Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah semakin ramai yang datang ke blog wawa. Mudah-mudahan mendapat sambutan dengan lebih ramai lagi. InsyaAllah.
Sejak kebelakangan ni, search keywords blog wawa selalu cakap ramai pengunjung datang ke blog wawa untuk tanya jenis bahan yang wawa guna untuk buat rainbow cookies, resepi the yass bubblecop, produk apa yang wawa pakai, bekas yang sesuai, serbuk empleks ada dijual tak dekat Brunei dan banyak lagi. Wawa bukannya tak nak jawab satu persatu. Bukannya tak nak buat entri satu persatu untuk soalan yang ditanya. Tetapi kesihatan wawa tidak mengizinkan sejak kebelakangan ni. Nak hadap laptop lama-lama pun tak boleh. Jadi, wawa cadangkan supaya korang tanya je semua jenis soalan yang korang nak dekat ask.fm wawa ni. Boleh tengok dekat sidebar blog wawa. Atau korang boleh email wawa di wadhihah96@yahoo.com . InsyaAllah wawa akan jawab dengan cepat sepantas harimau bintang berlari cari anak.
Okay, berbalik pada tajuk utama entri wawa malam ni.
DOA UNTUK BUANG ANGIN DI BADAN.
"Untuk buang angin badan, anda perlu selarikan doa, usaha dan tawakal. Tanpa doa, usaha dan tawakal yang di lakukan serentak, angin badan sukar untuk di buang. Ini kerana angin badan melibatkan fizikal, mental, jiwa dan kekuatan rohani anda.
Untuk buang angin badan, anda perlu libatkan Allah dan cara terbaik untuk libatkan Allah adalah dengan berdoa dan tawakal.
Setiap kali anda terkena serangan angin badan, anda terus doa ya Allah, lindungilah aku dari kejahatan angin badan , syaitan, jin dan iblis.
Ketika anda berusaha untuk buang angin badan dengan melakukan senaman, selalulah berdoa ‘ ya Allah, buanglah angin badan dari badan aku dan berikanlah aku kesihatan yang baik.
Seterusnya ketika anda rasa lega dari angin badan,berdoalah pada Allah. Ya Allah, terima kasih kerana berikan aku kesihatan yang baik.
Antara perkara yang boleh bantu anda untuk buang angin badan adalah makan dan mandi. Oleh itu, ketika anda makan anda doalah pada Allah supaya berikan anda kesihatan yang baik menerusi makanan yang anda makan. Namun, anda perlulah makan makanan yang sihat. Jangan pula makan makanan yang tidak sihat.
Ketika anda mandi pula, and doa pada Allah supaya buang segala angin badan dan berikan anda kebersihan dan kesihatan badan yang baik.
Doa pada Allah adalah salah satu perkara yang perlu anda lakukan untuk anda buang angin badan. Jangan berhenti berdoa dan berdoalah seperti anda seorang yang benar – benar beriman pada Allah"
ok juga keywords jadi entry . x perlu pening kepala fikir nak taip apa kat entry ...
ReplyDeleteKan? Wawa selalu pening nak buat tajuk apa untuk entri seterusnya.
Deletethanks share
ReplyDeleteYoure welcome :)
Deletetq for sharing this wawa :)
ReplyDeletewoww.thanks for sharing.I'm sufferred with angin..heehe
ReplyDelete