Thursday, February 27, 2014

CARA BLOCK EMAIL DI YAHOO.COM


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum.






Selepas kejadian penipuan yang wawa hampir kena semalam, hari ini wawa nak bagitahu dekat korang cara-cara nak block email dekat yahoo. Korang boleh block 500 email paling banyak dekat yahoo. Tapi pastikan korang masukkan email yang betul sebelum block. Takut nanti tersilap tulis email kawan korang, tak boleh nak berbalas-balas khabar. hihi. 

LANGKAH PERTAMA

Seperti biasa galakkan diri dengan memulakan sesuatu perkara dengan melafazkan 


LANGKAH KEDUA





Pergi ke laman web YAHOO dan sign in akaun anda macam step yang wawa tunjuk dalam gambar atas.

LANGKAH KETIGA


Lepastu, pergi dekat mail. Tunggu.

LANGKAH KEEMPAT


Lepas tekan mail, korang pergi dekat belah kanan atas yang ada lambang gear dan klik sampai dia keluar senarai menu. [macam dalam gambar]
Tekan SETTING.

LANGKAH KELIMA


Haa, bila korang dah tekan SETTING, dia akan keluar macam-macam senarai dekat belah kiri.
 [gambar atas].
Lepastu, korang pilih BLOCKED ADDRESSES. Dan dia akan paparkan gambaran di atas. 
Korang masukkan address email yang korang nak block. Tak kira spam ke scam ke yang korang rasa mengganggu ketenteraman korang. 

P/S : Pastikan email yang korang letak tu tepat. Sebab kalau korang tersilap letak maknanya korang tak boleh nak contact kawan korang. 

Lepas letak email siap-siap, tekan BLOCK.

LANGKAH KEENAM


Bila dah block, korang jangan terus pangkah tau. Scroll dulu sampai ke bawah sampai korang jumpa butang SAVE. Lepas tekan SAVE, baru korang boleh pangkah dan teruskan aktiviti harian korang tanpa risau lagi. 



EMAIL DARIPADA SI PENIPU


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum.



Semalam wawa terima email dari orang yang wawa tak kenal. Tak tahu lelaki ke perempuan sebab nama email dia pun pelik. Mesej yang dia hantar pun dalam English. Wawa nak papar dekat sini pun tak berani. Takut jadi apa-apa pulak.

Isi mesej dia tu serius wawa cakap, kalau korang baca korang akan cakap dia ni Islam. Sebab dia siap bagi Assalamualaikum lagi. Lepas tu dia cakap dia nampak profile wawa semasa tengah cari kawan Muslim. Lepas tu dia cakap dia nak kenal wawa semua semua. Lepas tu dia cakap dia nak kawan sebab dia dah lama kesunyian dan bermacam lagi lah. Lagi lagi dia bagitahu yang dia akan beritahu pada diri dia dengan lebih lagi dan sent gambar. Masa wawa terima email tu, wawa rasa macam "eh, mana dia tau profile aku ha? Macam mana dia tahu aku ni islam?" Beribu-ribu persoalan datang dalam kepala wawa masa tu. Takut jugak jadi apa-apa. Sebelum ni banyak je email penipu yang wawa dapat, cakap nak bagi duit bermillion bagai, tapi tak layan. Delete. Delete je. 

Masa dia sent email tu, wawa tak tahu lagi yang dia ni penipu. Wawa tanya dia mana dia kenal wawa dan dapat email tu. Tapi lepas wawa sent tu, rasa macam bodoh gila wawa. Sebab lepas sent, wawa baru check dekat google. Tengok email yang wawa dapat tu sama. Masa tu baru wawa tahu email tu PENIPU. 
Rasa macam cacing kepanasan dah waktu tu. Campur dengan takut lagi. Wawa nak block email dia tapi tak tahu jalan. Search lagi dengan google. Alhamdulillah nasib baik ada jalan. So, wawa terus block email malam tu jugak. Baru rasa lega sikit. 

Wawa nasihatkan, kalau korang terima email yang tak kenal, mintak apa-apa ke, menang ke suruh klik link ke better JANGAN TEKAN. Semua tu helah diaorang nak curi password kita, maklumat peribadi kita dan lain-lain. Kalau korang rasa was-was, try search dekat google. Mana tau orang yang hantar email dekat korang tu dah famous dekat google. Diaorang ada macam-macam cara nak kenakan kita. Mudah-mudahan kita semua selamat dari penipuan mereka.  

Wednesday, February 26, 2014

CARA RINGANKAN LAPTOP/KOMPUTER


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum.



Hi Hi Hi. Memandangkan laptop wawa ni slow sangat macam S-L-O-T-H. Dan kekadang tu dia jadi ice blended. Kejap beku kejap cair. Kejap cair kejap beku. So niat wawa nak update blog ni pun jadi macam chipsmore. Kejap ada kejap tak ada. Nasib baiklah ada si cantik manis Daya The Sixth ni tolong menyelesaikan masalah laptop wawa. Alhamdulillah. Terima kasih ye Daya. :)

Melalui ilmu yang Daya telah turunkan, wawa nak sebarkan sikit ilmu yang wawa tahu daripada Daya ni. Dengan tips yang wawa dapat daripada Daya ni, mesti korang semua dapat menyelesaikan masalah obesiti laptop/komputer korang. 

PERTAMA

Sebelum melakukan sesuatu perkara, galakkan diri kita terlebih dahulu dengan lafaz 


KEDUA

Click pada butang START yang terdapat di belah kiri bawah laptop/komputer korang. Kalau korang menggunakan WINDOWS 8, korang boleh download apps untuk ringankan laptop korang.

KETIGA



Selepas click START, korang search perkataan "disk" macam wawa buat dalam gambar atas
[simbol bintang nombor 1].
Selepas tu dia akan keluar ayat "Disk Cleanup" dan "Disk Defragmenter" kan? Korang click "Disk Cleanup" [simbol bintang nombor 2] dan tunggu sehingga paparan keluar.
Tugas Disk Cleanup ni untuk bersihkan disk korang dari file yang tak penting.

KEEMPAT



Ni paparan yang wawa maksudkan. Click OK untuk continue prosesnya. Macam yang Daya bagitahu, Disk Cleanup ni tak lama pun tunggu. Sekejap je. hihi. Selepas habis tunggu, click OK lagi.

KELIMA


Tunggu. Tunggu. Tunggu. Setelah habis Disk Cleanup, korang click lagi butang START dan search lagi "disk" untuk kali kedua [simbol bintang bernombor 1]. 
Dan pilih pula "Disk Defragmenter". [simbol bintang bernombor 2]. Tunggu sehingga paparan keluar.
Haa, tugas Disk Defragmenter ni pula membolehkan laptop korang jadi lebih cepat,cekap dan tangkass. 

Seperti mana yang Daya bagitahu dalam blognya, proses Disk Defragmenter ni lambat sikit. Tidur pun lena kalau tunggu. Tapi kalau wawa, wawa tak rasa tunggu lama sebab wawa khusyuk layan cerita matsaleh semalam. Jadi bila tengok laptop, tup tup dah siap. 


KEENAM


Selepas tu, korang click "Analyze Disk" [simbol bintang bernombor 1] dan tunggu.....

Setelah proses analyze ni da siap, korang click pula pada butang "Defragment Disk" 
[simbol bintang bernombor 2] dan tunggu lagi.
Kata Daya, tugas Analyze Disk dan Defragment Disk ni untuk susun balik file-file yang dah berterabur dalam laptop atau file yang telah korang delete tapi masih ada dalam laptop.

KETUJUH

Selepas selepas selepas tu boleh la korang cakap Alhamdulillah laptop dah laju. Dan boleh gunakannya tanpa sebarang gangguan. Jangan lupa ucap Terima Kasih dekat DAYA THE SIXTH sebab dah tolong turunkan masalah obesiti pada laptop korang. ^^

Saturday, February 22, 2014

SUPER DUPER SIMPLE GIVEAWAY


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum w.b.t

KLIK BANNER DI BAWAH NAK JOIN
BERMULA DARI 12/1/2014 until  26/2/2014

hadiah yang ditawarkan 


MUNGKIN ANDA PEMENANG YANG BERTUAH ITU






HAIWAN JUGA MEMERLUKAN KASIH SAYANG


Assalamualaikum.

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.





[FLASHBACK] Kucing paling tua dekat rumah. Hampir 10 tahun wawa bela kucing ni. Dari baby, sampai dia ada 3 kaki, sampai gigi depan dia tak ada. Kitaorang bagi nama kucing ni Tika. Wawa lagi suka panggil nama dia Kartika sebab pengaruh cerita. Haha.

Kebanyakkan kucing yang wawa bela semuanya kucing kampung. Ada sesetengah orang tu pandang rendah bila ada orang bela kucing kampung. Macam kucing ni. Waktu bawak pergi klinik, ada yang pandang ringan dekat dia. Sampai kadang tu kitaorang cakap dia gila sebab tak suka dia merendah-rendahkan kucing kitaorang. Yela, nyawa manusia atau haiwan semuanya berharga. Mana boleh bawak main-main. Semua tu makhluk ciptaan Allah juga.


Gambar kat atas ni pula selepas doktor potong kaki dia. Kaki dia kena potong sebab digigit biawak. Waktu tu keadaan dia 50-50 sebab kehilangan banyak darah. Tahun ni merupakan tahun ketiga dia hidup dengan kaki tiga. 

MPH.ONLINE LAGI


Assalamualaikum.

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Dah lama wawa tak tengok blog sendiri. Hati cakap nak update blog tapi perasaan malas tu mempengaruhi diri sejak habis sekolah. Allah. Kenapa dengan aku ni. Rasa malas tahap maksimum dalam diri. Nak ubah bukan main liat lagi. 

Hari selasa minggu lepas wawa beli buku secara online lagi dengan pihak MPH ONLINE. Novel bi bertajuk Fangirl dan Eleanor & Park. Serious wawa cakap cepat sangat barang order wawa sampai. Order hari selasa, bank in hari rabu, hari khamis terus sampai. Haha. Dan semalam wawa order lagi buku. Lagi dan lagi. Sekali wawa beli buku secara online dengan MPH, sampai bila-bila wawa akan pilih MPH. Cepat dan mudah. Sekali dapat diskaun. Tak payah susah-susah pergi kedai buku cari buku yang belum tentu ada. Hihi. 

Kalau korang nak cari buku, wawa syorkan korang pilih MPH ONLINE. Perkhidmatan yang dia bagi pun bagus. Kalau ada buku terbaru, dia akan alert dekat email. Bagitahu tajuk buku yang best. Kalau ada hari istimewa dia akan bagi diskaun. Free postage RM50 keatas. 

Selepas wawa baca, wawa akan review buku ni dekat korang semua. InsyaAllah. 

Tuesday, February 18, 2014

GO-GO GIVEAWAY


Assalamualaikum.

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.





Mahu giveaway mudah-mudah tapi nak hadiah standard ? jom join segmen nih !

*Follow A Gentleman To Be & Mr Arrogant sahaja . 

*Copy & paste code di sana , habis kerja !

Shafiq mencari 2 Top Referrals dan 1 Pemenang Random

Tamat 27-02-14

Monday, February 17, 2014

ALHAMDULILLAH


Assalamualaikum.

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.




Hajat dah lama nak update blog. Dari hari ke hari tak jugak ter-update. Isinya dah tulis, tapi berhenti separuh jalan. Hampir 2 3 entri jugak terbuku dalam draft blog. Hari ini baru ada peluang sikit nak update. Tapi masih samar-samar lagi. Haish. 

Biasalah kalau dah lama tak update blog, mesti terdetik hati nak scroll update terkini daripada para blogger. Kalau dua hari tak online, wawa akan scroll dan scroll dan scroll sampai jumpa entri yang blogger post dua hari lepas. Mana tau kalau-kalau ada isu yang penting. 

Dan tadi, wawa terjumpa entri Pemenang Kontes U-Blogger yang wawa join tahun lepas. Alhamdulillah setelah lama menunggu, akhirnya ada rezeki wawa menang dalam kontes tu. Dan hadiah yang wawa dapat Tower Bridge 3D Puzzle yang mana dah lama wawa nak sangat. Sampai kan haritu rasa nak beli terus dengan sponsor kontes tu. Tapi Alhamdulillah apa yang wawa nak tu tercapai. Syukur Alhamdulillah Ya Allah. 

Kalau korang join tapi belum tengok lagi senarai pemenang, boleh terus KLIK SINI .
Tahniah jugak wawa ucapkan kepada semua pemenang yang berjaya. Yang tak berjaya pun wawa nak ucapkan tahniah jugak sebab korang dah berusaha yang terbaik untuk menang. Mungkin rezeki korang lebih baik dari ini. Tahniah semua. :)




Tuesday, February 11, 2014

LUAHAN HATI


Assalamualaikum.

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.




* Letak handphone bawah bantal * Hari ni wawa belajar bawak kereta di atas jalan raya. First time bawak betul-betul atas jalan raya campur dengan kenderaan yang lalu lalang rasa macam Ya Allah boleh ke aku nak bawak ni. Nasib baik pakcik yang ajar tu sporting. Tak garang malah siap nyanyi lagi nak memecahkan kesunyian dalam kereta. Waktu tu wawa kemain siap gelak lagi sambil bawak. Mana taknya bila pakcik tu ajuk cakap pencetus ummah Yeop tu. "Nongen nongeng juga , moh kita beramal". Comfirm kereta depan belakang kiri kanan perasan wawa tengah enjoy belajar bawak kereta. 

Tapi dalam waktu happy macam tu, ada jugak perasaan macam tak yakin je nak bawak. Nak-nak waktu dekat simpang 4. Masa tu Allah je yang tahu betapa takutnya wawa kereta mati tengah jalan time nak belok. Bukan sebuah dua kereta yang ada tapi berpuluh-puluh buah. Pakcik tu pun cakap haihh sakit jantung masa ni. Haha. Masa belajar atas jalan tadi, wawa belajar bawak dua jalan. Jalan A dan jalan C. Ada roundbout, u-turn. Waktu tu kereta banyak. Campur lori. Seribu perasaan ada. 

Then, ada satu part yang wawa suka masa bawak atas jalan raya. Waktu tu masa tengah bawak dekat jalan yang lurus. Tak ada satu pun kereta ikot belakang. Hahaha. Dan kalau ada pun semua duk jarak jauh. Wawa selalu perhati kereta dari belakang melalui side mirror. Sebab waktu ceramah dulu cikgu ada cakap kalau budak L bawak kereta comfirm kereta tak berani dekat. Ada memotong, ada buat jarak jauh. So, wawa try la jeling-jeling liar sikit. Nak acah sikit orang belakang. Haha. Pakcik tu ada pesan tadi, kalau bawak kereta kena maju ke depan jangan tengok masa lalu. Masa silam jangan dikenang-kenang ( sambil menyanyi ) . 

Tempoh belajar tadi 1 jam je. Serius wawa cakap tak puas. Sebab rasa macam sekejap sangat. Yelah, mana taknya wawa datang pukul 8 pagi nak amik nombor giliran. Tunggu punya tunggu dapat nombor giliran yang ke-83. ASDFGHJKL. Lama gila kena tunggu. 7 jam kot. Dalam pukul 3 baru sampai giliran wawa. Tak sempat nak tengok BCWMH dekat ruang menunggu. T.T 
Tak lama lepas tu, pukul 4 wawa siap. Dah boleh balik.
Kat sini kitaorang tak ada guru mengajar yang tetap. Semuanya bergantung kepada nombor giliran. Pakcik tu cakap atas nasib la dapat cikgu yang macam mana. Lain orang, lain hati. Pesan dia lagi, kalau dapat cikgu garang, kena buat muka sedih-sedih supaya cikgu tu tak jadi marah. 

Wawa harap semua cikgu yang wawa bakal diajar nanti semuanya baik-baik belaka dan dipermudahkan segalanya oleh Allah SWT. Amin. 



Sunday, February 9, 2014

RHAINBOW COOKIES


Assalamualaikum.



Jam dinding rumah dah pukul 1 pagi tapi wawa gagahkan juga mata nak update blog pagi ni. Rasa macam nak tidur lewat pun ada sebab over eksitedd esok tak jadi pergi latihan memandu. Lesen L wawa dah siap tapi nak bawak lagi kereta untuk kali kedua tu rasa macam nak amik SPM. Haha. ( dah ter-over )
Wawa takut gila nak bawak. Dah la tu kiri kanan masih konfius. Dicampur tambah lagi cara nak parking tak ingat. Didarab bahagi lagi nak angkat handbreak pun guna dua tangan. Haha. 
Belajar kereta ni lagi susah dari memasak.

Okay, kat atas tu wawa ada buat biskut rainbow cookies sikit. Tak banyak. Tempahan daripada jiran tetangga. Haha. Boleh buat dalam 3 bekas lebih kot. Tapi 1 bekas tu bagi dekat adik. Dia cakap rainbow cookies yang hangus lagi sedap. Haha. 
Untuk rainbow cookies wawa kali ni wawa buat lain sikit. Tak rapuh sangat sampai nak pegang pun dah pecah-pecah. Haha. Wawa main campak-campak je bahan dia macam yang dalam resepi tu. 
Bukan apa, sebab kebanyakan jiran wawa tempah, rumah dia ada budak kecil, dia cakap bila baby nak pegang hancur. Jadi, atas permintaan, wawa tukar la sikit jumlah gram resepi tu. Hihi. Alhamdulillah menjadi. Family pun cakap sedap. 




Kebanyakan bahan yang wawa guna semuanya yang berkualiti. Selepas wawa mendapat tahu kebanyakan tepung gandum biasa mempunyai bahan peluntur, terus wawa tukar tepung gandum kepada jenama Faiza. Mahal sikit takpe, asal bahan yang kita guna tu berkualiti. 

Gambar atas tu cara susunan wawa. Wawa tak pandai sangat nak susun. Lagipun bekas ni bulat. Jadi wawa susun susun susun sehinggalah cukup satu bekas tu. Satu bekas tu boleh buat 70 keping. Wawa tak pakai loyang dia. Bentuk dia jadi beralun tu sebab wawa letak atas cooking paper.  Warna dia pun tak macam orang lain, colourful. Baru ni pergi sabasun cari pewarna ungu tak ada. Nak mudahkan kerja, wawa guna pewarna setakat yang ada je dekat rumah. Wawa jual pun tak mahal. Mak cakap kesian kat orang kalau jual mahal. 



Tadaa. Ni biskut yang wawa sempat buat semalam. Tadi petang sambung lagi. Lagi tinggal 2 orang je lagi yang menunggu. Jiran yang ajar adik wawa mengaji pun siap cakap nak tempah lagi untuk raya nanti. Haha. 
Esok kalau free wawa nak buat chocolate cheese cake~

Saturday, February 8, 2014

MPHONLINE MUDAH DAN JIMAT


Assalamualaikum.



Baru-baru ni wawa ada order buku When I Was A Kid dan When I Was A Kid 2 dengan MPHONLINE. Tak sangka ada rezeki nak baca buku ni. Dulu pergi kedai buku MPH tengok harga dia dalam RM30 lebih. Kalau nak beli dua buah buku, campur tolak darab bahagi jadi RM70. Mak aihh segan nak guna duit. Haha. Lepas tu try usha-usha dekat MPHONLINE, ada diskaun 25%. Yang RM30 lebih tu jadi RM20 lebih. Bila campur dua-dua, semua jadi RM54.10. FREE POSTAGE okay! MPHONLINE cakap, segala pembelian buku melebihi RM50 dikira free postage. Heheh. Layanan dia pun baik gila. Wawa puas hati dengan perkhidmatan yang diberi oleh MPHONLINE. 
Lepas ni wawa memang akan cari MPHONLINE. Dapat diskaun. Jimat. Mudah. Tak banyak buang masa. Lepas tu tak payah hadapi kesesakan lalu lintas macam BCWMH. Haha.
Tapi kena register dulu. Korang tak payah segan silu nak bagi alamat, email, no phone. Nanti kalau tak letak, susah diaorang nak contact kita. Lagipun, kalau nak dibandingkan kedai buku yang dijual online, kebanyakan diaorang jual mahal jugak. Lepastu kena campur postage lagi. Kalau beli 3 buah keatas baru dapat free postage. Muahaha. Jadilah pengguna bijak. JALAN MPHONLINE

Friday, February 7, 2014

GIVEAWAY 5K DUNIA SEBENAR SHIDA



Assalammualaikum, peace upon you.

http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

Thursday, February 6, 2014

FIRST GIVEAWAY by IZNI SOFIA

Assalamualaikum.



DUE DATE : 30 MARCH 2014  28 FEBRUARI 2014

Tadi tengah jari jemari wawa sedang menari-nari atas keyboard laptop, tiba-tiba wawa terjumpa dengan giveaway Izni Sofia dekat blog Sh. Amarina. Ha, wawa apa lagi, zzapp! Terus join. Hadiah dia superb gila wawa cakap. SAMSUNG S4, JAM TOUCH SCREEN dan BAG GALAS. Gempak tak hadiah dia? Giveaway ni dijalankan selama 2 bulan. Dan syarat-syarat giveaway ni mudah je. Tak susah. Tak sampai 5 minit korang dah siap langsaikan syarat dia. Yang paling sedih sekali, wawa tak tau apa perasaan wawa bila tengok keputusan giveaway ni sebab waktu tu wawa dah tahu keputusan SPM wawa. Dah dup dap dup dap bila tengok kawan dekat facebook cakap tarikh keputusan SPM pada 20 MARCH 2014. Rasa macam Allah, cepatnya masa berlalu. Macam manalah masa depan wawa nanti. T.T
Nak target pun rasa macam hm hm hm je. Mudah-mudahan dapat keputusan yang cemerlang SPM nanti. Amin.

Sesiapa yang nak join, boleh ke [LINK] [LINK] [LINK] [LINK] untuk rebut peluang. Semoga berjaya!

MINI GIVEAWAY NOVEL OH NOVEL

Assalamualaikum.



Malam ni wawa nak join giveaway yang dianjurkan oleh Cik Akak yang tengah gempar berlangsung sekarang sehingga tarikh akhirnya pada 22 Februari 2014 jam 8.00 malam. GA tu tamat betul-betul masa buletin utama start. Haha. Memandai je wawa buat giveaway ni macam giveaway wawa sendiri. Sorry. Hee.
Syarat giveaway ni mudah sangat. Macam sebut abc. Dan hadiah dia pula, seperti mana dekat banner tu. Novel! Sesiapa peminat tegar novel, wajib join. Wajib. Wajib. Wajib. 
Semoga ada rezeki kali ni :)

Monday, February 3, 2014

MENANG GIVEAWAY DARIPADA SH.AMARINA DAN AMILA


Assalamualaikum.



Alhamdulillah wawa menang dalam GA yang dianjurkan oleh Amila dan Sh. Amarina. Waktu tu wawa sibuk dengan kuih sampai jarang online blog sampaikan wawa terlepas nak tengok keputusan GA diaorang. 1 Februari baru buka  blog then nampak Cik Amila bagitahu dekat chat. Alhamdulillah. 
Wawa dah bagitahu dekat sponsor, tengah tunggu respon daripada sponsor. Nanti bila hadiah dah sampai wawa akan update lagi lagi lagi dan lagi. Haha. 
Terima kasih Amila dan Sh. Amarina sebab adakan GA yang memang gempak. Dan tahniah juga kepada semua pemenang yang bertuah. :)

DAPAT ORDER

Assalamualaikum.



Sejak 30 Januari lepas, susah sangat wawa nak update blog. Masa terbatas. Semalam wawa dapat tempahan rainbow cookies dan blueberry cheese tart dari jiran. Katanya, anak dia nak balik pagi esok (harini). Wawa punyalah gaduh buat kerja sampai lewat pagi takut tak sempat. Alhamdulillah siap juga akhirnya. 
Dan tadi pula wawa buat lagi untuk mak saudara wawa bawak balik KL esok. Dan esok pula wawa buat lagi dan lagi kerana masih ada 3 lagi tempahan yang wawa tak siapkan lagi.
Nak kata baik sangat, tak baik juga. Tapi sifat simpati wawa ni tak menentu orang. So, wawa jual RM10 ada 50 keping. Ala untuk jiran tetangga. Lagipun, wawa buat pun dalam loyang biasa, jadi size dia pun tak menentu dan besar sikit dari yang orang lain jual.

Gambar Hiasan

Ni bekas tudung merah yang wawa letak rainbow cookies buat sementara waktu sebab permintaan jiran wawa tu cepat sangat. Tak sempat nak beli. Dan wawa letak biskut tu dalam keadaan tidur biar lena sikit tidurnya tu. Hihi. Begitu juga dengan blueberry cheese tart. Wawa letak dalam bekas ni juga. Muat-muat 20 biji. Wawa buat tart pun sekadar nak melepaskan keinginan perut wawa. Tak rancang pun nak jual. Tapi tiba-tiba ada jiran rasa tart tu then cakap sedap terus tempah. Haha. Alhamdulillah rezeki.