saw pernah berbekam ketika Baginda berada dalam keadaan berihram daripada sakit yag dirasakan di kepala Baginda". (Sahih Ibn Khuzaimah dengan tahkik al-Azhami).

3. RENDAM KAKI DENGAN AIR SUAM

4. MINUM PERAHAN LIMAU NIPIS / KAFEIN
Sebenarnya, kafein ni tak bagus tau. Tapi wawa kalau migrain, selalu minum kafein. Alhamdulillah hilang. Tapi jangan amalkan selalu minum kafein. Bahaya untuk kesihatan.

5. MINUM AIR ISOTONIK
Orang selalu cakap, kalau pening/demam minum air isotonik. Tapi tu orang cakap. Wawa tak pernah cuba sebab mak memang tak kasi minum. hihik.

Semoga bermanfaat semua.

Sumber | Sumber | Sumber





4 comments:

  1. Info yang sangat berguna! :D
    Saye pun ade migrain. Saye kalau bau dan bunyi yang terlalu kuat, mesti migrain akan mari serang :( Sakit sangat. Tapi selalunya saye hanye biarkan je. Takmakan panadol pun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih. :)
      Ohh..kalau sy tak boleh dengan cahaya yg terang. Memang sakit bila kena. Selalu saya sapu minyak lepastu tido. Tak makan jgk panadol :D

      Delete
  2. alhamdulillah , dgn izin Allah , sis tak ada migrain . semoga ianya kekal hingga selamanya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Mudah-mudahan akan dihindari dari segala penyakit :)

      Delete