Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum w.b.t.
Result UITM, alhamdulillah dah keluar minggu lepas. Yang berjaya tahniah wawa ucapkan, mana yang result cendeng sikit, jangan putus asa. Masih ada peluang lagi untuk berjaya. Yakin pada diri,usaha sekuat hati dan ingat Allah selalu insyaAllah berjaya nanti.
Since ada reader search macam mana nak baca result uitm, harini wawa nak bagitau macam mana nak tengok result uitm korang. Tak salah kita bagitau mereka yang tak tau ni kan? Orang tua tua cakap malu bertanya sesat jalan.
Kalau korang student Uitm, korang tak perlu risau siang malam macam mana nak check result final exam korang sebab korang akan dapat result korang melalui email yang korang beri semasa register haritu. Memang diaorang akan sent automatik dekat email masing-masing. Cuma cepat atau lambat je. Kalau korang pakai gmail, cepat la tau result. Kalau macam wawa ni guna yahoo, memang lambat gila nak sampai. Selalu pukul 12 tengah malam dah boleh tau result. Contoh, haritu 13 Nov result keluar, pukul 12 tengah malam dah boleh tengok dah. Better korang guna gmail la kalau nak cepat. Kalau yahoo ni lambat sikit jadi bukan pukul 12 tengah malam tepat tepat korang boleh tahu. Habis habis pukul 3 4 pagi macam wawa kena baru-baru ni. Jangan lupa print result exam tau! Kalau sistem email, korang kena print dalam masa 7 hari je. Lebih pada tu, link yang dia bagi kat atas tu expired. Korang print la sebagai rujukan ke mana tau tetiba dengan tengok result korang yang dean list ni muncul semangat yang kaw kaw nak study. Dan jangan lupa tunjuk dekat mak ayah korang slip exam ni.
Cara lain nak check result? Dengan cara pergi check dekat istudent portal. Korang click je "SEE EXAM RESULT" dan masukkan id dan password korang. Dapatlah korang tengok result. Pastu print. Untuk check dekat student portal, korang tak boleh check terus pukul 12 tengah malam. Memang takde. Sebab sistem ni mula dibuka pada jam 9 pagi. Contoh, result keluar 13 Nov dan korang boleh mula check pada jam 9 pagi. Hanya melalui email sahaja korang boleh tahu awal result korang. Begitulah caranya nak check result. Mudah je kan?
Adik adik yang baru masuk uitm ni boleh la tengok entri ni kalau tak tau macam mana nak check result.
Apa-apa pun semoga berjaya untuk memulakan semester baru yang berbaki 7 hari lagi. ^^ Dan jangan lupa support wawa dalam contest lynk.my ni. Kalau korang nak menang RM4000 dari lynk.my, tekan link ni okeh? http://lynk.my/bx6
cmne klau dh expired date, xde cara len ke utk print result mlainkn pi pjbt ?
ReplyDeletehaah awak, kalau dah expired date terpaksa mintak dengan pejabat semua result kita. :)
Deletedia ade mintak ke keputusan kte.. maksud nye kolej akan mintak ke.. sbb sye pnye da expired..
ReplyDeletetak ada pun awak..pihak kolej tak mintak..kita boleh mintak semua result kita setiap semester dengan pihak HEA k
DeleteTq awk, membantu sgt2. Saya serabut nk kaut balik result2 saya yg dh expired tu
Deletesalam..sya nak tnya kalau result dah expired date n kita nak print jgk mmg kta boleh trus pegi mntak kt pejabat ka? xyah jmpa koordinator dulu ka cmna
ReplyDeletewassalam. awak boleh mntk dkt pej akademik uitm untuk dptkan result. tak perlu jumpa koordinator fakulti sebab selalunya bahagian akademik yg uruskan result kita.
DeleteNak tahu dapat asrama ke x mcm mana?
ReplyDeleteyang ni atas uitm jgk. kalau uitm akak (uitm dungun) dia ada satu websitu nama ipelajar. ipelajar ni website kolej dkt uitm dungun. kalau nak dapat asrama kitaorang kena kumpul merit dan scan merit tu dekat ipelajar. nanti bila sampai masa nak masuk semester baru, pihak kolej akak bg masa untuk kitaorang bida kolej berdasarkan jumlah merit yang kitaorang dah kumpul. lepastu check dlm ipelajar dapat tak asrama yang kita dah bida tu :)
DeleteSalam , apa nak buat klau dia kata xleh view result sebab ada tunggakan pdahal smua dah bayar awal2 lagi?
ReplyDeleteWassalam. biasa kalau org ada hutang, dia kena settlekan hutang dlu dan akan dpt result dalam 2 minggu kalau xsilap akak. better awak check balik dkt istudent dekat bahagian financial tengok ada bayaran tertunggak tak. kalau takde, awak call pihak uitm bahagian hea. :)
Deletemaaf ada kesilapan, result tu awak boleh tengok 48 jam selepas membayar hutang
Deletecall bahagian hea cawangan masing masing ke atau shah alam pun boleh?
ReplyDeletecall hea cawangan masing masing. kalau shah alam akak tak pasti pulak boleh ke tak
Deletekalau result x valid mcm mana plak??
ReplyDeleteyang itu awak kena call hea uitm awak untuk tanya lebih lanjut
DeleteMcmne nk print keputusan semakan kolej ? Sy dh dpt tp tak tau mcmne nk print
ReplyDeleteboleh cuba CTRL+P tengok jadi tak
DeleteSalam. Mcm mna kalau belum bayar saman lgi? Adakah jumlah saman kita tu akan meningkat kalau belum bayar
ReplyDeleteWassalam, rasanya jumlah saman kita tak akan meningkat kalau lambat bayar
DeleteMcm mane pulak kalau nak tengok result dekat student portal tapi result kita x valid so x dpt tengok
ReplyDeleteYang itu kena call pihak HEA u masing-masing dik
DeleteHye, nak tanya, kalau result kita kne sekat then kita dah bayar after that, kat mne kita boleh view result kita ye? N selalunya akan ambil masa berapa lama untuk kita dpt access ke result kita?
ReplyDeletealamak. not sure la, ni tengok bahagian pengurusan jgk. kalau cepat dia update, mgkin sehari dua dah boleh tengok. Boleh tengok student portal untuk check result juga
DeleteNak tanya ..biasanya Berpaa lama expired date utk Result exam?
ReplyDelete