Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini wawa nak kongsi biskut favourite wawa. Sebab hobi nak buat kuih tu semakin membuak-buak sebelum pergi belajar, jadi habis segala makanan yang wawa rasa nak makan, wawa buat. Sedap atau tak sedap, lain kira. Yang pasti, setiap resepi yang wawa share dekat sini semuanya menjadi dan sedap. Bukan senang nak dapat 'mood buat kuih' ni. Hihi.
Sebelum wawa cakap panjang, jom kita tengok resepi biskut kacang peas anak dara comelzz.
Sebelum wawa cakap panjang, jom kita tengok resepi biskut kacang peas anak dara comelzz.
BISKUT KACANG PEAS ANAK DARA
Bahan-bahan
- 120gram tepung kacang peas digoreng ( boleh didapati dekat pasaraya / kedai bakery )
- 180 gram tepung gandum ( wawa guna tepung gandum jenama Faiza, bersih dan halal )
- 20 gram santan serbuk ( kedai runcit ada )
- 100 gram gula aising
- 120 gram minyak mazola
- 1/4 sudu teh garam
- 1/8 sudu teh baking powder ( tak nak letak pun tak apa )
Bahan Hiasan
- 1 biji kuning telur + sedikit minyak mazola
Cara-caranya
P/S : Sekiranya korang membeli tepung kacang peas yang belum digoreng/disangai, korang perlu goreng/sangaikan tepung kacang peas terlebih dahulu di dalam kuali dan biarkan sejuk.
1. Masukan semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas dan uli sehingga menjadi adunan. Biarkan sekejap dalam 10-15 minit.
2. Sukat adunan tadi dengan sudu teh mengikut kuantiti yang korang suka lalu bentukkannya menjadi bulat. Orang Terengganu cakap getel dengan tangan sampai bulat.
3. Sapukan hiasan tadi di atas adunan biskut dan bakar pada suhu 160C selamat 30 minit atau sehinggan biskut itu masak.
4. Sejukkan biskut diluar oven dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Ni biskut yang wawa buat. Cincai cincai aje bentuknya sebab tak plan pun nak buat. Tetiba cukup bahan, terus buat. Tapi rupa tak penting bagi aku. Yang penting rasanya sedap.
Rupa biskut wawa ni memang tak boleh nak lawan la dengan Chef Iza Akma ni. Beza biskut wawa dengan Chef Iza Akma ni bagai langit dengan bumi lah orang cakap. Rupa biskut wawa buat semuanya macam kering kontang. Tapi yang Chef Iza buat ni, haihh gebu gebu lagi menyelerakan.
Untuk dapat resepi best dan nampak menyelerakan boleh pergi ke blog CHEF IZA AKMA
Setiap resepi yang ada dalam blog tu, perghh semua sedap dan menjadi kalau korang try buat. Even rupa yang kita buat tu tak cantik macam yang lain buat tapi tu semua bukan menjadi penghalang.
Rasa dia tu penting. Rupa kita boleh ubah.
Rasa dia tu penting. Rupa kita boleh ubah.
Selamat mencuba!
Manager kacang peas anak dara,
Wawa.
No comments:
Post a Comment