Wednesday, May 28, 2014

[REVIEW] BODY SCRUB, RICE MILK SOAP & LIPS SCRUB IRISSENTIALPJEY

Allahumma say`ala muhammadin wa`ala ai Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.



Ada sesiapa yang pergi Vendeur Festival tak 10 & 11 Mei yang lepas dekat Stadium Melawati Shah Alam? Kalau korang ada jumpa booth "Irissentialpjey" kat sana, bersyukurlah kerana dapat beli body scrub, lips scrub dan soap iris yang mana orang cakap memang sedap dan berhasil. Wawa sendiri dah cuba. 
Bukan senang nak sampai ke setiap booth yang ada dalam stadium sana. Kena tendang tumbuk makan sepak dulu baru boleh jumpa. 

Semua produk iris ni best-best. Lepas pakai tu terus je kulit korang akan rasa gebu macam baby. Nak-nak kalau korang guna body scrub. Dijamin suami korang tiap hari sayang la macam dalam iklan Fair & Lovely tu. 

Sesiapa yang berminat nak memiliki body scrub/soap/lip scrub from Iris, boleh contact instagram comel molek dekat sini ---> Irissentialpjey . Cepat-cepat lumba lari laju-laju sebab stock Iris ni terhad. Boleh cakap siapa cepat dia dapat, siapa lambat rugi. 

Satu lagi, kalau korang tak nak beli satu satu, korang boleh pilih package A/B/C dekat instagram Iris tu. Atau boleh tengok dekat gambar bawah ni. Wawa printscreen dari instagram Iris. 



Tapi kalau tak nak ikot package pun takpe. Atas citarasa korang nak yang mana. Yang pasti, semua perasa dia memang bau sedap-sedap. Fruity. Rasa segar je badan korang dengan bau buah. Tak stress. Cool. 

Nak tahu cara penggunaan/kesan/isi kandungan produk iris? Scroll bawah lagi. 





BODY SCRUB 
- diperbuat daripada garam mineral semula jadi dan diperkaya dengan vitamin yang baik untuk kulit. 

Terdapat tiga flavor :
1. Tomato
2. Mixed Fruit (wawa guna)
3. Yoghurt Milk (wawa guna)

RM 18. 
350 gram.

Cara-cara penggunaan :
1. Basahkan badan dengan air.
2. Lumur body scrub dengan gerakan membulat untuk menyingkirkan sel kulit mati. Ambil masa menyental scrub ke tubuh anda.
3. Basahkan badan sekali lagi dan gosok scrub sehingga keluar buih. Buih ini akan menggantikan sabun. Bermakna, anda tidak perlu lagi menggunakan sabun selepas memakai body scrub.
4. Bilas bersih.

Kesan : 
Kulit menjadi lembut, gebu dan cerah selepas mandi.



Disebabkan wawa tak beli lips scrub ni, jadi terpaksa la wawa keluar kejap pergi amik salah satu feedback pelanggan Iris untuk tunjukkan kepada korang semua lips scrub Iris ni. Untuk tengok feedback pelanggan Iris boleh pergi ke instagram Iris ---> Irissentialpjey

LIPS SCRUB
- diperbuat daripada gula halus, madu, minyak jojoba, minyak zaitun, pewarna dan perisa.

Terdapat 10 flavor lips scrub :
1. Strawberry
2. Blueberry
3. Apple
4. Honeydew
5. Pineapple
6. Chocolate
7. Cappuccino
8. Sunkist
9. Buttermilk
10. Mango

RM8 per unit.
5 gram.

Cara-cara penggunaan : 
1. Ambil sedikit lips scrub dan sapukan dengan menggosok lembut di bibir.
2. Bilas bersih.

Kesan : 
Bibir menjadi lembut, licin dan rata.
Bibir akan menjadi kemerah-merahan kerana darah telah mengalir dengan baik.





Yang ni pun sama. Terpaksa keluar kejap cari gambar dekat instagram Iris sebab nak bagi korang semua tengok. Al maklumlah waktu wawa nak beli dekat festival haritu, sabun Iris dah habis stok. 
Dekat gambar atas tu sabun Iris. Yang ada corak bunga cantik-cantik tu. Dan yang dalam bekas tu body scrub. 

RICE MILK SOAP
- diperbuat daripada susu beras, madu, minyak kelapa asli dan biji beras. Boleh digunakan bila-bila masa. Sesuai untuk muka dan badan.

RM18.
100 gram.

Kesan : 
Kulit akan menjadi tegang, berseri, lembut dan bersih.

Cara penggunaan :
Sapu di seluruh badan (seperti sabun biasa).

Kebaikan sabun :
1. Menanggalkan daki 
2. Melembutkan kulit.
3. Membuatkan kulit glowing
4. Menghilangkan jerawat.
5. Menghilangkan bau badan.
6. Meratakan warna kulit (sunburn).




P/S : Semua perempuan dan lelaki boleh guna lips scrub, milk soap dan body scrub Iris. Tak percaya? Korang boleh tengok feedback customer lelaki yang pakai lips scrub dalam instsgram Iris. Ramai je lelaki pakai lips scrub sekarang. Alah, diaorang nak jugak bibir merah macam budak perempuan kan. Hihi. 

Nak order? 

Instagram : Irissentialpjey
Whatsapp : 013 456 3821

Selamat mencuba saudari saudara sekalian. 


No comments:

Post a Comment