Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum w.b.t.
KLIK BANNER UNTUK JOIN
KLIK BANNER UNTUK JOIN
Alhamdulillah, hari ini wawa nak join Giveaway yang dianjurkan oleh Miss Ika. 1st time wawa datang ke blog Ika and tengok Ika ada buat giveaway. Terus wawa join alang-alang ada masa free. Bukan senang nak dapat perfume Belara Midnight ni. Paling yang tak sangka sekali, wawa ingat yang Ika buat perfume ni sebab ada nampak 'Miss Ika' dekat kotak dalam gambar. Haha. Lepas baca balik, ohh baru tahu Belara Midnight ni by Mary Kay.
Perfume ni wawa tak pernah pakai lagi. Ni baru tahu. Kalau ada rezeki dapat perfume ni nak jugak pakai sekali promote dekat kawan-kawan. Mana tahu ramai yang nak kan?
Korang semua, kalau rasa perfume kat rumah tu dah nak habis / nak tambah koleksi perfume / nak cuba perfume baru boleh sangat sangat join Giveaway ni. Wawa jamin korang mesti suka punya dengan perfume ni. Limited edition orang cakap. So, apa tunggu lagi, jom join dan menangi Belara Midnight by Mary Kay.
Sebab apa wawa suka perfume?
Orang perempuan dengan perfume memang tak boleh nak berenggang. Kalau masa wawa sekolah dulu, ramai je wawa tengok kawan-kawan wawa pakai perfume. Bahkan pelajar lelaki pun ada yang pakai. So, tak kira tua muda lelaki atau perempuan, perfume tetap pakai. Wawa pakai tapi tak over sangat sebab wawa sensitif kalau letak banyak sangat. Migrain problem.
Wawa suka pakai perfume sebab perfume ni bagus sebenarnya. Selain dapat menyegarkan diri dan merangsang minda, perfume juga mampu memberikan ketenangan serta ketenteraman jiwa. Jadi bila pakai, kita rase cool je. Nampak yakin. Berseri-seri. Orang pun selesa duduk dengan kita. Perfume juga melambangkan kebaikan dan bau busuk melambangkan kekejian.
Kalau korang nak tahu, wangian juga sangat disukai oleh Allah, para Malaikat, para Rasul dan orang Soleh.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda : " Empat perkara daripada sunah para rasul ; perasaan malu, memakai wangian, bersiwak dan bernikah." ( Riwayat al-tarmizi , Ahmad dan al-Baghawi.Hadis Daif)
Sebab tu kita kena wangi selalu. Ikut sunnah Rasul. Yedak?
Oh ya, apabila beli kotak perfume, mesti korang tertanya-tanya apa itu EAU DE COLOGNE (EDC), EAU DE TOILETTE (EDT) dan EAU DEPARFUME (EDP) kan? Ada sesetengah orang, dia tak amik kisah pun. Beli je. Asal wangi sudah ler. Kan?
EAU DE COLOGNE (EDC)
- merupakan jenis wangian paling ringan. Itu kerana kadar alkoholnya paling tinggi dan hanya terdapat sekitar 5 peratus campuran pewangi. Jenis ini wangiannya cepat hilang dan sesuai digunakan selepas selesai mandi.
EAU DE TOILETTER (EDT)
- wangian ni satu tahap lebih tinggi di atas cologne. Kadar alkoholnya juga tinggi walaupun tidak setinggi cologne. Kadar pewanginya sekitar 12 peratus. Sekiranya anda mahu mendapat kesegaran yang boleh bertahan cukup lama, jenis wangian ini merupakan pilihan yang ideal kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam dan boleh bertahan hingga 3-4 jam. Amat sesuai untuk semua keadaan.
EAU DE PERFUME (EDP)
- wangian ini cukup tahan lama hingga 4-6 jam. Memiliki kadar alkohol yang sedikit sementara kadar pewanginya sekitar 15 hingga 22 peratus. Oleh sebab itu, bau wangiannya cukup kuat dan tahan lama sehingga lebih sesuai digunakan pada malam hari terutamanya untuk menghadiri acara rasmi.
Dari semua jenis wangian, jenis ini yang paling bertahan lama sehingga 6-12 jam. Kadar aromanya mencapai 22 peratus tanpa campuran alkohol. Tidak perlu memakainya terlalu banyak kerana wangian ini boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh. Sebab tu kalau korang tengok video Belara Midnight by Mary Kay, dia guna waktu malam. Eh?
Alamak Ika, dah terlebih panjang buat entri giveaway awak ni. Hihi.
Semoga bermanfaat dan selamat berjaya kepada semua peserta yang join.
Lot of love,
Wawa.
Nice sharing (y) jemput singgah blog saya
ReplyDeletehttp://syerarahim.blogspot.com/
semoga bermanfaat
terima kasih
Terima kasih :)
DeleteInsyaAllah nanti saya datang.
Baru tau beza edt,edp ngn edc tu heheh.. Thank you :)
ReplyDeletehttp://ciknurepaa.blogspot.com/
Terima kasih. Hihi.
Deletebest of luck
ReplyDelete