Friday, May 9, 2014

MAMPUKAH AKU MENANGGUNGNYA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.


Malam ni wawa pergi kl, so dalam keadaan duduk dalam bas ni tetiba mood nak update blog tu datang. So, terus download apps 'blogger' dekat playstore mana tau status yang wawa taip ni keluar dekat blog. Hihi.

Sebenarnya wawa berat sikit nak pergi KL bukannya sebab KL ni penuh dengan sosial. Dekat Terengganu pun 2x5 je macam KL. Tapi berat hati nak tinggalkan "anak-anak berbulu" comel wawa. Dah la yang satu lagi tengah sarat nak beranak. Di tambahkan lagi 'ibu comel' dia ni tak ada kat rumah. Susah sikit. Kan nanti datang si musang dengan biawak makan baby wawa tak pasal pasal nangis. Nak tak nak kena jugak tinggalkan. Mintak-mintak family dekat rumah jaga dengan baik la ye. 

Sebelum pergi tadi, wawa siap standby lagi makanan buat kucing wawa. 5 Bekas untuk 5 ekor kucing besar wawa. Berserta dengan nama comel diaorang sekali tau. Hihik. Nak cakap bekalan tu cukup untuk seminggu, memang tak lah kan sebab kucing-kucing kampung fuhh makan kemaim banyak. Asyik meow-meow je. Tak lupa juga kangkung untuk ikan kaloi wawa yang tak ada nama. 

Tu sahaja untuk malam ni. Nak tulis panjang-panjang pening wawa dalam bas. Siap ada bau petai lagi. Nasib baik wawa tak bawak durian pergi KL. Hehe.
Goodnyte blogger cantik hensem semua. 

Dalam bas, 
Wawa. 

3 comments:

  1. baiknya wawa :) bela kucing ni kan,macam jaga anak. hihi. kucing saya pun kuat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe biasa biasa je. :) tu la. macam jaga anak. tapi sekarang dah jadi terlebih sayang pula dekat kucing sampai kadang-kadang tu rasa tak sanggup je nak tinggal diaorang dekat rumah kalau wawa pergi belajar nanti. Kucing memang selalu kuat makan. Nak-nak kalau kucing kampung/baru lepas bersalin. hee

      Delete