SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Thursday, May 1, 2014

[RESEPI] BROWNIES NUTELLA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.



Mempersembahkan brownies nutella toink toink wawa. 

Walaupun rupanya tak comel macam brownies yang orang lain buat tapi semua tu tak penting. Rupa tak bawa kebahagiaan. Yang penting rasa dia tu sedapp. Kalau korang nak buat brownies ni, beli la bahan-bahan untuk buat topping kat atas tu banyak sikit. Macam kacang ke, yang warna-warna ke. Nampak menarik sikit. Yedak? Brownies yang wawa buat ni main campak-campak je. Comot momot sikit bentuknya. Hihi. Wawa guna coklat chip sebagai topping sebab tak ada kacang kat rumah. 

Brownies Nutella ni mudah sangat nak buat. 
Meh sini tengok resepi brownies nutella toink toink wawa. 


- Telur 
- Nutella (mengikut citarasa nak letak banyak mana)
- Tepung Gandum/Tepung Serbaguna (5 sudu besar)

Bahan-bahan ni korang boleh dapatkan dekat supermarket. Kalau kedai runcit rumah korang tu selalu update barang baru macam ada nutella, ada bahan buat kek, beli je kat situ. Jimat masa dan minyak kereta mak ayah korang.

Brownies nutella ni boleh buat dalam 20 bijik. Kalau korang buat dapat lebih atau kurang, tu mengikut sukatan korang la. 

CARA NAK DAPAT BROWNIES NUTELLA :

1. Panaskan oven terlebih dahulu. 180C dah memandai.

2.. Masukkan telur dan nutella. Kacau-kacau-kacau. Wawa guna mixer. Cepat sikit nak sebati. Kalau nak guna tangan pun boleh. Tapi berketul-ketul la sikit tangan korang tu. 

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit tepung ke dalam telur+nutella tadi. Kacau sehingga sebati. Lepastu letak dalam bekas macam wawa letak tu. Then masukkan dalam oven. Dengan suhu 180C tadi. Kiran-kira 20 minit atau tunggu sehingga brownies tu masak.

4. Bila dah masak, biarkan brownies dekat luar sekejap. Lepas tu korang boleh decorate brownies korang mengikut citarasa. Wawa guna coklat chip dan nutella sebab tak dak bahan decorate lain. Nutella tu wa guna dalam piping bag, lepas tu picit. Buat corak ikut suka yang korang nak. Lepas tu letak coklat chip. Siap. 

Boleh makan dengan family pada waktu petang. Kalau korang buat sedap sangat-sangat boleh simpan sendiri bawah bantal untuk makan sorang-sorang. 

Selamat Mencuba. 

Chef comel,
Wawa.

5 comments:

  1. kalau dah nutella, buat apa pun sedap.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. semua jadi sedap kalau pakai nutella. :D

      Delete
  2. nak buat sendiri x reti..minta sikit boleh? hehehehe

    ReplyDelete